Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Memaparkan catatan dengan label Makan oh makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan oh makan. Papar semua catatan

Jumaat, 24 April 2015

Nak Tunjuk Gambar Seksi Di Tekak

Wahhhhh gambar seksiii nauulah nih.. Meh lah layan seksi dimata dan di tekak ye semua..

Salam Pagi Jumahat semua.  Lama kot tak share pape kat sini. Meh nak tepek gambar makan jer lah. Gambar je nampak good good good padahal gase belom tentu. tapi ikot tekak aku laki bini okey je Alhamdulillah semua dah masuk perot keh keh keh.

Kejadian siakap sweet sour ni hari senin lepas. Sebab puasa 1 rejab terus rasa cam feeling 1ramdhan palak. Tu yang cm nak msk special. Padahal mmg jarang nau nau nau nak masak best cmni. 

SIAKAP SWEET SOUR


Nasi Ayam Panggang nama nya kot. Kejadian hari selasa sebab puasa ganti. Kan dah kata feeling cam bulan ramadhan. Daun sup lupa nak beli tu nampak cam koboi je nasi tu. Ayam tu perap ngan halia, bawang putih, bawang merah, kicap manis, sos tiram pastu letak lah gula skit ngam garam skit. Ayam tu aku rebuskan dulu ye nnt bile panggang dalam owen tak lah lama sangat.

NASI AYAM PANGGANG OWEN

Kejadian hari rabu plak masih berpuasa ganti kan. Sambal sardin, kari telur ngan ulam salad sahajo. Tu kire rajin jugak tu smp 2 macam masak keh keh keh.

SAMBAL SARDIN, KARI TELUR , ULAM SALAD

Ni kejadian semalam khamis, okey ni aku tak puasa sebab tersarapan pulak pagi semalam nasi lemak ayam tea ice. amik kauuuu rugiii wooo. Tomyam Ayam Asal boleh nama diberi. Disebabkan tinggal ayam je dalam peti mari lah kita bertomyam sahajo. Udang, sorong atau seafood mmg xde ade ayam je ok. Ade carrot, brokoli hijau tu, bawang besar, tomato, cii besaq (cili api xdo ok) dan serai. So mari lebur je semua senang keje kan hiksss..

TOMYAM AYAM ASAL BOLEH

Ni kejadian pagi tadi plak. Mari lah bersarapan susu dutch lady strawberry ngan roto gardiner vanilla rm0.85 sen ye kengkawan, naik 0.05 sen.

SARAPAN JUMAAT


P/S : Menghitung hari nak tunggu bulan ramdhan jer. Semoga dapat bertemu ramadhan tahun ini dengan kesihatan yang sihat Alhamdulillah. Amin.






Rabu, 27 Mac 2013

TAMAK MAKAN

Salam dan selamat pagian..
Kejap je aku rasa dah rabu.
Malam tadi lakiku bertanya esok hari ape eh 'Yang'?
Aku jawab camni dengan jawapan yang pasti, esok hari khamis bang.
Lakiku trus cakap cmni 'hoii apesal awal sangat khamis? bukan esok hari rabu ker? haha
Aku jawab, eh yeke? (muka malu berlalu sambil selak kalendar)

Ni aku nak cite pasal tamak makan pulak.
Malam tadi pas berbual lakiku ajak makan luar, maklumlah berdua kan mmg mkn luar je lebih.
Makan malam pun dah kul 11 malam, sebab lakiku kata dia lapar sangat.
Perut aku memang tak rasa nak lapar pon, just haus jer.

Sampai kat kedai aku order laicikang.
Lakiku order Horlick panas dengan nasi goreng cina.
Aku tak nak makan, atas sebab takut kena marah sbb ngak mau makan yakin terus order
Nasi goreng paprik.
Sekali nasi masing-2 sampai mak datukkk banyak sangat nasi nyaa.
Suku je nasi aku makan, sebab tak lalu nak telan dah sbb tak lapar pon.
Lakiku pulak suku lagi nak habis sbb terlampau banyak.

Pagi ni pulak sampai jer opis aku g kedai blakang.
Order Roti telur ngan milo ice.
Ice pepagi kau mampuuuu??
Pastu aku nampak pulak rendang ayam.
Nampak macam menyelerakan kalo makan ngan nasi impit.(terkenang raya lak).
Dok lah berpikir sambil tunggu roti telur.
AKhirnya aku kalah ngan napsu tamak makan ni.
Order jugak nasi impit ngan rendang ayam tu. 
Buat tapau kat opis.

Aku tak tau lah bila kala nak telan nasi impit ni.

Tunggu jelah perut ni lapar pulak.
Kegmukkan makin meningkat nampaknya.

Gambar mmg takde, koserr nak mik gambar.
Pemalas kuat sangat skang nih.......

Rabu, 24 Oktober 2012

Sekeping sudah

Tepek sekeping ajer

 Selamat tengahhari menjelang petang.  Apekah??

Baru balik lunch..

Mcd aje hari ni.

Erkk Alhamdulillah saya dah kenyang..

Semoga murah rezeki kawan saya yang belanja (Cik rozi) ....

Korang dah lunch belum?

Tadi lunch kat Mcd MITC yang baru bukak tu..

Ramai sangat org...




Isnin, 9 Julai 2012

KUAT MAKAN

Ahad semalam aku buat permintaan kat mak.
Memang lama dah aku gase cm nak makan.
Nak buat sorg2 takot tak menjadik.  Padahal senang lenang jer buat eh.
PERHATIAN!!
bukan Asam Pedas Melaka yer!!!


Asam Rebus Ikan & Bendir

4 -ekor ikan kembung
10 - btg kacang bendir
1 - senduk lada kering yang dah kisar 
5 - biji bawang merah kecil
2 - bawang putih
3/4 - belacan / secukup rasa
3 - keping asam keping
1sudu kecik ajinamoto
air asam jawa (kalo gase nak masam)
garam


Cara-cara

Kisar bawang keci1, bwang putih, belacan tadi letak lah air sikit.
Kemudian masak dalam periuk lada yang dah kisar dan bahan-bahan yang dah kisar.
Kemudian letak atas api, bagi lada tu masak dulu.  Agak dah masak masukkan asam keping tu kemudian letak bendir, kemudian letak lah air secukup mana yang kosrang nak.
Pastu jang lupa letak garam pulak kemudian.. Kemudian letak ajinamoto. Kalo rasa nak masam lagi letak lah air asam jawa tu sikit.  Kemudian baru letak ikan.  Sampai ikan tu dah masak dan korang dah yakin sedap sila tutup api.

Dan hilang dalam mangkok yer.

Menu pada hari ahad tu :-

Asam Rebus ikan & bendir
4 ekor ikan goreng
Budu
Kangkung goreng belacan.




google jugak sbb malas nak snap : 






Isnin, 14 Mei 2012

Jemput Semua.

Merujuk kpd gambar, ia adalah makanan. Memang makanan.  Mee goreng special tanpa sayur sebab stok sayur xde kat uma.  Aku memang nk jemput korang. Jemput tengok aku makan.Keh keh keh..

Pepagi lagi mak aku dah  bgun wt kan aku sarapan dan bekalan ke tmpat kerja. Tq Mak.. Sayu hati ni.


Sebelum aku blik pg td, aku cium mak aku, dan aku ckap Selamat hari ibu ...... i love u...

K... Cukup di situ terus tacing.. ngeh ngeh.

Jumaat, 23 Mac 2012

SELERA KAU LAH

Petang-petang panas camni tekak ni selera nak itu jer.

Ouh....Semacam haus...

1botol mineral aku da tala kan tapi tetap tak puas.

Macam kering je tekak nih.

Selera gila terbayang coconut shake waktu2 cam ni.

Matikkk laa kalo haus je ko telan ais kan..

Memang tak lah nak kempis pewot kau ni cik apit oiii....

Sila jangan ikot ragam selera aku camnih.

Hoh....aku dah blurr gile nih terbayang nikmatnyer dapat sedut ais..

google sahaja.

Ouhhhh makin aku search kat google lagik membuak2 selera aku nak telan coconut shake nih.

Pasti balik kang aku nak singgah gak beli.

Tak kisah lah kat mane2 pun.

-Gileee kau kalah org ngidam-

Kang kalo tak beli maun sentap sampai kemalam terbayang2 kan.

Sekian.....

^_^

Jumaat, 16 Mac 2012

gOOD morning

Assalammualaikum...?

Salam 1 Malaysia??

Harap korang sihat wal-afiat pagi yang cerah ni.

Korang dah sarapan belum?

Korang sarapan ape?

Aku on the way ngah sarapan niha..

Sila-sila jamu selera.

Tetibe teringat orang yang susah kat luar negara sana.

Yang susah nak dapat makanan malahan minuman sekali pun.

Camnerlah kehidupan dorang kan.

Agaknyer kalau dorang dapat kesini mesti dorang agak terpegun tengok makanan/minuman kata negara kita ni bersepah-sepah.

Dorang kat sane kalo nak makan pun mesti berjimat kan.

Kat negara kita ni pulak kalo makan mesti membazir.

Kena pulak kalo yang tak sedap tu, terang-terang trus masuk tong sampahkan.

Aku bersyukur sangat dapat hidup kat Malaysia ni sebab terlalu mewah dengan makanan/minuman.

Tak sesusah macam kat negara luar sana yang nak dapat makanan/minuman.



...........................................................................................

^_^

Jumaat, 17 Februari 2012

Kringgg..!!

Kringg....kring..... 

Telefon office berbunyik dikala waktu kerehatan.

Hari ni kan rehat panjang so aku pon membute kat meja jela.

Tetibe tipon office berbunyik,

Sudah .. siapa yang tipon nih..!!!

Takkan pulak boss aku nak tipon masa jumaat cenggini kan.

So aku angkat jela.

Aku : Hello yer...bla..bla...blaa

Mak Aku : Ini mak laaa....huhuhu...

Aku : Ngehh ngehh senyumm jela.. (Apesal tipon opis dlm ati jer)

Mak : Hari ni ko balik kampung tak?

Aku : Balik lah.. Mak nak datang sini ke?

Mak : Macam mana nak mai, ayah kau ni melilau nak bawak keta, kang mampoih pulak (sambil gelak)
Nak pi tengok Anak Pakteh lah (Anak abg aku ler).Ayah aku kurang sihat dari segi mata.

Aku : Yela hari ni lepaih keja balik kang. Mak masak apa hari nih? (Tu je aku tau)

Mak : Tak dak masak apa pun, masak sayuq petola , ikan cencaru ja.

Aku : Haa yela kang balik la.. Ada sapa kat guma? Bagdet (Abg aku gak) ada ka?

Mak : Tak dak hai, dia dah balik seremban dah. Ha okeylah.. Assalammualaikium..Byee

Aku ; Okey, Waalaikumsalam.

~~~!Papp...letak tipon !~~~~


My Parents.. LOVE U SO MUCH Muaahhhhh
Ni masa dorang wat umrah tahun 2006 (Masa tuh aku nanges esak-esak wei)

InsyaAllah mereka akan pergi lagikk....(Doakan yer kengkawan)



................................................................................................................

Terus buntang bijik mata aku dengar sore mak aku.

Gase cam nak gelak saje wat suprise tipon opis, oh omak oii...

Mahap lah sebab banyak loghat bahasa,

 mak den Orang Kedah hokey, den pulak lahir N9 cakap N9 tu terkawai sket.

Tapi belajaq + kerja kat Melaka. Haaa acanerr tuh? (Campur aduk bahasa lar)



So petang ni aku nak balik kampung esok nak bawak mak dan ayah aku

tengokk cucu baru dia.


Pagi tadi pulak yang akak aku yang dok Key El tu dah dok bodek aku soh aku mai rumah dia.

Hellooooo ko hengat dekat sangat ker nak pi tu.

Heboh dok bodek aku, ko hengat ko bodek aku boleh mai umah hang ka?

Belom tentu lagikk weiikkk..

Kalo boss dan mem kata ohokeyyy (mak ayah aku) 

Baru aku start enjin jalan..

Patut kor la balikkk kann kann kannnn....(Adik yang zalim nih)


Last dia nak letak tipon..

Yessss yess dia merayu kat aku soh pi umah diaaaaa..

Haaa..... mahap lah yoo den tak dapek nak kobarr..

Kor poie lah merayu rayus air mata kat boss ngan mem hokey....



----------------------------------------------------------------------------------------




My Sis wif anak-anaknya

P/s : sila abaikan kotak merah dihadapan anda ituu.



Tak masuk dalam storyy hokeyy....

Isnin, 13 Februari 2012

Sardin

Buang tebiat plaks aku memalam cam gini nak kongsi cite sardin.

Sebenornyer aku dah kenyang makan sambal sardin.

Tadi aku balik koje tah angin ape tah datang macam nak makan sambal sardin.

Oleh itu aku masuk guma aku tengok ade 1 tin sardine kecik tu.

Cili kering pun ade.

Memula aku kua kan semua yang nak dimasak.

Bawang merah yang kecik tu 2biji

Bawang putih 2 biji

Sehiris halia.

Pastu aku tumbuk sesikit bagi pecah-pecah cam nak lumat tu.

Aku tumiskan lada kering yang da bland dalam 1 senduk kecik tu.

Pastu macam dah garing sikit aku masuk bawang+halia yan aku tumbuk tu.

Pastu macam lada tu dah nak garing aku masukan 1 tin sardin.

Pastu letak garam secukup rasa.

Air asam jawa sikit.

Kalo pedas sangat ko letak ar gula sikit.

Pakajinamoto pon ikot korang nak letak ke tak.

Pastu baru ko taburkan bawang beso potong bulat-bulat tu.

Pastu ko masuk dalam mangkuk.

Pastu jangan terlupe lak masak nasik.

Tu jer aku tak sempat nak amik gambar sebab malas.





...................................................................
Erkkkkkkk... Alhamdulillah....

Lepas lah buat kenyang orang bujang macam haku.


⚡ Watch Free U.S. Sports Live with 720pStream – No Login Needed!

Hi there, 🎯 Looking for a way to stream top U.S. sports live – for free? With 720pStream , you get instant access to h...