TABUNG EMAS

MAI JENGUK

Jumaat, 6 September 2013

CERITA 1HARI RAYA

Salam syawal yang terakhir untuk semua. Agak terlewat nak memohon kemaafan aidilfitri kepada semua yang setia nk baca entry ni. Lebih sebulan kot tak update belog ni. Sawang bertimbun dah aku rasa. Orang lain dah update cerita sampai 30syawal, aku baru nak cerita 1 syawal. Memang tak patut kan.

So meh nak cerita sedikit sebanyak, 1Syawal aku beraya kat rumah mak aku dekat n9. Jadiknya memang sakan lah beraya. Laki aku pulak pagi syawal sebelum semayang raya dia dah sampai rumah mak aku. Sebabnya malam raya tu dia kena kerja. Laki ku bersiap dari rumah dengan baju melayu yang aku dah siap-siap gosok. So sampai umah mak aku just pakai samping jelah. Sebelum 7sengah dia dah sampai. Masa tu aku pun dah ready siap tunggu sebab nak p solat aidilfitri sesama.

Lepas semua dah siap baru kitorang 1 family termasuk mak aku g solat aidilfitri bersama. Anak-2 buah yang tak ikut tolong lah panas kan ape yang patut untuk sarapan balik solat kang yer.

Lepas balik solat kitorang bermaafan seperti biase, nangis sane sini pastu bagi wet raya kemudian makan. Lepas je makan tetamu 1st kitorg adelah jiran sebelah. So mula lah sibuk disitu. Lepas dan lepas tetamu kiri kanan datang aku meminta keizinan ke pusara ayahanda.

Balik dari kubur, ingatkan nak g beraya nga suami umah jiran sebelah myebelah. Skalikk ramai pulak yang datang. So tangguh punya tangguh lakiku dah mengantuk. Sebab dah masuk ke tengahari. Kesudahannya aku beraya ngan kakakku je lah. Kitorang g pun 2 buah rumah jer sbb anak buah aku dah merengek.

Balik dari beraya umah jiran, tengok adeee lagi tetamu datang. Aku mmg dah low sangat masa tu. Tolong sesikit jer, nasib malm raya tu kakak ipar wat laksa. So hulurkan laksa tu jelah. Lepas zuhur aku dah tak tertahan mengantuk, masing-2 dah pengsan masuk bilik. Pedulik lah org dtg, aku tak tahan dah. hahaha..

Petang lepas asar baru siap2 g mandi ready takut ade org datang, ha amik ko sedara sebelah mak lak nak datang pas maghrib. Lepas isyak aku dah kebabom, akak-2 aku yg melayan tetamu yg dtg. Aku tak terdaya sbb dah berdiri banyak sgt. Maklumlah mak buyung kan, special case lah hehe..

Gambar pun aku tak amik, sbb nyer mcm cacing kepanasan. Memang panas pun, aku rimas jap2 nak pgg fon lah bagaikan. Memang takdelah gambarnyer.

Tahun ni kawan-2 pun xde yg datang dan aku pon x beraya umah dorang. Dah berlaki ni payah nak bergerak sane sini, dengan perut nye lagi kan. Maaf le sesangat.

k tu je cite raya 1st aku. Maaf gambar mmg xde, yg ade pon mcm xsesuaii nak tampal kt belog ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi sudi lah komen...

NUFFNANG

NorHafidah Hj Hassan has invited you to join ShopBack!

Get RM10 bonus when you make your first purchase. Shop n...