TABUNG EMAS

MAI JENGUK

Isnin, 12 Mac 2012

KUEH KOCI

Malam ni aku nak kongsi ngan korang pasal aku buat kueh koci.

Haipp tolang la percaya yang aku buat tau!!

Ahad lepas kakak aku yang kat KL tu balik kampung.

So kalo anak-anak mak aku ni dah balik jejauh.

Haruslah mak aku ni terus rase cam nak buat itu ini.

Kakak aku ngan aku pun tolong aah kan jela sambil jawab ngan jawapan kebulur.

So petang ahad tu operasi membuat kueh koci bermula.

Sila la try kalo gase-gase sedap eh.

KUEH KOCI


2 - Bungkus tepung pulut..
2 - Biji kelapa muda yang telah. diparut
1 - bungkus gula merah.
2 Helai daun pandan.
Daun pisang yang telah dilayu api.
Garam.
Minyak masak.
Pengkukus.
Gula kasar.

CARA_CARA

Buat inti kelapa dahulu. Korang masukan kelapa muda yang dah diparut tu pastu ko letak gula merah yang dah dimasak sebab nak kasi warna keperangan tu teserlah.  Pastu taburkan gula secukup rasa, kalo korang kuat makan manis letak la gula tu banyak mana yang ko rasa mampu telan.  Pastu taburkan garam secukup rasa. Kang kalo xder rase garam xlengkap plak kan. Pastu korang simpulkan daun pandan tu, pastu campakkan dalam inti yang ko buat tu.  Pastu rasa cam dah masak je inti tu korang angkatlah.  Sementara ko nak bagi inti tu sejuk sikit ko pi la buat doh nye pulak.

Masukkan 2bungkus tepung pulut dalam mangkok yang agak-agak muat.  Pastu masukkan air garam sikit, nak bagi ada rasa cam masin sikit. Tapi korang jangan lupe lak basuh tangan kang masin lain pulak. Hahaha.. Lepastu ko gaul tepung tu sampai sebati. Letak lah air kosong nak sebatikan. Jangan bagi terlampau lembik sangat tepung tu. Nanti payah nak masuk inti plak. Bila dah okey tepung tu, dah jadi sebati semuanya, baru korang buat bentuknya.

Korang amik doh tu buat bulat kecik/sesedap mata korang nak telan lah. Letakkan atas daun pisang yang telah di gunting kecil(agak-agak ley balut kueh tu). Ko tempek kan kat daun pisang tu pastu letakkan inti kelapa tadi pastu korang bulatkan baluk doh tu supayan inti tu tak terkeluar.
Pastu ko balut la daun pisang tu camner korang nak.  Kalo gase nak cantik balut la cecantik.  Pastu ko wat la benyak.  Bila dah banyak korang kukus la.  Pastu tunggulah sampai kueh koci tu masak. Aku pun tak pasti bape minit.

Hasilnya................





srapan pagiku

Camtulah gopenyer Kueh Koci Cikfi ^_^

5 ulasan:

  1. lama tak makan kueh koci..hihi

    BalasPadam
  2. rasanya da bomb jugak lah kan.. hee~~

    BalasPadam
  3. dyabunga : sedap tau..nnt cube la buat ^_^


    aku HaniAsyira : hahaha pastila the bomb hehehe

    BalasPadam
  4. dah lama xbeli kuih koci... nak masak sendiri.. mmg tak reti.. hehehehhee

    BalasPadam
  5. c.moon; nampak mudah jer buat ce test haha

    BalasPadam

Sudi sudi lah komen...

NUFFNANG

NorHafidah Hj Hassan has invited you to join ShopBack!

Get RM10 bonus when you make your first purchase. Shop n...