Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Sabtu, 17 November 2012

PERUTUSAN RAJA SEHARI 15 DIS 2012

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat ilahi dan dengan segala hormatnya mempersilakan/menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik serta suami/isteri dan keleuarga ke Majlis Perkahwinan Saya 

Norhafidah Bte Hj. Hassan ♥ Anuar Bin Adan 
Tarikh : 15. Disember.2012 bersamaan 1 Safar 1434 Hijrah 
Alamat : NO. 20 PERINGKAT 4, FELDA BUKIT ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN. 
Aturcara Majlis : Jamuan Makan : 12.00 T/Hari - 4.00 Petang. 

Semoga dengan kehadiran hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis kami ini serta diberkati ilahi. InsyaAllah. Terima Kasih.

 


 


 



Hujung Minggu

Selamat petang.

Dan aku skang ni sangat gila bosan.  Tahap cipan bosan jugak. Tadi mata mengantuk, tapi xmo pejam.  So celik jelah mata ni.

Tak punya idea nak tulis entry ni.  

Bangun pagi terus kemas dapur dan sarapan.

Lepas sarapan idai baju kat luar.

Bukak internet.

Tak masak sebab 1family nak g wedding.

Ada 2 jemputan.

Abg aku pergi wedding yang kat bawah, aku ngan mak dan kak anis pergi wedding kat nun jauh sikit naik kereta sebab hujan lebat.

Lepas balik, lepak dan lepak bawah kipas sbb hujan.

Anak-2 buah melepak main game kat umah jiran sebelah.

Lepas zohor mak pergi rewang dekat rumah atas.

Kak anis ngan abg det pergi Gemencheh iaitu pekan. Bankin duet kereta.

Aku mengadap laptop la, ape lagik nak buat.

On9 fb dan amat bosan sangat.

Lepak dan baring kat katil mak ..

Tengok gambar-2 lelama  so suwit dan rindu arwah ayah =(

K sampai sini sahaja..

Jumaat, 9 November 2012

Kisah pergi KL

Hai hai dan hai semua.  Dan selamat petang.  Aku rasa seminggu sekali baru nak apdet kan.  Malas pun ye, pc bermasalah pun iye. Ha acaner?? A

Minggu lepas kan aku pergi KL umah kak ngah.  So sepanjang kat sane hujan jer.  Masa nak nak berjalan pun adelah terhad.  Sampai KL dalam 11 malam.  Then kitorang borak-2 sampai 6.00pagi. Orang dah azan aku trus solat dan tido sampai 7.15 pagi.  Kemudian mata lebam jangan cakap lah.

Pagi tu kitorang memang tak buat sarapan ape pun, just bancuh tea O panas jer.  So turun reramai membeli kat gerai bawah tu jer.  Nasik lemak sambal sotong, bihun dan kuih muih. Punya lah banyak kitorang membeli baru rm21.00 jer.  Betul-2 aku terasa murah.  Mungkin makcik tu dah kenal mak aku, siap borak-2 kena pulak sesama orang Kedah pure.  Harus la makcik tu beri less kan haha.

Lepas sarapan kakak ajak pergi pasar sebab mak aku nak wat rendang daging dengan ketupat palas.  So mak aku order 1kg beras pulut dan daging 2kg.  So merempit la aku dengan kak ngah naik motor ke Chow kit road haha.. (Aku xde lesen motor cuma ada lesen kereta sahaje). Aku main redah je bawak motor, tapai aku pakai helmet wokey. Hati kene kental beb, sebab tak jauh 5minit dah sampai. Huhuhu.

Hari sabtu  pergi chowkit memang ramai lah orang. 1/2jam jugak berpusing-2 dalam tu. Lepas tu terus balik siap-2 siang daging.  Dalam jam 2.00 ptg kitorang siap-2 makan terus solat zhur dan nak bersiap. Sekali dah siap hujannn.  Terus duduk melepak depan tv sambil tengok gambar-2 masa dulu-2. Oh sangat ohsem katanya.. 

Akhirnya lepas asar baru hujan reda.  Dalam 4.30 kitorang gerak g Sogo nak cari kasut.  Kasut orang nak belanjer.  Sampai sana hujan lebat pulak, dalam kereta ada 3 payung sahaja. 2 payung besar dan 1 payung kecik.  Mari lah meredah beramai-2. Dan masuk sogo adalah sangat ramai orang auww. Rimas aku, nak pilih dan nak bayar oh no no no.

Hanya kerana kasut aku je kan harus lah kakak aku sanggup beratur panjang.  Lepas tu pergi Jalan Tar pulak.  Hamikk koo kemain lah ramai orang.  Aku pulak meroyan tgok tudung-2 kat situ.  Aku pergi kedai Muaz. Aku macam org tamak, bukan aku jer malah mak aku pun terbabit macam aku.  Amik yang itu letak yang ini.  Bila nak bayar pun kelam kabut  eh nak ini, eh tak nak lah. Hahaha napsu serakah pompuan kenn.


Sampai umah jer maghrib dah, ingat makam tu nak g The ship kampung baru makan Chicken chop.  Sekali hujan daa so makan apa yang hado jela.. Lepas makan kitorang borak-2 sampai jam 12.00malam jer. Kemudian semua pengsan penat.  Dah lah seharian hujan ken.

Esoknya lepas subuh buat sarap nasi goreng dan panas rendang daging mak.  Sarapan lah kita dengan nasi goreng dan ketupat palas mak.

Kak ngah hasut suruh balik petang, tapi sebab mak nak pergi Kajang rumah sepupu, harus jam 10.00pagi kitorang beredar dari rumah beliau.  


Rumah sepupu aku tu dekat Taman Koperasi Kajang.  Sekali aku silap masuk pergi Taman Koperasi Polis Cheras. Haa kan ke jauh lagi.  Tengok GPS pon lebey kureng hang jugak haha.

Sampai sane dekat jam 12.00jugak. Singgah 2 rumah kat sana. Lepas tu balik naik LEKAS sampai seremban.  Singgah rumah abg det pulak. Dah lah hujan seharian jugak.  Lepas makan dan solat zohor kitorang cabut balik Negeri sembilan. 

On the way nak hantar En.Tunang balik banjir dengan jayanya. Sekian sahaja. disini. Bye-bye.

Jumaat, 2 November 2012

FEELING =(

Selamat petang di hari jumaat.  Memang tak dinafikan lagi memang aku tengah kira jam jer nak balik.  Esok dengan harapan aku nak memonteng lagi.  Cabot pergi KL.  Minggu lepas memula mak aku cakap nak g KL uma kakak aku minggu ni.  Lepas tu tah camner mak aku fikir lagi tukar tarikh mintak pergi minggu depan pulak masa raya Deepavali.  Lepas tu aku oun cakap dengan kakak aku, kiorang pospone dtg uma dia minggu ni.  

Hari selasa minggu ni kakak aku call, bajet pujuk rayu aku le tew.  
Eh jadik dtg tak uma kak ngah minggu ni?  Kitorang tak jadi datang lah sebab nya minggu depan cuti lama sikit.  Nanti boleh la mak duduk sana lama sikit, mak kan ada anak sekolah lagi huhu.  Lepas tu kakak aku cakap dengan berjuta alsan.  Ala datang lah minggu ni, si adik ni dah beria-2 sangat suruh nenek datang.  Siap kemaskan bilik bagai lah. Aku cakapa pulak, eleh alasan tu sume dalam poket aku jer, anak atau mak dia yang beria-2 sangat tu?? Langsung gelak dua-2 dalam telefon.

Alasan ke-2 pulak setelah alasan pertama tak jadi camni.  Eh minggu yang deepavali tu kitorang nak balik Kelantan pulak.  Sebab dah lama tak balik. Lagi pun cuti masa tu lama sikit. Blaa..blaaa..
Aku cakap, ala xpelah cam tu, taun depan jelah kitorang datang. LAngsung dia diam.  Hehehe. Lepas tu dia call mak aku pulak.  Kakak aku tu kaki penghasut.  Dia hasut mak aku suh dtg minggu ni. Mak aku cakap kena tanya aku dulu.  HUahuhuhu macam bos kennn..


Hari rabu aku call mak cakap nak pergi bila.  Mak cakap minggu ni lah kita pergi.  Kalau pergi jumaat malam lama sikit boleh main-2 dengan cucu-2.  Aku cakap aku kerja hari sabtu.


So aku pun sia-2 kan kerja aku dengan jaya nya tadi. So skang senang lenang aku tanpa buat kerja dah.  Dengan harapan esok nak mesej bos cakap tak kerja. Ha mampu ke nak mesej??  InsyaAllah mampu.

Tadi aku telefon mak, tanya sihat tak.  Mak cakap demam tak okey lagi.  Terus tny aku, kita pergi rumah kak ngah malam ni ajelah eh. Aku cakap, yelah habes kerja org balik malam ni kita pergi.  Ma siap-2 lah ape yang patut.  Pastu aku tny mak buat ke ketupat palas? Mak cakap xbuat sebab tak larat. 

Ketupat palas tu memang niat mak aku nak buat bwak uma kak ngah.  Tapi dah tak larat tak lah buat. Aku cakap kita buat rumah kak ngah ajelah mak eh. Sebelum letak telefon aku tanya, hehe 


Mak masak ape hari ni eh?? Mak jawab, masak sambal sardin.. Okey lah (Aku puasa ganti hari ini). =)

Cepat lah jam 5.00petang. Mau cabot. 

Ya Allah permudahkan perjalanan pergi dan pulang hambamu ini  ^_^

Khamis, 1 November 2012

UNGKIT KEMBALI

Selamat petang.  Skang ni asal petang hujan je sana sini.  Bila hujan mata naik layu badan rasa nak rebah kepala cari bantal.  Dah lah sejuk-2 dengan air cond lagi kan.

Tadi aku chit chat kat Fb ngan kawan sek lama.  Lepas tu boleh pulak bukak topik zaman sekolah.  Duduk asrama katanya memang banyak lah pahit manis kan.

Mas oh mas massss..
Okey tak , ko pun dok seru-seru nama aku kat belog ko kan.

Ni aku kasi seruu kuat sikit nama ko.
Mudahan ko tekezut dari tido haha.--- Ampunnn

Dulu masa aku form 3 aku satu bilik dengan Datin Mastura . Cuma kami tak sama kelas jer.  Tak de beza pun lain-2 kelas. Sama jer pun, yang penting ilmu di dada kan hehe.  Mas ni budak baik yer kengkawan. Ko jangan nak kembang melangit bila aku dah puji yo.  Aku puji ni sebab nak bodek jer huhu.  Tak lah ikhlas ni. Hujung minggu kekadang family dia datang mesti bawak bekalan.  So time tu dia ajak lah aku jemaah makan sesama.  Paling aku ingat bekas makan yang dia bawak makguk tingkat yang besi tu.  Aku ingat, mudahan dia tak ingat lah.  Bila aku dah ingatkan baru dia hegeh-2 ingat balik.  Ko lebey makan semut ke Mas oiii haha..


Selalu bawak sambal sardin, sedap pulak tu.  Kekadang sambal telur.  Sume berasas sambal jer.  Aku memang laju je bab sambal ni.  Family aku pun kekadang rajin jugak datang.  Mak ayah aku kalo datang hujung minggu kemain banyak nasi dengan lauk diorang bawak. 

Ada sekali tu ounyalah banyak, jadik jemaah lah kitorang reramai makan kat bilik.  Ko tahu makan beralaskan plastik.  Koyakkan plastik pastu makan lah reramai.  Lebey kurang cam makan dalam dulang tu.  Cuma kitorang makan dlam plastik jer. Ala plastik beli barang tu. Tapi yang bersih lah. Koyakkan bagai lebar pastu tuang lah nasi, lauk, kuah dan berbagai.

Sebab apa kitorang makan dalam tu, sebab kekurangan pinggan/ mangkuk. Maklumlah asrama kitorang dulu makan dalam tray besi jer.  Yang ada bahagian-2 tu la. Alasan makan dalam plastik tu jugak sebab kitorang malas nak membasuh pinggan magkuk.  Rela makan dalam plastik. Lepas makan terus campak dalam tong sampah hitam jer. Pastu basuh tangan. Settle kan.

Tu lah keje anak dara pemalas suatu ketika dulu termasuk aku jugak kategori pemalas.  Skang ni rajin dah, mana nak jumpa aku makan alas plastik lagi haha. 

Andai boleh rewind balik saat-2 tu alangkah indah nyer.

Datin Mastura Bte Hazlan auwwww... hebat kan saya boleh hafal nama penuh awokkk..

AHLAN WASAHLAN 1 NOVEMBER 2012

Aku rajin pagi ni nak apdet status kat Fb.  Ikut fikiran muge xde yang komen.  Sekalik tengok ramai yang bebalas komen, like pun jugak.  Tapi sila jgn nak percaya sangat komen-2 tersebut.  Semua nya akan diumumkan.  Alahai bajet mcm artis pulak kau ye sapidah haha.  Sapidah pun bukan nama sebenar tu gelaran masa aku g belajar dulu.  







So saya sangat malu dengan ucapan-2 dan komen-2 mereka.  Pape pun selamat datang November.

Collaboration request

Hi there How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by selling SEO services Every website owner requires the ...