Hari sabtu lepas aku ade cerita yang aku nak pergi seremban. Lepas keje aku terus balik rumah, skali tengok rumah tunggang langgang bersepah. Laki aku dah membuta. Aku dengan perasaan hangin rasa macam nak campak-2 jer sume barang-2 yang selerak tu. Haahaha. Barang-2 sepah maklumlah baru pindah rumah. Lepas siap-2 kemas aku terus ke dapur. Nasi putih lebihan semalam ade lagi, tapi aku tak teringin nak makan nasi goreng. Aku buat kan meggi kari 1 bungkus untuk si suami dan 1bungkus bihun Pa Ma untuk aku. Lepas siap semuanya aku kejut si suami makan.
Selesai makan, buatkan pulak nasi goreng sebab si suami bertanya pasal nasi lebih semalam punye. Aku pung kletung kletang tumbuk bwg ngan cili api. Terus masuk dalam tupperware. Mana tau kot kelaparan dalam kete.
Lepas aku solat zuhur dalam 3 sengah baru gerak balik kampung. Dalam perjalanan hujan jer. Sampai jer kampung mak buat air kopi terus makan nasi goreng aku bekal kan tu. Lepas kitorang asar baru gerak g seremban. Sampai seremban pun dalam 7 sengah dan terus magbrib jer.
Esoknye pulak lepas subuh terus aku buat nasi goreng untuk sarapan. Mak aku tanya cam ni, skang kul bape ? Aku jawab sambil tengok jam 4.30pagi. Aik biar betul jam ni, lelaju aku selak sliding tengok kat luar dah cerah sikit. Tengok jam kat fon baru kul 7 pagi. Tergelak-2 aku berdua kat dapur dengan mak.
abg ngan kak ipar ajak g IKEA pulak. Laki aku macam dah malas nak g sebab terkenangkan nak bawak kereta ke KL hari ahad. Skali abg aku kata nek 1 kete jer. Lepas sarapan dalam kol 10 cam tu gerak g IKEA, tapi sebelum tu g ke KEpong dulu amik adik kak ipar aku.
Sampai jer parking kat ikea punyelah penuh dalm kul12.00t/h. Hampir 1jam pusing-2 cari parking. Ade tu pulak kita dah tunggu berjaman, sekali tetiba datang kita lain terus masuk. anginnn tak kau??? Rasa aku macam nak balik jer, nasib bukan aku yang drive.
AKhirnya bersyukur semua dapat parking. Teruje apabila melangkah IKEA yang penuh dengan manusia. Maklumlah dah nak CNW ni kan. Penuh dengan bangsa die jer. Setiap floor majoriti berbangsa dorang jer. Dah lah ramai, aku pulak cam rambang-2 mata. Tapi menahan napsu punye pasal bersabar. KEsudahnya memang aku tak membeli ape-2.
Cuma datang habes masa kat situ dan penatkan kaki tangan jer. Sementara tunggu kak ipar bayar, aku, mak suami dan ank-2 buah duduk kat kerusi-2 pameran tu. Penat hoihhh. Lepas tu kak ipar belanje hot dog yg layan diri tu. Teruje jugak aku disitu huhu. MAk aku pulak benda mcam tu kurang sikit nak ditelan, nasib ade karipap yang sedap..
Dah kenyang terus balik semban, dalam kete semua tidur kecuali driver dan co driver. Sedar-2 dah sampai tesco seremban jer. Masuk tesco bukan muka layu, masuk tandas tepek bedak sikit, lepas tu g food court. Kitorang makan nasi ayam jer. Lepas makan terus balik, aku dah tak larat nak berjalan.
Sampai rumah pun dah dekat kul 5.00 ptg lepas asar minum kopi terus balik kampung hantar mak pulak. Sampai kampung pun dalam 7.30 malam. Lepas kitorang maghrib terus balik melaka. Maklumlah isnin nak kerja. Rumah pulak tunggang terbalik dengan barang-2.
Seandainya kalau ade orang nak ajak aku g IKEA tunjukkan jalan memang tak payah lah. LAngsung aku tak ingat. Pepandailah korang carik sendiri.
Okey bai...