TABUNG EMAS

Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Jumaat, 27 Julai 2012

BELUM SEMPAT LAGI

Nak apdet pasal makan-makan sahur dan berbuka.

Tapi xde point.

Bila ada point keje ke laut melambaknyer.

Lepas tu terus lupa..

Lepas tu masa dah nak balik uma.

Kat uma mmg malas nak apdet.

Meh la layan lagu raya jer kat yuyuppp =You Tube

Selasa, 24 Julai 2012

GELAGAT ANAK-ANAK BERPUASA


Korang jangan salah anggapan pulak, aku belum kawen mmg lah tak de anak.  Cuma yang aku ada anak tekak.
Anak tekak aku ni boleh lagi terkawal takat nih, tapi anak-anak buah aku nih payah sikit nak dikawan huhu.

Cerita pasal anak-anak buah la pulak aku kan.  Huhuhu

Ramadhan pertama jer anak buah aku yang dajah 1 tu dah melepek.  Kejap terbaring kat sini, jap kat sane, jap jap bukak peti ais, jap jap mandi.

Ko tahu ape motif die wat sume tu???

Sebab nak dapatkan kesejukkan.  Bile sejuk tu kurang la rasa penat puasa tu kan.  Sampai suh solat pon tak larat.  Tu la nama budak-budak ek??


Bila dah bg peransang itu ini baru die bangun solat. Pastu melepek, aku tak pulak tengok die solat cmner, cam patuk ayam le gamaknyer huhu.  Yelah mula-mula puasa mmg macam tu kan.  

Yang dajah 5 tu pulak pon same, badan dah la kecik jap2 kata haus lah.  Suruh mandi tak mau pulak, xlarat kata nyer.  Amik tilam kecik yang ringan (untuk muat sorg jer) die bergulung dok bawak tilan tuh.  Aku mmg tak tahan nak gelak.  Mahap ler mmg aku malas nak pgg henpon nak amik gambar bagai.  

Bila time masak memasak pulak, masing-masing nak tolong, dah tolong terus tinggal pi baring, penat katanyer. Alahai anak-anak buah den.

Tu gelagat masa cuti sekolah, kalo hari bersekolah aku tak tau ar caner tah.  Mesti amik ice dlm peti tuam kepala kot. (Tu aku masa kecik2 tuh) Hohoho...

Macamner plak ngan korang????





RAMADHAN PERTAMA




Assalammualaikum semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Swt..
Dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa.
Tak juga lupa selamat menunaikan solat Taraweh bukan tawareh huhu..

Kini sudah 4hari kita menunaikan puasa tapi baru skang aku nak updet  entry Ramadhan.
Baru nak wish Ramadhan kat semua pembaca Blog aku ni??? - Ade ker?? Xde xpe ..

Ramadhan pertama memang bersederhana jer kami sekeluarga berbuka.
Mungkin mood nak makan macam2 tu belum meburu-buru lagi.

Ramadhan pertama mak aku mmg down sangat, malas nak masak, almaklum terkenang kan arwah ayah.  Jadi die penuhi masa yang terluang dengan membaca Al-Quran.
Kebetulan pulak abg aku nak balik berbuka, so nak harap aku masak mmg tak lah. (aku mane retiiii!!)

Akak ipar aku pon masak la dengan semnagatnyer, masak Asam Pari dan sardin sambal. Pastu rendang daging, rendang tu mak aku wat masa hari mantai nak puasa (sehari sebelum puasa) so just panaskan jer semula.  Manisan mulut plak, donut. Pastu air carrot susu dan air sirap.

Lepas solat magrib reramai jalan kaki gi surau wat teraweh pulak.





Rabu, 18 Julai 2012

Nasib la labu

Tesangkut dek laci. kesian saye kan?

Kapal Terbang Itu , Aku sayu...



Google


Setiap pagi waktu bekerja aku akan lalu dekat MIA  - Lapangan terbang melaka.
Pagi tadi betul-betul berhenti kat trafic light merah, dan ada pulak kapal terbang tentera kat situ tengah wat pusingan.  Aku sambil tunggu lampu isyarat tu hijau dok lah tengok kapal terbang tentera tu.

Tak semena aku terus nangis sampai lah ke opis .
Tak tahu la aku sedih sangat teringat Arwah ayah, 1st time nek kapal terbang ngan dia g buat Umrah March 2012.  (Sambil type tengah tahan kelopak mata ni)

Ya Allah kau permudahan kan lah perjalanan ayahku disana.

Ya Allah kau dilindungilah dia seperti mana dia lindungi aku.

Aku terlalu menyayanginya.

Tak terucap dek kata-kata, cuma hati yang boleh berkata.

Kau ampunkan dosa-dosanya Ya Allah.


Al-Fatihah........

Aku rindu ayahhhhhhhhhhh....


Berspek mata itu ayah saya.


Ya Allah rindunya aku pada ayahh.......

Bagaimana Ramadhanku....Syawalku tanpa mu Ayah.....



###Aku xterdaya dengan mata berkaca###










Rabu, 11 Julai 2012

KUEH ARAB


Google

Kueh arab kawan sekolah ku panggil, nama lain nyer jugak, suji, maamor.. apetah lagik..
Aku gase cam nak try buat la tahun nih.. Semangat beb... Sejak-sejak nak kawen nih..
Puasa pun lom tapi semngat tengok kueh adoiii menyelerakan...

Sila la korang cuba... dah coba tinggalkan komen, nak tau jadik ke tidak hehe..

Bahan-bahan ( 100 biji )

  • minyak sapi 500 g
  • tepung gandum 1 kg
  • gula halus 200 g
  • sedikit ceri untuk hiasan
  • papercup

Cara-cara

  1. Ramas minyak sapi bersama tepung gandum sehingga menjadi doh.
  2. Uli doh bulat- bulat dan goyangkan dalam bekas gula halus.
  3. Kemudian ambil doh tersebut dan masukkan dalam papercup dan hias dengan ceri diatasnya.
  4. Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.



BEBERAPA HARI LAGI



 Ramadhannnn........

Mari siap sedia pada diri untuk menghadapi ramadhan..


Pasti Bazaar Ramadhan dipenuhi dengan manusia...


SAY MORNING (Mari Menyanyi heppp heppp hepppiii)

Selasa, 10 Julai 2012

GENAP SEBULAN



Bercinta kerana Allah,
Sayang kerana Allah,
Ikhlas kerana Allah,

InsyaAllah....



Korang jangan tidak percaya.
Tuan punye blog ini sudah bertunang.
Dengan siapa, dia lah pilihan hati.
Tapi tak semestinya kan???

Doakan yer jodoh kami berpanjangan hingga akhir hayat dan ke syurga.

Hahaha dah macam Ombak Rindu pulak.

09 July 2012 genap sudah usia kami...!!
Usia kami bertunang Sebulan je pon..

Bialah menjadi rahsia sehingga ke akhirnya.
Poyo ke tidak ayat cenggitu??

Hahaha poyo jugakk kan....

Ape nak kata pon kata lah..
Tapi tolong doakan yang baek-baek untuk saya yer..


Amin.... InsyaAllah..

MAAFKAN DAKU SAYANG!



Selamat petang semua.
Memang tak dinafikan aku tengah bekerja.
Ceh memang lah dah tentu waktu bekerja kan.
Bukan kerja sendiri, jadi kuli orang jer.
Disebabkan oleh itu, kerja aku nak kata banyak idok lah sangat, tapi boleh tahan lah.

Tq pada yang sudi jengok blog aku nih.
Tak mintak simpati sangat pon hehe. Sila jenguk lagik ek.
Aku mmg nak Bw tapi masa tak mengizinkan.
Nak reply komen pon tenet slow bangat.
Lambat plak nak loading.

Tapi ade juga aku jengok blog korg, cume tak sempat nak tinggal komen jer.
Maafkan daku eh sayang.
Jangan pulak kata aku sombong ker.
Aku bukan bermaksud sebegitu.


Maafkan kalo ada silap dan salah yer...

CERIA KAN ....






ASSALAMMUALAIKUM..

SELAMAT PAGI..

SELAMAT BEKERJA.

SELAMAT MENGADAP ENCIK BOSS.

JANGAN LUPA SARAPAN.



SESAPA YANG TAK GANTI PUASA SILA GANTI SEGERA EH..

LAGI BEBERAPA HARI JE RAMADHAN NAK DATANG..




K/........

Isnin, 9 Julai 2012

PUDING JAGUNG

Sabtu lepas aku datang kerajinan nak buat kueh Puding jagung nih.
Kenapa rajin ??

1) barang-barang yang diperlukan memang dah ada kat guma.
2) Mencuba buat kali pertama nya
3) Mungkin sebab nak kawen dah kot. hahaha
4) teringin nak makan!!




Bahan Utama :-

1 - Paket tepung kastad
1 - Tin Susu cair (Ape-ape jenama pon boleh)
1 - Tin jagung manis
Air kosong 1 1/2 cawan besar.
 Garam - Secukup rasa
Gula - Sesedap rasa


Cara-cara :-

Masukkan 1paket tepung kastad tu dalam mangkuk, susu cair dan air. Kemudian kacau bagi acuan tu dah sekata kemudian letak atas api dengan api yg pelahan. Sentiasa kacau kalo idok berketul-ketul lah ianya.  Kemudian masukkan jagung manis tersebut.  Kacau sampai lah jadik pekat, berkilat dan tak melekat sangat pada senduk tu.  Mak aku kata seeloknya kacau pakai senduk kayu okey.  Pastu kalo gase mcm pekat sangat tambahkan air sikit. Jangan lupe ltak garam ngan gula pulak yer. Secukup rasa korang la..

Bila gasa-gase macam dah masak dan tak melkat kat senduk tu tadi korang ttp lah api.  Kemudian tuangkan kedalam loyang atau bekas acuan korang. Macam aku letak dalam loyang kecik tu je, dapat lah 2.  

Kemudian ttp pakai tudung saji bagi wap panas tu keluar.  Aku tak terus letak dalam peti ais.  Bagi sejuk dulu baru aku masuk dlm peti ais.  Pastu dah ley makan. (Aku buat puding ni ikot sesuka hati jer masuk bahan byk mana pon) Tapi aku buat mmg menjadik mak aku pon puji kata sedap, bagi jiran sebelah sikit dan dia kata pon sedap, tapi rugi plak aku tak snap gmbr. Hehehe sila puji laaaa

-Kalo korg rase nak letak ceri ke atas tu terpulang-

maaf xde pulak aku snap gambar nyer, kunun tak bajet nak masuk dalam blog.

Google je boleh kan??


ekekekeke....


jom try..













sekadar hiasan dr google

KUAT MAKAN

Ahad semalam aku buat permintaan kat mak.
Memang lama dah aku gase cm nak makan.
Nak buat sorg2 takot tak menjadik.  Padahal senang lenang jer buat eh.
PERHATIAN!!
bukan Asam Pedas Melaka yer!!!


Asam Rebus Ikan & Bendir

4 -ekor ikan kembung
10 - btg kacang bendir
1 - senduk lada kering yang dah kisar 
5 - biji bawang merah kecil
2 - bawang putih
3/4 - belacan / secukup rasa
3 - keping asam keping
1sudu kecik ajinamoto
air asam jawa (kalo gase nak masam)
garam


Cara-cara

Kisar bawang keci1, bwang putih, belacan tadi letak lah air sikit.
Kemudian masak dalam periuk lada yang dah kisar dan bahan-bahan yang dah kisar.
Kemudian letak atas api, bagi lada tu masak dulu.  Agak dah masak masukkan asam keping tu kemudian letak bendir, kemudian letak lah air secukup mana yang kosrang nak.
Pastu jang lupa letak garam pulak kemudian.. Kemudian letak ajinamoto. Kalo rasa nak masam lagi letak lah air asam jawa tu sikit.  Kemudian baru letak ikan.  Sampai ikan tu dah masak dan korang dah yakin sedap sila tutup api.

Dan hilang dalam mangkok yer.

Menu pada hari ahad tu :-

Asam Rebus ikan & bendir
4 ekor ikan goreng
Budu
Kangkung goreng belacan.




google jugak sbb malas nak snap : 






WEDDING DAY'S!!!

Kawen... kawen kawen.. Tahniah pada aku!!

Opsss pada aku pulak ker?? HAhhahaha idokk lerr..

Meh la layan gambar dulu aku nak type pepanjang pon malas. Meh la kita layan gabo jer.

Tahniah Muhammas Asri Faiz & Hasnoor

Semua gambar diatas aku kppipes jer dr Fb mber aku. Aku tak sempat nak upload lagik.  Gambar pada aku pon bukan banyak.  Jadi kita amik jln mudah jer dgn mengkopipes..

Lokasi : Gemencheh, Negeri Sembilan /Pengantin lelaki.
Tarikh/Masa : 08 July 2012 time makan tengahari menjelang petang.

Buat sahabat ku KUCAIIIII!!!! ko bile pulakkk lagi??


Hijau kan...Ayu je ku tengok.

Kiri kanan pengantin adalah bakal pengantin klo xsilap bulan 10/2012 nih. Tahniah





 Gambar aku dlm nih xde.  Boleh plak terjumpe org kampg, dah bantai aku berborak. Skip la bergambar!!




 Baru je selesai makan, tunggu pengantin lama sangat ta jugak mai.  Kitorg pon bergambar sendiri.


 

 Kalo dah pompuan nama nya pasti lah lagak sebegini kan.  Hahaha layankan jugak!

 

 inilah kami kawan-kawan sekolah.  Yang lelaki bape kerat je pon.  Pompuan yg gamai.  Yang kat sini rumah lelaki.


 



 okey... DAH SAMPAI KAT PINTU GERBANG TANDA NAK BALIK...
 tapi sempat amik gambar kenangan lagikk....
Banyak gambar pon kenangan jugak aiseyyy.. Layankkan..



Schroll.






















































....




































 Beso dah anak dayah nih...  Camni lah keadaan kitorg yang tgah membuat segala bagai ragam.  Berjam-jam tak bangkit2 ..

Maaf lah kakak-kakak, adik-adik yang tlong clean kan meja kitrg duduk tuh..



















COLOUR

 


Aku tak tau kenapa dalam kepala ni tetiba terpikir nak apdet pasal colour.  Bukan lah pense warna yer..  Hukhukhuk.  Lagi beberapa hari jek lagi kita umat islam nak sambut Ramadhan/berpuasa.  Lepas sebulan puasa pasti akan tiba 1Syawal.  Dimana hari kemenangan kita.

Kanak-kanak bersuka ria dengan memakai pakaian baru/wangi-wangian. Kasut tinggi berinci-inci. Mekap tebal-tebal sambil bawak beg duet dan berjalan menuju dari rumah ke rumah kutip angpau/duet gayeee weiii.  Tu suatu ketika dulu lah.. Bebudak skang ni payah dah nak wat cenggitu, malu lah kunun.. Aiwahhh... Aku dulu slagi boleh gaye pusing lah seberapa yang larat.  Dapat rm1 tu amat bersyukur. 


Lain topik plak aku nih,  aku bukan nak cite pasal aku berhari raya tapi nak cite pasal baju gaye.  Jalan gaye.. Opsss tak lah baju gaye jer.

Untuk gaye tahun ni aku dilema nak pakai kaler pae daaa...  Kalo dulu belikan sepasang sama kaler mak+ayah.  Skang ni ayah dah xde, opsss sedey lak..  Aku tak tau nk tema kaler ape taun nih.  Bajet taun ni nak kaler same ngan mak lah.  Yelah adik bradik aku yg laen sume dah kawen beranak pinak. Cuma aku je yg belom lagi.  Tapi tunang dah!! Hahaha perlu ker??? Opsssss....Sila percaya okey....

Aku nak beli yang dah siap jer nnt.  Lagi senang, nak amik yang sama colour, sama corak.  Haaaa okey tak?? Pepagi gaye tu mesti seri-seri anak mak nih.. Hehehe...

Tapi tak tau lah kaler ape yang sesuaii...

Kenapa lah banyak sgt colour... 

cehhh ceh... K bye...

Khamis, 5 Julai 2012

SESUAI TAK?





Ni aku nak tanya korang..

Dengan ikhlas dan baek hati..

Sila komen eh eh eh...

 Okey tak background / layout blog aku ni?

Korang nampak menarik ke tak?

Nampak suram ke tak ?

Nampak cam rimas tak ?


Sila komen dengan ikhlas okey... Terima kasih...

KEMALASAN

Salam semua. ??

Bek korang jawabb..

Aku nak cite kisah aku ngah malas bebenorrrrrrr..

Aku tak suke nak hadap wat report keje nih... 

Nak kena check sesatu..

 Nak tgok list tu sama ke tak..

 Nak tgok macam-macam..

Nak carik fail yag memcm..

Semuanyaa aku sorang?????

Bile tgok je fail report tu...

Malas boleh!!!!

Tu je nak bagi tau...

Idea nak type enntry pon kelautttttttttt...



..............................................................................................
p/s : tapi sempat tweet / fb lagikk... hohoho.. blog pon same...



.........................................

Usaha tangga kejayaan untuk habeskan puasa ganti lagi 2 hari sebelom Ramadhan menjelang...


 Jom layan.........


RAMADHAN 2019

Ramadhan ke-2   Alhamdulillah masih menikmati ramadhan untuk tahun ini, semoga dengan kedatangan ramadhan tahun ini membolehkan kita le...