Kueh arab kawan sekolah ku panggil, nama lain nyer jugak, suji, maamor.. apetah lagik..
Aku gase cam nak try buat la tahun nih.. Semangat beb... Sejak-sejak nak kawen nih..
Puasa pun lom tapi semngat tengok kueh adoiii menyelerakan...
Sila la korang cuba... dah coba tinggalkan komen, nak tau jadik ke tidak hehe..
Bahan-bahan ( 100 biji )
- minyak sapi 500 g
- tepung gandum 1 kg
- gula halus 200 g
- sedikit ceri untuk hiasan
- papercup
Cara-cara
- Ramas minyak sapi bersama tepung gandum sehingga menjadi doh.
- Uli doh bulat- bulat dan goyangkan dalam bekas gula halus.
- Kemudian ambil doh tersebut dan masukkan dalam papercup dan hias dengan ceri diatasnya.
- Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.