TABUNG EMAS

MAI JENGUK

Rabu, 6 Jun 2012

30 May 2012 Dalam Kenangan

Kenangan 03 Mac 2012 Sebelum membuat Umrah bersama cucu


Salam semua.  Ye agak lama aku tak update blog.  Komen pun aku tak berbalas. Yang tinggal jejak pun aku baru tengok.  Maaf banyak-banyak ye korang.  

Terlebih dahulu aku mohon pada semua yang baca entry ni (Beragama islam) sila hadiahkan Al-Fatihah pada arwah ayah saya.  Semoga rohnya dicucri rahmat InsyaAllah.

Macam yang aku dah katakan diatas,  ayahku telah pergi mengadap ilahi buat selama-lamanya.  Sedih tu memang tak terkata.  Perit dekat hati pun memang tak terucap. Dalam sekelip mata ayah telah pergi buat selamanya.  

Aku seperti tidak percaya dengan semua yang berlaku ini.  Ia aku faham Allah lebih menyayanginya.  Allah lebih berkuasa, DariNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.

Ayah telah meninggalkan kami sekeluarga.  Mak pun terlalu sedih pemergian ayah.  Ayah telah pergi dalam tidurnya.

29. May  lepas magrib : Ayah call aku, kata nak datang Melaka dengan nada yang penuh ceria serta gelak tawanya.  Ya aku pun macam pelik ye ke ayah nak datang, mata ayah tu kurang nampak sikit tambah pulak dengan silaunya.  Dan aku terus bgtau abg yee, ayah nak datang Melaka.  Die terus call ayah dan tanya.  Pastu abg yee call aku kata betul ayah ngan mak nak datang.  Lepas je Isyak ayah pun sampai.  Kak ipa aku tegur ayah tak buka lampu kereta ke? Aku jawab, dah padam agaknyer. 

Malam itu memang tersangat ceria, aku masih tdak perasan itu adalah malam terakhirnya bersama kami.  Lepas makan malam abg yee ajak ke Mydin 24jam kat Melaka Central tu. Ayah terus tanya nak kemana, dan aku jawan nak ke Mydin.  Terus dia setuju nak ikot.  Ayah ajak mak, tapi mak tak nak ikot sebab jaga anak buahku yang berusia 3bulan.

Sewaktu di Mydin seolah2 ayah sihat sangat tanpa ada mengah-mengah (Jantung).  Setiap barang dia perhatikan sambil menyoal aku (Aku jln bersama ayah).  Selesai bayar dia okey dan sehat, ubat jantung yang letak bawah lidah pun dia tak gunakan.  Aku terus balik rumah sambil ayah cerita dah 2 malam dia tak boleh nak tido, rasa seperti lemas.  Aku pun gurau2 dalam kereta tu cakap ada hantu kot.  Gelak ceria ayah waktu tu. Tapi aku memang tak rasa perubahan ayah.

Sesampai dirumah aku keluarkan barang dan masuk.  Selalunya ayah akan terus kebilik.  Tetapi sebaliknya dia duduk dan seperti mahu berborak.  Dan berborak lah ayah dengan abg yee dan kak ipa.  Mak dan aku dah terlena. Tapi sebelum aku lena aku dah letak kan selimut dan bantal untuk ayah tido.  


Dalam jam 2 suku pagi aku tersedar akan bunyik sesuatu napas yang kuat 2 kali.  Aku bingkas bangun aku tengok ayah dengan tangan yang terbukak.  Aku panggil Ang yee dan mak.  Kitorang semakin cuak, mak pangku kan ayah dan aku ucapkan kalimah ditelinganya.  Napas dalam yang kuat itu semakin senyap.  Ya Allah pulangkan ayahku.  

Aku tak terucap dengan kata-kata lagi.  Aku mati dengan tangisan.  Tangisan seorang anak melihat sekujur badan ayahnya.

Aku tak tertahan untuk lalui semua ini yaAllah.  Berat untuk aku terima, tapi aku kena redha dengan ujian yang Mu berikan padaku Ya Allah.  Setiap sudut diruang rumah membuatkan aku terkedu dengan tangisan.  

Mak pun seperti tidak boleh terima semua ini tapi beliau kuat kena terima jugak.  Aku tak sanggup nak tengok muka mak yang penuh dengan kesedihan kehilangan suami.  Mak tak pernah berpisah dengan ayah.  Kemana aje ayah pergi pasti mak tak tinggal. 

Gambar kenangan mu ayah


Terima kasih Ya Allah kerana Kau lebih menyayangi ayahku.  Kami terima dengan redha ujian yang kau berikan pada kami.  Semoga ayah ditempatkan ditempat orang beriman InsyaAllah..  Al-fatihah.....


Perubahan Ayah :-
1) Mak cakap, lepas magrib tu ayah seolah-olah nak cepat pergi ke melaka tengok anak cucu nya.
2)Jiran cakap, ayah tak pasang lampu dari rumah. (Kak ipa pun kata cam tu sewaktu sampai di Melaka)
3)Mak cakap, pagi tu ayah kuat sehinggakan boleh tolong mak noreh getah. (ayah pun cakap sms dlm kereta hndk ke Mydin)
4)Jiran cakap, sesampai je ayah kat melaka dia call dan pesan kat jiran " Lampu rumah terpasang tapi acik tak ada p melaka, jangan cari acik lagi" jiran pun bcakap sendiri "Buang tebiat ke acik ni".
5)Mak cakap beberapa hari ayah tak tido malam dan dia bangun buat solat malam.
6)Mak cakap, sewaktu malam di melaka tu ayah cakap esok pagi-pagi kita balik. (Jenazah sampai selepas subuh)
7)Hari terakhir ayah sangat ceria dan sihat.

30 May 2012 ayah telah pergi meninggalkan kami semua..  Ayah, saya rindu ayah..  Ayah belum sempat menjadi wali saya.  Ayah adalah yang terbaek.  Saya sayanggg ayahhh seperti tak terucap di mulut.  Maafkan saya ayah.....  


Al-Fatihahh....

4 ulasan:

  1. Al-Fatihah...sedih gak baca entry nie....

    wasalam///

    BalasPadam
  2. cikfid...bersabar laa yerk...

    Allah lebih sayangkan ayah..

    semua ni hanya pinjaman kan.. 1 ari nnt.. kita pon akan kembali jua pada Pencipta kita..

    banyak2 sedekah al fatihah dan yassin yerk..

    BalasPadam
  3. terima kasih suma yg mendoakan....

    BalasPadam

Sudi sudi lah komen...

NUFFNANG

USA Today June 08 2016 E-book Download

English | 27 Pages | PDF | 22.85 MB Download: http://longfiles.com/r2ftepyhqnu6/USA_Today__June_08_2016.pdf.html... ========================...