Sebab sini luahan hati aku, aku nak luah kat sini. Ape korang nak kata sila la kata. Sikit pun aku tak pedulik. Sebenarnya aku tak tau nak cerita macamna. Tapi nak jugak cerita. Aku ada kawan dengan A,B dan C. Lama jugak dah aku berkawan.
Bak kata orang kawan commolot la katanya. Tapi tak penah aku commolot dorang pun. Laga-2 pipi tu memang adelah. Nama pon pomss kan. Hahaha kalo lelaki yang men laga-2 lain pulak bunyiknya kan.
Setiap apa yang berlaku mesti adelah ber3 yang tahu. Tapi aku ni pelik sikit, sebab jenis aku nih jenis suka menyimpan. Payah nak luah kat orang, walau pakwe sendiri eh tunang sendiri.
Selagi aku boleh bertahan, selagi tu aku bertahan simpan dalam hati ni sampai aku lupa benda tu. Makanya aku akan buat reaksi soalah-2 tak suka, membenci dan sebagainya. Atau memang perangai anak bongsu ni suka memberontak ek?
Ta kisah lah ape sekali pun tapi peel aku memang macam tu walau dengan siapa sekali pun. Kalau aku ada masalah pun aku cuba selesaikan sendiri. Bila dah naik blur langsung tak leh pikir sambil nanges-2 baru aku luah kat en.tunang. walau apa sekali perkara pun. Kalau perkara tu melibatkan keluarga, aku akan cite kat mak dulu. Sebelum ni dekat arwah ayah je aku luahkan. Sebab ayah ni memang manja dengan aku, eh terbalik ar. Aku ni manja terlampau dengan ayah okey (sedey disini sobs sobs..)
Berbalik kepada yang asal, memang kitorang ni baik. Tapi bagi aku baik mana sekali pun, kalau org tu nak tikam kita dari belakang pun dia akan buat betul tak? Kalau dia nak kutuk kita pun kita bukan tau pun kan. Its okey la kalo korang dapat kawan cam tu. Hahaha keji siot..
Aku sebenarnya bukan nak sangat dorang mintak tolong, tapi dorang dah sungguh-2 nak tolong aku, aku on jelah. Bila tiba masa aku dah janji dengan si A macam itu ini, sekali si B cakap dengan keputusan dia seolah-2 dipaksa. Sebab aku rasa aku tak cmfirm pun dengan si B pape keputusan.
Disebabkan aku tak nak, jadi aku biarkan sahaja. Lepas tu aku buat dek aje tanpa sebarang pertanyaan. Selang bebrapa hari si B inbox kat fb..
Pe lah ko nie...ko amim mne nie?...org bg ko murah..jimat..ko x nak...x
nak sudah lah apid....suke ati ko lah....mls aku nak tlng ko lg...dah
lah aku malu dgn abg tu...emmmm...
Akubukan nak malu kan ko, tapi sebab aku tak cmfm pun nak g, kalau aku betul2-2 nak gi mesti la aku sungguh nak kan. Lepas tu yang buat aku menanah hati bila tang ayat "mls aku nak tlng ko lg" eh.. Cuba korang paham kan ayat tu.
Memang aku simpan je benda ni, aku tak nak heboh-2, sebab aku bukan macam tu nak canang 1 malaya. Ayat dia tu seolah-olah ungkit kan?? It okey lah kalo ko rasa macam tu. Aku tak kose nak makan hati ke ape. aku balas dengan jawapan yg macam ni
trm ksh byk2 ea. . . lau ko gase mcm2 k trm ksh byk2 dan mtk maaf byk2
eh. . . pasni xpyh la tlg pape pun untk ak dan xpyh la nk sush pyh untk
ak lg. . . ak pun x mtk nk jd mcm ni. . Trm ksh dan mtk maaf byk2.
Lepas perkara tu aku terus diam, menyepi dengan si A,B dan C. Aku malas nak dekat-2. Rasa nak jauh jer dari semua. Eh aku tak becerita lah pasal ni kat orang len, aku simpan dalam ati jer, baru ari ni aku luah kat sini. Sebab ape aku nak luah, sebab aku rasa privacy aku tak di jaga.
Pagi tadi si C chat kat fb, tanya aku kenapa. Pastu minta maaf bagai. Dia cakap aku mcm dah xselasa kawan dengn dorang lagi. Eh aku pun tatau ape nak cakap. Sejak dari perkara tu aku terus rasa macam tak nak susahkan orang, bila dah susahkan orang mintak bantuan orang nanti orang ungkit segalanya. Itu sebenarnya aku tak nak terjadi lagi.
ak x rase klaka pon pid hal ni..lau dulu ko leh kate kte cm adik bradik..npe x skrg??
ak da tau tarikh ko dr dorg
n agak trasa gak bile dpt tau yg ak xtaw pape..tp
its ok
hal kecik
xde masalah
tah r..
Ha tarikh?? ko tengok tu.. Aku pun tak cmfm tarikh lagi ha acaner nak kasi tau. Tu privacy aku lagi kan, harus ke aku nak heboh-2 . Buat nya tak jadik, nanti korang lagi pikir lain kan. Oh pelis laaa..
Ikut kan hati ni rasa langsunggg macam tak nak pikir langsung perkara ini semua tau tak! Ade benda yang kita boleh kongsi dan ade yang kite tak boleh kongsi. Sedangkan sedara mara pun aku x annce kan lagi.
Hebat kan si A dan si B ni.. Tak pelah, mungkin dorang tak rasa akan aku rasa.
Bila komen kat fb pun aku rasa macam tak nak jer join, aku just like like dan bla macam tu. Ko mention la pjg mana pun aku macam tawar hati nak komen kat situ.
Sila bagi nasihat kat aku yang degil ni kawan-2...