Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Selasa, 15 Januari 2013

JENG JENG JENG 1 BULAN SUDAH .....

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi aku sangat bersyukur.  Bersyukur kerana Allah masih memberi nafas untuk aku bernyawa.  Genaplah usia perkahwinan kami 14.12.12 - 14.01.2013 sebulan.  Allah itu Maha Kaya  memberi kepada ku suami yang sangat penyayang dan baik.

Sangat berbeza kehidupan selepas berkahwin dengan bujang dulu.  Segalanya sangat berbeza melainkan waktu bekerja memang tak berbeza.  Tapi walau pun berbeza, ianya tersangat terseronok aku rasa.  Mana-2 yang belom kahwin tapi dah ada calon, cepat-2 lah kahwin.  Kahwin ni sanggat best 100%.  Hahahaha.

Memula nak duduk 1 bilik tu memang kekok.  Eh kenapa dia dalam bilik aku ni ??? Soalan ni yang akan kuar nnt bile korang dah kahwin.  Seolah-olah macam tak percaya yang aku ni dah kahwin.

Bila dah kahwin ni, aku kena anggap semua keluarga si suami adalah keluarga aku jugak.  Tapi semesti keluarga kita rasa didahulukan.  Tu bagi aku, sbb aku rasa mcm tak leh berpisah dengan dorang.

Lepas kahwin aku tinggal dengan family mertua.  Adelah dalam 2 minggu macam tu aku dudk dengan diorang. Ye aku sangat kekok, segala pergerakkan aku terbatas tak macam umah mak aku.  Kalau kat umah mak, kalau penat jer boleh membongkang, kalau lapar 10kali pon selambar jer cari bahan makanan.  Tapi sebab baru + malu aku jadi kekok walhal semua nya idok kisah aku nak membuta ke, melantak ke ape ker.  Tapi sebab nak jaga hati dan air muka terpaksa aku bertahan .  Hahaha, nanti korang rasa pulak yer.

Alhamdulillah minggu lepas aku dah duduk rumah sewa bersama suami.  Tapi teras juga sunyi, sebab tinggal berdua jer.  Kalau kat rumah mak, ade je orang.  Kalau uma mertua ade adik-2 ipar buat nyakat.  Kini kami ber-2 sahaja.  Semuanya kena berdikari =( sedihkan bunyik berdikari.

Asal pagi jer, aku dah berpikir nanti balik petang kang nak masak ape? Nak buat ape.  Semuanya kena berpikir pastu tanya suami.  Tapi si suami die ON jer, tak kisah pape jnj kenyang.  Syukur sangat sebab tak cerewet wahai si suami. Hahaha..

Ni pun aku tegah berpikir ape aku nak masak balik kang. Ikutkan hati mcm nak request kat kedai jer hahaha. Mudah dan cepat tanpa membazir kan.

Cite pasal membazir, smalam punya nasik pun tak habes.  Cuma makan 2 senduk jer memasing.
Okey lah aku nak google masak plg ringkas.  =)




I-City


Semoga kasih sayang perkahwinan  kita berpanjang, dirahmati dan kekal hingga ke syurga.
Aminnn InsyaAllah.. 

Love You Abang =)

2 ulasan:

  1. a'salam
    saja2 jengah blog akak
    dan saya doakan semoga jodoh akak dengan suami akak berpanjanga insyaallah..

    BalasPadam

Sudi sudi lah komen...

Collaboration request

Hi there How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by selling SEO services Every website owner requires the ...