TABUNG EMAS

Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Isnin, 10 September 2012

GOSIP


Sebulan dah kot aku tak jumpa kengkawan serangkai ni.  Masa open house rumah abg aku tu terus macam auw.. auw. peluk sambil cium pipi kiri kanan - sila bayangkan kegedikkan itu. auwww nyah!..  Hebat kan macam kekasih gelap pulak, mcm lesbian je pulak.  Hoi aku bukan lesbian hokey, aku pencinta lelaki sejati haha...

Kembali kepada topik, kawan serangkai aku ni yang datang si E dan si T.  Diorang dtg berdua jer.  Masih mempunyai kekasih gelap walaupun kami peluk-peluk dan cium-cium auw.. hehehe.  Bajet gedik lak entry aku kali nih. Choiii... Dorang datang terus masuk umah sambil salam org sekeliling.  Aku suruh makan  diorang buat dek jer kata , jap..jap..jap..  Pastu bila ada sedara aku datang terpaksa aku sibuk tinggal kan dorg sambil cakap, jap eh eh... Kang aku datang, hoi aku macam serba salah tahu!.

Skali aku datang dorang dah habis makan, aku amik kueh raya pulak suh dorang makan.  Sorang sekeping je amik.  Tak kesia-sia aku g buat tunjuk-tunjuk kan.. Mula la part nak bergosip. Bila nak gosip jer dah orang datang bersalam langsung aku pun jalan jer suh dorg tunggu jap.

Tetibe dorang datang kat aku cakap " Kitorang nak balik dah ni, ko sibuk sangat" .  eh maaf eh kengkawan, tetamu perlu diutamakan (Bakal mak men katanyerrr huhu). 

Aku turut dorang sampai kat kereta, bermula part gosip menggosip pasal raya sana sini.  Pastu cite pasal orang itu orang ini, pastu cite pegi sana pegi sini, lagi cite bab kawen eh pastu bab nak kawen orang jauh dan lagi adalah bab nak jadik kurus lagi dan bla blaa blaaaa + + + + +  . Adoii dari nak balik awal langsung sampai ke sebelas sengah tecangok kat bawah lampu.

Kusyuk dok borak skali abg aku sound " Korang duk lah kat situ jap g lagsuir keluar tahu lah" oh kami tidak pedulikkan terus dan terus khayal dengan gosip.  Uishh dasat betol kan pompuan kalo dah bertemu pompuan.  Cerita nya 1 boleh jadik 100 aku gase.


Lepas tu bermaafan lah kami..  Love u laaa sudah nyer jam 11.40malam baru beransur pulang memasing..

1st Give Away by Cik Lily

Tq atasan jemputan untuk join Give Away ni yer CIK LILY.

Saya cuba meneka birthday cik lily ni .. hehe

28 Ogos 1991 kini cik lily telah berusia 21 tahun...

Semoga panjang umur dan diluaskan rezeki..

InsyaAllah....

MAJLIS TAHLIL 2012


07. Sept.2012 genap lah hari ke 100 pemergian Ayahandaku.. Al-Fatihah...


Sabtu lepas abg aku ade wat majlis tahlil untuk arwah ayah dan yang lain.  Kiranya merangkap majlis Open house jugak lah.  Memula nak buat nasi ayam.  Tapi memikirkan taun lepas dah wat nasi ayam jadik taun ni adekan kelainan sikit.  Just tempah nasi lemak jer.  Rendang ayam, kerang, bihun goreng, nasi impit, sambal sotong dan petai adalah masak sendiri.

Majlis berjalan pas maghrib dengan kehadiran orang surau kat taman, jiran-jiran serta sanak saudara.  Tapi ruginya aku tak tercapai tangan nak amik kamera dari awal sesampai akhir.  Memang kesibukan jer.
 
Jumaat malam tu pas maghrib kitrorg g open house kat jasin balik tu pulak terus g family store beli barang sikit.  Sesampai rumah buat cupcake untuk esok hari nya.  Dalam kol 3 sengah pagi baru nak sattle sumer tu.  Esoknye pulak bangun pagi lagi.  Tak lah pagi dah agak terlewat dalam kol9 camtu. Bangun sarapan pagi, akk ipar aku terus g umak mak die untuk wat rendang.  Aku tinggal kat umah kemas ape yang patut dan susun ape yang perlu.  Kemudian dalam kol 2 kak ipar aku balik hantar kan rendang ayam tu.  Pastu die g balik sebab nak g goreng Bihun.  Aku tunggu mak dari kampung datang, tapi sambil tu potong bahan-bahan untuk nasi lemak pulak.

Dalam kol 4 mak aku n the gang sampai.  Time tu baru terasa cam meriah kan.  Diorang datang tak lah buat pape sebab sumer dah sattle.  Mak aku pulak bawak sambal sotong + petai yang gojes.  (Tapi aku tak makan  petai pun, siap mak aku asingkan hehehe) .

Ramai yang hadir termasuk kengkawan yang aku jemput beberapa kerat tu. Sehingga kul 12 baru lah majlis berakhir.  Terus mengemas, basuh ape yang patut. Siap mengemas pun dalam kol 3 jugak la kot. 

Esoknye pulak ahad aku cam eh tak sihat muntah2 dan demam. Puihh memang menyakitkan.. Seharian melepek je kat uma.  Jadik macam org pemalas kan.  So pagi ni Alhamdulillah cam sehat dah.. Lidah ni cam pahit2 jer..

Maaf entry tanpa gambar ......

Segmen Bloglist Sii Nurul

Syarat untuk menyertai segmen ini adalah : 1. Hanya perlu Follow Blog Sii Nurul. 2. LIKE facebook page dan Subscribe youtube...