Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Isnin, 29 Ogos 2016

HAPPY BIRTHDAY TO ME 12 ogos

Bday aku dah lepas dah pun. 12 Ogos ritu, terima kasih diatas ucapan kengkawan yang kat fb atau kat wasap. Dah tetua ni, cewwah tua sangat dah gamaknya. Malas dah nak celebrate bagai. Suami buat ucapan Happy bday jela.

Alhamdulillah, syukur sangat aku masih dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang sihat selalu. Terima kasih kepada keluarga yang bagi sokongan untuk terus maju jaya hahaha.  Terima kasih buat Mak tercinta, tanpa Mak siapa aku kat dunia ni. Memang tak terbalas jasa mak mengandung, melahirkan, menjaga aku dari kecik sampai sekarang pun.  Semoga mak dipanjangkan umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang sihat selalu.  Jauh cam mana pun dengan mak, mesti ada satu perasaan rindu tu kan.  Paling risau kalau dia cakap tak sihat.  Memang sentiasa risau, lagi pulak dia duk sorang je kat rumah.  Nampak je gua kental macam ni, tapi hati korang tak tau weiii..   Masakan dia walau sesimple mana pun, tetap paling win hokey.  Takle sape lawan, walaupun akak aku yang terer masak tu hahaha.


Bday aku ni jatuh 12 ogos hari jumaat. Anak buah aku yang kembar  tu 20 ogos hari sabtu. Masa 18 ogos tu si kakak pada kembar ni mesej cakap nak buat bday party. Hahaha hantam lah bday party pun tekau.. Nak surprise untuk si kembar ni hari Jumaat 19 Ogos. Aku okey jelah pun. Tak de masalah pun ko nak sambut kat umah aku. Aku Cuma buat air rossela eh yeke nama dia cmtu, goreng sosej ngan kentang jela.  Dah cakap awal awal. Akak aku dia goreng bihun ngan bawak jajan sesikit.
Petang tu dalam kol 4 akak aku hantar kek kat aku, suh bawk balik umah aku. Sebab nak surprise kan si kembar tu. Kita ikut arahan. Nanti diorg menyusul blakang. Balik umah lelaju simpan dlm peti ice cabok aku tu hahaha.  Lepas isyak baru celebrate. Siap tutup lampu bagai, rupanya diorang surprise kan aku sekali wakakaka.. Memang hampeh laaaa…. Tekezut guaaaa.. Btw terima kasih kakak syira, namia, aziera, kak yang , balan n encik suami. Anda Berjaya buat gua tekezuttttt.. Hahahaha.. Glak besau riuh rendah guma aku la..

p/s : Namira, nanti nak cokelat cabury lagiiiii, napiz makan habisss… Huarghhhh.. Kihkihkih

Walau pun sambutan kecil kecilan tapi berharga kot. Dah tua ada yang sudi nak sambut bday aku ni.. Okey sekian terima kasih… Doakan aku murah rezki dan diberi ksihatan sihat slaluuuu.. Amenn

Happy Birthday Buat Anak buah kembar yang ke 16 Tahun ( 20 Ogos 2000 )
Kak cik (Nur Faziera Bte Roslan)
Kak dek (Nur Naziera Bte Roslan)







2 ulasan:

Sudi sudi lah komen...

Collaboration request

Hi there How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by selling SEO services Every website owner requires the ...