TABUNG EMAS

MAI JENGUK

Selasa, 5 Februari 2013

MUAR SABTU LEPAS


 Harap maaf entry tanpa gambar lagi. 

Sabtu lepas anak makngah suamiku berkahwin di Muar kalo tak silap aku Jalan Parit Amat Darat kot. 

Sebelum ni mak aku ade penah cakap nak ziarah atok suami aku yang sedang sakit kat Muar.  So alang-2 dah nak gi Muar nak lah bawak mak aku sekali.  Jumaat lepas tunggu laki aku balik kerja 11.00 malam terus balik kampung.  Aku tak bafi tau kat mak pun, yang aku nak balik.  Cuma bagitau abang aku jer.

Dah sampai pagar depan rumah dalam 12.30tengah malam.  Call mak suruh bukak pintu rumah.  Lepas tu mak terus masuk bilik.  Die cakap kepala die pusing-2 macam nak pitam.

Lepas tu aku jadi risau, dah la tengah malam kan.  Aku pun bancuh air susu then suruh makan ngan roti.  Lepas tu urut-2 belakang yang kepala dalm sengah jam kot baru die okey.

Baru lah boleh mak tido.  Pepagi aku tengok mak dah siap mandi, die cakap dah okey sikit dan rasa nak ikut g Muar.  Dalam kul 10.00pagi bergerak lah kitorang ke Jasin.  Sampai je Jasin, family sisuami baru lepas bersiap.

Dalam 10.40 baru bergerak ke Muar.  Nasib baik tak hujan sepanjang perjalanan kami.  Sampai Muar dalam 12 lebeh.  Kitoerang salam-2 dan terus g makan.  Time tu orang tak berapa ramai sangat, mebi awal lagi kot.  Selesai makan lepak-2 kat khemah kmudian nak atas rumah lepak depan pelamin pulak.


Nak tunggukan kul 2.00 sanding.  Mak aku siap terlelap sengah jam lagi kat atas rumah tu.  Atas rumah tu kitorang je kot yang lepak. Aku maen game kat fon lah.  Ape je lagi nak dibuat, bila haus suruh suami amik air kat bawah. 


Masa yang ditunggu telah tiba, pengantin bersanding.  Diorang kat sana ade buat sistem bayar tol. Tu 1st time aku tengok kene tal.  Kalo tak silap aku 4 tol kene redah.  Yang paling ramai dekat pelamin. Penuh pelamin tu dorang tunggu yang tua dan muda same jer.

Aku pulak yang kesian tengok pengantin tu, dah la berpeluh-2.  Siap nak tol-2 lagi.  Macam naya kan orang jer.  Hehehe.  Lepas tepung tawar, dorang ade buat campak gegula ngan syiling.

Kebtulan masa tu aku ngah pose nak amik gambar, skali gegula tu tercampak depan aku, terus aku mengelupur kutip syiling ngan gegula.  Hasil syiling rm1.50 hasil gegula, segenggam tangan aku ler.  Lelaju masuk dalam h/bag.


MAsa pengantin turun g makan beradab, kitorang pon terus salam tuan rumah tanda nak balik.  Sebelum balik ke Melaka, singgah rumah atok dulu.  rehatkan badan dan solat, lepas zuhur kitorang terus gerak pulang.


Sampai melaka dalm 5.45ptg hantar suami, sebab suami kena kerja jam 7.00malam. Singgah rumah lepas solat asar terus aku balik kampung hantar mak.  Tinggal lah sisuami keseorangan.  Hehehe..


(^_^)

1 ulasan:

Sudi sudi lah komen...

NUFFNANG

NorHafidah Hj Hassan has invited you to join ShopBack!

Get RM10 bonus when you make your first purchase. Shop n...