|
Rabu, 5 April 2017
NorHafidah Hj Hassan has invited you to join ShopBack!
Khamis, 19 Januari 2017
Tips Menjaga Penampilan Wanita

Setiap
wanita mengidamkan kecantikan luaran dan dalaman diri sendiri. Mereka
akan meluangkan banyak masa dengan mencari produk terbaru dan berbelanja
lebih untuk kecantikan. Dengan kecantikan luaran dan dalaman, mereka
akan tampil lebih yakin dalam melakukan kerja atau rutin harian. Untuk
penampilan yang lebih cantik dan menarik, wanita akan sering menjaga
diri mereka secara keseluruhan dengan tips berikut.
- Penjagaan Kulit Wajah

Memiliki
produk kecantikan wajah yang bersesuaian dengan kulit mereka amat
penting untuk setiap wanita. Ini adalah kerana mereka sudah bijak
mengetahui apa yang berkesan dan apa yang tidak berkesan untuk jenis
kulit mereka. Sekiranya anda belum tahu apa jenis kulit anda, boleh cuba
buat carian di internet mengenai jenis kulit wajah dengan lebih lanjut
seterusnya memudahkan anda untuk membeli produk yang betul.
2. Makeup

Satu ayat yang sinonim dengan penampilan wanita ialah makeup. Untuk nampak lebih yakin, ramai wanita menggunakan produk makeup
untuk memberikan penampilan yang berlainan mengikut masa. Untuk kerja,
jenis makeup yang digunakan tidak keterlaluan dan cukup sahaja untuk
tampil yakin di ofis. Untuk hari biasa, makeup jenis natural lebih
digemari. Apabila terdapat acara penting, makeup yang lebih gah akan
digunakan.
3. Pakaian

Pemilihan
pakaian yang betul mengikut bentuk badan, ketinggian dan sebagainya
juga mampu mengubah penampilan seseorang wanita. Malah, pemilihan kasut
dan aksesori yang bersesuaian adalah keperluan untuk tampil cantik dan
bergaya. Bagi wanita yang meminati fesyen, mereka akan sentiasa
mengetahui trend terkini dan akan memilikinya mengikut kemampuan.
Mengikut cita rasa masing-masing, setiap wanita pasti mempunyai minat
trend tertentu dan akan berbelanja mengikut cita rasa tersebut.
4. Minyak Wangi

Akhir
sekali adalah bauan wangian. Bauan yang lembut amat sesuai untuk setiap
wanita. Namun ada juga sesetengah wanita yang suka bauan yang lebih
kuat untuk tampil yakin. Semburan minyak wangi akan memberikan semangat
dan keyakinan diri. Jika kita sering berhadapan dengan bauan yang tidak
selesa kita akan jadi lebih kepada tekanan dengan bauan tersebut. Oleh
itu, pilih wangian yang bersesuaian dengan cita rasa anda.
Untuk
wanita diluar sana yang mahukan hanya terbaik untuk diri dan
penampilan, anda boleh mencuba tips ini. Jika anda sukakan tips ini jangan lupa untuk berkongsi pendapat dengan komen dibawah.
Rabu, 18 Januari 2017
Pakaian Tradisi Masyarakat Melayu

Di
negara kita Malaysia, terdapat berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai
pakaian tradisi tersendiri. Dimana pakaian tradisi itu, menjadi simbolik
dan kebanggaan semua. Kaum melayu merupakan etnik yang terbesar di
Malaysia. Peranan dan kedudukan pakaian adalah sangat penting bagi kaum
Melayu yang mempunyai ciri-ciri seperti longgar, panjang dan labuh.
Selain itu, pakaian juga menjadi alat penutup aurat, pelindung tubuh
dari panas dan sejuk. Pakaian juga dikatakan menjemput budi iaitu
berfungsi untuk membentuk budi pekerti, keperibadian, membentuk watak
sehingga si pemakai tahu diri dan berakhlak mulia. Baju kurung dan baju
melayu adalah pakaian tradisional masyarakat melayu.
Baju
kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke
lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang bersusun tepi. Ianya
meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja sebagai
mematuhi peraturan berpakaian Islam. Baju kurung juga sesuai
digandingkan dengan kain songket atau batik. Kebiasaannya kain selendang
atau tudung akan dipadankan untuk nampak lebih cantic bagi si
hijabista. Ianya sesuai dipakai untuk majlis keraian, perkahwinan atau
urusan harian.


Baju
Melayu pula merupakan pakaian lelaki di mana terdapat Baju Melayu Teluk
Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa
menghadiri majlis formal, hari raya atau menunaikan solat. Baju Melayu
merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Untuk
nampak lebih menarik dipadankan dengan sampin songket. Ianya sesuai
dipakai oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.


Namun
kini terdapat pelbagai fesyen baju tradisi yang telah diubah suai oleh
pereka-pereka bagi menonjolkan keistimewaan elemen yang asli ini dan
agar menepati peredaran zaman. Apakah jenis baju tradisi kegemaran yang
anda suka tayangkan? Kongsikannya di ruangan komen di bawah. Terima kasih.
Selasa, 11 Oktober 2016
OST D PONDOK PONDOK STEAMBOAT N GRILL AROMA DAPUR ARANG PERTAMA DI MELAKA
Assalammualaikum. Dan salam sejahtera.
Korang suka tak pergi Melaka. ??
Habaq sikit??
Yang datang Melaka, taktau mana nak pergi makan tempat yang best meh lah singgah

Jom kita mengenali apa itu Ost D Pondok-Pondok
Sejarah atau kisah atau latar belakang..mengenai restoran OST D PONDOK-PONDOK ini
Dan dari mana pula nama OST itu diberi
Waktu perniagaan 7.00 pagi sehingga 12.00 t/malam.
Di OST D PONDOK PONDOK STEAMBOAT N GRILL AROMA DAPUR ARANG PERTAMA DI
MELAKA. Semua golongan merasa keseronokan bermain pondok pondok bersama
keluarga.
Kami mempunyai 3 jenis sup Tomyam yang padu, Sup Ayam terangkat dan
Sup Daging ala ala Tomyam.
Kami menyediakan MENU MAKAN TENGAHARI SELERA KAMPUNG Percuma air minuman
dan MENU GORENG - GORENG MENU SPECIAL MEE TULANG DAN NASI GORENG
TULANG.
OST D PONDOK PONDOK BOLEH MENERIMA TEMPAHAN PELANGGAN DALAM SATU MASA
SERAMAI 200 TETAMU UNTUK ACARA MAJLIS PERPISAHAN & REUNION
![]() |
| Pintu masuk utama |
![]() |
| Ruang makan terbuka |
![]() |
| Dapur arang |
![]() |
| Steamboat & Grill yang sangat best |
![]() |
| Jus buah buahan / minuman |
![]() |




![]() |
| lokasi |
Ost D Pondok-Pondok
Restoran Ost D Pondok-Pondok
(Steam & Grill ) In Melaka
Lot 2024, Bt 4 1/2, Jalan Wakaf Renggam,
Kandang, 75460 Melaka.
019-657 6188
IG : ost_d_pondok_pondok
Langgan:
Catatan (Atom)
⚡ Watch Free U.S. Sports Live with 720pStream – No Login Needed!
Hi there, 🎯 Looking for a way to stream top U.S. sports live – for free? With 720pStream , you get instant access to h...






