Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Memaparkan catatan dengan label jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Oktober 2019

GENTING HIGHLAND 2019



Lama dah pasang niat nak naik Genting sebenarnya.  Tapi hajat nak naik tu, sampai juga akhirnya minggu lepas.  Memang nak bawak abg nafiz naik cable car tu. Dulu nak bawa, tapi adik naufal kecil lagi, macam payah pulak nak kendong dia. Sebab memang tak pernah sampai sana lagi, tak tau apa yang ada kat atas tu. Korang dah naik banyak kali pliss jangan gelak pulak. Hahaha Kunoo kan.. Sabtu lepas papa diorang ada amik gambo orang kawen, so kitorang terperap ajelah kat rumah.  Ahad tu lepas sarapan, mandikan anak-anak, dok lah golek-golek tengok tv, sambil berlalu nak gi dapur tu, papa dia cakap duduk rumah je ke ni, hahahaha pantas la mulut aku ni menjawab moh ler naik Genting pa.. Dia kata ok siap!! mengelupurlah aku mandi, pas mandi tanya lagi betul ke ni, sebab dia kekadang sandiwara jugak, dah sesiap tetiba g Mydin je kang. Ko ghaser nak hempuk je kepala kat dinding.





Pastu dia jawab, betul lah ni kita pergi balik hari. Bawakan baju emergency bebudak ni sekali, kot muntah ke apa kang. Eh laju ke aku bersiap dengan anak-anak.  Kul 12 setengah gerak dari Melaka, pastu sampai rnr Seremban 1 lebih jugak, boleh pulak hujan. Berenti makan dan etc. Pastu on jelah waze exit Toll Gombak kot xsilap, hujan renyai2 apalah makna naik cable car tu aku gase. Nekad jelah, ada rezeki dapatlah naik, xde rezeki kita jenjalan jelah dekat GPO tu. Kabus jangan cakap le tebal giler, boleh plak waze tu bawak stesen cable car yang lama, aku cakap apehal mcm tak de kerta je dalam ni, 2 kali jugak pusing kat situ. Pastu tekan waze cari jelah GPO, rupanya awana skyway  central nama nya. kebodohan apakah ini hahaha.




Cari parking dalam bangunan GPO tu, sejam rm4 kot tak silap. Pastu kitorang layan dulu jalan-jalan dalam GPO.




Banyak butik2 dalam tu, orangpun ramai jugak. Pastu terus beli ticket nak naik skyway. Orang tak ramai nak naik. Return skyway RM 18 budak bawah 90Cm Free takyah bayar.  Pastu dapat lah naik skyway , keluarga kitorang jelah dalam tu. Sebab orang tak ramai nak naik masa tu.





Gayat jugak abang nafiz naik tu, macam-macam dia membebel, takut jatuh lah, macam nak muntah lah, tali putus lah. Hahaha dia punya membebel tu bikin bederau2 darah. Kabus tebal bekepul2 cantik , SubahanaAllah cantik sangat permandangan dari atas tu. Nampak Outdoor punya themepark, besar giler, mungkin xsesiap lagi kot.





Dah sampai SkyAvenue Station yang last skali, skali tengok orang beratur nak turun kemain ramai, ramai pelancong asing, yang datang dengan group gitu.Nafiz kemain teruja tengok screen besar pastu tengok indoor themepark tu, dah pesan kat dia, kita jenjalan je okey. Hahaha, adik naufal biasalah dapat lepas kawasan lapang sama naik dengan abang dia. Dalam ni pun banyak jugak butik-butik untuk shooping, tah ada berapa tingkat pun tak ingat lah, sebab kecoh dengan bkejar bebudak ni. Ada 2 bangunan shooping tak silap aku First World Complex dan Genting  Grand Complex kot nama dia. Kot aku silap betul kan lah haha... Dalam tu banyak lah kemudahan orang awam, tandas, surau pastu bilik untuk baby nak tukar diaper ke apa. Selesa sangatlah, semua lengkap pastu bersih walaupun orang ramai.







Jenjalan amik gambar sekeping 2 pastu kitorang nak turun dah. Tapi nak turun mengucap panjang sebabbbb ramaii orang , beratur tah berapa puluh lane taktau lah baru dapat turun. Sampai adik naufal meramukan hoi.... Letih dengan dukung dia lagi, dah lah tak nak dekat papa dia, jenuh tangan sado umi dukung tau. Dalam sejam lebih jugak kena beratur tu. Masa turun tu, hujan renyai2 pulak pastu kilat memancar2 seram sejuk aku mikirkan, cepat lah turun bawah, dah lah gelap gulita. Sampai bawah dalam kol 10malam cam tu.. Butik kat GPO pun dah tutup , singgah 7E beli air bebudak ni dah haus, harga air kat atas ni 2 kali ganda ye. Skyway tu tutup kalo xsilap sampai 12 malam kot. xsempat nak snap gambar sangat. 







Kitorang gerak balik pun hujan pastu jammed yang boleh buat sabar lagi lah, Singgah RNR Gombak makan pastu tu tukarkan baju2 bebdak ni pakai baju tido terus. Lepas je Tol Gombak jalan clear, nak balik Melaka. Tapi nk ke KL jem jugak tgok kat waze. Hujan la sepanjang Jalan. Sampai Rnr Nilai singgah rehat dan tido kejap, pastu sambung gerak sampai rumah 2pagi camtu.




Khamis, 11 Disember 2014

I CITY 2014

Jumaat lepas aku balik koje awal. Dalam 4sengah dah sampai rumah. En. Suami plak balik kol 3. So memang dah plan nak balik umah mak. Lepas makan dok lah lelepak depan tv jap. Anak pun kitorang lom amik lagi. Sebab barang hape pon lom pack nak balik umah mak kan. Tetibe terpacul dari mulut aku ni. Abg jom kita p i-city malam ni nak, lama dah tak pegi. Last pegi pun masa tu 2minggu pas kawen kalo tak silap. Ni dah ade anak moh le kite pegi. Lagi pun adik dah pandai jalan kan. Mesti die suke kan. Tengok lampu banyak tu. En.Suami cakap, okey ON. Kol 6 kita gerak. Sok pepagi kita balik kampung.

Awww sukeee sukee... Dalam kol5 camtu terus siap barang-2, maklumlah ade anak kan. Sume benda nak kena bawak. Aku besiap kat rumah, En.Suami amik anak kat pengasuh. So tinggal nak siapkan dak kenit tu jer. Tukarkan die baju pastu sesiap buat susu sebotol. Sebab die tu hura hara kalo dah tengok mak pak dia dah bersiap. Kebetulan ade plak adik ipar aku. So ajak skali jelah, kok penat nak balik memalam ni leh lah dorg tukar driver kan.

Layan gambar je laaa..














l
l
l
l
l
l
l
l
l





SCROLL DOWN






l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l


Feeling baru pas kawen rase hahahakkkktuiii =)
















Selasa, 20 Mac 2012

KLEBANG

Selamat petang korang?

Dah lunch belom nih?

Yang belom tu mesti perut tu tengah menyanyi kan.

Aku pun lom nak lunch lagi.

Baru habes siap keje.

K tu just intro je k.

Kembali kepada cerita asal balik.

Petang semalam aku balik keje awal sikit dari biasa.

Dalam 4sengah camtu aku dah cabut balik guma.

Dah tu aku pun sampai uma angkat baju kat penyidai.

Terus mandi manda. Dengan niat hati nak lipat baju-baju yang setengah bakul tu.

Pas aku mandi member aku kol ajak pi minum petang.

Ceh minum petang tak tahan bunyik nyer.

Aku terus lah besiap (niat lipat baju diabaikan)

Member aku kate minum kat area sini jelakan.

So aku kata argh ko tipon aku semata-mata ajk minum kat area sini ape kelas jah!!

Dah tu aku pon bersuara lagik, alang-alang tu jom la g klebang ke kan.

Ley tengok2 kapal selam tu.

So kitorang pon gerak n sampai sane dalam 6.20 camtuh.

Terus la mengfollow kite depan tu ke temapat kapal selam tu diletakkan.

Tapi malang dah tutup dah sabab sampai kol 6ptg je waktu melawat.

Jadik tengok dari jauh je la.

Sekali tengok cam besi buruk yang dok kat tengah lautan pasir.

Dah lah jalan ke kapal selam tu berpasir, kalo naik motor maun hidu pasir jelahkan.

Sib bek nek keta(maju sikit lah)

Pastu patah lah balik lepak kat Dataran 1 Malaysia Klebang tu.

Ingat nak gak dok tepi pantai yang dah di tambak tu, tapi tak sempat, tengok aje dari jauh.

Kitorang dok kat gerai kat tepi-tepi tu, ramai gak orang.

So member aku tu order satay ayam 10 cucuk ngan air Tea.

Aku plak order Cendol jerk.

Tapi memang sedap cendon ngan satay nyer.

Tapi tak sedap tang rege nyer.

Bukan sebab aku kedekot ke hape.

Tapi macam tak kena cam rege plak, yelah mungkin tak agak2 rege cam tuh.

Total semua Rm 11.50.

Aku ingatkan rege bajet2 cam kedai tepi jalan jer.

Sekali bayoo haaa... Opsss cenggituh plak..

Tapi takpelah makanan lagik pon.

Nasib baek sumenyer sedap kat tekak aku.

So sesape yang lom g melawat Dataran 1 Malaysia tu moh lee pegi.

Aman damai je kat sane, sesuai untuk keluarga bersantai.

Yang bercouple pon okey gak sesuainyer..hahahaha

So dalam 7.20 cam tu kitorang pun beredar sebab dah nak Magribkan.

Gambar memang xder... Malas nak amik sebab aku mals!! 


Sekian ^_^




IHSAN GOOGLE













⚡ Watch Free U.S. Sports Live with 720pStream – No Login Needed!

Hi there, 🎯 Looking for a way to stream top U.S. sports live – for free? With 720pStream , you get instant access to h...