TABUNG EMAS

Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Rabu, 27 Mac 2013

TAMAK MAKAN

Salam dan selamat pagian..
Kejap je aku rasa dah rabu.
Malam tadi lakiku bertanya esok hari ape eh 'Yang'?
Aku jawab camni dengan jawapan yang pasti, esok hari khamis bang.
Lakiku trus cakap cmni 'hoii apesal awal sangat khamis? bukan esok hari rabu ker? haha
Aku jawab, eh yeke? (muka malu berlalu sambil selak kalendar)

Ni aku nak cite pasal tamak makan pulak.
Malam tadi pas berbual lakiku ajak makan luar, maklumlah berdua kan mmg mkn luar je lebih.
Makan malam pun dah kul 11 malam, sebab lakiku kata dia lapar sangat.
Perut aku memang tak rasa nak lapar pon, just haus jer.

Sampai kat kedai aku order laicikang.
Lakiku order Horlick panas dengan nasi goreng cina.
Aku tak nak makan, atas sebab takut kena marah sbb ngak mau makan yakin terus order
Nasi goreng paprik.
Sekali nasi masing-2 sampai mak datukkk banyak sangat nasi nyaa.
Suku je nasi aku makan, sebab tak lalu nak telan dah sbb tak lapar pon.
Lakiku pulak suku lagi nak habis sbb terlampau banyak.

Pagi ni pulak sampai jer opis aku g kedai blakang.
Order Roti telur ngan milo ice.
Ice pepagi kau mampuuuu??
Pastu aku nampak pulak rendang ayam.
Nampak macam menyelerakan kalo makan ngan nasi impit.(terkenang raya lak).
Dok lah berpikir sambil tunggu roti telur.
AKhirnya aku kalah ngan napsu tamak makan ni.
Order jugak nasi impit ngan rendang ayam tu. 
Buat tapau kat opis.

Aku tak tau lah bila kala nak telan nasi impit ni.

Tunggu jelah perut ni lapar pulak.
Kegmukkan makin meningkat nampaknya.

Gambar mmg takde, koserr nak mik gambar.
Pemalas kuat sangat skang nih.......

Khamis, 21 Mac 2013

RESULT SPM HARI INI

Cewahh macam aku pulak yang nak gi amik result.  Aku semangat nak tau ape result SPM anak buah aku tu.  Anak buah aku yang amik SPM tahun lepas adelahsorang jer.  So pepagi dah mesej tanya dia dapat berapa.  Skalik dia tak balas daa..  Dalam kol 1o lebih kot aku call, kata nya tak kuar lagi sbb pengetua dan tah sesapa tengah berucap.  So tersangat lah bising kan.

Dalam kol 3 lebih ade mesej masuk kat fon.  Tertera result si kaka shera ni.  Walau macamna pun tahniah di ucap kan walau tak dapat 9A kan.  Banyak jugak A dia dapat lebih pada 5.  Yang lain tu sumer lulus dengan jayanya.  Alhamdulillah syukur sangat.  Kalau arwah atok ade lagi mesti die gumbira sangat kan. 

Lepaas tu pulak si kakak shera ni dapat panggilan PLKN tapi sesi ke2.  Dekat Kuala Pilah, aku tak pasti pulak ape nama Kem nyer.  So banyak dia tanya aku pasal nak masuk PLKN ni.  Maklum lah duluuuuu maksu dia bekas PLKN jugak dekat Kem De' Bana Jempol.  Hahah harus lah dia rujuk kat aku kan.  Tanya nak bawak apa lah kan.  Aku pun buat lawak boooo+++ cakap bawah baju kecik ngan suar kecik jangan lupa.. HUahuahauahuaaaa...  Kejam ko dapat Maksu macam ini kan kakak shera.  Kejam2 pun bday dia hari tu, dia dah pau aku kasut sarung sepasang, tapi rahsiaa kami je laaaa. Kang kalo tak rahsia beraturr yang lain mintak kasut pulak.  Aku ni mak aji bakhil sikit muahahaha..






Pape pun tahniah lah kakak oiiiii...  Paling gempak diantara anak2 buah yang lain rasanya stakat ini.  Lepas ni berjauhan lah kamu dari keluarga untuk menyambung belajar kat mana2 yang terbaik yoo..  Harap tak nanges2 macam duduk asrama duloo huyoo.. Okeyyyy


Hari nak aku makan roti dan air tin jer.  Air tin buah kundur ngan air soya. Pastu roti cokelat ngan roti blueberi.  Kisah nya aku terlampau lapar tunggu bos masuk opis.  Sudahnya aku tak g makan pun.  Ni aku tengah melantak roti yang ke-2 pulak.

Alhamdulillah ade jugak rezeki aku dapat makan,.

Ka cauuu =)

Rabu, 20 Mac 2013

CERITA DIPAGI HARI

Selamat petang sumer.  Agak menyepi kan blog aku skang nih.  Yo memang aku kini sangat pemalas nak apdet.  Tapi rajin dok merayap baca cerita kat blog org lain.  Tah kenapa perangai aku macam tu haha.  Sila abaikan.  Kadang-2 niat nak apdet tu memang ade, bila bila nak type jadik malas, nak salahkan siapa gamaknya macam tu.  Okey takmo cerita kisah malas aku tu lagi.  Harap-2 pasni rajin nak apdet yo.  (Macam lah blog aku ni ramai readers hahaha bajet hot-2 jer kan) Angkat kepala dongak ke kipas, tangan masuk poket, choiii )

Kisahnya macam ni, minggu ini  lakiku kerja shift malam.  So bila malam aku duduk rumah diam-2 sensorang. Pagi tadi seawal jam 7.00 pagi aku dah bukak kan pagar rumah yang kat depan tu.  Sebab kitorang tak buat lagi pun kunci pendua.  So kunci adalah satu jer (kongsi).  Kemudian aku naik atas (rumah 2tingkat) nak gosok baju pergi kerja,  sebelum naik atas aku dah unlock pintu kayu ngan grill tu. So aku pun naik keatas gosok baju.


Dalam kul 7.20pagi camtu, kedengan bunyik motor lakiku, so aku pun buat diam jelah.  gosok je baju.  Lakiku memberi salam, aku pun terjerit lah jawab salam dari atas "Waalaikumsalam".  Lepas tu dia kata bukalah pintu ni, berkuncilah.  Aku pun jerit lagi, tak kunci pun bukak jelah. Pastu dia cakap turun kejap, buka pintu ni, berkunci ni.  Aku pun turun lah ke bawah dengan baju terbiar kat atas tu.


Ko tahu tak dia boleh menyuruk bawah tangga, padahal dah masuk rumah pun.  Pagi-2 buta nak main nyuruk-2 ngan aku.  Aku dah emo dah, dah la kena naik turun tangga boleh jadi nak main-2 macam tu.  Pastu dia boleh gelak sebesar tidak.  Huish nasiblah lakiku, kalau bukan lakiku memang aku cepuk muka dia.


Dalam kul 7 sengah macam tu (lebih sikit kot) tengah aku siap, kawan dia datang nak pergi mengurut.  Tah aku pun tak tahu kat mana dia nak pergi.  So bersarapan lah aku sorang-2 minum air teh-O jer.  Pagi-2 aku mampu telan air jer.

Kang petang aku sampai rumah, mesti dia nak mengadu kat aku camner org tu urut.  Sakit sana sini kan.  Tau dah, tunggu jelah aku balik kerja petang kang.  Skang ni aku tau memang dia tengah buat taik mata kat umah tu.  Tanpa gangguan makhluk lain hahaha.


Langkawi Dis 2012 - Kota Mahsuri (HoneyMoon)


MELAKA RIVER CRUISE

Dah survey kemana untuk cuti sekolah hujung tahun ni ke belum ? Untuk korang yang datang nak melawat Melaka boleh lah survey dar...