Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Rabu, 27 Julai 2016

Birthday Give Away By Alia





Hadiah akan diberikan kepada 3 orang yang bertuah.

SYARAT-SYARAT:

SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @aliafarhan
3) Like PAGE VANILLA FREAK

4) Follow Instagram @gilaperfume_gilamakeup


5) Buat 1 entry bertajuk 'Birthday Giveaway By Alia'

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Tinggalkan link penyertaan dan email pada http://aliafarhansaid.blogspot.my/2016/07/birthday-give-away-by-alia.html


TARIKH AKHIR 31 JULY INI....

GOOD LUCK SEMUA!














Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com



MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.



MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia.

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? _28_ tahun
  2. Jantina anda? (Lelaki / Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya tertarik dengan botol minyak wangi ini.Minyak wangi adalah teman saya didalam handbeg sebab sentiasa ada dibawa kemana-mana.Bila rasa bau yang tak selesa cepat cepat sembur/calit kat pakaian.  semoga saya berjaya.. InsyaALLAH.(sila berikan jawapan anda)

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Selasa, 26 Julai 2016

Sayangkan Anakkk............JANGAN



 Sayangkan anak๐Ÿ‘ซ ..Jangan
❎
❎


๐ŸŒ€ cakap DEGIL

๐ŸŒ€ membandingkan antara ANAK LAIN 

๐ŸŒ€cakap MALAS
 
๐ŸŒ€buat SENYAP
 
๐ŸŒ€ cakap NAKAL
 
๐ŸŒ€suka PUKUL
 
๐ŸŒ€cakap LEMBAB
 
DENGAN MEREKA  ๐Ÿ‘ซ๐Ÿ‘ซ



#NOTAUNTUKDIRISENDIRIJUGA




Isnin, 25 Julai 2016

Raya Ke-3 dan seterusnya

Pagi raya ke-3 kat Muar hujan lebat, air memang sejuk gila hokey.  Boleh menggigil tekau. Selepas bangun solat subuh, kitorang semua tido balik. Hakhakhak dasar pemalas ek ek. Sejuk sampai rasa dalam tulang. Baring gegolek sambil men henpon lalalala #inikanhariraya.  Anak-anak semua baring, mak ngan pak mertua siapkan sarapan.  Sarapan yang ringkas, sebab jap lagi nak g umah Adik FIL kat area pekan macam tu.  Lepas sarapan, aku terus mandi kang jenuh nak tunggu turn mandi. Yang penting mandi dulu, kang tukar baju je. Lepas tu mandi kan Nafiz pulak, si kecik tu kalo dah disiapkan senang sikit keje mak dia. Hahaha, sebab dia kalo masuk bilik mandi, nak men air je.

Sementara tunggu orang len siap adik ipo ajak selpie sesikit, haha. Memula macam malas, dah ketik sekali nak lagi. Sama ngan anak bujang aku tu. Selpie je, tapi gambar tak senget benget dia amik.

Dalam kol 10 lebih bergerak ke rumah adik FIL. Sampai sana diorang jamu nasi lemak ayam. Nafiz laju je minta nasi. 2kali ulang juga makan nasi lemak tu. Nasi lemak + kicap + ayam .
Orang lelaki g Jumaat, kitorang lepak je kat umah tu.


Gambar family sebelah suami. #hattengahtumasihsinglehahahak

Lepas jumaat dalam kol 3, terus balik umah FIL, orang dari Muar follow juga.
Lepas diorg balik, ada lagi sambungan tetamu.
Pas magrib sesiap gi berya lagi, tp tak hingat kt mana.
Sampai rumah dalam kol 10-11 camtu.

Pagi keesokannya, dalam kol 10 lebih kitorang balik umah Mak pulak. Sebab masa raya pertama, kitorang ada yang takda, so raya ke-2 diorang sampai umah mak. Boleh lah bermaafan.

Tamat....

Jumaat, 22 Julai 2016

Mantai Dan Raya Pertama 2016

Raya ke 2 Muar


Ops, patut kisah raya pertama diceritakan. Haha takpe la halal jela.
Raya Pertama semua pun takle bukak mata, sebab malam tu semua tido lewat, kol 4-5 pagi baru tido. Anak-anak buah lah yang xle bukak mata, diorg kan bila dh jumpa kezen memasing ada je gosip. Pastu main henpon, update insta/twitter ape lagi tah. Tapi Fbook diorg tak layan. Tak paham aku, ong tetua je yg layan dia cakap. Ape korg ingat makcu ni ong tua sangat ke, feeling remaja ye haha.

Aku hari isnin malam selasa dah sampai umah mak, santak sampai ke sahur mengemas rumah mak. Gosok langsir/pasang langsir/sarung kusyen. Sementara tunggu abang aku yang no 6 sampai, mak siapkan rendang maman dengan daging. Dalam kol 2 baru dia sampai. Pastu anyam daun ketupat palas ngan ketupat daun kelapa. Sorry takde gambo. Aku tlg bukak kan daun jelah. Pastu sedo je dah kol5. Terus sahur, pastu tunggu subuh terus tido.

Bangun kol 8 tengok mak dah sesiap nak buat rendang ayam/daging. Pastu tunggu kan ayam bagi cair dari ais kemain lama. Sampai ke berbuka baru siap semuanya. Lembik jangan cakap lah. berteguk gua minum air wacakap lu. Nasi mmg aku xsentuh sampai pagi 1 syawal. Air je penuh dlm perut aku. Masa berbuka akk aku yang no3 sampai. So meriah lah sikit, anak buah dah riuh rendah. Diorg main bunga api bagai sampai kol 12 camtu. Anak aku dah tak berani nak kuo rumah dah, dia takut org main bunga api. Terus mintak susu nak tido. Boleh mak kau bergosip ye. Hahahaha.

Pagi pagi dah bangun, akk aku yg no.3 tu dia siap perangatkan lauk lauk/buat air/pastu potong ketupat bagai.  Aku siapkan anak pastu terus siap. Kg org dah balik semayang raya terus bersalam je. Kemain anak buah skang ni, hebat dari makcu diorg. Macam macam mekap diorg ada, aku takat ada lipstik, bbcream seqy beauty, bedak compact je.Lain lain takde ye. Pastu mintak diorg pakaikan aku, eye liner eh, senget benget aku tgok, arghh takyah lah terus tak jadik pakai hahahaha. Si Kakak lah tu pakaikan. Mahaplahmention kat blog plak errr... Hahahaha...

Pas salam dan huur duit raya, kita makan makan . Kemudian terus amik gambar, tu pun xlengkap ada yang nak dan xnak. Kihkih..


Single lagi nih.... Hahha


Happy sangat

Mak tersayanggggg...

Family.. Yang belakang tu semua available tau kecualai yg tudung krim tu haha

suka nau gambo ni, nafiz ngn fasha

Kami anak beranak haha

Tunggu org xde yg datang, so mari beraya umah ank buah mak kat jelai, pastu g beraya umah mak mertua aku kat jasin, umah mak mertua abg aku no.3 kat ayer molek, kat kandang ada 2 rumah, peringgit umah kakak ipa akk aku no.3. Sampai rumah ni, anak anak dah buat hal, yelah penat seharian tak tido. Sampai umah mak dalam kol 10-11 camtu. Semua pun dah melayang-layang penat. Seharian beraya kot. Malam tu pun kitorang tido lewat gak, bergosip sakan. Mak boleh lagi bancuh kopi mmg tak ngantuk ar. Takdelah gosip mengumpat ke apa, cuma cerita adik beradik kan. Semua ipar pun sporting, haha layan lah kepala memasing. Anak buah lagi kepala gegila, naseb lah makcu ni dah kawen ade anak, hahaha. Tapi tetap gojes kannnnnnn...!! Diorgkalo baca memg kena kutuk laaa ni..

Berakhir raya pertama....



Family kakak yang sulung #teamrayaperak
Family Kakak ke2 #teamarayaKelantan
Family abang no4 #teamrayaPerlis

 Kepada yang membaca 
Mohon hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah Ayah dan Arwah Abang No-5.
Terima kasih.

Khamis, 21 Julai 2016

Raya ke 2 Muar


Raya ke-2 dalam kol 8 dah ready nak balik Muar (Rumah Nenek FIL). Sebab dah janji kumpul kt rumah FIL jam 9 pagi.  Sebab tahun ni semua anak menantu FIL semua raya rumah mertua. Kebetulan masa nak gerak, kakak aku yang duk Peghok sampai. Tu pun xsempat nak borak. Yelah nak kejar balik Muar plak. Lepas dah salam semua kitorang balik Jasin, sampai sana pindah barang mana yang tak perlu dibawa, dah sesiap asingkan beg duk Muar 1 Malam n 1 Malam kat umah mertua. Tak lupa bermaafan dulu, yelah sebab raya pertama ada yang kitorang tak jumpa.

Sampai sana dalam jam 11 lebih kot. Rumah nenek meriah lagi ngan anak cucu yang lain. Bermaafan sekejap, pastu terus sarapan. FIL dah sesiap masakan sarapan dari Melaka. Sampai sana makan beramai lah, baru meriah. Tak sempat pun nak bergambar apa. Sumer dah malas. Lepak je rumah nenek dulu, sebab yang lain nak kuor p beraya dulu. Nanti kalo sume kuor xde org plak kt umah, atok xsihat. 

Cuaca tak la panas, mcm mendung gitu, mandi kan nafiz 2 kali kot. Suh tido die xmo tido. Sudahnya mak ngan pak dia yang tido. Dalam kol 4 dorang balik, pas asar dlm kol 5 baru fam kitorg kuor beraya. Rumah pertama, rumah makngah, rumah cik ipah kitorang lepaskan magrib dulu, lepastu baru bergerak ke rumah cik nor,dan terakhir ke rumah kawan FIL.Korang jangan tanya lah Muar tu aku beraya kat parit mana, haha memang aku taktau. Tapi rumah nenek Parit Amat, tu je aku tau.


Gambar kat bawah ni kat rumah pertama rumah makngah, lepas tu mood bergambar semua kelaut, sebab badan dah berlengas haha..









Kat umah cik nor, anak aku dah tido keletihan.  Kat rumah kawan FIL anak aku dah mengamok tak mo turun, so aku lepak jelah dalam kereta. Diorang jelah beraya. Pastu terus balik rumah nenek. Tu pun sampai dah jam 11 malam kot. Penat wei, dengan belengas je rasa. Gambar memang xde kat aku, xkoser nak bergambar dengan anak jap jap umi, umi, umi. Tu belum part makan kuih bersepah, memang idok ler mak ko nak berselpie manjang. 

Bersambung...

Suka Duka 14 Syawal 1437H

16 Syawal....

Kejap sudah 16 hari raya.  Kelip kelip mata berakhir syawal je nanti.
Nak trobek balik kisah 14syawal hari tu.  
Lama dah sebenornya nak g tukar cermin kereta en.suami.
Dah alang alang lagi seminggu nak exp roadtax moh le kita tukar cermin depan kereta dia.
Selasa tu seiap amik cuti 1 day. Lepas hantar anak p pengasuh kitorang gerak p Muar dalam kol 10 camtuh.
So pastu, sampai sana diorg trus hantaq p bengkel. Disebabkan kitorg xde kenderaan lain. So owner kedai tu bagi kitorang sebiji kereta wira aeroback (kot ejaan cmtu).
Pastu dia kata dalam jam 4 camtu baru siap. Eh lama plak nak nunggu, so moh le kita pulang umah mertua kat jasin. Tak lah jauh sangat Muar - Jasin. 

Lepas asar cmtu cina tu tipon, bagitau kereta dah siap.  Kitorang laki bini g lah Muar balik.
Lepas dah amik kereta terus balik Melaka, sebab nak kejar amik anak pulak. Tapi dah bagitau amik lewat takut tak sempat. Sebab slalu amik anak dalam jam 5.15 - 5.30 petang. Sampai Merlimau dah dekat kol6 petang. 

Dlam perjalanan tetiba kereta free gear, kat laluan laju plak tu lepas t-light semabok. Bernasib baik tak da kereta kat belakang, dari laluan laju terus luncur ke tepi jalan. Nasib baik break berfungsi. Allah je yang tau perasaan aku masa tu, dah la aku yang pandu. En.Suami duk sebelah sebab mengantuk. Dah berhenti tepi, try start enjin and masuk gear, tetap tak leh jalan. Masa tu Allah !!! Aku blur!! Suami lagi blur.. Telepon adik beradik,huh sorang tak berangkat. Cuba dan terus cuba call dan berjaya dapat.

Pastu call pomen kereta, dia call towing pastu hantar p umah mak kak ipar. Pomen tu kak ipar punya abg. So xde lah risau sangat. Sampai sana, pinjam kereta abng, balik rumah amik anak. Mandi sesiap and pergi balik kat kereta.

Setelah di cek, gear box rosak. Dalam gear box tu ada satu besi ke apa tah. Benda tu patah. 
Terduduk wehhhh..
Gila mahal benda tu, nak tukar baru dalam 5k servey kat mudah. Second pun dalam 3k. Nak repair yang patah tu dalam 2k.. Choiii kenapa semua mahal.

Nasib dah selepas raya , kalo dibuatnya sebelum raya, lagi melalak aku.
Roadtax pun minggu depan dah exp, so letak dulu takyah hidupkan.
Mungkin ada hikmahnya, subahanAllah..



* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
 “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi



Isnin, 18 Julai 2016

UCAPAN UNTUK SEMUA

Syawal 13.....

Dikesempatan ini saya tuan belog ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca belog http://hatinufid.blogspot.my/
Walaupun beberapa org je yang sudi nak baca kan. 
Takpe takpe semoga makin ramai pembaca nanti, sila tadah tangan amin kan ya..

Nah kita post sekeping gambar raya bersama keluarga kecil kitorang. Tapi gambar ni , pada raya ke 3 kalo tak silap. Boleh lah janji ada gambar raya. 
Tema warna baju raya pertama royal blue. 
Kisah raya yang lain-lain kita pospone dulu la.. Busy kata ko... 
Naik koreje memang keje tunggu sesaje la.


#umipapanafiz #raya2016








Collaboration request

Hi there How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by selling SEO services Every website owner requires the ...