Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Jumaat, 9 November 2012

Kisah pergi KL

Hai hai dan hai semua.  Dan selamat petang.  Aku rasa seminggu sekali baru nak apdet kan.  Malas pun ye, pc bermasalah pun iye. Ha acaner?? A

Minggu lepas kan aku pergi KL umah kak ngah.  So sepanjang kat sane hujan jer.  Masa nak nak berjalan pun adelah terhad.  Sampai KL dalam 11 malam.  Then kitorang borak-2 sampai 6.00pagi. Orang dah azan aku trus solat dan tido sampai 7.15 pagi.  Kemudian mata lebam jangan cakap lah.

Pagi tu kitorang memang tak buat sarapan ape pun, just bancuh tea O panas jer.  So turun reramai membeli kat gerai bawah tu jer.  Nasik lemak sambal sotong, bihun dan kuih muih. Punya lah banyak kitorang membeli baru rm21.00 jer.  Betul-2 aku terasa murah.  Mungkin makcik tu dah kenal mak aku, siap borak-2 kena pulak sesama orang Kedah pure.  Harus la makcik tu beri less kan haha.

Lepas sarapan kakak ajak pergi pasar sebab mak aku nak wat rendang daging dengan ketupat palas.  So mak aku order 1kg beras pulut dan daging 2kg.  So merempit la aku dengan kak ngah naik motor ke Chow kit road haha.. (Aku xde lesen motor cuma ada lesen kereta sahaje). Aku main redah je bawak motor, tapai aku pakai helmet wokey. Hati kene kental beb, sebab tak jauh 5minit dah sampai. Huhuhu.

Hari sabtu  pergi chowkit memang ramai lah orang. 1/2jam jugak berpusing-2 dalam tu. Lepas tu terus balik siap-2 siang daging.  Dalam jam 2.00 ptg kitorang siap-2 makan terus solat zhur dan nak bersiap. Sekali dah siap hujannn.  Terus duduk melepak depan tv sambil tengok gambar-2 masa dulu-2. Oh sangat ohsem katanya.. 

Akhirnya lepas asar baru hujan reda.  Dalam 4.30 kitorang gerak g Sogo nak cari kasut.  Kasut orang nak belanjer.  Sampai sana hujan lebat pulak, dalam kereta ada 3 payung sahaja. 2 payung besar dan 1 payung kecik.  Mari lah meredah beramai-2. Dan masuk sogo adalah sangat ramai orang auww. Rimas aku, nak pilih dan nak bayar oh no no no.

Hanya kerana kasut aku je kan harus lah kakak aku sanggup beratur panjang.  Lepas tu pergi Jalan Tar pulak.  Hamikk koo kemain lah ramai orang.  Aku pulak meroyan tgok tudung-2 kat situ.  Aku pergi kedai Muaz. Aku macam org tamak, bukan aku jer malah mak aku pun terbabit macam aku.  Amik yang itu letak yang ini.  Bila nak bayar pun kelam kabut  eh nak ini, eh tak nak lah. Hahaha napsu serakah pompuan kenn.


Sampai umah jer maghrib dah, ingat makam tu nak g The ship kampung baru makan Chicken chop.  Sekali hujan daa so makan apa yang hado jela.. Lepas makan kitorang borak-2 sampai jam 12.00malam jer. Kemudian semua pengsan penat.  Dah lah seharian hujan ken.

Esoknya lepas subuh buat sarap nasi goreng dan panas rendang daging mak.  Sarapan lah kita dengan nasi goreng dan ketupat palas mak.

Kak ngah hasut suruh balik petang, tapi sebab mak nak pergi Kajang rumah sepupu, harus jam 10.00pagi kitorang beredar dari rumah beliau.  


Rumah sepupu aku tu dekat Taman Koperasi Kajang.  Sekali aku silap masuk pergi Taman Koperasi Polis Cheras. Haa kan ke jauh lagi.  Tengok GPS pon lebey kureng hang jugak haha.

Sampai sane dekat jam 12.00jugak. Singgah 2 rumah kat sana. Lepas tu balik naik LEKAS sampai seremban.  Singgah rumah abg det pulak. Dah lah hujan seharian jugak.  Lepas makan dan solat zohor kitorang cabut balik Negeri sembilan. 

On the way nak hantar En.Tunang balik banjir dengan jayanya. Sekian sahaja. disini. Bye-bye.

4 ulasan:

  1. hidup umpama roda
    "sekejap bujang, sekejap da kawin"
    uikhhh..
    sekejapnyeeeee..
    hahahaha

    BalasPadam
  2. Kucai : ayat mendalam kan. .cece dlu single kmudian btunang kmudian kahwin. . ko ble lg ni?

    BalasPadam
  3. @Ery Sahaja ko mngelak jelah bile aku tny. dah ade calon tp sorok-2 ken.. xpe lah

    BalasPadam

Sudi sudi lah komen...

Collaboration request

Hi there How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by selling SEO services Every website owner requires the ...