Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Oktober 2019

GENTING HIGHLAND 2019



Lama dah pasang niat nak naik Genting sebenarnya.  Tapi hajat nak naik tu, sampai juga akhirnya minggu lepas.  Memang nak bawak abg nafiz naik cable car tu. Dulu nak bawa, tapi adik naufal kecil lagi, macam payah pulak nak kendong dia. Sebab memang tak pernah sampai sana lagi, tak tau apa yang ada kat atas tu. Korang dah naik banyak kali pliss jangan gelak pulak. Hahaha Kunoo kan.. Sabtu lepas papa diorang ada amik gambo orang kawen, so kitorang terperap ajelah kat rumah.  Ahad tu lepas sarapan, mandikan anak-anak, dok lah golek-golek tengok tv, sambil berlalu nak gi dapur tu, papa dia cakap duduk rumah je ke ni, hahahaha pantas la mulut aku ni menjawab moh ler naik Genting pa.. Dia kata ok siap!! mengelupurlah aku mandi, pas mandi tanya lagi betul ke ni, sebab dia kekadang sandiwara jugak, dah sesiap tetiba g Mydin je kang. Ko ghaser nak hempuk je kepala kat dinding.





Pastu dia jawab, betul lah ni kita pergi balik hari. Bawakan baju emergency bebudak ni sekali, kot muntah ke apa kang. Eh laju ke aku bersiap dengan anak-anak.  Kul 12 setengah gerak dari Melaka, pastu sampai rnr Seremban 1 lebih jugak, boleh pulak hujan. Berenti makan dan etc. Pastu on jelah waze exit Toll Gombak kot xsilap, hujan renyai2 apalah makna naik cable car tu aku gase. Nekad jelah, ada rezeki dapatlah naik, xde rezeki kita jenjalan jelah dekat GPO tu. Kabus jangan cakap le tebal giler, boleh plak waze tu bawak stesen cable car yang lama, aku cakap apehal mcm tak de kerta je dalam ni, 2 kali jugak pusing kat situ. Pastu tekan waze cari jelah GPO, rupanya awana skyway  central nama nya. kebodohan apakah ini hahaha.




Cari parking dalam bangunan GPO tu, sejam rm4 kot tak silap. Pastu kitorang layan dulu jalan-jalan dalam GPO.




Banyak butik2 dalam tu, orangpun ramai jugak. Pastu terus beli ticket nak naik skyway. Orang tak ramai nak naik. Return skyway RM 18 budak bawah 90Cm Free takyah bayar.  Pastu dapat lah naik skyway , keluarga kitorang jelah dalam tu. Sebab orang tak ramai nak naik masa tu.





Gayat jugak abang nafiz naik tu, macam-macam dia membebel, takut jatuh lah, macam nak muntah lah, tali putus lah. Hahaha dia punya membebel tu bikin bederau2 darah. Kabus tebal bekepul2 cantik , SubahanaAllah cantik sangat permandangan dari atas tu. Nampak Outdoor punya themepark, besar giler, mungkin xsesiap lagi kot.





Dah sampai SkyAvenue Station yang last skali, skali tengok orang beratur nak turun kemain ramai, ramai pelancong asing, yang datang dengan group gitu.Nafiz kemain teruja tengok screen besar pastu tengok indoor themepark tu, dah pesan kat dia, kita jenjalan je okey. Hahaha, adik naufal biasalah dapat lepas kawasan lapang sama naik dengan abang dia. Dalam ni pun banyak jugak butik-butik untuk shooping, tah ada berapa tingkat pun tak ingat lah, sebab kecoh dengan bkejar bebudak ni. Ada 2 bangunan shooping tak silap aku First World Complex dan Genting  Grand Complex kot nama dia. Kot aku silap betul kan lah haha... Dalam tu banyak lah kemudahan orang awam, tandas, surau pastu bilik untuk baby nak tukar diaper ke apa. Selesa sangatlah, semua lengkap pastu bersih walaupun orang ramai.







Jenjalan amik gambar sekeping 2 pastu kitorang nak turun dah. Tapi nak turun mengucap panjang sebabbbb ramaii orang , beratur tah berapa puluh lane taktau lah baru dapat turun. Sampai adik naufal meramukan hoi.... Letih dengan dukung dia lagi, dah lah tak nak dekat papa dia, jenuh tangan sado umi dukung tau. Dalam sejam lebih jugak kena beratur tu. Masa turun tu, hujan renyai2 pulak pastu kilat memancar2 seram sejuk aku mikirkan, cepat lah turun bawah, dah lah gelap gulita. Sampai bawah dalam kol 10malam cam tu.. Butik kat GPO pun dah tutup , singgah 7E beli air bebudak ni dah haus, harga air kat atas ni 2 kali ganda ye. Skyway tu tutup kalo xsilap sampai 12 malam kot. xsempat nak snap gambar sangat. 







Kitorang gerak balik pun hujan pastu jammed yang boleh buat sabar lagi lah, Singgah RNR Gombak makan pastu tu tukarkan baju2 bebdak ni pakai baju tido terus. Lepas je Tol Gombak jalan clear, nak balik Melaka. Tapi nk ke KL jem jugak tgok kat waze. Hujan la sepanjang Jalan. Sampai Rnr Nilai singgah rehat dan tido kejap, pastu sambung gerak sampai rumah 2pagi camtu.




Isnin, 29 Ogos 2016

HAPPY BIRTHDAY TO ME 12 ogos

Bday aku dah lepas dah pun. 12 Ogos ritu, terima kasih diatas ucapan kengkawan yang kat fb atau kat wasap. Dah tetua ni, cewwah tua sangat dah gamaknya. Malas dah nak celebrate bagai. Suami buat ucapan Happy bday jela.

Alhamdulillah, syukur sangat aku masih dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang sihat selalu. Terima kasih kepada keluarga yang bagi sokongan untuk terus maju jaya hahaha.  Terima kasih buat Mak tercinta, tanpa Mak siapa aku kat dunia ni. Memang tak terbalas jasa mak mengandung, melahirkan, menjaga aku dari kecik sampai sekarang pun.  Semoga mak dipanjangkan umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang sihat selalu.  Jauh cam mana pun dengan mak, mesti ada satu perasaan rindu tu kan.  Paling risau kalau dia cakap tak sihat.  Memang sentiasa risau, lagi pulak dia duk sorang je kat rumah.  Nampak je gua kental macam ni, tapi hati korang tak tau weiii..   Masakan dia walau sesimple mana pun, tetap paling win hokey.  Takle sape lawan, walaupun akak aku yang terer masak tu hahaha.


Bday aku ni jatuh 12 ogos hari jumaat. Anak buah aku yang kembar  tu 20 ogos hari sabtu. Masa 18 ogos tu si kakak pada kembar ni mesej cakap nak buat bday party. Hahaha hantam lah bday party pun tekau.. Nak surprise untuk si kembar ni hari Jumaat 19 Ogos. Aku okey jelah pun. Tak de masalah pun ko nak sambut kat umah aku. Aku Cuma buat air rossela eh yeke nama dia cmtu, goreng sosej ngan kentang jela.  Dah cakap awal awal. Akak aku dia goreng bihun ngan bawak jajan sesikit.
Petang tu dalam kol 4 akak aku hantar kek kat aku, suh bawk balik umah aku. Sebab nak surprise kan si kembar tu. Kita ikut arahan. Nanti diorg menyusul blakang. Balik umah lelaju simpan dlm peti ice cabok aku tu hahaha.  Lepas isyak baru celebrate. Siap tutup lampu bagai, rupanya diorang surprise kan aku sekali wakakaka.. Memang hampeh laaaa…. Tekezut guaaaa.. Btw terima kasih kakak syira, namia, aziera, kak yang , balan n encik suami. Anda Berjaya buat gua tekezuttttt.. Hahahaha.. Glak besau riuh rendah guma aku la..

p/s : Namira, nanti nak cokelat cabury lagiiiii, napiz makan habisss… Huarghhhh.. Kihkihkih

Walau pun sambutan kecil kecilan tapi berharga kot. Dah tua ada yang sudi nak sambut bday aku ni.. Okey sekian terima kasih… Doakan aku murah rezki dan diberi ksihatan sihat slaluuuu.. Amenn

Happy Birthday Buat Anak buah kembar yang ke 16 Tahun ( 20 Ogos 2000 )
Kak cik (Nur Faziera Bte Roslan)
Kak dek (Nur Naziera Bte Roslan)







Jumaat, 11 Mac 2016

Anak buah baru..

Seronok je tengok orang update mengandung dan dah dapat baby. Terus rasa va va va nak mengandung gaks.. Hehehe lum rezki lagi sabo sabo sabo.. Kalo dah ngandung akan dikaborkan di belog yang suam kuku yang macam takde org baca sangat nih haha.. 

Yeay dapat anak buah lelaki belah suami (adik lelaki no.3). Ni 1st lah laki ahkak dapat anak buah sebab dia kan sulung 1st. So mmg menanti jelah jadi paklong/maklong. Va va va seblah aku panggil makcu/pakcu seblah suami terus upgrade jd maklong.. Terus rasa cam tua tua sangat alahai...

Masuk hosp tengah malam rasanya sebab dah sakit sesangat, beranaknya pagi kot xsilap dalam 9-10 am gak la. Pada 03 march 2016 3.1Kg Boy. Nama Muhammad Adam Firas B. Muhammad Arif Fikri.

Semoga awak membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna dan mentaati perintah Allah. Berapa kali dan daa... Nanti dah boleh kawan ngan abang nafiz farhan ngan makucu ye. Nanti boleh geng buli makucu airen awak tu.. hehe 

Nafiz suka je baby ni, kejap kejap kang dia datang cium. Bukan takat cium jer, siap nak angkat skali tau. Bertuah punya anak, mcmkan dia org beso plak nak angkat baby tu.




Muhammad Adam Firas

Yang pompuan tu adik ipo aku yang bongsu kiranya makucu lah anak aku panggil dia.



p/s : Esok hari sabtu dan bermula lah cuti sekolah seminggu, selamat bercuti mak mak yg pepagi buat bento anak tu, yang nak g bercuti pun selamat memandu dan menjaga kesihatan dengan baik. Cuaca skang ni tak menentu kan.




⚡ Watch Free U.S. Sports Live with 720pStream – No Login Needed!

Hi there, 🎯 Looking for a way to stream top U.S. sports live – for free? With 720pStream , you get instant access to h...