Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Khamis, 27 Jun 2019

Raya Part 1

Raya Part 1
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN



Boleh lagi nak cerita pasal raya  kan.  Walaupun skarang dah raya ke 22 kalau tak silap aku lah. Kalau silap tolong betulkan ye. Kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin selama ada kat alam maya ni. 

TEAM GEGIRL

Disebabkan tahun ini, giliran kampung aku kena lebih eksited lah nak bercerita. Bukan bermaksud raya rumah mertua tak best ye kawan-kawan. Kang ada pulak yang salah anggapan. Aku balik kampung selasa pagi, dekat kampung dah ada anak-anak buah dan kakak aku yang no.3. Diorang balik awal sehari dari aku. Memang diorang menunggu kepulangan aku sebab aku memang Makcu kesayangan diorang. Acecehh, matilah angkat bakul sendirikan. Disebabkan anak buah memang ramai pompuan dan diorang dah besar panjang (single) boleh lah nak membantu nenek (mak aku) memasak, menganyam ketupat daun kelapa, daun palas, potong daging, Ayam, dan sewaktu dengannya. 

Menu untuk dimasak harini ayam masak lemak cili api, rendang daging, sup tulang , kuah kacang, ketupat daun kelapa, ketupan daun palas dan nasi impit, lemang (tempah dekat orang). Mula memasak dari 9 pagi membawak hingga ke 5 petang. Dugaan hari terakhir puasa tu kemain menduga lagi. Tengok anak aku teguk air putih pon boleh buat tertelan ailio. Inikan air sirap ais, fuh ancaman betul kena pulak memang waktu kemuncak tengahari tu. Anak-anak aku sepupu diorang tolong jagakan. Alhamdulillah takde diorang buli anak aku tu. Aterr sayang takkan korang nak buli pulak kan. Hahaha.

Petang tu sebelum berbuka sampai pulak abang ipar dgn abg aku yg no.4 dengan keluarga dia. Jadi meriah lah rumah nenek, dan bertambahlah menu raya kitorang. Kari daging, kuah kacang, rendang Ayam dan sambal belacan. 

Makanan siap hidang dah macam pesta makanan, meriah jangan cakaplah. Tapi seronoklah makan ramai-ramai camni bila berbuka. Masa berbuKa semua dok cari air. 


Tambah kapsyen

Lepas magrib Takbir berkumandang kat tv, dia punya syahdu tersusuk kat dada. Terbayang wajah-wajah kesayangan yang dah tiada. Arwah ayah dan arwah abang no.5. Semoga roh mereka tenang disana. Walaupun meriah , tapi ayah dah takda, tak lengkap rasanya. Setiap kali bila tiba nak raya, dia adalah orang yang paling sibuk skali. Sejak ayah dah takda memang mak pun mood nak raya tu biasa biasa je. Yang takda raya ni family kakak no.1 ,no.2 dan  abang no.6 masing masing giliran rumah mertua.



Malam raya tu, dah pesan ngn anak buah aku nak gi solat Aidilfitri, minta diorang tolong jagakan anak-anak aku.  Pagi tu, 6 sengah bebudak ni dah bangun, takyah mak kau nak susah payah kejut. Bagi susu sorang sebotol, pastu mandikan dan terus siapkan diorang. Balik dr solat aidilfitri masing masing dah liplap cecantik nak bermaafan. 


RUMAH MERTUA


Tema kitorang tahun ni #TeamNavyBlue dan semua kena blue jugak. Aku tak kire, nak semua sama. Hahaha kejam makcu diorang ni. Anak buah sporting Kena ikot lah. Bergambar jangan cakaplah,kalau ada kodak maun berkotak jugak kena beli tu. Macam macam gaya Ootd diorang Buat. Aku mampu tengok aje gambar yang diorang post kat ig. Ko ghaserr nak hack je gambar tu, sebab aku takde dlm gambar tu. Ada niat busuk hati disitu hihi. 


SEPUPU BESAR DAN KECIK


MY BELOVE ANAK BUAH


WITH COUSIN

Lepas amik gambar semua, kitorang berjalan raya ke jelai rumaj sedara, pastu terus ke melaka rumah mertua aku dan mertua abang no.6 dapatlah jumpa kat sana.
Sampai rumah, kol 9 Malam mandi anak-anak bagi diorang tido. Lena smpai ke pagi dia punya penat beraya sehari tu. 


TUAN TANAH KEDAUNG


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi sudi lah komen...

Collaboration request

Hi there How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by selling SEO services Every website owner requires the ...