TABUNG EMAS

MAI JENGUK

Khamis, 21 Julai 2016

Raya ke 2 Muar


Raya ke-2 dalam kol 8 dah ready nak balik Muar (Rumah Nenek FIL). Sebab dah janji kumpul kt rumah FIL jam 9 pagi.  Sebab tahun ni semua anak menantu FIL semua raya rumah mertua. Kebetulan masa nak gerak, kakak aku yang duk Peghok sampai. Tu pun xsempat nak borak. Yelah nak kejar balik Muar plak. Lepas dah salam semua kitorang balik Jasin, sampai sana pindah barang mana yang tak perlu dibawa, dah sesiap asingkan beg duk Muar 1 Malam n 1 Malam kat umah mertua. Tak lupa bermaafan dulu, yelah sebab raya pertama ada yang kitorang tak jumpa.

Sampai sana dalam jam 11 lebih kot. Rumah nenek meriah lagi ngan anak cucu yang lain. Bermaafan sekejap, pastu terus sarapan. FIL dah sesiap masakan sarapan dari Melaka. Sampai sana makan beramai lah, baru meriah. Tak sempat pun nak bergambar apa. Sumer dah malas. Lepak je rumah nenek dulu, sebab yang lain nak kuor p beraya dulu. Nanti kalo sume kuor xde org plak kt umah, atok xsihat. 

Cuaca tak la panas, mcm mendung gitu, mandi kan nafiz 2 kali kot. Suh tido die xmo tido. Sudahnya mak ngan pak dia yang tido. Dalam kol 4 dorang balik, pas asar dlm kol 5 baru fam kitorg kuor beraya. Rumah pertama, rumah makngah, rumah cik ipah kitorang lepaskan magrib dulu, lepastu baru bergerak ke rumah cik nor,dan terakhir ke rumah kawan FIL.Korang jangan tanya lah Muar tu aku beraya kat parit mana, haha memang aku taktau. Tapi rumah nenek Parit Amat, tu je aku tau.


Gambar kat bawah ni kat rumah pertama rumah makngah, lepas tu mood bergambar semua kelaut, sebab badan dah berlengas haha..









Kat umah cik nor, anak aku dah tido keletihan.  Kat rumah kawan FIL anak aku dah mengamok tak mo turun, so aku lepak jelah dalam kereta. Diorang jelah beraya. Pastu terus balik rumah nenek. Tu pun sampai dah jam 11 malam kot. Penat wei, dengan belengas je rasa. Gambar memang xde kat aku, xkoser nak bergambar dengan anak jap jap umi, umi, umi. Tu belum part makan kuih bersepah, memang idok ler mak ko nak berselpie manjang. 

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi sudi lah komen...

NUFFNANG

Looking Good & Beautiful

Dalam kita tak sedar kurang dari seminggu kita akan menyambut hari lebaran.  Dikesempatan dari kurang seminggu ni mesti kita masih tercari ...