Buat pengetahuan korang esok 10 Mei 2012 (Khamis) ada game hoki. Malaysia vs India. Dijadualkan jam 5.00petang di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka. Tapi aku tak tau la pulak ini final ke semifinal ke. Aku pun dapat inform dari rakan kat Fb.
Aku memang tak penah lagi tengok live orang main hoki ni. Selalu tengok kat tv jer. Tu pun kat Berita Sukan tv3. Muaahahahaha. Sebab aku tak berminat sangat kalo nak dibandingkan dengan Bola sepak. Sebab dah dekatkan, rasa-rasa macam nak pegi je tengok. Tapi tak tau lagi camana kan. Start kul 5.00petang. Harus lah masa tu aku baru habis time kerja.
Kat Fb akak ipa ajak pegi tengok. Abang aku mesti on jer sebab die pun ade game bola sepak kat stadium tu jugak. Mentang-mentang Malaysia lawan, sumer nak berkobar-kobar la sokong. Camner aku nak buat pun tak tau lah. Kalo lambat sampai kompom parkir penuh punyer.
Sesapa yang dok area Melaka ni, pakat-pakat kita pi tengok Hoki jom. Kalo korang sampai dulu tolong save kan parkir untuk cikfi sekalik eh. Hahahaha. Ade ke yang sudi nak tolong?? Ngehhh ngehh,,,.
Rakyat Malaysia yang lain tu jangan lupa doakan Malaysia menang yo..
Hakikatnyer aku pun tak tau dapat pergi ke tak. Macam nak minta balik awal jer esok. Aishhh boleh ker tak en.Boss?? Semangat Malaysia ni.. Doakan jugak aku boleh balik awal esok yer kengkawan.
Okey laa....... Byee....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi sudi lah komen...