Tah tetibe pulak sebelum aku tidur malam semalam teringat kisah zaman sekolah dulu. Rindu pulak rasa
macam nak sekolah semula. Masa sekolah dulu aku lah budak paling kuat monteng sekolah. Asal cuti sabtu
ahad je mesti terlajak sampai isnin ke selasa ke. Sasaran ayah aku lah, nak kena write letter kat Guru Kelas
bagai.
Ini aku nak cerita kisah aku kat Sek Men. Masa aku masuk Form 1, wah meriah rase sebab nak duduk asrama, sapa tak suka kan kalau duduk asrama. Sebab boleh dapat ramai kengkawan. Sebab tak pikir pun pasal kena buli bagai ini. Tapi mak dan ayah aku serta kakak / abang aku memang risau takut aku dibuli macam yang keluar kat tv tuh.
Masa dapat tawaran duduk asrama, kemain meloncat lagi gumbira katakan. Wah siapkan list nak beli barang-barang nak duk asrama. Paling tak tahan bila rasa tak sabar nak pakai baju sekolah baru kain wane biru. Tudung wane putih. Kasut pun putih, stoking pun kena putih juga. Beg sekolah aku masa itu, aku pun dah tak hinggat kaler ape.
Masa pendaftaran ramai sangat nampak kawan-kawan baru nak daftar. Ada juga muka eksen, muka
senyum. Dah daftar siap semua kena pergi dengar ceramah kat dewan. Tak tau lah ceramah mende tah, aku pun dah tak ingat. Pastu balik asrama letak barang-barang bagai. Ada juga senior datang tolong, camner nak lipat, susun baju dalam loker.(nampak okey je senior ni). Dah lepas selesai semua itu, mak dan ayah aku pun kena lah balik rumah. Mana nak boleh tunggu sampai malam kan. Masa itu lah kesedihan terukir kat wajah den.
Muka nak sedey bersama air hujan menitis-nitis kat pipi den oi. Harus aku sedey, tak penah berpisah dan
berdikari sendiri dari mak ayah. Teresak-esak aku nangis. Sampaikan nak makan pun aku boleh melalak
depan nasi. Sedey tengok nasi + lauk ikan sembilang sambal kalau tak silap aku masa tu. Pilu gile
sebenarnya aku tak telan ikan itu. Sebab ikan itu aku rasa macam tanah. Memang menitik-nitik air mata. (Aku bukan orang bandar pun, orang kampung je pun cuma selera ikan itu tak ada).
Hampir setiap malam bila naik katil je aku bantai melaka teresak-esak. Tapi aku kaber la takut senior bawah
katil aku dengar. ( Katil 2 tingkat ). Setiap pagi nak kena bangun awal sebab nak mandi. Nak tau sebab
apa?? Sebab kekurangan air, tu pasal kitorang form 1 ni bangun awal dalam 4.00 pagi dah terpacak dalam
toilet. Haa kau mampu?? Lepas dah mandi baru kitorang kejut senior yang lain mandi. Sebab senior diorang
mandi lewat sikit. Biasalah form 1 katakan, memang serba serbi lembab bin lambat lah.
Lepas dah mandi ada yang sambung tidur dan ada yang terus pergi surau. Duduk dekat surau sebab takut terlepas solat jemaah subuh.( Kalau tak solat jemaah, nanti kena denda wokeyy). So ramai lah budak form 1 duduk kat surau itu tunggu masuk waktu subuh.(Setiap waktu memang kena jemaah kecuali zuhur). Lepas dah siap sumer kena turun buat tugas kawasan.( Setiap bilik wajib buat). Kena bersih kawasan asramalah katakan, bagi mengelakkan kekotoran. Lepas dah siap tugas kawasan bagai, sumer kena beratur nak pi makan pagi pulak. Masa itu, haa sayu weii mato den. Kena pulak kalau time makan roti jer. Hadoiii sayu hati nak mak. Teresak jap kat situ.
Hampir setiap hari menghitung hari nak balik rumah/kampung. Hari jumaat hari yang dinantikan weii.. Hari jumaat itu kalau Ust & Ustz mengajar pun kepala dah ke kampung. Terbayang makanan kat gumah. Hahahaha osah lawak eh.
Tu masa aku form 1 sampai form 4 lah gase macam tu. Haa dah masuk form 5 taring pun keluar lah. Time itu dok kutuk sana sini pasal senior lepas pulak. Sebab aku dan sebatch aku masa form 4 memang teruk kena tiau ngan form 5. Itu ini tak kena dengan kitorang. Siyes memang menyampah giles. ( Junior bawah aku dulu pun mesti ada gasa macam aku gasa jugak kan) hahaha..
Tapi masa kitorang dah form 5, sekejap aje taring tu keluar. Pastu kena simpan semula. Sebab kitorang tak ley nak campur budak junior. Budak form 5 kena duduk 2 bilik. Tak boleh nak campur dengan budak junior. Woii ati mak panas wei, sudah pulak kena duk sebelah bilik warden. Haremm apa pon tak boleh. Diorang kat atas meriah sangat sebab form 5 tak duduk sebilik ngan dorang.
Tapi ada baik jugak warden buat macam itu, mungkin nak rapatkan silaturrahim budak-budak form 5. Hahaha. Suruh stadi sesama siang malam pagi petang kan. Kalau memekak senang warden nak datang jenguk sambil bagi cubitan manje yang tinggal kesan. Hampeh..
Bila datangnya bulan ramadhan, haa masa itulah nak tengok gamai yang gastrick, datang bulan bagai. Hoh memang nak mencabar kalau dorang sedut air kosong je pun. Tapi bila aku teringat kembali best pulak kenangan masa sekolah ini. Macam-macam ragam pelajar-pelajar buat. Mende yang dilarang , mende itu lah pelajar nak buat. Ini perkara biasa pelajar buat wei bawa henset (walau 3310 masa tu dah bangga wei ado nset), tak pakai lencana, ponteng kelas, tak boleh dating, tak boleh kapel, kantoi surat cinta, buku cinta, bawa novel, tak pakai stokin, tak pergi prep, tak pergi qiraati. Memacam lah lagi.
Kelas qiraati kitorang hari ahad lepas isyak dalam 8 mlm lebey lah mcm tu. Kebetulan ahad tu semua budak baru balik dari kampung, cuti hujung minggukan. Jadi budak form 5 + aku juga lah time tu monteng. Hahaha, berapa kerat jer yang pergi, dah tu kitorang turun selamba gi prep. Memang dah tau ramai tak pergi. Tetibe kitorang nampak kelibat Ust. Wan bawa rotan die nak ke surau lelaki.(tempat qiraati kitorang). Hui bederau jantung, mengelupur semua lari nyorok. Nyorok jelah dediam, bersepah-sepah nyorok. Dah lah panas pulak + macam sardin lagi pergh.. Sekali dengar Ust. Wan tu menjerit panggil form 5 pompuan kuar kat dataran pompuan. Sume diam! terkedu wei. Ust. Wan mula mengira pulak, sorang tak keluar.
Last-last takuit nyer pasal, kitorang kuar reramai.(Mana yang gi tu selamatlah). Dia bebel pung pang pung pang. Sumer diam, macam malaikat lalu. Aku tak ingat pulak kena rotan ke tidak. Pastu Ust. Wan suruh amik kerusi sorang satu bawa kat dataran ni. So kitorang hamiklah kerusi memasing. Susun kerusi tu cecantik wei. Ust. Wan cakap awok bediri atas kerusi ni sampai habes prep(nada kecek qelate). Pergh kejung kaki wei, nak tahan malu ngan junior lagi, dengan budak laki lalu lalang lagi. Tapi dalam golap mana dorang kenai kan. So berdiri kitorang sampai habes prep dalam 10.45 malam.(bunyik loceng habis preplah). Masa itu memasing salah memasing asal tak g qiraati. Sepekat reramai takmo g, akibatnya reramailah kena denda.
Tapi zaman macam itulah jadi kenangan kembali wei. Takat nilah aku berkisah. Sebenarnya banyak lagi kisah, tapi tak terdaya nak type dah. Kang korang muak pulak nak membaca. K selamat maju jaya.
Bye....
rindu gle kot...
BalasPadamngeh3..
Ust Wan best..
huhuhu..
tp aku baik..
yeah terbaek dr ladang kan kucai. baek lah sangat ko erk haha
BalasPadambila teringat kenangan lama tu...mmg rindu kan...
BalasPadammoon duk asrama masa form4 n 5 jerk.. terngat masa hari pertama duk asrama.. makan ikan..yg keras mcm batu.. masa tu mcm nak nanges..rasa nak balik umah jerk..
ikan tu kitorang panggil ikan jaket masa kat asrama..keh keh keh..tapi kena jugak telan kan..
BalasPadam