TABUNG EMAS

MAI JENGUK

Isnin, 27 Jun 2016

RAYA MANA KORANG ?

Pejam celik pejam celik dalam seminggu lagi umat islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.  Dikesempatan ni aku nak mohon keampunan kalo ada terguris hati or sebaliknya.  Mana tau minggu ni xsempat dah nak update belog kan. Harapnya berupdate lah. Ni pon dekat sebulan puasa baru nak update belog.  Perghh punya pemalas ahkakkk.
Korang dah buat checklist raya 2016 lum?
Ni list aku. 

CHECKLIST RAYA 2016

1. Baju raya sedondon - 
Dah macam lagu sepahtu kat sinar plak. kihkih. Part ni dah settle dah, takdelah sedondon sangat pun. Janji warna sama. Tinggal nak sarung pagi raya je.

2. Kuih Raya -
Ni pun dah settle juga, oder je kat kakak sebab dia jual kuih raya.  Nasib lah kalo kt rumah mak nanti serupa je kuihnya. Ala berapa jenis je pun aku beli. Nak bagi rumah mak ngan umah mertua.

3. Baju Anak/Suami -
Okey dah sesiap gosok masuk dlm beg, segala bagai baju/seluar.  Baju jalan, baju dok rumah, baju tidur. Selesai, takdelah banyak mana pun. Ala kadar je. Sebab dah jadi mak mak ni memang baju anak je lebih dari mak pak. Mahal ke muroh blakang kira yang penting baju baru iyo dak?

4. Duit Raya -
Part ni belum tukar lagi. Nanti minggu ni baru tukar, nasib lah kita bukan gamen gaji awal. Gaji tak kuaq lagi ni. Takpe malam raya pun boleh isi dlm sampul kan.

5. Kereta raya -
Sapa ada kereta raya angkat tangan ?? Okey kita tak de kereta raya, kita cuci kekilat kereta lama jadiklah kereta raya jugak. hihihi

Tujela kot checklist aku, raya ala kadar jela. Ikot kemampuan kita, kalo rasa tak mampu jangan nak mampukan, kemudian lepas raya mencungap plak.  Kalo rasa bajet kita takat tu, okey kita ukur takat tu je sudah. Kalo mampu lebih dari tu, okey dipersilakan, xde sapa nak larang.

Tahun ni raya pertama dekat rumah mak aku Negeri sembilan. Raya ke2 baru ke kpg en.suami di Muar. 
Korang raya mana tahun nih??
Jom lah kongsi dengan aku, mana tau dapat ilham pulak kihkih..




Ni ada orang share kat fbook, so aku share kat belog ha. 

key babai...



#RayaKe4TanpaAyah
#ArwahHajiHassan
#AlFatihah






2 ulasan:

Sudi sudi lah komen...

NUFFNANG

USA Today June 08 2016 E-book Download

English | 27 Pages | PDF | 22.85 MB Download: http://longfiles.com/r2ftepyhqnu6/USA_Today__June_08_2016.pdf.html... ========================...