Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Selasa, 24 September 2013

Anakku

Alhamdulillah, sy telah melahirkan baby boy. Muhammad Nafiz Farhan Bin Anuar. 14 Sept 2013

Khamis, 12 September 2013

Nasi ayam

Alhamdulillah kenyang dah dgn rezki yg ada. Br pas mkn nasi ayam singapura kat Krubong..

Kunun nak diet la, tp xterdiet pulaka

Rabu, 11 September 2013

September 2013

Today is 11 sep dah. Rase cpt nau masa berlalu. Syawal pun dah melabuh tirai. Pasni menanti zulhijjah iaitu aidiladha. Ops raya korban bulan okt kan. Kejap sgt rasanya.

Skang ni aku dah 38week mengandung. Auw auw debaran makin trase sgt. Due aku adelah mgu dpan. Ye,ak maseh bkeje lg ni, wlu nk drve,bjalan,nek tangga adalah sgt tpaksa. Terasa sarat sgt. Tapi ntah bile nk dlvr pun xtw lah. Rmai kgkwn yg due dowg saing aku dh dlvr. Alhmdllah kan.

Smg dpmudahkan untk aku bjuang bsalin nant. Hehehe


Ameen :-)

Jumaat, 6 September 2013

CERITA 1HARI RAYA

Salam syawal yang terakhir untuk semua. Agak terlewat nak memohon kemaafan aidilfitri kepada semua yang setia nk baca entry ni. Lebih sebulan kot tak update belog ni. Sawang bertimbun dah aku rasa. Orang lain dah update cerita sampai 30syawal, aku baru nak cerita 1 syawal. Memang tak patut kan.

So meh nak cerita sedikit sebanyak, 1Syawal aku beraya kat rumah mak aku dekat n9. Jadiknya memang sakan lah beraya. Laki aku pulak pagi syawal sebelum semayang raya dia dah sampai rumah mak aku. Sebabnya malam raya tu dia kena kerja. Laki ku bersiap dari rumah dengan baju melayu yang aku dah siap-siap gosok. So sampai umah mak aku just pakai samping jelah. Sebelum 7sengah dia dah sampai. Masa tu aku pun dah ready siap tunggu sebab nak p solat aidilfitri sesama.

Lepas semua dah siap baru kitorang 1 family termasuk mak aku g solat aidilfitri bersama. Anak-2 buah yang tak ikut tolong lah panas kan ape yang patut untuk sarapan balik solat kang yer.

Lepas balik solat kitorang bermaafan seperti biase, nangis sane sini pastu bagi wet raya kemudian makan. Lepas je makan tetamu 1st kitorg adelah jiran sebelah. So mula lah sibuk disitu. Lepas dan lepas tetamu kiri kanan datang aku meminta keizinan ke pusara ayahanda.

Balik dari kubur, ingatkan nak g beraya nga suami umah jiran sebelah myebelah. Skalikk ramai pulak yang datang. So tangguh punya tangguh lakiku dah mengantuk. Sebab dah masuk ke tengahari. Kesudahannya aku beraya ngan kakakku je lah. Kitorang g pun 2 buah rumah jer sbb anak buah aku dah merengek.

Balik dari beraya umah jiran, tengok adeee lagi tetamu datang. Aku mmg dah low sangat masa tu. Tolong sesikit jer, nasib malm raya tu kakak ipar wat laksa. So hulurkan laksa tu jelah. Lepas zuhur aku dah tak tertahan mengantuk, masing-2 dah pengsan masuk bilik. Pedulik lah org dtg, aku tak tahan dah. hahaha..

Petang lepas asar baru siap2 g mandi ready takut ade org datang, ha amik ko sedara sebelah mak lak nak datang pas maghrib. Lepas isyak aku dah kebabom, akak-2 aku yg melayan tetamu yg dtg. Aku tak terdaya sbb dah berdiri banyak sgt. Maklumlah mak buyung kan, special case lah hehe..

Gambar pun aku tak amik, sbb nyer mcm cacing kepanasan. Memang panas pun, aku rimas jap2 nak pgg fon lah bagaikan. Memang takdelah gambarnyer.

Tahun ni kawan-2 pun xde yg datang dan aku pon x beraya umah dorang. Dah berlaki ni payah nak bergerak sane sini, dengan perut nye lagi kan. Maaf le sesangat.

k tu je cite raya 1st aku. Maaf gambar mmg xde, yg ade pon mcm xsesuaii nak tampal kt belog ni.

Selasa, 6 Ogos 2013

Hari terakhir bekerja di penghujung ramadhan

Salam semua. selamat berpuasa. selamat berhari raya.
Di kesempatan ini, aku nak mengucapakan selamat berhari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mngenali diri ni melalui alam maya shaja atau diluar sana.

Hari ni adelah ari terakhir bekerja dibulan ramadhan 2013.
InsyaAllah petang ni akan begeraklah aku dan suami tercinta ke kampung halamanku.
Bunyik serupa jauh jer, padahal dalam sejam kot dah sampai haha.

Jangan dilupa dalam kita bergembira, tapi masih ada yang berduka.
Tahun ni adelah tahun ke-2 berhari raya tanpa ayahanda tercinta.
Akan tetapi ini adelah tahun pertama aku berhari raya sebagai suami isteri.

Aku pasti mesti korang sume dah membuat persiapan hari raya kan.
Baju raya, kueh raya, emas raya, kereta raya, kasut raya, jalan raya... opsss..
hehe berhati-2 dijalan raya okeyyy.

Taun ni aku bersederhana jer...
Tak macam taun masa membujang dulu,
sume benda lengkap nak bertukar,
Tahun ni aku pakai ape yg ade jer...

Diakhir kata selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Isnin, 22 Julai 2013

JEREBU MEYERANG LAGI

selamat pagi semua. hari ni adelah hari jerebu lagi.. aku dah rimas ngan jerebu yang baru je melanda negara kita ni. kini jerebu datang kembali. toong lah kepada pihak yang tak bertanggung jawab tu jangan bagi lagi pencemaran udara. aku kat dlm opis ni pon dah rase kesesakan napas bau asap. siapkan aku pkai facemask dalam opis ni tau tak.

Malam tadi aku dah dengar berita kat tv , yang negera kita akan dilanda jerebu lagi. Pastu pagi tadi dengar kat redio lak. pagi tadi odway g keje pon aku dah terbau asap2 tu. tak tahan gase nye wei.  skang ni melaka ipu nya paling tertinggi dari negeri2 lain.

semoga berlalu dengan cepat la jerebu ni. InsyaAllah.




IPU TERKINI ! KLIK !

Jumaat, 12 Julai 2013

RAMADHAN KE-2

Hari ni dah hari ke-3 kita berpuasa.  Rasa macam cepat pulak masa berlalu jap je dah masuk 3 hari puasa kan. Alhamdulillah setakat ni aku masih bertahan untuk berpuasa. Walaupun kini sedang ............................ Heww heww Alhamdulillah 7mth sudah..

Petang semalam balik kerja kul 4.30 petang then terus balik rumah jer.  Tak singgah memana. Keluar kan udang ngan ikan dari tempat beku. Siapkan barang-2 macam bawang untuk masak. Kul 5.15 jemput suami balik kerja, sebab pe kena jemput ? Pagi tu hujan lebat so aku kena hantar dia g kerja.

Balik ari jemput suami baru kelentang kelentung kat dapor memasak.

Wat soo hun masak air campur kentang, ikan selar goreng 2 ekor, udang sambal dan rendang daging mak (just panaskan jer). Hanya kami berdua jer, so masak jelah yang simple. Masak untuk cukup-2 jer. Pas siap kemas dapo baru g solat asar, tu pon dah 6 sengah ptg.  Suami ajak kuar nek motor ronda taman, kebetulan lak ade pasar malam kat taman sebelah pastu kat depan tu ade bazaar ramadhan.

Singgah kejap kat pasar malam cari soya, tadi xdo org melayu yg jual. Pastu g bazaar ramadhan jer baru jumpa. 1bungkus rm2. Nak beli kueh sume cam tak berkenan, tengok yang dah last-2 jer kuehnya.

Hanya beli sebungkus soya jer kat bazaar ramadhan. Pastu singgah kedai beli ice 50cen. Sampai umah lagi 10minit nak berbuka. So hadap jelah tv dulu sementara nak azan kan.

Azan jer .baca doa dan teguk air terus secawan hehehe. Punya lah aku haus laki bini. Pastu baru makan nasi.

Sahur pagi tadi lak, aku bangun jam 4suku. Panas kan lauk lebihan berbuka dan goreng telur. wat air susu sorang secawan beserta air kosong. Pastu tido balik..

Petang ni tak tau nak masak pe pulak, ade sotong ngan ikan je lam peti tu.. Blurr bab pikir nak memasak ni.

Gambar masih xde jugak.. Malas nak snap..

Korang lak camnerrr...


Khamis, 11 Julai 2013

RAMADHAN PERTAMA

Salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua umat islam walau dimana jua anda berada.  Rasa baru je lagi menyambut ramadhan yang lepas, kini datang lagi ramadhan.  Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur untuk menikmati ramadhan kali ini.

Kali ni ramadhan aku telah bergelar isteri. Rasa teruja bile nak sambut ramadhan bersuami tercintaaa. Ramadhan pertama, kami berdua bersahur dan berbuka di rumah mak aku.

Banguna sahur pertama seawal 4 sengah pagi. Tolong mak kat dapur panas kan lauk, buat air dan hidang.  Meriah je aku gasa bile sahur kali ni ade suami kat sebelah. Hahaha.

Lepas sahur dalam kol 5sengah siap kemas sumer lelap mata jap sementara nak tunggu azam subuh. Bila azan jer terus bangun g solat. Pastu terlelap lagi dann sedar je dah kol 10 pagi. Laki bini membongkang.  Eh lupa bagitau korang 1ramadhan kitorang cuti. Tu pasal balik kampung.

Kemudian berpuasa lah kami macam biasa, al-maklumlah dekat kampung kan panas sebab beratap kan zink, mana nak ada ekon bagai umah mak aku tu. Bila t/hari je kitorang semua membongkang kat hall. Pasang kipas lelaju pastu terlelap kejap.

Pas asar baru kitorang start memasak. Memasak sampai lah ke 7malam. Ada 26minit je lagi nak berbuka. So hadap depan tv dulu sementara nak berbuka.

Bila balik kampung berbuka reramai ni adelah sangat meriahhhh yo. Tengok gelagat anak-2 buah sangat lah menggelikan hati.  Sebelum berbuka lembik kemain, mandi berkali2 aku gase. Bila dah berbuka, minum ssecawan air dah kenyang katanya, nasi pun tak habes makan.

Aku tak sempat nak snap gambar hidang dihari pertama bersahur dan berbuka. So Bagitau jelah ae.
Ketupat palas beserta rendang daging mak aku wat petang hari selasa tu.
Nasi impit dengan kuah kacang aku ngn akk ipar buat malam terawih pertama.
Kari ayam dengan kentang.
Ayam goreng spicy.
Tauhu sumbat.
Kerang rebus serai.
Kuih tepung talam 4ketul beli kat kedai.
Soya taufufa 7 bekas.
Pati Air soya 4 bungkus.
1 jug panjang air laici blender.
Kurma yusuf taiyoob.
Sambal belacan.

Itu je yang aku ingat.
Paling laris adelah airrr.
Ye air licin okeh.
Semua teguk air bercawan-2.
Lepas tu nak solat maghrib temengah2 hehe.

Pagi tadi kitorang sahur lauk lebihan berbuka jer cuma tambahan telur dadar 4 biji..
Lepas sahur siap2 sumer gerak balik rumah memasing.

Petang ni adelah berbuka berdua bersama suami tercintaa.
Tak tau lah nak masak per.
Tapi rasa msak yang simple-2 je.

Korang lak camner??

Jumaat, 28 Jun 2013

RENUNGAN PAGI JUMAAT # 7 KUNCI KEBAHAGIAAN

Selamat pagi Jumaat Penghulu segala hari semua.
Pagi ni rasa segar sesangat sebab jerebu dah xde aku rasa.
Berkilau dengan cahaya matahari je skang ni.
Alhamdulillah.

Ni aku nak kongsi bersama # 7 KUNCI KEBAHAGIAAN.
Dapat email dari suami tercinteee..
Auww.... Tq Aabangg.

Google



1. Jangan pernah membenci orang lain,
Meskipun mereka telah banyak berbuat salah mahupun menzalimi kamu..

2. Jangan pernah merasa gundah gulana,
Perbanyaklah berdo'a dan berzikir..

3. Hiduplah tetap dalam keadaan sederhana dan rendah hati,
Meskipun kamu berada dalam kegelimangan harta dan kekayaan..

4. Selalulah berfikiran positif,
Meskipun banyak cobaan yang menghadangmu

5. Husnudzhonlah (bersangka baik) selamanya,
Kepada Tuhanmu dan sekelilingmu..

6. Selalu memberi lebih banyak,
Meskipun orang lain tidak memberi kepada kamu,
Meskipun ketika kamu dalam keadaan kekurangan..

7. Jangan pernah putus mendoakan orang lain,
Baik untuk ahli keluargamu-saudaramu-sahabatmu
(dalam kondisi dia/mereka tidak mengetahuinya..)











Khamis, 27 Jun 2013

JEREBU YANG SEMAKIN BERKURANGAN BERSYUKUR SANGAT .......

Alhamdulillah Jerebu yang melanda negara kita dah berkurangan skang ni. Alhamdulillah kat Melaka pun dah nampak cerah sebab hujan yang turun pagi tadi. Bersyukur sesangat. Semoga ianya berterusan cerah Aminn.


Jom tengok IPU disetiap negeri pagi ni...

 


Untuk keterangan lebih lanjut boleh klik kat sini yo. HERE!



















Jumaat, 21 Jun 2013

JEREBU MELANDA..

Good morning uolls...
Sejak beberapa hari ni aku rasa macam terancam sangat.
Terancam dek jerebu yang tengah melanda negara kita ni.
Kat melaka jerebu teruk jugak nih.

Pepagi lagi aku dah rasa lemas sgt ngn bau asap.
Kuar je dari bilik tersusuk hidung aku ngn bau asap, pastu pedih mata.
Bila bukak pintu sbb laki ku kerja pagi.
Tengok kemain lah tebal jerebu.

Dalam rumah tu aku tutup jugak hidung sbb xtahan ngan bau asap tu.
Kul 7 sengah aku g sidai baju kat luar,
lagi aku rasa tak tahan.
Lagi kuat bau asap.

Ni aku dah kat opis pun still ade bau asap oi...
Bersama2 lah kita semua menjaga kesihatan yer.
Lebihkan minum air kosong.
Jangan lupa bila kat luar guna lah facemask.

Rabu, 19 Jun 2013

MEMIKIRKANNYAA..........

Sejak-sejak dah kawin nih aku eksen yer?
Haha eksen lah sangat.
Anggap jelah ape korang rasa.
Nak hangout ngan kengkawan pon rasa mcam tak berkesempatan.
Ini semua sebab kawin.
Huhuhu

Bukan tak nak hangout ngan kengkawan,
maklumlah lakiku ini bekerja shift.
So bile dia ada kat rumah, aku dah terkejar2 kesana kemari.

Pastu nak masak.
ha bab nak masak tu jadik masalah sikit.
Lakiku ini bukan suka na makan kat luar.
Tipu lah tak penah makan luar kan.
Makan kat luar pun tengok masa gak.
Dan tgok kewangan huhuhu.

Skang ni lakiku kerja shift pagi,
die balik umah jam 7malam.
jadi dah kepenatan lah kan.

Aku pun dah tak tau nk msk ape lg.
nsb lakiku mmg xcerewet bab mkn ni.
aku masak tak sedap pon die kata sedap.
aku goreng telur dadar pon die kata sedap.
haaa mana sampai atii aku tak masakkk
huhuhu....

petang ni ape pulk aku nak masak.
pening memikirkannn ni..
dalm peti ada beberapa ketul ayam ngan 3 ekor ikan kembung.

Kene pikir lelaju sbb kang kul 7 nak hadap teduhan kasih.
Semalam aku dah termiss cite tu.
Angkara smpai umah lambat.
Kul 6.45 baru smpai umah, angkat baju masuk bakul dan tak lipat.
Pastu g dapor masak nasi, masak sardin ngan telur dadar.
Pastu kejarkan maghrib, pastu trus tunggu isyak dan terus kebabom tidurr..

semalam adelah awal aku lelapp..
Sedar2 dah 2 pagi je tgok suami ade disebelah..


Khamis, 30 Mei 2013

1 Tahun pemergiaannya Al-Fatihah..

Selamat petang sumer, baru berkesempatan nak apdet.  
Hari ni 30may 2013 genap lah setahun arwah ayahku meninggalkan kami sekeluarga.
Ayah telah dijemput mengadap ilahi yang aku gasakan terlalu awal.
Rasa seperti masih tak cukup nak bermanja dan berkasih sayang dengan ayah.
Bukan aku aje yg rasa kan sebegitu, malah adik beradik yg lain serupa jugak.
Hari nilah hari dimana kitorang sekeurga sebuk untuk persiapan majlis tunang ku tahun lepas.
Dalam kesebukkan menghias segala bagai untuk majlis tunang,
Jemputan pun telah diundang.
Tetiba ayah dipanggil mengadap ilahi.

Ayah meninggalkan kami semua pada jam 2.00pagi 30 may 2012.
Sedangkan majlis tunang aku akan berlansung pada 9 jun 2012.
Kurang 9 hari je ngan majlis bertunang aku tu.
Semua persiapan tu ayah dah uruskan tanpa pengetahuan kami semua.

Pagi ni sesampai je kat o[is aku dah menangis sampai blur nak buat kerja.
Rasa mcm nak balik rumah.
Aku mesej kakak aku, dia pon rasa sebegitu.
Kakak aku ondayway balik kampung mertua dia kat kelantan.
Slalu mest dia call kalo aku bagi mesej, sbb dah tak mampu nak bercakap ngn aku die tak berani nak call.
Yelah masing2 hujan merindukan ayah nan seorang.

Memang ade ayah mertua, tapi ayah mertua ngan ayah sendiri tak sama.
Dari kecil dia menjaga membelai mana mungkin sama ngn ayah mertua.

Dalam type entry ni pon aku dah hujan sggt ni.
aku rasa aku nak undurkan diri dulu.

Al-fatihan untuk ayah disana, semoga rohnya tenang dan damai disana,
dan ditempatkan ditempat2 org yg beriman InsyaAllah..


Sewaktu membuat umrah tahun 2012 yang terakhir bersamanya



Jumaat, 24 Mei 2013

Wesak Day





Selamat bercuti semua.
Hari ini kita enjoy public holiday..

Selamat bercuti sekolah jugak pada guru-2 , murid-murid sekalian.
Penuhi cuti anda hujung minggu ini dengan keluarga sebaik-baiknya.

jangan membazir cuti dan masa dengan xtvt yang tak berfaedah.
Naik kerja nanti mesti korang apdet macam-2 kan.
Pergi sana sini ek.

Ade jugak yang amik kesempatan cuti 3hari ni nak balikkampung kan.

Aku rasa minggu ni pantai memana pun mesti penuh dengan umat manusia.
Air terjun pun sama ek.

Usah kata kan pantai malahan sopink pun mesti ramai dengan ribuan org yang dtg.

So selamat bercuti, jaga diri anda, berhati-2 memandu kereta dan membonceng motosikal.
Sayangi diri anda dan keluarga.





Khamis, 23 Mei 2013

CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI

Aku bukan seorang guru,
Aku bukan seorang pelajar sekolah,
pada waktu ini lah.

hehe, ko tau xtak aku sesgt lah jeles bile anak-2 buah cakap cuti sekolah, kak ipar n adik ipar dan kengkawan pon cakap cuti sekolah.

Ergh kenapa korg dengki sgt , post kat fb nyatakan esok cuti sekolah dah bermula.....
Aku jeles woii. Tergamak korang melukakan hatiku ini.
Hahah real je ko nak bersyahdu kan apidahhhh...

Anak-2 buah aku, masg2 dah plan sorang-2 nak pergi sana sini.
Yang nak amik exam taun ni, tak bernaseb baek lah ko yer.
Hadap jelah buku nnt.
Tapi aku ghase takdenye dorg nak hadap sgt.
Alasan anak buah aku klo tny soklan cm tu , die jawab cmnih.

"Alaaa kan cuti sekolah ni, wat pe nak pikir pasal sekolah"


Haaaa kuajang tak ayat cmtuh... Menyirap je maksu ko ni dengarr.
Macam nak pukkkk je skali..

Eh ko plak emosi, mak ayah ko xemosi pon kan.
Haha sebb nye, klo dorg dah balik kampong, diorang terselamat dari kena bantai ngan mak ayah dorang.
Sebab backup kuat mak aku, so sape brani nak bantai anak2 bila kat kampong.
Kan sorrrrgaaaa idop dorang.
Marah sikit jer, mest nak backup, hoh terselamat lah ngko dari di baham harimau dan singa jadian.

Balik lah berapa ramai pun anak buah, sume tak brani nak bantai anak depan mak aku.
Dulu masa arwah ayah aku ade, lagi dahsat diorang ni.
Buat lah salah ape pon, mak pak dorg yang kne bising ngan ayah aku.
Mana tak berlemak diorang.
Pastu pepetang pau kat ayah aku duit g kedai.
ayah aku mana nak sampai hati tak bagi kan, klo dah mintak.
Dapat sorang singgit pon jadik, kalo tak pon sorang 0.50 cen.
Memang mendapat lah, kedai pon dokek je ngan gumah kan.
Kayoo cinooo tu  kalo anak cucu balik kmpongg hoih.

Skang ni ngan mak aku xdapek la nolong.
Anak buah aku ni ngan mak aku kurang manja sikit, sbb adelah garang sikit.
Ala nama pun mak-2 kan mesti mulut bising.
Tu anak2 buah aku kureng ngan mak aku.
Tapi lepas arwah ayah aku takde baru dorang rapat sikit ngn mak aku.

Ngan aku mmg ngappp xdapek derrrr.
Aku kan kedekuttttt .
Ikot mood kalo nak blanje.
Tgok prangai memasing okeh, baru aku on.
Kalo xdengar cakap haku mmg xde harapan lah sume nak dapat.
kejammm kan, haha..
Mampos aku nnt, mst dorg balas kat anak aku plak nnt.
Mudahan dorg tak lah balas kat anak aku cm tu...
hahaha...

Xtvt dorang kat kampong nnt adelah main bola dipanas terik,
Tengok katon dari bukak mata sampai pejam mata.
Main api kat blakang uma, maklumlah kampong kan.
G kedai cina tu tambah saham haha,
Main beskal ngan anak jiran sbelah uma,
Pastu bergaduh dan bertekak pastu balik umah nangis-2.
Jap g kang elok balik g sambung main.
Alahai budak-2 kan...

Bila dah petang suruh mandi, terpekik-2 lah kitorang 1 umah.
Kemain nak liat mandi.
Pastu dah mandi berebut tuala pulak.
Time orang nak angkat air smyg time tu nak g mandi.
Hohh hangin 1 badan aku ko tahu..

Tapi kalo xde dorg sunyi sepi umah mak aku tu.
Kalo ade dorang mak aku takdelah sunyi sgt.
Ade jugak buat peneman memalam kan.

 Okeyyy sekian..
Selamat berhujung minggu, happy wesak day.. dan happy scholl holiday...

Click here...


MINTAK PENDAPAT KORANG SEMUA ..



 






Sebenarnya aku delima ni.  Dah bebulan dah bincang laki bini pasal perkara nih.
Aku jadi cam was-2 pulak nak ke tak.
Aku ni duduk umah sewa je pun.
Uma sewa aku ni 2 tingkat.
Korang jgn lah bajet aku ni org kaya sampai duduk rumah 2tingkat lak.
2tingkat pun umah lama yang punyai 2 bilik tido dan 1 tandas kat bawah jer.
Bilik tido dedua kat atas.

Bila malam menjelma, panas tu terlampau walau ko tido kat atas skali pon tatap peluh mencurah.
Lakiku kan keje bershift, so kalo die keje malam, siang je mesti die tido.
Dan pabila tido adelah tak selesa,
Sebab panas dan ketiak pun berpeluh wooo.
Aku siang mmg lah kat opis duduk bawah ekon kan.

Tido tak selesa, kipas berdiri 1 dan kipas siling 1.
Tatap berpeluh.
Aku boleh je tahan lagi bab peluh ni.(walau xtahan pon, ongkos punye pasal)
Bila malam pulak kitorang sanggup tido kat bawah beralaskan toto je.
Letak kipas berdiri dan on kipas siling.
Selimut tak yah cakap lah, jauh2 aku campak.

Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang dah ada.
Cuma lakiku tu dia nak kepuasan tido, maklumlah org keje shift kan.
Bila tak slesa nak tido, payah lah nak lalap mata.

Boleh tak korang bagi pendapat kat aku,
Nak pasang air cond ke tidak.
Lakiku hari2 dah bising kat telinga kata nak pasang nak pasang.
Tapi aku ni risaukan kos kehidupan.
Bil api nnt mesti melambong sikit dari skang kan.

Aku pon tak tau nak pasang ke tak....
Tolongggg pikirkan dan bagi pendapat boleh ??

Giveaway SweetyGorjes Blog Page



Tarikh Tutup Penyertaan : 20 Jun 2013

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJw_iN-xbmkmtwGubwZhW4TKXzX3Gnz1RRcYe23E2_hKtmi1d7nWOnnqpSVtdiAGL2QDcJtDh3RBeFYCHtewvzAlhv4SfBEuf0xf5F_29vznxBEIICCxz0DEwAyq-88dcQv0msItnDNc0/s1600/giveaway.jpg
Sila klik pada Banner tersebut

Terima kasih Miera Yang Gojes sebab sudi menjemput saya join Giveaway ini .
Giveaway ni sempena pembukaan Bisness Online Miera .
Semoga bisness beliau maju dan mendapat sambutan.
InsyaAllah.


So sesiapa yang nak join dan yang kena Tag oleh saya !!!
Kena lah mengikuti terma syarat seperi di bawah. heheww.
Untung-untung murah rezeki jadilah 5 pemenang bertuah.

Syarat-syarat :

1) Follow BLOG ini dan BLOG ini.
2) Buat entry bertajuk "Giveaway SweetyGorjes Blog Page".
3) Letak banner macam kat atas tu dalam entry korang bersama backlink
4) Tag kan kepada 3 orang rakan anda.
( disini saya TAG :  ayuejean , Tengkubutang dan CikBolat )
4) Kemudian letak URL entry korang dekat komen SINI.


5 Pemenang bertuah :

Korang boleh tengok KAT SINI ...


Sekian terima kasih dan saya dah join.

Hari tua awak today.........


Happy Birthday to you




Kartini Bte Wagimut.
23 may 19xX

Semoga panjang umur , murah rezeki dan di redhai Allah slalu. InsyaAllah.
Hanya sekadar ucapan dapat ku hulur kan...

Birthday Girl.



Ada disini....















Jumaat, 17 Mei 2013

Kesihatan diri ini

...................................................
Dah 2hari selesema melanda diri ni.
Agak kerimasan sangat hidung ni.

dengan bersin lagii..
Air cond lagi...
Pepagi mood dah sloww..

Badan rasa cam nak demam pon ye gak.
Mata berair je nih pastu badan lemau jer.

Rasa mcm nak balik umah je skang ni.
Huwaaaaaaaaa....


Khamis, 16 Mei 2013

Kelaparannnn

 Helooo heloo.
Ye aku tengah lapar skang ni.

Rasa nak soh nasik tu datang berlari kat aku je skg ni.
Pagi tadi cuma beralaskan perut Susu  dengan roti gardenia sekeping.
 Skang ni dah jam 2 petang.

Mana boleh tahan lapo dah nih!
Jap g habes bos meeting aku nak tapau makan.
Aku dah lapo sgt dah ni.

Tolong la paham...
meeting time org lunch mmg tak patut kan.
Ni sumee angkara budak-2 LI kat cmpny aku ni....


Sabooo jelaaaa ...

Cepatlerrrr habess

⚡ Watch Free U.S. Sports Live with 720pStream – No Login Needed!

Hi there, 🎯 Looking for a way to stream top U.S. sports live – for free? With 720pStream , you get instant access to h...