Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Khamis, 30 Mei 2013

1 Tahun pemergiaannya Al-Fatihah..

Selamat petang sumer, baru berkesempatan nak apdet.  
Hari ni 30may 2013 genap lah setahun arwah ayahku meninggalkan kami sekeluarga.
Ayah telah dijemput mengadap ilahi yang aku gasakan terlalu awal.
Rasa seperti masih tak cukup nak bermanja dan berkasih sayang dengan ayah.
Bukan aku aje yg rasa kan sebegitu, malah adik beradik yg lain serupa jugak.
Hari nilah hari dimana kitorang sekeurga sebuk untuk persiapan majlis tunang ku tahun lepas.
Dalam kesebukkan menghias segala bagai untuk majlis tunang,
Jemputan pun telah diundang.
Tetiba ayah dipanggil mengadap ilahi.

Ayah meninggalkan kami semua pada jam 2.00pagi 30 may 2012.
Sedangkan majlis tunang aku akan berlansung pada 9 jun 2012.
Kurang 9 hari je ngan majlis bertunang aku tu.
Semua persiapan tu ayah dah uruskan tanpa pengetahuan kami semua.

Pagi ni sesampai je kat o[is aku dah menangis sampai blur nak buat kerja.
Rasa mcm nak balik rumah.
Aku mesej kakak aku, dia pon rasa sebegitu.
Kakak aku ondayway balik kampung mertua dia kat kelantan.
Slalu mest dia call kalo aku bagi mesej, sbb dah tak mampu nak bercakap ngn aku die tak berani nak call.
Yelah masing2 hujan merindukan ayah nan seorang.

Memang ade ayah mertua, tapi ayah mertua ngan ayah sendiri tak sama.
Dari kecil dia menjaga membelai mana mungkin sama ngn ayah mertua.

Dalam type entry ni pon aku dah hujan sggt ni.
aku rasa aku nak undurkan diri dulu.

Al-fatihan untuk ayah disana, semoga rohnya tenang dan damai disana,
dan ditempatkan ditempat2 org yg beriman InsyaAllah..


Sewaktu membuat umrah tahun 2012 yang terakhir bersamanya



Jumaat, 24 Mei 2013

Wesak Day





Selamat bercuti semua.
Hari ini kita enjoy public holiday..

Selamat bercuti sekolah jugak pada guru-2 , murid-murid sekalian.
Penuhi cuti anda hujung minggu ini dengan keluarga sebaik-baiknya.

jangan membazir cuti dan masa dengan xtvt yang tak berfaedah.
Naik kerja nanti mesti korang apdet macam-2 kan.
Pergi sana sini ek.

Ade jugak yang amik kesempatan cuti 3hari ni nak balikkampung kan.

Aku rasa minggu ni pantai memana pun mesti penuh dengan umat manusia.
Air terjun pun sama ek.

Usah kata kan pantai malahan sopink pun mesti ramai dengan ribuan org yang dtg.

So selamat bercuti, jaga diri anda, berhati-2 memandu kereta dan membonceng motosikal.
Sayangi diri anda dan keluarga.





Khamis, 23 Mei 2013

CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI

Aku bukan seorang guru,
Aku bukan seorang pelajar sekolah,
pada waktu ini lah.

hehe, ko tau xtak aku sesgt lah jeles bile anak-2 buah cakap cuti sekolah, kak ipar n adik ipar dan kengkawan pon cakap cuti sekolah.

Ergh kenapa korg dengki sgt , post kat fb nyatakan esok cuti sekolah dah bermula.....
Aku jeles woii. Tergamak korang melukakan hatiku ini.
Hahah real je ko nak bersyahdu kan apidahhhh...

Anak-2 buah aku, masg2 dah plan sorang-2 nak pergi sana sini.
Yang nak amik exam taun ni, tak bernaseb baek lah ko yer.
Hadap jelah buku nnt.
Tapi aku ghase takdenye dorg nak hadap sgt.
Alasan anak buah aku klo tny soklan cm tu , die jawab cmnih.

"Alaaa kan cuti sekolah ni, wat pe nak pikir pasal sekolah"


Haaaa kuajang tak ayat cmtuh... Menyirap je maksu ko ni dengarr.
Macam nak pukkkk je skali..

Eh ko plak emosi, mak ayah ko xemosi pon kan.
Haha sebb nye, klo dorg dah balik kampong, diorang terselamat dari kena bantai ngan mak ayah dorang.
Sebab backup kuat mak aku, so sape brani nak bantai anak2 bila kat kampong.
Kan sorrrrgaaaa idop dorang.
Marah sikit jer, mest nak backup, hoh terselamat lah ngko dari di baham harimau dan singa jadian.

Balik lah berapa ramai pun anak buah, sume tak brani nak bantai anak depan mak aku.
Dulu masa arwah ayah aku ade, lagi dahsat diorang ni.
Buat lah salah ape pon, mak pak dorg yang kne bising ngan ayah aku.
Mana tak berlemak diorang.
Pastu pepetang pau kat ayah aku duit g kedai.
ayah aku mana nak sampai hati tak bagi kan, klo dah mintak.
Dapat sorang singgit pon jadik, kalo tak pon sorang 0.50 cen.
Memang mendapat lah, kedai pon dokek je ngan gumah kan.
Kayoo cinooo tu  kalo anak cucu balik kmpongg hoih.

Skang ni ngan mak aku xdapek la nolong.
Anak buah aku ni ngan mak aku kurang manja sikit, sbb adelah garang sikit.
Ala nama pun mak-2 kan mesti mulut bising.
Tu anak2 buah aku kureng ngan mak aku.
Tapi lepas arwah ayah aku takde baru dorang rapat sikit ngn mak aku.

Ngan aku mmg ngappp xdapek derrrr.
Aku kan kedekuttttt .
Ikot mood kalo nak blanje.
Tgok prangai memasing okeh, baru aku on.
Kalo xdengar cakap haku mmg xde harapan lah sume nak dapat.
kejammm kan, haha..
Mampos aku nnt, mst dorg balas kat anak aku plak nnt.
Mudahan dorg tak lah balas kat anak aku cm tu...
hahaha...

Xtvt dorang kat kampong nnt adelah main bola dipanas terik,
Tengok katon dari bukak mata sampai pejam mata.
Main api kat blakang uma, maklumlah kampong kan.
G kedai cina tu tambah saham haha,
Main beskal ngan anak jiran sbelah uma,
Pastu bergaduh dan bertekak pastu balik umah nangis-2.
Jap g kang elok balik g sambung main.
Alahai budak-2 kan...

Bila dah petang suruh mandi, terpekik-2 lah kitorang 1 umah.
Kemain nak liat mandi.
Pastu dah mandi berebut tuala pulak.
Time orang nak angkat air smyg time tu nak g mandi.
Hohh hangin 1 badan aku ko tahu..

Tapi kalo xde dorg sunyi sepi umah mak aku tu.
Kalo ade dorang mak aku takdelah sunyi sgt.
Ade jugak buat peneman memalam kan.

 Okeyyy sekian..
Selamat berhujung minggu, happy wesak day.. dan happy scholl holiday...

Click here...


MINTAK PENDAPAT KORANG SEMUA ..



 






Sebenarnya aku delima ni.  Dah bebulan dah bincang laki bini pasal perkara nih.
Aku jadi cam was-2 pulak nak ke tak.
Aku ni duduk umah sewa je pun.
Uma sewa aku ni 2 tingkat.
Korang jgn lah bajet aku ni org kaya sampai duduk rumah 2tingkat lak.
2tingkat pun umah lama yang punyai 2 bilik tido dan 1 tandas kat bawah jer.
Bilik tido dedua kat atas.

Bila malam menjelma, panas tu terlampau walau ko tido kat atas skali pon tatap peluh mencurah.
Lakiku kan keje bershift, so kalo die keje malam, siang je mesti die tido.
Dan pabila tido adelah tak selesa,
Sebab panas dan ketiak pun berpeluh wooo.
Aku siang mmg lah kat opis duduk bawah ekon kan.

Tido tak selesa, kipas berdiri 1 dan kipas siling 1.
Tatap berpeluh.
Aku boleh je tahan lagi bab peluh ni.(walau xtahan pon, ongkos punye pasal)
Bila malam pulak kitorang sanggup tido kat bawah beralaskan toto je.
Letak kipas berdiri dan on kipas siling.
Selimut tak yah cakap lah, jauh2 aku campak.

Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang dah ada.
Cuma lakiku tu dia nak kepuasan tido, maklumlah org keje shift kan.
Bila tak slesa nak tido, payah lah nak lalap mata.

Boleh tak korang bagi pendapat kat aku,
Nak pasang air cond ke tidak.
Lakiku hari2 dah bising kat telinga kata nak pasang nak pasang.
Tapi aku ni risaukan kos kehidupan.
Bil api nnt mesti melambong sikit dari skang kan.

Aku pon tak tau nak pasang ke tak....
Tolongggg pikirkan dan bagi pendapat boleh ??

Giveaway SweetyGorjes Blog Page



Tarikh Tutup Penyertaan : 20 Jun 2013

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJw_iN-xbmkmtwGubwZhW4TKXzX3Gnz1RRcYe23E2_hKtmi1d7nWOnnqpSVtdiAGL2QDcJtDh3RBeFYCHtewvzAlhv4SfBEuf0xf5F_29vznxBEIICCxz0DEwAyq-88dcQv0msItnDNc0/s1600/giveaway.jpg
Sila klik pada Banner tersebut

Terima kasih Miera Yang Gojes sebab sudi menjemput saya join Giveaway ini .
Giveaway ni sempena pembukaan Bisness Online Miera .
Semoga bisness beliau maju dan mendapat sambutan.
InsyaAllah.


So sesiapa yang nak join dan yang kena Tag oleh saya !!!
Kena lah mengikuti terma syarat seperi di bawah. heheww.
Untung-untung murah rezeki jadilah 5 pemenang bertuah.

Syarat-syarat :

1) Follow BLOG ini dan BLOG ini.
2) Buat entry bertajuk "Giveaway SweetyGorjes Blog Page".
3) Letak banner macam kat atas tu dalam entry korang bersama backlink
4) Tag kan kepada 3 orang rakan anda.
( disini saya TAG :  ayuejean , Tengkubutang dan CikBolat )
4) Kemudian letak URL entry korang dekat komen SINI.


5 Pemenang bertuah :

Korang boleh tengok KAT SINI ...


Sekian terima kasih dan saya dah join.

Hari tua awak today.........


Happy Birthday to you




Kartini Bte Wagimut.
23 may 19xX

Semoga panjang umur , murah rezeki dan di redhai Allah slalu. InsyaAllah.
Hanya sekadar ucapan dapat ku hulur kan...

Birthday Girl.



Ada disini....















Jumaat, 17 Mei 2013

Kesihatan diri ini

...................................................
Dah 2hari selesema melanda diri ni.
Agak kerimasan sangat hidung ni.

dengan bersin lagii..
Air cond lagi...
Pepagi mood dah sloww..

Badan rasa cam nak demam pon ye gak.
Mata berair je nih pastu badan lemau jer.

Rasa mcm nak balik umah je skang ni.
Huwaaaaaaaaa....


Khamis, 16 Mei 2013

Kelaparannnn

 Helooo heloo.
Ye aku tengah lapar skang ni.

Rasa nak soh nasik tu datang berlari kat aku je skg ni.
Pagi tadi cuma beralaskan perut Susu  dengan roti gardenia sekeping.
 Skang ni dah jam 2 petang.

Mana boleh tahan lapo dah nih!
Jap g habes bos meeting aku nak tapau makan.
Aku dah lapo sgt dah ni.

Tolong la paham...
meeting time org lunch mmg tak patut kan.
Ni sumee angkara budak-2 LI kat cmpny aku ni....


Sabooo jelaaaa ...

Cepatlerrrr habess

Selasa, 14 Mei 2013

Kisah 12 may

Salam semua..
Aku rasa terlambat nak wish kat emak-emak, ibu-2, mama-2, umi-2 dan lain-2
Happy Mothers Day.

Mothers Day dalam kalendar jatuh 12 May 2013 (Ahad).


Memula sabtu petang suami ku ajak pulang rumah mak mertua, lepas tu aku cakap sabtu nak puasa
1 Rejab kan.. Tak nak lah nanti menyusahkan dorang pulak.
Lepas maghrib jela kita gerak.
Lepas maghrib terus bersiapkan barang-2.
Skalik dah azan isyak, terus jelah lepaskan isyak dulu baru kitorang gerak.
sampai umah mertua dalam 9 lebih camtu.

Sampai je sana, dorang kata ajak makan kat luar, mebi sambut mother day kot.
Aku pon syahdu jugak ingat kat mak.
Harus lah rasa macam nak tlipon, tapi tak mampu nak tlipon takot mlalak pulak.

So marilah kita makan diluar bersama family suami.
Untunglah aku bukak puasa makan sikit je kat rumah. Hehe.

Tapi cuaca malam tu macam nak hujan.
Lepas je sume habes makan hujan turun ngan lebatnya.
So tersangkut kitorang kat situ dalan sengah jam kot.

Sampai umah mertua dah dekat kol 12.
Lebat dengan guruh sana sini.

Esoknya, aku ngan suami nak g wedding kat Bt.Pahat.
Sebab kitorang tak tau jalan, hny berpandukan map yang diberi sahajo.
Lepas sarapan pagi dekat kol10 pagi baru kitorang gerak.

Dalam perjalanan tu baru aku tipon mak nak wish mothers day.
Skalik mak xdo g noreh getah ngan abg aku.
Yang jawab adelah ank buah aku.
Takpelah kang-kang je aku tipon.

Kiorang boleh berpusing dekat pekan bt. Pahat sebab dah salah jalan.
Patut nyer ikot dari muar xpayah ke bt.pahat.
tapi sebab kepandaian kami suami isteri yang dengil dengar kata gps begitulah.

Mencari dan mencari sambil tu tanta kawan yang duk kat Bp jugak.
Sampai lah kitorang dekat rumah pengantin dekat kul1 jugak.
So lepas makan duduk beborak, amik gambar gedik-2 sikit
masa ngah beborak mak ku tlipon.
So aku pon terus mengWish Selamat Hari Ibu .
Mak aku pon cakap terima kasih, pastu borak ape tah lagi.
MAcam dengar tak dengar sebb bising speaker.
tak lama kemudian tu suami ku bersuara. hoho (lelakikannnn memanggg)
So suamiku sudah kepanasan nak nunggu sandingnya jam 2.30ptg.

So tak kuase nak nunggu lagi.
Kalo dekat takpe, ni nak balik melaka lagi kan.

Lagi pon memula nak singgah Ayer Hitam tempat orang borong barang-2 tuh
Pastu pikirkan hari macam dah makin nak petang, pastu takut nak sesat lagi
tambahan pulak fuluss pon berkurangan.
So marilah kita pulang sahajoooo.

Ikot jalan paling dekat

Sampai umah mertua pon dah asar.
Penat jgn cakap lah.

Sebelum maghrib marilah kita pulang kerumah sendiri.
Sebab aku pon dah penat + mengantuk lagi.

Meh layan je gambar ni...

Selamat pengantin baru Ain & jai



Rabu, 8 Mei 2013

Gula Lembut

a.k.a Jelly Candies.

google





Morning dan selamat pagi.
Teringat zaman kanak-2 dulu, suke sangat makan gula lembut ni.
Siap berebut lagi ngan kengkawan nak warna warni.
Dah lah ianya kenyal-2 macam getah tu.
Manis pulak.

Tadi aku kuar g kedai jap beli gula lembut ni.
Oh nikmatnya..

Korang nak, meh lah sini aku bagi rasa jer..
Hehehe

Selasa, 7 Mei 2013

PRU 13

Hai hai hai.
Agak lame benor bersawang belog ni kan.
Yeah memang kemalasan nak apdet cerita-2 sume ni.
Rajin membaca ke belog org jer skang ni untuk timba ilmu hahaharr..

Berbalik kepada tajuk diatas.
Pru 13 telah dilakukan pada 05.05.2013 bersamaan hari ahad bermula 8.00pagi sampai 5.00ptg.
Aku tak g mengundi pun sebab aku tak sempat nak daftar sebagai pengundi lagi.  Tunggu jelah 5taun akan datang baru aku g mengundi.
Bukan lain, melainkan malas nak p daftar sebagai pengundi jer.

Sejak keputusan keseluruhan diumumkan iaitu Barisan Nasional menang.
Ramai kengkawan kat Fb, Twitter, Blog yang heboh pasal keputusan itu.

Dekat fb lagi pulak aku rimas dengan banyak perbalahan komen-2.

Nak menyampuk rasa malas ya amat.

Ape yang penting menang dan kalah adelah adat pertandingan kan!
Tak payah nak pertikaikan lagi.

So mengundilah secara bijak pandai.
Pikir mana yang terbaik untuk dicalonkan!

Jangan lah ade kes perkauman lepas ni.
Gaduh sana sini sebab politik.

Tahniah Barisan Nasional 
Janji ditepati.
Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan.

1 Malaysia...





Mari kita hayati dan bernyanyi  bersamaaaaaaa ....

Sapa tak hafal lagu ni??? haha sila komen! aku nak rotan 1 kali huhuhu.

Collaboration request

Hi there How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by selling SEO services Every website owner requires the ...