Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Januari 2014

Kurma Ayam

Morning morning hari jumaat. Penhulu hari. Bagi setiap hari hari. Petang semalam saje dok baca baca blog org lain. So terbaca lak entry ayam kurma kak pilla http://kasihaleeya.blogspot.com/2014/01/dari-dapur-fillanie.html . Eh padahal ari ari kot baca hehe.. Die adelah wat resepi camner nak buat kurma ayam ke ayam kurma ek. Aku mmg dah lama terniat nak buat lauk tu. Setahun sebulan kawen baru 1st time kot nak mencoba buat ayam kurma tu. Hehehe dasarr mmg xpandai masak tau mentedarah jer kan.

Puaslah aku dok imagingkan cmner kak pilla men campak campak bahan bahan nak buat ayam kurma tu. Kunun lah sgt aku nak men campak campak jugak bahan bahan buat kurma tu. Dalam kete jangan cakap lah aku punye berangan nak men campak campak bahan masuk dalm piuk..

Singgah beli rempah kurma dengan paket yg ade bunga lawang kayu manes tah ape lg tah. Bukan aku knl sgt pon.

So marilah bersilat di dapor rumahku.

*asingkan ayam untuk 2 org makan.
*hiris bawang putih 2ulas.
*potong 1bj bawang bsar jd 6 bahagian.
*hirisan halia.
*pes kurma.
*cili besar 2tangkai belah 2.
*kentang 2 biji belah 4.
*santan kotak atau santan asli.
*kulit kayu manis ngan bunga lawang.

Memula panaskan minyak. Masukkan kayu manis,bnga lawang, hirisan halia,bawang putih, cili besar ngan bawang besar. Bagi dia layu sikit pastu masukkan pes+air. Pastu masukkan kentang. Letak air sehingga kentang tu empuk. Pastu letak ayam. Letak santan kotak ikot lah kepekatan yg korang nak yer. Jgn lupa letak garam deyyy. Dah menggelegak tutup lah api yer. Siap dimakan bersama nasik.

Suami kata menjadilah. Tp kureng sikit sbb gune santan kotak. Kalo gune santan asli tu lagi sedap kot. Semalam aku buat 1piuk kecik. Senang kang thagari xpayah masak lagi. Panaskan jer pastu kot nak masak jugak,masak yg goreng gorwng dah.

Rabu, 11 Julai 2012

KUEH ARAB


Google

Kueh arab kawan sekolah ku panggil, nama lain nyer jugak, suji, maamor.. apetah lagik..
Aku gase cam nak try buat la tahun nih.. Semangat beb... Sejak-sejak nak kawen nih..
Puasa pun lom tapi semngat tengok kueh adoiii menyelerakan...

Sila la korang cuba... dah coba tinggalkan komen, nak tau jadik ke tidak hehe..

Bahan-bahan ( 100 biji )

  • minyak sapi 500 g
  • tepung gandum 1 kg
  • gula halus 200 g
  • sedikit ceri untuk hiasan
  • papercup

Cara-cara

  1. Ramas minyak sapi bersama tepung gandum sehingga menjadi doh.
  2. Uli doh bulat- bulat dan goyangkan dalam bekas gula halus.
  3. Kemudian ambil doh tersebut dan masukkan dalam papercup dan hias dengan ceri diatasnya.
  4. Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.



Isnin, 9 Julai 2012

PUDING JAGUNG

Sabtu lepas aku datang kerajinan nak buat kueh Puding jagung nih.
Kenapa rajin ??

1) barang-barang yang diperlukan memang dah ada kat guma.
2) Mencuba buat kali pertama nya
3) Mungkin sebab nak kawen dah kot. hahaha
4) teringin nak makan!!




Bahan Utama :-

1 - Paket tepung kastad
1 - Tin Susu cair (Ape-ape jenama pon boleh)
1 - Tin jagung manis
Air kosong 1 1/2 cawan besar.
 Garam - Secukup rasa
Gula - Sesedap rasa


Cara-cara :-

Masukkan 1paket tepung kastad tu dalam mangkuk, susu cair dan air. Kemudian kacau bagi acuan tu dah sekata kemudian letak atas api dengan api yg pelahan. Sentiasa kacau kalo idok berketul-ketul lah ianya.  Kemudian masukkan jagung manis tersebut.  Kacau sampai lah jadik pekat, berkilat dan tak melekat sangat pada senduk tu.  Mak aku kata seeloknya kacau pakai senduk kayu okey.  Pastu kalo gase mcm pekat sangat tambahkan air sikit. Jangan lupe ltak garam ngan gula pulak yer. Secukup rasa korang la..

Bila gasa-gase macam dah masak dan tak melkat kat senduk tu tadi korang ttp lah api.  Kemudian tuangkan kedalam loyang atau bekas acuan korang. Macam aku letak dalam loyang kecik tu je, dapat lah 2.  

Kemudian ttp pakai tudung saji bagi wap panas tu keluar.  Aku tak terus letak dalam peti ais.  Bagi sejuk dulu baru aku masuk dlm peti ais.  Pastu dah ley makan. (Aku buat puding ni ikot sesuka hati jer masuk bahan byk mana pon) Tapi aku buat mmg menjadik mak aku pon puji kata sedap, bagi jiran sebelah sikit dan dia kata pon sedap, tapi rugi plak aku tak snap gmbr. Hehehe sila puji laaaa

-Kalo korg rase nak letak ceri ke atas tu terpulang-

maaf xde pulak aku snap gambar nyer, kunun tak bajet nak masuk dalam blog.

Google je boleh kan??


ekekekeke....


jom try..













sekadar hiasan dr google

⚡ Watch Free U.S. Sports Live with 720pStream – No Login Needed!

Hi there, 🎯 Looking for a way to stream top U.S. sports live – for free? With 720pStream , you get instant access to h...