TABUNG EMAS

Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Selasa, 29 Mei 2012

ting tong

dah dah mari semua kita tidur. esok smbg lg eh. mood nak raya hampir kembli..

Khamis, 24 Mei 2012

MALAM PERTAMA SAYA ^_^



GOOGLE



Rahmat baru sahaja berkahwin dengan Era..
Pada malam pertama selepas majlis pernikahan, mereka berehat di dalam bilik kerana keletihan membantu mengemas dapur, membersihkan periuk, kuali dan segala macam benda lagi..
Sambil berehat di dalam bilik, mereka makan burger yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera..
Emak Rahmat yang sememangnye suke menjaga tepi kain orang termasuk anak2nye sendiri memasang telinga dari pintu bilik untuk mendengar perbualan antara anak dan menantu barunye…
Era : bang, dah dipicit2 ni…tp xkeluar2 pon…
Rahmat : lambat sket la tuh nk kuar…lubangnye kecik sgt..sbrlah syg..
Era : ala…lambatnye..xsbr lah bang..saye potong jek lah hujungnye..bg bsar sket lubang ni…boley ke bang..
secara tiba2…mak Rahmat meluru masuk ke bilik anaknye dan terus berteriak..

Mak : jangan!!!!!!! jangan gunting anu anak aku!!!!!!!!!!!!


Rahmat & Era : @#$%%^&**.. nape ni mak.. nk potong sos cili paket ni xboley ke??



Hehehehehe... Semoga bergelak ketawa ^_^

SERAM BOLEH!! Grrrrrr




Google





Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jum’at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala………

Kelihatan wajah perempuan itu telah berubah menjadi pucat dan riak mukanya juga kelihatan amat mencurigakan ….

Dia cuba menjerit untuk meminta pertolongan, tetapi lidahnya terasa kelu dan kakinya juga menjadi kaku untuk membuka langkah.

Tiba-tiba, perempuan misteri itu mula membuka mulut dan berkata ……..

“Maaf ya… saya terkentut tadi… abang jangan marah ya ?”

Selasa, 22 Mei 2012

puzzle

Itu lah xtvt aku dimalam hari bersama anak buah. Layankan jer °_°

Rabu, 16 Mei 2012

Rindu yang hadir

Aku rindu tanah suci Allah. Tak dapat kugambrkan perasaan gembira,sedih dan rendah hati tatkala pertama kali melihat Masjid Nabawi yang terletak di Madinah.


Kini kerinduan itu mule terukir dihati dan sanubari. Tak terhingga kecntikan masjid itu. Tenang sgt apabila dpt mlht keindahan masjid itu.




insyaAllah dgn izin Allah aku akn smp lg ke sanea

Kat sini pun ada jugak tau!

Sumpah aku rimas ngan timeline ni. Aku ingatkan kalo on9 kat pc je kua timeline. Skali on9 kat fon pun kua jgk cenggitu. Ya ampun korang tau x cmane nak hapuskn timeline2. Semak betol mata aku nengok.


Tu akibat tangan gatal aku dulu le. Nak sgt accept timeline. Sebb ley letak cover foto langsung xda segan silu klik dan next dan kua la timeline. Skang ni aku dah meroyan nk hapuskan timeline ni plak.


Tapi kalo on9 kt fon ni xlah loading sangat. Kalo kat pc sekian lame nk tgu die loading. Memang agk merimaskan gune timeline ni. Korang yg ada acc fb, ada tak yg gune timeline cm aku ni? Mesti korg rimas tgk kan.


Aku membebel pepanjg pun bukan boleh hlgkn timeline ni pun.. Oleh yg dmikian, sesape yg gune timeline jgn gegtl tgn cm aku nk accept wt timeline. Siyes anda pasti menyesal.


kehkehkehkeh #layan atasinchi9#

Wordless Wednesday #6

Ala emmbammnye AJIM niii. Cepat kol 5ptg. Mau pulang cium pp gebu kiri kanan Ajim..

Rezeki Disini

Kebun getah milik ayahku. Kami anak peneroka felda. Terima kasih Ya Allah..

Isnin, 14 Mei 2012

Jemput Semua.

Merujuk kpd gambar, ia adalah makanan. Memang makanan.  Mee goreng special tanpa sayur sebab stok sayur xde kat uma.  Aku memang nk jemput korang. Jemput tengok aku makan.Keh keh keh..

Pepagi lagi mak aku dah  bgun wt kan aku sarapan dan bekalan ke tmpat kerja. Tq Mak.. Sayu hati ni.


Sebelum aku blik pg td, aku cium mak aku, dan aku ckap Selamat hari ibu ...... i love u...

K... Cukup di situ terus tacing.. ngeh ngeh.

Ahad, 13 Mei 2012

Aku Tak Suka Kau Perangai Kau Macam Ni!!!


Assalammualaikum..  Aku memang nak cerita banyak hal kat sini.  Sebab aku tak suka dengan perangai mcam ni.  Memang menyakitkan hati.  JAngan kata hati aku jer, malah hati orang jugak.  Tu pun kalo kau berperangai macam ni.  Rasa nak maki seranah jer.  Tapi bile kenangkan jasa dan pengorbanan kau kat aku tu terlalu banyak.  Aku sabar, tarik balik makian tersebut.


Tak nak type pepanjang lagi. Sebab memang aku tengah sakit hati ngan perangai kau.  Lagi aku type pasal ko panjang-panjang lagi ko wat hal..  Oh internettt aku tak tau ape salah aku sampai ko lembabssss.  Jap jap nak loadingggggg jer..loadingggg jerrr.....

Nak post entry pon macam harem@##$$$$^& jerr... 

Disebabkan ntenet lembab terus terbantu benda yang aku nak post untuk mlm ini.  Ia akan ditunda pada keesokan hari.  Itu pun dengan keizinan kerajinan dan ketidak sebukannn aku...


Orait selamat malam dannnnn selamatt hari ibu..................................

Sabtu, 12 Mei 2012

HAPPY MOTHERS DAY

Salam semua.  Dan selamat malam.. Esok 13 May 2012 adalah hari ibu.  Sempena hari ibu ni aku nak ucap selamat hari ibu kat Mak aku Lijah Bte man.  Tq mak terlalu banyak pengorbanan mu.  Memang anugerah tak ternilai harga nya.  Tanpamu aku xda di dunia yang fana ini.  Selama 9bulan ko mengandungkan aku sehingga lah aku dilahirkan.  Lepas aku dilahirkan kau memberi susu bila aku menges.  Tak boleh tinggal walau seketika mesti aku melalak sehinggakan kau tak boleh kemana-mana.

Ye aku terlalu manja.  Aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana dianugerahkan Ibu seperti itu.  Setiap pagi sehingga kini pasti dia antara yang terawal bangun untuk buat kan sarapan.  Kejut subuh.  Aku  memang liat untuk bangun dikala pagi.  Ya Allah kau lindungilah kedua ibu dan bapa ku.  Kau berikanlah kesihatan yang sihat kepada mereka Ya Allah. Kau panjangkan umur merka Ya Allah.


Aku amat menyayangi mereka Ya Allah.  Aku bersyukur aku dapat mengerjakan umrah buat pertama kali nya bersama KEdua ibu bapaku.  Aku tak sanggup berpisah dengan mereka Ya Allah. 


Sempena hari ibu tahun ni, aku fikir kan beli kan kek.  Tapi bile mengenangkan xde ank buah yang balik kampung.  Aku amik keputusan belikan hadiah jer.  Lagi pun aku ade bawakkan balik Cup cake.  Ada jugak lah kek.  Punye aku fikir nak beli apa??  Nak beli cincin aku xmampu dr segi kewangan, nak belikan jam takut dia xnak guna, nak belikan kasut plak takut dia bising sebab kasut raya tahun lps aku beli tu pun dia jrg guna pendek kata bile nak bjalan baru guna tapak pun tak haus lg.  Nak belikan tudung pulak dia lagi banyak tudung dari aku, last-last aku pk belikan bedak compac jer.


Sebelum balik kampung tengahari tadi,  aku telah berjaya ke Jusco sensorg.  Haaa mampu je aku g sensorg.  Sepanjang jalan aku pikir nak beli apekah.  Aku dah belek-belek jam tu, tapi ehh nak ke mak aku pakai ni nnt.  Pastu tgok plak beg, ouhh mahal pulak ongkos xcukop.  Terus aku g kat Maybeline punye tmpat tu.  Teringatkan bedak compac mak aku yang lama dah pecah.  So aku beli jelah 1 untuk mak 1 untuk aku.  Tu je aku termampu.

Aku ingatkan nak g la balut, npk mcm oh hadiah kan.  Sekali ramai giler Q.  Argh aku cm malas nak Q terus beredar.  Nampak pulak Kek comel-comel.  Macam nak beli, tapi dalam kete ada cupcake dah.  T sape nak hbeskan. Budak-budak bukan ada kat umah.  Aku beli roti je bawak balik.


Buat ayah aku pulak xdapat pape.  Tunggu ajelah hari bapa pulak.  hehehe. 


Kepada Ibu-ibu diluar sana Selamat Hari Ibu.




My Mother..Ur the best..

Buat Ibuku Lijah Bte Man
Kakakku Noraini, Norhayati, Norita,
Kak iparku Hanis, Masni

SELAMAT HARI IBU.................................................


Jumaat, 11 Mei 2012

Fuh meletis beb

Tajuk tak ley blah. Hahaha. Memg tak leh blah pun kan.. Cer tgok agry bird tu, sgt comel kan.. Tu gegula nama nyer. Memg sedap ko tahu. Ak pun cm syg nk ggt.

Nmpak tak cupcake tu. Cupcake tu memg sedap. Tu cupcake akak ipa ku tmpah smpena mthers day. Memg sdap pas2 cntk plak. Rase xsgup nk telan. .


Nyummm nyum dapnye kan. Hahaha sila telan air liur k.

Morning

Selamat pagi semua. Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Semoga hari ini memberi 1000 barakah kepada awak semua.

Jangan malas malas wat keje pulak ye. Hehehe.

Buat keje dgn seikhlaS hati moga mendapat rezeki yg diberkati.

Menurut kajian hari jumaat adalah sesuai untk kita memakai pakaian berwarna hijau.

Ada sesiapa yg pakai pkaian wane hijau tak pagi ni g keje?

Tp pg ni sy dah tsilap wane pulak. Gune wane biru. Sebab baju hjau dah gune hari isnin.

Jangan lupe untuk sarapan pulak pg ni ye.

K bye##########




¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

GOOD MORNING

Khamis, 10 Mei 2012

Malaysia Boleh.

Keputusan Hoki Malaysia vs India 2-0 . Tahniah Malaysia. Harum nama mu di persada dunia.

Aku tak g pun tengok game tu. Tu pun tgk kt fb kengkwn yg update. Baru lah tw. Bukan xmo g. Smpai rumah tadi pun dah 5 lbh.

Lagi pun malam jumaat kan. So malas nk g.

Malaysia terbaek ^_^

Halimah jongang

Balik keje tadi singgah kedai kat atas Taman ni beli ice cream. Tp lupe plak ape nama ice cream tu. Yg pasti bukan Magnum la. Tak cukup wet nk beli Magnum. Muahahaha.

Lepas tu aku sampai umh makn le sensorg. Ank buah aku tdur plak. Sambil tu layan Halimah Jongang. Dulu rajin tengok. Skang ni mcm dah jarang jarang tengok cite tu.

Gelak sensorg aku tgk cite tu. Yg xleh blah tangan opie zami kene ggt. Padam muke die.


Pengajaran kt situ jangan nak hina org laen. Kita ni xsmstiny smpurna.


Key Layan ~~~~~~~#

HINDUSTANI

Cerita ni malam tadi punyer kisah.  Aku nak update malam tadi gune fon.  Dah tu cerita dah nak start.  Terus blur..blur nak type.  Maklumlah kalo type gune fon ni macam kura-kura terlebey makan (lambat).  Amik keputusan esok je aku update.  Muahahaha.  Sebenor nyer aku tak tau menauuu pasal Kuch-Kuch Hota Hai tu ditayang kat tv2.  Lepas je habes Bersamamu terus galih-galih channel.  Ops tengok info dulu..  Opocot mak kau!!!  Kuch Kuch Hota Hai nii malam la Kakkk....  



Terus teruje tengok Tv2 pulak.  Ingatkan habis Bersamamu aku nak gi makan dulu kat dapor.  Tengok dah start terus hadap dulu depan tv .  Bila iklan, baru aku cabut pi makan.  Pantas aku telan nasik glurp..glurp..   Nasib tak cekik-cekik aku makan.

Memang semangat nak tengok cite tuh.  Mata aku pun still tak ngantuk lagi.  Layan punye layan tup tup kol 12.00 malam aku dah terlelap.  Hahaha aku dah tak tau kemana Anjeli, Rahul, Tina lagik. 


Terus dibuai mimpi.  Aku cuba nak bertahan mata lagi, dasarr memang dah tak boleh.  Masuk bilik terus kebabom..  Marilah kita tidurannn ZZzzzzzz. 

Lagu-lagu dalam cite ni sume best-best lak tu.  ase cam nak joget cam tu jer.  Tapi ape nasib lengguk aku bukan mcm dorang yang lembut gemalai.  Aku ni tulang besi hahaha.  Bila Koi mili gaya tuuu aku terus ikot oo...laalalala.... padahal main redah je bunyik.

Seingat aku, cite ni memang dah bertahun, dari aku sekolah rendah kot.  Memang lama sangt dah,belasan tahun dah kot cecah.  Masa tu rumah kitorang mana ada Dvd macam skang.  Cume ada vedio player jer.  Pastu kalo nak tengok cite yang best-best kena pi sewa kat kedai.  Berkali-kali p sewa kat kedai.  Tapi bukan aku lah yang sewa.  Abang-abang n kakakku lah. 



Cerita ni memang sedih.  Maun menyentuh jiwa bab nanges-nanges nih.  Rasa macam aku pulak yang kat dalam tuh.  

yang aku nak bagitau .... cerita ni aku tak tengok habes pun malam tadi.  angkara mata dah nak pejam. 



Budak ini sangat comel dan mmmbammm...




SEKIAN~~~~

SIAPA YANG BERTUAH ITU?




# Follow blog NoraDanish
# Buat satu entry dimana entry tersebut bermula dengan ayat seperti berikut,
  "Saya meminati pelakon Nora Danish kerana .......". Sambung ayat berikut 
  menggunakan kreativiti sendiri. 
# Tidak kurang daripada 20 patah perkataan dan lebih daripada 50 patah 
  perkataan.
# Boleh tag kepada any blogger members.Sesiapa yg membuat 'tagged' 
  mempunyai  peluang yg besar untuk menang.
# Tinggalkan link entry dekat comment box entry siapakah-yg-bertuah-itu.



" Saya meminati pelakon Nora Danish kerana beliau sangant cantik, manja, ayu, serta comel molek.  Beliau juga sangat kuat menempuhi liku-liku kehidupan. Pastu kalo beliau berlakon mesti cerita tu terus jadi best malah menyentuh perasaan.  Beliau berlakon penuh dengan penghayatan.  Contoh macam Cerita Tentang Dhia tu, fuh lagi rasa terpukau dengan lakonan beliau tu.  Nora Danish the best "
 
 
 
 
# Contest INI akan ditutup pada 15 May 2012.
# Pemenang akan diumumkan pada 16 May 2012 melalui entry blog Nora/Fan 
 # Like Fan Page Nora yg baru
 
 

Rabu, 9 Mei 2012

100Tahun Nestle

Kalau sebut je Nestle mesti korang sebut Milo.  Milo adalah salah satu produk keluaran Nestle. Banyak lagi lah.  Nestle dah bersama dengan kita selama 100 Tahun.  Wowww lama gile kan??

Aku juga adalah penggemar Milo.  Hehehe...

Kalo korang penggemar Milo cam aku.  Atau yang bersangkut paut dengan Nestle gaks meh share kat sini nestle100years


Ape tunggu lagi cepat klik dan kongsi.


Hoki Malaysia Vs India

 

Buat pengetahuan korang esok 10 Mei 2012 (Khamis) ada game hoki.  Malaysia vs India.  Dijadualkan jam 5.00petang di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka.  Tapi aku tak tau la pulak ini final ke semifinal ke.  Aku pun dapat inform dari rakan kat Fb.  

Aku memang tak penah lagi tengok live orang main hoki ni.  Selalu tengok kat tv jer.  Tu pun kat Berita Sukan tv3.  Muaahahahaha.  Sebab aku tak berminat sangat kalo nak dibandingkan dengan Bola sepak.  Sebab dah dekatkan, rasa-rasa macam nak pegi je tengok.  Tapi tak tau lagi camana kan.  Start kul 5.00petang.  Harus lah masa tu aku baru habis time kerja.  

Kat Fb akak ipa ajak pegi tengok.  Abang aku mesti on jer sebab die pun ade game bola sepak kat stadium tu jugak.  Mentang-mentang Malaysia lawan, sumer nak berkobar-kobar la sokong.  Camner aku nak buat pun tak tau lah.  Kalo lambat sampai kompom parkir penuh punyer.  

Sesapa yang dok area Melaka ni, pakat-pakat kita pi tengok Hoki jom.  Kalo korang sampai dulu tolong save kan parkir untuk cikfi sekalik eh.  Hahahaha.  Ade ke yang sudi nak tolong?? Ngehhh ngehh,,,.

Rakyat Malaysia yang lain tu jangan lupa doakan Malaysia menang yo..  

Hakikatnyer aku pun tak tau dapat pergi ke tak.  Macam nak minta balik awal jer esok.  Aishhh boleh ker tak en.Boss??  Semangat Malaysia ni..  Doakan jugak aku boleh balik awal esok yer kengkawan.


Okey laa....... Byee....















SUAMI ISTERI

 
 
 
 
Sepasang suami isteri yang sudah tua nak tidur. masing-masing mendiamkan diri. Tidak lama kemudian si isteri bertanya:

Isteri: Dulu masa muda sbelum tidur abang selalu pegang tangan saya.
Suami yang sedang mengantuk selamba memegang tangan isteri.
Isteri: Dulu lepas pegang tangan abang cium saya.
Suami pun selamba saja sambil jarinya ke mulutnya dan memberi jarinya ke bibir isterinya.
Isteri: Pastu abang selalu gigit2 leher saya.

Suami bangun dgn marah, melemparkan selimut, dan pergi.

Isteri: Nak kemana tu bang?
Suami: Nak ambil gigi aku lah....!!
 
Copy by likepunyer

Apakah Cerita Perodua Anda?

  http://4.bp.blogspot.com/-q3HG0DXd0BI/T6d_-s_eKRI/AAAAAAAAgF0/aWiLyKaj7fA/s1600/pero.bmp

 Saya nak berkongsi juga dengan korang pasal perodua.  Perodua adalah Syarikat pengeluaran kenderaan.  Memang tak dinafikan lagi Perodua ni sangat top dalam negara kita.  Pergi je memana mesti terpampang Lagi Power Lagi Best.  Walau di Highway sekali pun mesti ada banner tulis cam tu.  Pamos sangat ko ni perodua.
Banyak pilihan untuk korang pilih.  So kalo gase nak pilih klik kat sini http://www.perodua.com.my/ourcars/all 


Bagi sesiapa yang nak berkongsi cerita pasal Perodua korang boleh share kat SINI.  Tak kira lah kenderaan korang tu beso ke kecik ke kan.  Janji ada cop Perodua tu dah cukup.  So korang boleh share kan cerita korang tu, sebelum tu korang kena lah klik kat link ni www.peroduastory.com.my untuk submit. 


Bukan saya nak cakap Jenama lain tak bagus.  Cuma bagi saya dan saya menggunakan kenderaan cop Perodua haruslah kata kan Perodua the best.  

Kat bawah ni saya share kan pendapat dan pengalaman saya sepanjang menggunakan kenderaan Cop Perodua.  Kau hado??? Kalo hado meh share....







Kelajuan Minimum


 




Cikfida pelanggan Perodua. 

Sebelum ni ayah saya menggunakan kancil 850.  Memang jimat dari segi petrol.  Jadi lepas dah bertahun menggunakan kancil tu.  Saya terbekenan dekat Viva pulak.  Pastu ada juga bertanya dekat rakan-rakan yang guna Viva.  Majoriti kata petrol sangat jimat.  Lepas tu mudah pulak nak celok kesana sini.  Maklumlah Viva kan kecil.  Walau ianya kecil tapi sangat lah laju.

Kini saya menggunakan
Viva Elite Auto 1.0 berwarna hitam.  Sepanjang saya menggunakannya memang tak ada masalah pun. Paling jauh saya memandu Viva ni sampai ke Kedah.  Petrol memang jimat sangat. Full tank dalam Rm60 dari Melaka sehingga Sungai Perak baru betul-betul E.  Sepanjang jalan menggunakan air cond.

Kalau nak service boleh pergi je dekat pusat service perodua.  Murah, pantas dan mesra pelanggan. 

Itu jelah nak dikongsi.  Tapi Perodua memang the best.

Tq Perodua...

Si cantik jelita saya ( Viva )



jom balik kampung...








~SILA JANGAN KATAKAN SAYA RIAK!!!~




Wordless Wednesday #5

Me And Daddy Support

Chelsea

Muhammad Faris Hazim

Selasa, 8 Mei 2012

KEKASIHMU

Sepasang kekasih sedang bercakap di telefon dengan mesra. Si pemuda melontarkan ayat-ayat power.

Dollah : "Sayangku, engkau tidak usah meragukan cintaku kepadamu. Apa pun yang terjadi aku tetap mencintaimu. Tak ada yang bisa menghalanginya."
Tipah : "Ah, abang tipuuu...."

Dollah : "Sumpah sayang! Lautan dalam pun akan kuselami demi cintaku kepadamu"
Tipah : "Hhmmm..."

Dollah : "Lebarnya lautan akan kuseberangi demi cintaku kepadamu.."
Tipah : "Hhhmmmm..."

Dollah : "Lautan api akan ku renang demi cintaku padamu"
Tipah : "Terima kasih, kekasihku. Sekarang, marilah kesini.. saya rindu nak bertemu..."

Dollah : "Hmm, sayangku. Maaf, kalau sekarang tidak boleh, sekarangkan sedang hujan. Sedangkan kereta abang baru saja dibasuh tadi...!"

CARTA ORGANISASI KELUARGA






Hj. Hassan + Hjh Lijah
|
_________|_________


1) Noraini + Ahmad 
(3 Perempuan + 4 Lelaki)
a) Sofiah
b) Iskandar
c) Solehah
d) Fadil
e) Rahim
f) Hasni
g) Abu Bakar


2) Norhayati + Nik Mansor
(2 Perempuan)
a) Farhain
b) Farisha


3) Norita + Roslan
(5 Perempuan + 1 Lelaki)
a) Syahiera
b) Namiera
c) Syaziera
d) Faziera (twin 1)
e) Naziera ( twin 2)
f) Al-Amin


4) Hizir + Hanis
(2 Perempuan + 2 Lelaki)
a) Yaqira
b) Mukmin
c) Yasmin
d) Adam


5) Fadzilah ( Tiada didunia)


6) Fazli + Masni
(2 Lelaki)
a) Firdaus
b) Hazim


7) Norhaxxxxx + ???
(1 Anak tekak)


==========================================================

4 Perempuan

3 Lelaki
=================================

Total Anak Buah

21 Orang 
( Siap tekan kalkulator nak kire huhu)




^_____^

MAKCIK ADA BESKAL

Selamat pagi korang.

Macam yang dijanjikan,  aku nak bagitau ape hadiah aku dapat dalam cabutan bertuah kat Fs (Family Store).  Sebelum aku tepek gambar hadiah ni kat blog.  Aku dah tepek kan dulu kat Fb aku.  Mesti korang kata aku poyo kan.  Ek eleh ape korang nak kata, kata lah.  Yang penting aku dapat free huhu.  Kau mampu??  Kalo mampu boleh je nak pinjam keh keh keh ( Sila ambik ati masing-masing ok)

Oleh kerana hadiah tu aku dah pi tuntut, aku nak jugak cerita serba sedikit camner acara dimulakan.  Petang semalam aku tak balik kerja lagi pun, akak ipa aku dah ayat-ayat aku suruh balik cepat.  Gila kan pasal nak tuntut hadiah punye pasal.  Padahal bukan mahal sangat pun, tapi kalo nak kena beli ngan duet sendiri memang aku takkan beli lah.  Tak masal aku nak beli, baik aku nek moto jer.  Kalo korang pun mesti cam tu kan? ( Kedekut tu harus untuk simpan duet kawen muahahahaha).

Setibanya aku kat guma dalam jam 5 sengah.  Semalam petang kan mendung jer.  Aku masuk tengok sume tengah membongkang (tidur).  Sekali aku tengok anak buah aku tak tidur pulakm aku pun angkat dengan rasa semangat sebagai makcu.  Pastu bluekkk dier termuak (muntah).  Adoii aii abes baju dan kain ku.  Terus aku g mandi dan asar.  Lepas aku siap kebetulan datang sepupu akak ipar aku (Amin).  So kitorang pun ajak Amin g Fs.  Sebelum sampai, dalam kereta abang aku dah eksitet nak bawak balik sendiri hadiah tu ( kalo sesize dengan nya).  Sampai je Fs tengok kat depan pintu masuk Fs tu, tinggal 2 je.  Kitorang kemain gelak 1kereta.  Dah lah wane kemerahan pink.

Abang aku dengan tak puas nak tengok terus dia tawaf 2 kali bangunan Fs tu.  Padahal parkir melambak kosong.  Motip tawaf 2kali (Maluuuu hohoho).  Aku pun turun ngan akak ipar + anak buah 2 org.  Terus menuju kat kaunter pertanyaan.  Cina tu minta ic dan suruh aku sign.  Pastu aku pun tanya, ada delivery ker?  So cina tu jawab, oh tidak.  Delivery sendirikk laa.  Aku dah bantai gelak besoo masa tu.  Terus cina tu bagi ini ....


---
































==================================
Dah kat guma masa ni

====================================

Siap cina tu amikkan gambar aku ngan beskal nih.  Hahaha dah la tempat tak strategik.  Cina tu kata sebagai bukti saya dah serahkan, saya kena amik gambar cik.  Waduhh dah macam model beskal lak.  Tapi aku tak amik gambar gune fon sndiri kat situ.  Maluu ko tahuu, kemain gamai orang kuar masuk .  Boleh jadik kat pintu masuk tu jugak dia nak snap gambar aku.


Aku pun tolak pi kat kereta, sepanjang tolak beskal ke kerete aku dah gelak berdekah-dekah ngan kak ipar.  Ada ke patut soh aku kayuh dari Duyung ke Bkt Katil.  Muahahaha aku tak mampu weiii.  Abang aku tak turun kereta pun masa tu.  Die jengah dari tingkap sambil ketawa. ( Ko memang tak tepati janji weii).  Last-last Amin yang kena kayuh. Muahahaha. Alahai nasibbbb ko Amin oi...


Suku jalan nak sampai rumah, baru aku tukar ngan Amin kayuh sampai kerumah.  Ya ampun hongap dennn.   Cam nak tercabut kepala lutut ni.  Dah lah tempat duduk rendah.  Aiseyyy tak pe petang ni baru setup balik.  Sebagai upah Amin kayuh beskal, kitorang bawk dia round Melaka n pi makan kat Nasi Ayam Singapore (Krubong) ---> Bukan aku belanja pun.  Ingatkan pas magrib nak ke Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit, tengok Hoki Malaysia vs ? aku pun tak ngat.  Parkir kemainlah penuh, langsung tak jadi tengok.


Sebalik kisah beskal free disini.


Komen yang boleh wat aku bakar semngat untuk kurus muahaha...


Komen di Fb





Ontway balik ayah ku mesej

Ayah " Dah pi ambil basikal belum?"

Anak " Baru ambik, warna merah"

Kesimpulan : Ayah aku pun eksitet muahahaha...







Isnin, 7 Mei 2012

SAYA BERTUAH

Salam semua.

Disebabkan kesebukkan melanda.

Blog pun terabai.. (gile tak sebuk pon huhu)

Nak cerita sikit pasal saya yang bertuah hehe.

Sabtu lepas aku balik kampung.

Sampai pun dalam kol 1 cam tuh.

(Bajet balik makan jer)

Gile jahat ouhh tak laaa sebab tunggu memerut dulu tu lambat.

Mak aku pulak wat rendang Daging - gileee aku nak telan nasik

Dah macam kebulurr.. sedap bangat.. 

...........................................................................................

K aku nak cite pasal kenapa aku bertuah sangat.

Sabtu minggu lepas aku ade g Family Store Duyung beli barang dapur ngan akk ipar.

Pastu masa nak bayo tu, org kaunter tu kata g isi borang untuk cabutan bertuah sebab syarat nak isi borang tu kena beli barang yang berjumlah RM100xx keatas.

Disebabkan kitorang beli barang jejak Rm200xx keatas, dapat la 2 borang.

Aku pon isi lah ikot kretip aku.

Yang aku hingat soalannyer cam ni 

Berapa Fs kat dalam Melaka ni?? (cam tu bunyik soklan eh)

Aku hentam je jawab 5.

Lain-lain soklan tu kena susun ikot sesuka hati aku.

Aku pun tak yakin leh dapat pape pun.

Sebab tak penah dapat cabutan bertuah ni.

Akak ipar aku kata kat aku, kalo dapat beskal sebijik pon jadik la. 

Kire berbaloi gak.  Gile punye tinggi harapan ko kak. 

Seminggu selepas itu jeng jeng....

Tanggal 05 Mei 2012 masuk 1 panggilan telefon 06-26xxxx (aku pon tak hengat)

Nak cakap ngan Norhafxxxx bte Hasxxx ..

Aku pun aah lah.  

Cina tu cakap die dari Fs Duyung.

Aku pun ouhh yeke....

Cina tu cakap anda telah berjaya dalam cabutan bertuah tu.

Aku terus ohh terima kasih (eksitet ngkooo)

Nanti cik boleh datang tuntut hadiah yang berupa ..dot..dot... di Fs Duyung bersama K/pengenalan.

Aku pon berkata baeklah nanti saya datang.(dalam hati berbunga weii)

ehhh jap..jap .. 1 je ker??? 

Cina tu gelak sambil cakap 1 jer cik ..( Mesti cina tu kata aku tahmakkk) haha

Oleh itu aku nak kata kat korang


** Saya yang Bertuah **

Kau hadoo???? 

Petang nih nak pi tuntut hadiah tersebut.

Hadiah tersebut terpaksa dirahsiakan dulu.

Nanti aku dah pi amik baru ley tayang kat korang ..






Tq Family Store

MELAKA RIVER CRUISE

Dah survey kemana untuk cuti sekolah hujung tahun ni ke belum ? Untuk korang yang datang nak melawat Melaka boleh lah survey dar...