TABUNG EMAS

MAI JENGUK

Isnin, 29 Ogos 2016

MEMORI TADIKA KEMAS..


Teringat zaman sekolah tadika dulu. Dulu aku ni sekolah Tadika Kemas je. Mana nak ada dalam Felda selain tadik kemas ye. Tadika dedula ada uniform kotak-kotak warna biru ngan merah kan. Kain wane biru gelap tu. Aku dapat yang wane Merah, tetiap pagi pakai baju tu pastu pakai cekak rambut. Pin butang baju pakai brooch ye.. Aku kan ramai kakak, jadi diorg punya aku sebat lah pakai. Nak lawooo je kemain, padahal aku lah budak pompuan gemok masa tu hahaha.. Pergi sekolah nanti ayah hantar tetiap pagi dalam 7 sengah pagi. Masa sampai sekolah tu, banyak lah kengkawan yang buat emosi pagi, ada yang menangis nak ikot mak pak dia balik rumah.  Kihkihkih sapa yang mcam tu dulu angkat tangan??? Nasib aku tak macam tu hahaha. Waktu balik  ayah akan datang jemput jugak dalam kol 11pagi kalau tak silap aku.
Sampai sekolah nanti ada minum pagi, minum susu ke milo agaknya. Pastu kang kol 10 makan bihun/roti/mee/nasi goreng. Buat bulatan reramai pastu baca doa. Baru leh makan.
Ramai sangat kawan tau, lagi lagi time rehat, masa tu lah nak berebut main buai, gelongsor dengan jongkang jongkit eh nama dia. Masa tu kan budak lagi, gaduh cmne pun kejap jela. Tak de nak sentap smpau lapanplohtaun haha.. Gaduh pastu masuk klas, jap g baik lah.. Berjaya dah semua kengkawan aku, ada yang g obersea lagi. Tahniah korang..Ada yang dah kahwin, ada anak, yang sambung belajar skang ni dan dah bekerjaya..Bila teringat memori tu, seronok kan. Tak payah nak fikir banyak. Fikir balik rumah nak makan, main, tidur. Tu jelah rutin setiap hari.. Tak payah nak fikir masalah orang dewasa. Hahaha
Okey babai….

10 ulasan:

  1. HAHAHA rindunya masa tadika dulu XD

    BalasPadam
  2. samalah MV pun sekolah kemas..anak2 [un kemas juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe dlu diorg ckp sekolah makan ngn nyanyi nyanyi hehe

      Padam
  3. Bestnya ingat zmn2 tadika dlu..i'm one of tht kids..yg nangis2 nk ikut blik..hahaha

    tq singgh blog =D

    BalasPadam
  4. salam..

    haiiiii kite samela..Tadika Kemas jg duluuu..hehe

    BalasPadam

Sudi sudi lah komen...

NUFFNANG

USA Today June 08 2016 E-book Download

English | 27 Pages | PDF | 22.85 MB Download: http://longfiles.com/r2ftepyhqnu6/USA_Today__June_08_2016.pdf.html... ========================...