Korang jangan salah anggapan pulak, aku belum kawen mmg lah tak de anak. Cuma yang aku ada anak tekak.
Anak tekak aku ni boleh lagi terkawal takat nih, tapi anak-anak buah aku nih payah sikit nak dikawan huhu.
Cerita pasal anak-anak buah la pulak aku kan. Huhuhu
Ramadhan pertama jer anak buah aku yang dajah 1 tu dah melepek. Kejap terbaring kat sini, jap kat sane, jap jap bukak peti ais, jap jap mandi.
Ko tahu ape motif die wat sume tu???
Sebab nak dapatkan kesejukkan. Bile sejuk tu kurang la rasa penat puasa tu kan. Sampai suh solat pon tak larat. Tu la nama budak-budak ek??
Bila dah bg peransang itu ini baru die bangun solat. Pastu melepek, aku tak pulak tengok die solat cmner, cam patuk ayam le gamaknyer huhu. Yelah mula-mula puasa mmg macam tu kan.
Yang dajah 5 tu pulak pon same, badan dah la kecik jap2 kata haus lah. Suruh mandi tak mau pulak, xlarat kata nyer. Amik tilam kecik yang ringan (untuk muat sorg jer) die bergulung dok bawak tilan tuh. Aku mmg tak tahan nak gelak. Mahap ler mmg aku malas nak pgg henpon nak amik gambar bagai.
Bila time masak memasak pulak, masing-masing nak tolong, dah tolong terus tinggal pi baring, penat katanyer. Alahai anak-anak buah den.
Tu gelagat masa cuti sekolah, kalo hari bersekolah aku tak tau ar caner tah. Mesti amik ice dlm peti tuam kepala kot. (Tu aku masa kecik2 tuh) Hohoho...
Macamner plak ngan korang????