Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Jumaat, 4 Oktober 2019

MELAKA RIVER CRUISE

Dah survey kemana untuk cuti sekolah hujung tahun ni ke belum ?




Untuk korang yang datang nak melawat Melaka boleh lah survey dari sekarang mana tempat-tempat menarik nak dikunjung.  Melaka ni kalau public holiday atau weekend atau School Holiday madang jammed sajo. Memang korang kena bertabah dalam apa jua keadaan ya. Yang duduk melaka pun kalau ikot kan hari-hari pun jammed. Jadi korang yang duduk luar Melaka bercadang nak bercuti Melaka, jammed its normal routine.  Kuatkan hati, tabah dan sabar ye.  Haritu ada dapat pamplet Melaka River Cruise, nah aku bagi review tak berbayar ye. Harga tiket, pickup & drop off point Melaka River Cruise


CHECKPOINT CRUISE





 Kalau naik cruise ni siang, korang nampak lah bangunan tetepi sungai tu. Kalau korang naik malam, nampak lah lampu kat bangunan dan sepanjang sungai tu. 


HARGA TIKET

Bagi aku, baik lah naik malam, sebab rasa nampak cantik lampu2 sepanjang sungai tu.  Kalau rajin korang nak jalan kaki sepanjang sungai pun boleh, ada laluan pejalan kaki sepanjang sungai tu.

SEJARAH SUNGAI MELAKA

CONTACT 

GENTING HIGHLAND 2019



Lama dah pasang niat nak naik Genting sebenarnya.  Tapi hajat nak naik tu, sampai juga akhirnya minggu lepas.  Memang nak bawak abg nafiz naik cable car tu. Dulu nak bawa, tapi adik naufal kecil lagi, macam payah pulak nak kendong dia. Sebab memang tak pernah sampai sana lagi, tak tau apa yang ada kat atas tu. Korang dah naik banyak kali pliss jangan gelak pulak. Hahaha Kunoo kan.. Sabtu lepas papa diorang ada amik gambo orang kawen, so kitorang terperap ajelah kat rumah.  Ahad tu lepas sarapan, mandikan anak-anak, dok lah golek-golek tengok tv, sambil berlalu nak gi dapur tu, papa dia cakap duduk rumah je ke ni, hahahaha pantas la mulut aku ni menjawab moh ler naik Genting pa.. Dia kata ok siap!! mengelupurlah aku mandi, pas mandi tanya lagi betul ke ni, sebab dia kekadang sandiwara jugak, dah sesiap tetiba g Mydin je kang. Ko ghaser nak hempuk je kepala kat dinding.





Pastu dia jawab, betul lah ni kita pergi balik hari. Bawakan baju emergency bebudak ni sekali, kot muntah ke apa kang. Eh laju ke aku bersiap dengan anak-anak.  Kul 12 setengah gerak dari Melaka, pastu sampai rnr Seremban 1 lebih jugak, boleh pulak hujan. Berenti makan dan etc. Pastu on jelah waze exit Toll Gombak kot xsilap, hujan renyai2 apalah makna naik cable car tu aku gase. Nekad jelah, ada rezeki dapatlah naik, xde rezeki kita jenjalan jelah dekat GPO tu. Kabus jangan cakap le tebal giler, boleh plak waze tu bawak stesen cable car yang lama, aku cakap apehal mcm tak de kerta je dalam ni, 2 kali jugak pusing kat situ. Pastu tekan waze cari jelah GPO, rupanya awana skyway  central nama nya. kebodohan apakah ini hahaha.




Cari parking dalam bangunan GPO tu, sejam rm4 kot tak silap. Pastu kitorang layan dulu jalan-jalan dalam GPO.




Banyak butik2 dalam tu, orangpun ramai jugak. Pastu terus beli ticket nak naik skyway. Orang tak ramai nak naik. Return skyway RM 18 budak bawah 90Cm Free takyah bayar.  Pastu dapat lah naik skyway , keluarga kitorang jelah dalam tu. Sebab orang tak ramai nak naik masa tu.





Gayat jugak abang nafiz naik tu, macam-macam dia membebel, takut jatuh lah, macam nak muntah lah, tali putus lah. Hahaha dia punya membebel tu bikin bederau2 darah. Kabus tebal bekepul2 cantik , SubahanaAllah cantik sangat permandangan dari atas tu. Nampak Outdoor punya themepark, besar giler, mungkin xsesiap lagi kot.





Dah sampai SkyAvenue Station yang last skali, skali tengok orang beratur nak turun kemain ramai, ramai pelancong asing, yang datang dengan group gitu.Nafiz kemain teruja tengok screen besar pastu tengok indoor themepark tu, dah pesan kat dia, kita jenjalan je okey. Hahaha, adik naufal biasalah dapat lepas kawasan lapang sama naik dengan abang dia. Dalam ni pun banyak jugak butik-butik untuk shooping, tah ada berapa tingkat pun tak ingat lah, sebab kecoh dengan bkejar bebudak ni. Ada 2 bangunan shooping tak silap aku First World Complex dan Genting  Grand Complex kot nama dia. Kot aku silap betul kan lah haha... Dalam tu banyak lah kemudahan orang awam, tandas, surau pastu bilik untuk baby nak tukar diaper ke apa. Selesa sangatlah, semua lengkap pastu bersih walaupun orang ramai.







Jenjalan amik gambar sekeping 2 pastu kitorang nak turun dah. Tapi nak turun mengucap panjang sebabbbb ramaii orang , beratur tah berapa puluh lane taktau lah baru dapat turun. Sampai adik naufal meramukan hoi.... Letih dengan dukung dia lagi, dah lah tak nak dekat papa dia, jenuh tangan sado umi dukung tau. Dalam sejam lebih jugak kena beratur tu. Masa turun tu, hujan renyai2 pulak pastu kilat memancar2 seram sejuk aku mikirkan, cepat lah turun bawah, dah lah gelap gulita. Sampai bawah dalam kol 10malam cam tu.. Butik kat GPO pun dah tutup , singgah 7E beli air bebudak ni dah haus, harga air kat atas ni 2 kali ganda ye. Skyway tu tutup kalo xsilap sampai 12 malam kot. xsempat nak snap gambar sangat. 







Kitorang gerak balik pun hujan pastu jammed yang boleh buat sabar lagi lah, Singgah RNR Gombak makan pastu tu tukarkan baju2 bebdak ni pakai baju tido terus. Lepas je Tol Gombak jalan clear, nak balik Melaka. Tapi nk ke KL jem jugak tgok kat waze. Hujan la sepanjang Jalan. Sampai Rnr Nilai singgah rehat dan tido kejap, pastu sambung gerak sampai rumah 2pagi camtu.




Collaboration request

Hi there How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by selling SEO services Every website owner requires the ...