TABUNG EMAS

Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Jumaat, 28 Jun 2019

PakNuar.Photographer



Korang memerlukan  photographer untuk majlis bertunang, hari jadi, perkahwinan atau outdoor  bajet tapi gambar letop letops korang boleh contact 
Pak Nuar Photographer ni


sangat-sangat berpuas hati dan aku recomment sangat untuk korang guna khidmat fotograpi dengan PakNuar ni.

Sekitar Melaka dan Sempadan-sempadan Negeri Melaka boleh lah cuba contact beliau.

Segmen 9 Juta Special Bloglist by Sayidah Napisah

Segmen 9 Juta Special Bloglist | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Alhamdulillah masih diberi peluang untuk anjurkan satu segmen sempena kejayaan blog Sayidah Napisah melepasi angka 9 juta pageviews.

Lets!

Banner Segmen 9 Juta Special Bloglist:

Segmen 9 Juta Special Bloglist
Segmen 9 Juta Special Bloglist
Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog, instagram, facebook dan twitter Sayidah Napisah (kalau takde salah satu, its okay)

2. Buat satu entri bertajuk 'Segmen 9 Juta Special Bloglistdi blog anda. Letak banner dan pastikan backlink kan ke entri ini yeww!

3. Jawab satu soalan "nyatakan TIGA first impression orang terhadap anda; yang biasa anda dengar"

First impression means.. bila orang jumpa kita for the FIRST TIME (sebelum kenal kita dengan lebih rapat), apa yang orang tu nampak kat kita? Apa orang tu fikir tentang kita?
 
~~1) Nampak macam sombong
~~2) Mudah bergaul
~~3) dah bercakap takmau berhenti
~~4) Seorang yang periang 
~~5) Pendengar setia

Tarikh penyertaan:
14 Jun 2019 - 4 Julai 2019

Done!

Eh jap..

PEMENANG DAPAT APA?
Nama pun segmen bloglist so takde hadiah cash haha.

10 pemenang will be chosen dan akan dimasukkan ke '9 JUTA SPECIAL BLOGLIST' sehingga lah blog pinky saya ni mencecah 10 juta pageviews.

Semuaaaa blogger dijemput join. Sangat dialu-alukan. Jemput kawan kawan, jiran sebelah. ehhh tu untuk open house hahaha.

Okay till next time, daa~ wassalam! :)

Khamis, 27 Jun 2019

Raya Part 2



HAPPY 1 FAMILY

Pagi Raya ke-3 moh lah kita berjemaah balik beraya kerumah Mertua pulak sebab plan nak Ke Muar Rumah Nenek seblah FIL. Aterr menantu kesayangan sangat, harus kena balik, kang dorang rindu pulak. Hahaha ini tiiipuuuuuuuuuuuuuuu takde istilah kauu kesayangan hokey, semua pun sayang sama rata.  Tapi, kalau menantu hantu itu lah aku. Sebelum raya makngah amey dah siapkan baju-baju pompuan untuk sedodon berdondon (tenkiu makngah amey ), yang lelaki sila cari sendiri baju kurta warna mcm cekelat krim gitu la. Tahun ni adik beradik paknuar semua #teamrayamertua yang ada tinggal adik no.4 dan no.5 sebab diorang belum berkeluarga.

BERSAMA ANAK CUCU MENANTU

Adik beradik Paknuar ni ada 5 orang, no. 1 paknuar (suami aku), no.2 pompuan yang duduk sebelah kiri, no.3 lelaki, no.4 lelaki dan no.5 pompuan yang duduk bawah sekali tu. Kitorang sampai Muar terus gi rumah paksedara kita beraya kat sana, memang sakan lah amik gambar kitorang. View dalam rumah  cantik , alasan nak amik gambar tu memang kukuh sangat. 

HIPSTER KE BANG
Lepas Jumaat baru gerak g umah Nenek dekat Parit Amat, kat sana bermaafan dengan nenek dan makcik-makcik kat sana, tapi masa kitorang balik ni, takde pulak marhaban. Selalu kalau balik, memang bertembung dengan orang marhaban dekat rumah nenek ni.  Memang belah Johor ni , masih kekal kan Marhaban dari rumah ke rumah. Meriah wei, beduyun-duyun orang datang, kecik besar tua muda pun sama join. 

DONDON DONDEYY

Tahun ni memang tema batik kan, gi memana tengok orang tema batik sesajo.  Bak kata paknuar, kalau dia pakai batik, pastu terus bancuh simen je, haha kuajakkk weiii. 

COMEL

Yang tetengah tu bakal menantu pompuan no.3 ( tunang adik no. 4). InsyaAllah bulan disember tahun ni majlis diorang, mudahan kekal jodoh hingga ke jannah hendaknya. Alahai yang kecik tu, apehal lak muka gituu Ichaaaaa.. Takpe maklong tengok comey je... Kesayangan jugak ni, sebab dia je cucu pompuan sorang, yang lagi 3 lelaki. Jangan ada cuba-cuba suruh aku proceed pompuan pulak, sabar itu kan indahhhh hahaha... Doakan untuk adik ipar no.2 mkngah amey semoga diberikan zuriat yang comel dan soleh dan solehah. Amin...

NAUFAL

Anak aku paling payah nak dekat orang, nasib-nasib lah kalau dia nak ye.  Dak abang masa dia kecik lagi urut dada jenis berkepit.  Si adik ni boleh la membawa diri tengok gaya dia.  

MAKCUNNN
Disebabkan dia yang bongsu, pun kesayangan jugak ni. Banyak tolong jagakan anak-anak buah ni.  Rajin dia nih, hehe tapi baru darjah 5 ye.

PAK LONG + MAKLONG
MAKNGAH + PAKNGAH

PAKLANG + MAKLANG

PAKJANG + FUTURE MAKJANG DAN MAKCUN

Lepas beraya dekat rumah nenek kitorang beraya rumah mak sedara dan rumah kawan FIL. Semua dekat area situ juga, tapi maaflah aku bukan ingat nama jalan tu, sebab Johor ni banyak nau Parit.  Yang aku ingat rumah nenek tu jelah, Jalan Parit Amat yang lain tak dan nak ingat.  Petang tu kitorang balik Melaka juga tapi singgah sekejap dekat Tanjung Emas saja amik angin dan sambil amik gambar sekeping dua. acecehh...








Penutup cerita raya dengan gambar tuan tanah kedaung suwit muwit setahun sekali... 
Harap jangan muntoh terbelahak pulak.. 





Raya Part 1

Raya Part 1
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN



Boleh lagi nak cerita pasal raya  kan.  Walaupun skarang dah raya ke 22 kalau tak silap aku lah. Kalau silap tolong betulkan ye. Kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin selama ada kat alam maya ni. 

TEAM GEGIRL

Disebabkan tahun ini, giliran kampung aku kena lebih eksited lah nak bercerita. Bukan bermaksud raya rumah mertua tak best ye kawan-kawan. Kang ada pulak yang salah anggapan. Aku balik kampung selasa pagi, dekat kampung dah ada anak-anak buah dan kakak aku yang no.3. Diorang balik awal sehari dari aku. Memang diorang menunggu kepulangan aku sebab aku memang Makcu kesayangan diorang. Acecehh, matilah angkat bakul sendirikan. Disebabkan anak buah memang ramai pompuan dan diorang dah besar panjang (single) boleh lah nak membantu nenek (mak aku) memasak, menganyam ketupat daun kelapa, daun palas, potong daging, Ayam, dan sewaktu dengannya. 

Menu untuk dimasak harini ayam masak lemak cili api, rendang daging, sup tulang , kuah kacang, ketupat daun kelapa, ketupan daun palas dan nasi impit, lemang (tempah dekat orang). Mula memasak dari 9 pagi membawak hingga ke 5 petang. Dugaan hari terakhir puasa tu kemain menduga lagi. Tengok anak aku teguk air putih pon boleh buat tertelan ailio. Inikan air sirap ais, fuh ancaman betul kena pulak memang waktu kemuncak tengahari tu. Anak-anak aku sepupu diorang tolong jagakan. Alhamdulillah takde diorang buli anak aku tu. Aterr sayang takkan korang nak buli pulak kan. Hahaha.

Petang tu sebelum berbuka sampai pulak abang ipar dgn abg aku yg no.4 dengan keluarga dia. Jadi meriah lah rumah nenek, dan bertambahlah menu raya kitorang. Kari daging, kuah kacang, rendang Ayam dan sambal belacan. 

Makanan siap hidang dah macam pesta makanan, meriah jangan cakaplah. Tapi seronoklah makan ramai-ramai camni bila berbuka. Masa berbuKa semua dok cari air. 


Tambah kapsyen

Lepas magrib Takbir berkumandang kat tv, dia punya syahdu tersusuk kat dada. Terbayang wajah-wajah kesayangan yang dah tiada. Arwah ayah dan arwah abang no.5. Semoga roh mereka tenang disana. Walaupun meriah , tapi ayah dah takda, tak lengkap rasanya. Setiap kali bila tiba nak raya, dia adalah orang yang paling sibuk skali. Sejak ayah dah takda memang mak pun mood nak raya tu biasa biasa je. Yang takda raya ni family kakak no.1 ,no.2 dan  abang no.6 masing masing giliran rumah mertua.



Malam raya tu, dah pesan ngn anak buah aku nak gi solat Aidilfitri, minta diorang tolong jagakan anak-anak aku.  Pagi tu, 6 sengah bebudak ni dah bangun, takyah mak kau nak susah payah kejut. Bagi susu sorang sebotol, pastu mandikan dan terus siapkan diorang. Balik dr solat aidilfitri masing masing dah liplap cecantik nak bermaafan. 


RUMAH MERTUA


Tema kitorang tahun ni #TeamNavyBlue dan semua kena blue jugak. Aku tak kire, nak semua sama. Hahaha kejam makcu diorang ni. Anak buah sporting Kena ikot lah. Bergambar jangan cakaplah,kalau ada kodak maun berkotak jugak kena beli tu. Macam macam gaya Ootd diorang Buat. Aku mampu tengok aje gambar yang diorang post kat ig. Ko ghaserr nak hack je gambar tu, sebab aku takde dlm gambar tu. Ada niat busuk hati disitu hihi. 


SEPUPU BESAR DAN KECIK


MY BELOVE ANAK BUAH


WITH COUSIN

Lepas amik gambar semua, kitorang berjalan raya ke jelai rumaj sedara, pastu terus ke melaka rumah mertua aku dan mertua abang no.6 dapatlah jumpa kat sana.
Sampai rumah, kol 9 Malam mandi anak-anak bagi diorang tido. Lena smpai ke pagi dia punya penat beraya sehari tu. 


TUAN TANAH KEDAUNG


Rabu, 26 Jun 2019

Segmen 24 Jam Bloglist #33 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2019, iaitu tepat jam 9.00 pagi sehingga hari esok, 9.00 pagi 27 Jun 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #33 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2019.

** jom support Mia Liana....


MELAKA RIVER CRUISE

Dah survey kemana untuk cuti sekolah hujung tahun ni ke belum ? Untuk korang yang datang nak melawat Melaka boleh lah survey dar...