TABUNG EMAS

Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Selasa, 22 Januari 2013

IKEA PERTAMA KALI

 Hari sabtu lepas aku ade cerita yang aku nak pergi seremban.  Lepas keje aku terus balik rumah, skali tengok rumah tunggang langgang bersepah.  Laki aku dah membuta.  Aku dengan perasaan hangin rasa macam nak campak-2 jer sume barang-2 yang selerak tu. Haahaha.  Barang-2 sepah maklumlah baru pindah rumah.  Lepas siap-2 kemas aku terus ke dapur.  Nasi putih lebihan semalam ade lagi, tapi aku tak teringin nak makan nasi goreng.  Aku buat kan meggi kari 1 bungkus untuk si suami dan 1bungkus bihun Pa Ma untuk aku.  Lepas siap semuanya aku kejut si suami makan.  

Selesai makan, buatkan pulak nasi goreng sebab si suami bertanya pasal nasi lebih semalam punye.  Aku pung kletung kletang tumbuk bwg ngan cili api.  Terus masuk dalam tupperware.  Mana tau kot kelaparan dalam kete.

Lepas aku solat zuhur dalam 3 sengah baru gerak balik kampung. Dalam perjalanan hujan jer.  Sampai jer kampung mak buat air kopi terus makan nasi goreng aku bekal kan tu.  Lepas kitorang asar baru gerak g seremban.  Sampai seremban pun dalam 7 sengah dan terus magbrib jer.

Esoknye pulak lepas subuh terus aku buat nasi goreng untuk sarapan.  Mak aku tanya cam ni, skang kul bape ? Aku jawab sambil tengok jam 4.30pagi.  Aik biar betul jam ni, lelaju aku selak sliding tengok kat luar dah cerah sikit.  Tengok jam kat fon baru kul 7 pagi.  Tergelak-2 aku berdua kat dapur dengan mak.

abg ngan kak ipar ajak g IKEA pulak.  Laki aku macam dah malas nak g sebab terkenangkan nak bawak kereta ke KL hari ahad. Skali abg aku kata nek 1 kete jer.  Lepas sarapan dalam kol 10 cam tu gerak g IKEA, tapi sebelum tu g ke KEpong dulu amik adik kak ipar aku.

Sampai jer parking kat ikea punyelah penuh dalm kul12.00t/h.  Hampir 1jam pusing-2 cari parking.  Ade tu pulak kita dah tunggu berjaman, sekali tetiba datang kita lain terus masuk. anginnn tak kau???  Rasa aku macam nak balik jer, nasib bukan aku yang drive.

AKhirnya bersyukur semua dapat parking.  Teruje apabila melangkah IKEA yang penuh dengan manusia.  Maklumlah dah nak CNW ni kan. Penuh dengan bangsa die jer.  Setiap floor majoriti berbangsa dorang jer. Dah lah ramai, aku pulak cam rambang-2 mata.  Tapi menahan napsu punye pasal bersabar.  KEsudahnya memang aku tak membeli ape-2.

Cuma datang habes masa kat situ dan penatkan kaki tangan jer.  Sementara tunggu kak ipar bayar, aku, mak suami dan ank-2 buah duduk kat kerusi-2 pameran tu.  Penat hoihhh.  Lepas tu kak ipar belanje hot dog yg layan diri tu.  Teruje jugak aku disitu huhu.  MAk aku pulak benda mcam tu kurang sikit nak ditelan, nasib ade karipap yang sedap.. 

Dah kenyang terus balik semban, dalam kete semua tidur kecuali driver dan co driver. Sedar-2 dah sampai tesco seremban jer.  Masuk tesco bukan muka layu, masuk tandas tepek bedak sikit, lepas tu g food court.  Kitorang makan nasi ayam jer.  Lepas makan terus balik, aku dah tak larat nak berjalan.

Sampai rumah pun dah dekat kul 5.00 ptg lepas asar minum kopi terus balik kampung hantar mak pulak.  Sampai kampung pun dalam 7.30 malam. Lepas kitorang maghrib terus balik melaka. Maklumlah isnin nak kerja.  Rumah pulak tunggang terbalik dengan barang-2.

Seandainya kalau ade orang nak ajak aku g IKEA tunjukkan jalan memang tak payah lah. LAngsung aku tak ingat.  Pepandailah korang carik sendiri.

Okey bai...

Sabtu, 19 Januari 2013

1Day 2013 ...

Morning... Yawww yaw... Seronok sangat aku rasa bangun pagi hari sabtu ni.  Hari ni aku koje.  Hari pertama dalam 2013 aku bekerja pada hari Sabtu.  Sangat mengliatkan diri nak bangun mandi tatkala hujan diluar.  Aku tatap gagahkan diri wakeup , kau mampu ??

Hari ni plan, habes keje (1/2 day) packing barang nak balik kampung mak bersama si suami.  Lepas tu nak bawak mak pergi seremban, sesaje jalan-2 g umah abg det. 

Okey nak sambung kerja dan bye.. 

Selamat sambung tido yer kengkawan 

^                                   ^
___________________

Selasa, 15 Januari 2013

JENG JENG JENG 1 BULAN SUDAH .....

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi aku sangat bersyukur.  Bersyukur kerana Allah masih memberi nafas untuk aku bernyawa.  Genaplah usia perkahwinan kami 14.12.12 - 14.01.2013 sebulan.  Allah itu Maha Kaya  memberi kepada ku suami yang sangat penyayang dan baik.

Sangat berbeza kehidupan selepas berkahwin dengan bujang dulu.  Segalanya sangat berbeza melainkan waktu bekerja memang tak berbeza.  Tapi walau pun berbeza, ianya tersangat terseronok aku rasa.  Mana-2 yang belom kahwin tapi dah ada calon, cepat-2 lah kahwin.  Kahwin ni sanggat best 100%.  Hahahaha.

Memula nak duduk 1 bilik tu memang kekok.  Eh kenapa dia dalam bilik aku ni ??? Soalan ni yang akan kuar nnt bile korang dah kahwin.  Seolah-olah macam tak percaya yang aku ni dah kahwin.

Bila dah kahwin ni, aku kena anggap semua keluarga si suami adalah keluarga aku jugak.  Tapi semesti keluarga kita rasa didahulukan.  Tu bagi aku, sbb aku rasa mcm tak leh berpisah dengan dorang.

Lepas kahwin aku tinggal dengan family mertua.  Adelah dalam 2 minggu macam tu aku dudk dengan diorang. Ye aku sangat kekok, segala pergerakkan aku terbatas tak macam umah mak aku.  Kalau kat umah mak, kalau penat jer boleh membongkang, kalau lapar 10kali pon selambar jer cari bahan makanan.  Tapi sebab baru + malu aku jadi kekok walhal semua nya idok kisah aku nak membuta ke, melantak ke ape ker.  Tapi sebab nak jaga hati dan air muka terpaksa aku bertahan .  Hahaha, nanti korang rasa pulak yer.

Alhamdulillah minggu lepas aku dah duduk rumah sewa bersama suami.  Tapi teras juga sunyi, sebab tinggal berdua jer.  Kalau kat rumah mak, ade je orang.  Kalau uma mertua ade adik-2 ipar buat nyakat.  Kini kami ber-2 sahaja.  Semuanya kena berdikari =( sedihkan bunyik berdikari.

Asal pagi jer, aku dah berpikir nanti balik petang kang nak masak ape? Nak buat ape.  Semuanya kena berpikir pastu tanya suami.  Tapi si suami die ON jer, tak kisah pape jnj kenyang.  Syukur sangat sebab tak cerewet wahai si suami. Hahaha..

Ni pun aku tegah berpikir ape aku nak masak balik kang. Ikutkan hati mcm nak request kat kedai jer hahaha. Mudah dan cepat tanpa membazir kan.

Cite pasal membazir, smalam punya nasik pun tak habes.  Cuma makan 2 senduk jer memasing.
Okey lah aku nak google masak plg ringkas.  =)




I-City


Semoga kasih sayang perkahwinan  kita berpanjang, dirahmati dan kekal hingga ke syurga.
Aminnn InsyaAllah.. 

Love You Abang =)

Segmen Bloglist Sii Nurul

Syarat untuk menyertai segmen ini adalah : 1. Hanya perlu Follow Blog Sii Nurul. 2. LIKE facebook page dan Subscribe youtube...