TABUNG EMAS

MAI JENGUK

Khamis, 21 Julai 2016

Suka Duka 14 Syawal 1437H

16 Syawal....

Kejap sudah 16 hari raya.  Kelip kelip mata berakhir syawal je nanti.
Nak trobek balik kisah 14syawal hari tu.  
Lama dah sebenornya nak g tukar cermin kereta en.suami.
Dah alang alang lagi seminggu nak exp roadtax moh le kita tukar cermin depan kereta dia.
Selasa tu seiap amik cuti 1 day. Lepas hantar anak p pengasuh kitorang gerak p Muar dalam kol 10 camtuh.
So pastu, sampai sana diorg trus hantaq p bengkel. Disebabkan kitorg xde kenderaan lain. So owner kedai tu bagi kitorang sebiji kereta wira aeroback (kot ejaan cmtu).
Pastu dia kata dalam jam 4 camtu baru siap. Eh lama plak nak nunggu, so moh le kita pulang umah mertua kat jasin. Tak lah jauh sangat Muar - Jasin. 

Lepas asar cmtu cina tu tipon, bagitau kereta dah siap.  Kitorang laki bini g lah Muar balik.
Lepas dah amik kereta terus balik Melaka, sebab nak kejar amik anak pulak. Tapi dah bagitau amik lewat takut tak sempat. Sebab slalu amik anak dalam jam 5.15 - 5.30 petang. Sampai Merlimau dah dekat kol6 petang. 

Dlam perjalanan tetiba kereta free gear, kat laluan laju plak tu lepas t-light semabok. Bernasib baik tak da kereta kat belakang, dari laluan laju terus luncur ke tepi jalan. Nasib baik break berfungsi. Allah je yang tau perasaan aku masa tu, dah la aku yang pandu. En.Suami duk sebelah sebab mengantuk. Dah berhenti tepi, try start enjin and masuk gear, tetap tak leh jalan. Masa tu Allah !!! Aku blur!! Suami lagi blur.. Telepon adik beradik,huh sorang tak berangkat. Cuba dan terus cuba call dan berjaya dapat.

Pastu call pomen kereta, dia call towing pastu hantar p umah mak kak ipar. Pomen tu kak ipar punya abg. So xde lah risau sangat. Sampai sana, pinjam kereta abng, balik rumah amik anak. Mandi sesiap and pergi balik kat kereta.

Setelah di cek, gear box rosak. Dalam gear box tu ada satu besi ke apa tah. Benda tu patah. 
Terduduk wehhhh..
Gila mahal benda tu, nak tukar baru dalam 5k servey kat mudah. Second pun dalam 3k. Nak repair yang patah tu dalam 2k.. Choiii kenapa semua mahal.

Nasib dah selepas raya , kalo dibuatnya sebelum raya, lagi melalak aku.
Roadtax pun minggu depan dah exp, so letak dulu takyah hidupkan.
Mungkin ada hikmahnya, subahanAllah..



* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
 “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi sudi lah komen...

NUFFNANG

NorHafidah Hj Hassan has invited you to join ShopBack!

Get RM10 bonus when you make your first purchase. Shop n...