Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Khamis, 27 Jun 2019

Raya Part 1

Raya Part 1
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN



Boleh lagi nak cerita pasal raya  kan.  Walaupun skarang dah raya ke 22 kalau tak silap aku lah. Kalau silap tolong betulkan ye. Kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin selama ada kat alam maya ni. 

TEAM GEGIRL

Disebabkan tahun ini, giliran kampung aku kena lebih eksited lah nak bercerita. Bukan bermaksud raya rumah mertua tak best ye kawan-kawan. Kang ada pulak yang salah anggapan. Aku balik kampung selasa pagi, dekat kampung dah ada anak-anak buah dan kakak aku yang no.3. Diorang balik awal sehari dari aku. Memang diorang menunggu kepulangan aku sebab aku memang Makcu kesayangan diorang. Acecehh, matilah angkat bakul sendirikan. Disebabkan anak buah memang ramai pompuan dan diorang dah besar panjang (single) boleh lah nak membantu nenek (mak aku) memasak, menganyam ketupat daun kelapa, daun palas, potong daging, Ayam, dan sewaktu dengannya. 

Menu untuk dimasak harini ayam masak lemak cili api, rendang daging, sup tulang , kuah kacang, ketupat daun kelapa, ketupan daun palas dan nasi impit, lemang (tempah dekat orang). Mula memasak dari 9 pagi membawak hingga ke 5 petang. Dugaan hari terakhir puasa tu kemain menduga lagi. Tengok anak aku teguk air putih pon boleh buat tertelan ailio. Inikan air sirap ais, fuh ancaman betul kena pulak memang waktu kemuncak tengahari tu. Anak-anak aku sepupu diorang tolong jagakan. Alhamdulillah takde diorang buli anak aku tu. Aterr sayang takkan korang nak buli pulak kan. Hahaha.

Petang tu sebelum berbuka sampai pulak abang ipar dgn abg aku yg no.4 dengan keluarga dia. Jadi meriah lah rumah nenek, dan bertambahlah menu raya kitorang. Kari daging, kuah kacang, rendang Ayam dan sambal belacan. 

Makanan siap hidang dah macam pesta makanan, meriah jangan cakaplah. Tapi seronoklah makan ramai-ramai camni bila berbuka. Masa berbuKa semua dok cari air. 


Tambah kapsyen

Lepas magrib Takbir berkumandang kat tv, dia punya syahdu tersusuk kat dada. Terbayang wajah-wajah kesayangan yang dah tiada. Arwah ayah dan arwah abang no.5. Semoga roh mereka tenang disana. Walaupun meriah , tapi ayah dah takda, tak lengkap rasanya. Setiap kali bila tiba nak raya, dia adalah orang yang paling sibuk skali. Sejak ayah dah takda memang mak pun mood nak raya tu biasa biasa je. Yang takda raya ni family kakak no.1 ,no.2 dan  abang no.6 masing masing giliran rumah mertua.



Malam raya tu, dah pesan ngn anak buah aku nak gi solat Aidilfitri, minta diorang tolong jagakan anak-anak aku.  Pagi tu, 6 sengah bebudak ni dah bangun, takyah mak kau nak susah payah kejut. Bagi susu sorang sebotol, pastu mandikan dan terus siapkan diorang. Balik dr solat aidilfitri masing masing dah liplap cecantik nak bermaafan. 


RUMAH MERTUA


Tema kitorang tahun ni #TeamNavyBlue dan semua kena blue jugak. Aku tak kire, nak semua sama. Hahaha kejam makcu diorang ni. Anak buah sporting Kena ikot lah. Bergambar jangan cakaplah,kalau ada kodak maun berkotak jugak kena beli tu. Macam macam gaya Ootd diorang Buat. Aku mampu tengok aje gambar yang diorang post kat ig. Ko ghaserr nak hack je gambar tu, sebab aku takde dlm gambar tu. Ada niat busuk hati disitu hihi. 


SEPUPU BESAR DAN KECIK


MY BELOVE ANAK BUAH


WITH COUSIN

Lepas amik gambar semua, kitorang berjalan raya ke jelai rumaj sedara, pastu terus ke melaka rumah mertua aku dan mertua abang no.6 dapatlah jumpa kat sana.
Sampai rumah, kol 9 Malam mandi anak-anak bagi diorang tido. Lena smpai ke pagi dia punya penat beraya sehari tu. 


TUAN TANAH KEDAUNG


Isnin, 18 Julai 2016

UCAPAN UNTUK SEMUA

Syawal 13.....

Dikesempatan ini saya tuan belog ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca belog http://hatinufid.blogspot.my/
Walaupun beberapa org je yang sudi nak baca kan. 
Takpe takpe semoga makin ramai pembaca nanti, sila tadah tangan amin kan ya..

Nah kita post sekeping gambar raya bersama keluarga kecil kitorang. Tapi gambar ni , pada raya ke 3 kalo tak silap. Boleh lah janji ada gambar raya. 
Tema warna baju raya pertama royal blue. 
Kisah raya yang lain-lain kita pospone dulu la.. Busy kata ko... 
Naik koreje memang keje tunggu sesaje la.


#umipapanafiz #raya2016








Isnin, 27 Jun 2016

RAYA MANA KORANG ?

Pejam celik pejam celik dalam seminggu lagi umat islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.  Dikesempatan ni aku nak mohon keampunan kalo ada terguris hati or sebaliknya.  Mana tau minggu ni xsempat dah nak update belog kan. Harapnya berupdate lah. Ni pon dekat sebulan puasa baru nak update belog.  Perghh punya pemalas ahkakkk.
Korang dah buat checklist raya 2016 lum?
Ni list aku. 

CHECKLIST RAYA 2016

1. Baju raya sedondon - 
Dah macam lagu sepahtu kat sinar plak. kihkih. Part ni dah settle dah, takdelah sedondon sangat pun. Janji warna sama. Tinggal nak sarung pagi raya je.

2. Kuih Raya -
Ni pun dah settle juga, oder je kat kakak sebab dia jual kuih raya.  Nasib lah kalo kt rumah mak nanti serupa je kuihnya. Ala berapa jenis je pun aku beli. Nak bagi rumah mak ngan umah mertua.

3. Baju Anak/Suami -
Okey dah sesiap gosok masuk dlm beg, segala bagai baju/seluar.  Baju jalan, baju dok rumah, baju tidur. Selesai, takdelah banyak mana pun. Ala kadar je. Sebab dah jadi mak mak ni memang baju anak je lebih dari mak pak. Mahal ke muroh blakang kira yang penting baju baru iyo dak?

4. Duit Raya -
Part ni belum tukar lagi. Nanti minggu ni baru tukar, nasib lah kita bukan gamen gaji awal. Gaji tak kuaq lagi ni. Takpe malam raya pun boleh isi dlm sampul kan.

5. Kereta raya -
Sapa ada kereta raya angkat tangan ?? Okey kita tak de kereta raya, kita cuci kekilat kereta lama jadiklah kereta raya jugak. hihihi

Tujela kot checklist aku, raya ala kadar jela. Ikot kemampuan kita, kalo rasa tak mampu jangan nak mampukan, kemudian lepas raya mencungap plak.  Kalo rasa bajet kita takat tu, okey kita ukur takat tu je sudah. Kalo mampu lebih dari tu, okey dipersilakan, xde sapa nak larang.

Tahun ni raya pertama dekat rumah mak aku Negeri sembilan. Raya ke2 baru ke kpg en.suami di Muar. 
Korang raya mana tahun nih??
Jom lah kongsi dengan aku, mana tau dapat ilham pulak kihkih..




Ni ada orang share kat fbook, so aku share kat belog ha. 

key babai...



#RayaKe4TanpaAyah
#ArwahHajiHassan
#AlFatihah






Jumaat, 6 September 2013

CERITA 1HARI RAYA

Salam syawal yang terakhir untuk semua. Agak terlewat nak memohon kemaafan aidilfitri kepada semua yang setia nk baca entry ni. Lebih sebulan kot tak update belog ni. Sawang bertimbun dah aku rasa. Orang lain dah update cerita sampai 30syawal, aku baru nak cerita 1 syawal. Memang tak patut kan.

So meh nak cerita sedikit sebanyak, 1Syawal aku beraya kat rumah mak aku dekat n9. Jadiknya memang sakan lah beraya. Laki aku pulak pagi syawal sebelum semayang raya dia dah sampai rumah mak aku. Sebabnya malam raya tu dia kena kerja. Laki ku bersiap dari rumah dengan baju melayu yang aku dah siap-siap gosok. So sampai umah mak aku just pakai samping jelah. Sebelum 7sengah dia dah sampai. Masa tu aku pun dah ready siap tunggu sebab nak p solat aidilfitri sesama.

Lepas semua dah siap baru kitorang 1 family termasuk mak aku g solat aidilfitri bersama. Anak-2 buah yang tak ikut tolong lah panas kan ape yang patut untuk sarapan balik solat kang yer.

Lepas balik solat kitorang bermaafan seperti biase, nangis sane sini pastu bagi wet raya kemudian makan. Lepas je makan tetamu 1st kitorg adelah jiran sebelah. So mula lah sibuk disitu. Lepas dan lepas tetamu kiri kanan datang aku meminta keizinan ke pusara ayahanda.

Balik dari kubur, ingatkan nak g beraya nga suami umah jiran sebelah myebelah. Skalikk ramai pulak yang datang. So tangguh punya tangguh lakiku dah mengantuk. Sebab dah masuk ke tengahari. Kesudahannya aku beraya ngan kakakku je lah. Kitorang g pun 2 buah rumah jer sbb anak buah aku dah merengek.

Balik dari beraya umah jiran, tengok adeee lagi tetamu datang. Aku mmg dah low sangat masa tu. Tolong sesikit jer, nasib malm raya tu kakak ipar wat laksa. So hulurkan laksa tu jelah. Lepas zuhur aku dah tak tertahan mengantuk, masing-2 dah pengsan masuk bilik. Pedulik lah org dtg, aku tak tahan dah. hahaha..

Petang lepas asar baru siap2 g mandi ready takut ade org datang, ha amik ko sedara sebelah mak lak nak datang pas maghrib. Lepas isyak aku dah kebabom, akak-2 aku yg melayan tetamu yg dtg. Aku tak terdaya sbb dah berdiri banyak sgt. Maklumlah mak buyung kan, special case lah hehe..

Gambar pun aku tak amik, sbb nyer mcm cacing kepanasan. Memang panas pun, aku rimas jap2 nak pgg fon lah bagaikan. Memang takdelah gambarnyer.

Tahun ni kawan-2 pun xde yg datang dan aku pon x beraya umah dorang. Dah berlaki ni payah nak bergerak sane sini, dengan perut nye lagi kan. Maaf le sesangat.

k tu je cite raya 1st aku. Maaf gambar mmg xde, yg ade pon mcm xsesuaii nak tampal kt belog ni.

Jumaat, 27 Julai 2012

BELUM SEMPAT LAGI

Nak apdet pasal makan-makan sahur dan berbuka.

Tapi xde point.

Bila ada point keje ke laut melambaknyer.

Lepas tu terus lupa..

Lepas tu masa dah nak balik uma.

Kat uma mmg malas nak apdet.

Meh la layan lagu raya jer kat yuyuppp =You Tube

Isnin, 9 Julai 2012

COLOUR

 


Aku tak tau kenapa dalam kepala ni tetiba terpikir nak apdet pasal colour.  Bukan lah pense warna yer..  Hukhukhuk.  Lagi beberapa hari jek lagi kita umat islam nak sambut Ramadhan/berpuasa.  Lepas sebulan puasa pasti akan tiba 1Syawal.  Dimana hari kemenangan kita.

Kanak-kanak bersuka ria dengan memakai pakaian baru/wangi-wangian. Kasut tinggi berinci-inci. Mekap tebal-tebal sambil bawak beg duet dan berjalan menuju dari rumah ke rumah kutip angpau/duet gayeee weiii.  Tu suatu ketika dulu lah.. Bebudak skang ni payah dah nak wat cenggitu, malu lah kunun.. Aiwahhh... Aku dulu slagi boleh gaye pusing lah seberapa yang larat.  Dapat rm1 tu amat bersyukur. 


Lain topik plak aku nih,  aku bukan nak cite pasal aku berhari raya tapi nak cite pasal baju gaye.  Jalan gaye.. Opsss tak lah baju gaye jer.

Untuk gaye tahun ni aku dilema nak pakai kaler pae daaa...  Kalo dulu belikan sepasang sama kaler mak+ayah.  Skang ni ayah dah xde, opsss sedey lak..  Aku tak tau nk tema kaler ape taun nih.  Bajet taun ni nak kaler same ngan mak lah.  Yelah adik bradik aku yg laen sume dah kawen beranak pinak. Cuma aku je yg belom lagi.  Tapi tunang dah!! Hahaha perlu ker??? Opsssss....Sila percaya okey....

Aku nak beli yang dah siap jer nnt.  Lagi senang, nak amik yang sama colour, sama corak.  Haaaa okey tak?? Pepagi gaye tu mesti seri-seri anak mak nih.. Hehehe...

Tapi tak tau lah kaler ape yang sesuaii...

Kenapa lah banyak sgt colour... 

cehhh ceh... K bye...

⚡ Watch Free U.S. Sports Live with 720pStream – No Login Needed!

Hi there, 🎯 Looking for a way to stream top U.S. sports live – for free? With 720pStream , you get instant access to h...