TABUNG EMAS

Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Khamis, 26 Januari 2017

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2017



Hasil carian imej untuk tahun baru cina 2017




Selamat menyambut tahun baru cina, tahun ni tahun ayam kan.  Dan tak lupa kepada yang dah mula bercuti selamat bercuti.  Manfaat kan cuti ini sebaik baiknya..  Yang nak balik kampung atau pergi melancong berhati-hati dijalan raya.  Ingat orang tersayang. Kepada semua mangsa banjir, takziah diucapkan.  Semoga segala urusan kita dipermudahkan. Amenn...



Khamis, 19 Januari 2017

Tips Menjaga Penampilan Wanita


Setiap wanita mengidamkan kecantikan luaran dan dalaman diri sendiri. Mereka akan meluangkan banyak masa dengan mencari produk terbaru dan berbelanja lebih untuk kecantikan. Dengan kecantikan luaran dan dalaman, mereka akan tampil lebih yakin dalam melakukan kerja atau rutin harian. Untuk penampilan yang lebih cantik dan menarik, wanita akan sering menjaga diri mereka secara keseluruhan dengan tips berikut.
  1. Penjagaan Kulit Wajah
Memiliki produk kecantikan wajah yang bersesuaian dengan kulit mereka amat penting untuk setiap wanita. Ini adalah kerana mereka sudah bijak mengetahui apa yang berkesan dan apa yang tidak berkesan untuk jenis kulit mereka. Sekiranya anda belum tahu apa jenis kulit anda, boleh cuba buat carian di internet mengenai jenis kulit wajah dengan lebih lanjut seterusnya memudahkan anda untuk membeli produk yang betul.
2. Makeup
Satu ayat yang sinonim dengan penampilan wanita ialah makeup. Untuk nampak lebih yakin, ramai wanita menggunakan produk makeup untuk memberikan penampilan yang berlainan mengikut masa. Untuk kerja, jenis makeup yang digunakan tidak keterlaluan dan cukup sahaja untuk tampil yakin di ofis. Untuk hari biasa, makeup jenis natural lebih digemari. Apabila terdapat acara penting, makeup yang lebih gah akan digunakan.
3. Pakaian
Pemilihan pakaian yang betul mengikut bentuk badan, ketinggian dan sebagainya juga mampu mengubah penampilan seseorang wanita. Malah, pemilihan kasut dan aksesori yang bersesuaian adalah keperluan untuk tampil cantik dan bergaya. Bagi wanita yang meminati fesyen, mereka akan sentiasa mengetahui trend terkini dan akan memilikinya mengikut kemampuan. Mengikut cita rasa masing-masing, setiap wanita pasti mempunyai minat trend tertentu dan akan berbelanja mengikut cita rasa tersebut.
4. Minyak Wangi
Akhir sekali adalah bauan wangian. Bauan yang lembut amat sesuai untuk setiap wanita. Namun ada juga sesetengah wanita yang suka bauan yang lebih kuat untuk tampil yakin. Semburan minyak wangi akan memberikan semangat dan keyakinan diri. Jika kita sering berhadapan dengan bauan yang tidak selesa kita akan jadi lebih kepada tekanan dengan bauan tersebut. Oleh itu, pilih wangian yang bersesuaian dengan cita rasa anda.
Untuk wanita diluar sana yang mahukan hanya terbaik untuk diri dan penampilan, anda boleh mencuba tips ini. Jika anda sukakan tips ini jangan lupa untuk berkongsi pendapat dengan komen dibawah.

Rabu, 18 Januari 2017

Pakaian Tradisi Masyarakat Melayu


Di negara kita Malaysia, terdapat berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai pakaian tradisi tersendiri. Dimana pakaian tradisi itu, menjadi simbolik dan kebanggaan semua. Kaum melayu merupakan etnik yang terbesar di Malaysia. Peranan dan kedudukan pakaian adalah sangat penting bagi kaum Melayu yang mempunyai ciri-ciri seperti longgar, panjang dan labuh. Selain itu, pakaian juga menjadi alat penutup aurat, pelindung tubuh dari panas dan sejuk. Pakaian juga dikatakan menjemput budi iaitu berfungsi untuk membentuk budi pekerti, keperibadian, membentuk watak sehingga si pemakai tahu diri dan berakhlak mulia. Baju kurung dan baju melayu adalah pakaian tradisional masyarakat melayu.
Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang bersusun tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam. Baju kurung juga sesuai digandingkan dengan kain songket atau batik. Kebiasaannya kain selendang atau tudung akan dipadankan untuk nampak lebih cantic bagi si hijabista. Ianya sesuai dipakai untuk majlis keraian, perkahwinan atau urusan harian.
BAJU KURUNG
Baju Melayu pula merupakan pakaian lelaki di mana terdapat Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis formal, hari raya atau menunaikan solat. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Untuk nampak lebih menarik dipadankan dengan sampin songket. Ianya sesuai dipakai oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.
BAJU MELAYU
Namun kini terdapat pelbagai fesyen baju tradisi yang telah diubah suai oleh pereka-pereka bagi menonjolkan keistimewaan elemen yang asli ini dan agar menepati peredaran zaman. Apakah jenis baju tradisi kegemaran yang anda suka tayangkan? Kongsikannya di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

RAMADHAN 2019

Ramadhan ke-2   Alhamdulillah masih menikmati ramadhan untuk tahun ini, semoga dengan kedatangan ramadhan tahun ini membolehkan kita le...