Selamat pagi korang.
Macam yang dijanjikan, aku nak bagitau ape hadiah aku dapat dalam cabutan bertuah kat Fs (Family Store). Sebelum aku tepek gambar hadiah ni kat blog. Aku dah tepek kan dulu kat Fb aku. Mesti korang kata aku poyo kan. Ek eleh ape korang nak kata, kata lah. Yang penting aku dapat free huhu. Kau mampu?? Kalo mampu boleh je nak pinjam keh keh keh ( Sila ambik ati masing-masing ok)
Oleh kerana hadiah tu aku dah pi tuntut, aku nak jugak cerita serba sedikit camner acara dimulakan. Petang semalam aku tak balik kerja lagi pun, akak ipa aku dah ayat-ayat aku suruh balik cepat. Gila kan pasal nak tuntut hadiah punye pasal. Padahal bukan mahal sangat pun, tapi kalo nak kena beli ngan duet sendiri memang aku takkan beli lah. Tak masal aku nak beli, baik aku nek moto jer. Kalo korang pun mesti cam tu kan? ( Kedekut tu harus untuk simpan duet kawen muahahahaha).
Setibanya aku kat guma dalam jam 5 sengah. Semalam petang kan mendung jer. Aku masuk tengok sume tengah membongkang (tidur). Sekali aku tengok anak buah aku tak tidur pulakm aku pun angkat dengan rasa semangat sebagai makcu. Pastu bluekkk dier termuak (muntah). Adoii aii abes baju dan kain ku. Terus aku g mandi dan asar. Lepas aku siap kebetulan datang sepupu akak ipar aku (Amin). So kitorang pun ajak Amin g Fs. Sebelum sampai, dalam kereta abang aku dah eksitet nak bawak balik sendiri hadiah tu ( kalo sesize dengan nya). Sampai je Fs tengok kat depan pintu masuk Fs tu, tinggal 2 je. Kitorang kemain gelak 1kereta. Dah lah wane kemerahan pink.
Abang aku dengan tak puas nak tengok terus dia tawaf 2 kali bangunan Fs tu. Padahal parkir melambak kosong. Motip tawaf 2kali (Maluuuu hohoho). Aku pun turun ngan akak ipar + anak buah 2 org. Terus menuju kat kaunter pertanyaan. Cina tu minta ic dan suruh aku sign. Pastu aku pun tanya, ada delivery ker? So cina tu jawab, oh tidak. Delivery sendirikk laa. Aku dah bantai gelak besoo masa tu. Terus cina tu bagi ini ....
---
==================================
Dah kat guma masa ni |
====================================
Siap cina tu amikkan gambar aku ngan beskal nih. Hahaha dah la tempat tak strategik. Cina tu kata sebagai bukti saya dah serahkan, saya kena amik gambar cik. Waduhh dah macam model beskal lak. Tapi aku tak amik gambar gune fon sndiri kat situ. Maluu ko tahuu, kemain gamai orang kuar masuk . Boleh jadik kat pintu masuk tu jugak dia nak snap gambar aku.
Aku pun tolak pi kat kereta, sepanjang tolak beskal ke kerete aku dah gelak berdekah-dekah ngan kak ipar. Ada ke patut soh aku kayuh dari Duyung ke Bkt Katil. Muahahaha aku tak mampu weiii. Abang aku tak turun kereta pun masa tu. Die jengah dari tingkap sambil ketawa. ( Ko memang tak tepati janji weii). Last-last Amin yang kena kayuh. Muahahaha. Alahai nasibbbb ko Amin oi...
Suku jalan nak sampai rumah, baru aku tukar ngan Amin kayuh sampai kerumah. Ya ampun hongap dennn. Cam nak tercabut kepala lutut ni. Dah lah tempat duduk rendah. Aiseyyy tak pe petang ni baru setup balik. Sebagai upah Amin kayuh beskal, kitorang bawk dia round Melaka n pi makan kat Nasi Ayam Singapore (Krubong) ---> Bukan aku belanja pun. Ingatkan pas magrib nak ke Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit, tengok Hoki Malaysia vs ? aku pun tak ngat. Parkir kemainlah penuh, langsung tak jadi tengok.
Sebalik kisah beskal free disini.
Komen yang boleh wat aku bakar semngat untuk kurus muahaha...
Komen di Fb |
Ontway balik ayah ku mesej
Ayah " Dah pi ambil basikal belum?"
Anak " Baru ambik, warna merah"
Kesimpulan : Ayah aku pun eksitet muahahaha...
wahhhhhh..syokkk..dapat basikal... jom kita merempitttt... hehe
BalasPadammoon punya basikal..dah berkarat sket... dah lama xnaik nie... hehe
tahniah....
C.M.A @ CikMoonAdnan hahaha lenguh nak kayuh tu kalo nak smp ke semenyeh..hehe
BalasPadam