|
HAPPY 1 FAMILY |
Pagi Raya ke-3 moh lah kita berjemaah balik beraya kerumah Mertua pulak sebab plan nak Ke Muar Rumah Nenek seblah FIL. Aterr menantu kesayangan sangat, harus kena balik, kang dorang rindu pulak. Hahaha ini tiiipuuuuuuuuuuuuuuu takde istilah kauu kesayangan hokey, semua pun sayang sama rata. Tapi, kalau menantu hantu itu lah aku. Sebelum raya makngah amey dah siapkan baju-baju pompuan untuk sedodon berdondon (tenkiu makngah amey ), yang lelaki sila cari sendiri baju kurta warna mcm cekelat krim gitu la. Tahun ni adik beradik paknuar semua #teamrayamertua yang ada tinggal adik no.4 dan no.5 sebab diorang belum berkeluarga.
|
BERSAMA ANAK CUCU MENANTU |
Adik beradik Paknuar ni ada 5 orang, no. 1 paknuar (suami aku), no.2 pompuan yang duduk sebelah kiri, no.3 lelaki, no.4 lelaki dan no.5 pompuan yang duduk bawah sekali tu. Kitorang sampai Muar terus gi rumah paksedara kita beraya kat sana, memang sakan lah amik gambar kitorang. View dalam rumah cantik , alasan nak amik gambar tu memang kukuh sangat.
|
HIPSTER KE BANG |
Lepas Jumaat baru gerak g umah Nenek dekat Parit Amat, kat sana bermaafan dengan nenek dan makcik-makcik kat sana, tapi masa kitorang balik ni, takde pulak marhaban. Selalu kalau balik, memang bertembung dengan orang marhaban dekat rumah nenek ni. Memang belah Johor ni , masih kekal kan Marhaban dari rumah ke rumah. Meriah wei, beduyun-duyun orang datang, kecik besar tua muda pun sama join.
|
DONDON DONDEYY |
Tahun ni memang tema batik kan, gi memana tengok orang tema batik sesajo. Bak kata paknuar, kalau dia pakai batik, pastu terus bancuh simen je, haha kuajakkk weiii.
|
COMEL |
Yang tetengah tu bakal menantu pompuan no.3 ( tunang adik no. 4). InsyaAllah bulan disember tahun ni majlis diorang, mudahan kekal jodoh hingga ke jannah hendaknya. Alahai yang kecik tu, apehal lak muka gituu Ichaaaaa.. Takpe maklong tengok comey je... Kesayangan jugak ni, sebab dia je cucu pompuan sorang, yang lagi 3 lelaki. Jangan ada cuba-cuba suruh aku proceed pompuan pulak, sabar itu kan indahhhh hahaha... Doakan untuk adik ipar no.2 mkngah amey semoga diberikan zuriat yang comel dan soleh dan solehah. Amin...
|
NAUFAL |
Anak aku paling payah nak dekat orang, nasib-nasib lah kalau dia nak ye. Dak abang masa dia kecik lagi urut dada jenis berkepit. Si adik ni boleh la membawa diri tengok gaya dia.
|
MAKCUNNN |
Disebabkan dia yang bongsu, pun kesayangan jugak ni. Banyak tolong jagakan anak-anak buah ni. Rajin dia nih, hehe tapi baru darjah 5 ye.
|
PAK LONG + MAKLONG |
|
MAKNGAH + PAKNGAH |
|
PAKLANG + MAKLANG |
|
PAKJANG + FUTURE MAKJANG DAN MAKCUN |
Lepas beraya dekat rumah nenek kitorang beraya rumah mak sedara dan rumah kawan FIL. Semua dekat area situ juga, tapi maaflah aku bukan ingat nama jalan tu, sebab Johor ni banyak nau Parit. Yang aku ingat rumah nenek tu jelah, Jalan Parit Amat yang lain tak dan nak ingat. Petang tu kitorang balik Melaka juga tapi singgah sekejap dekat Tanjung Emas saja amik angin dan sambil amik gambar sekeping dua. acecehh...
Penutup cerita raya dengan gambar tuan tanah kedaung suwit muwit setahun sekali...
Harap jangan muntoh terbelahak pulak..
wahh meriah! happeningnyaa hehehe. cantik gambar. selamat hari raya :)
BalasPadamjemput join segmen blog saya http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html :D
trm kasih
Padam