Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Jumaat, 19 Oktober 2012

UJIAN SARINGAN HIV

Selamat hari Jumaat untuk semua.  Selamat bekerja.  
Semalam aku coti.. Padahal nak halfday jer. Sebab masalah teknikal, aku terus tak masuk opis. 
Pagi semalam aku nak buat Ujian saringan HIV.  So semalam, pepagi dalam 8.30 aku dah sampai Klinik Kesihatan Jasin dengan En. Tunang.  Sesampai je aku kat kaunter, terus tanya kat org tu nak buat ujian saringan HIV. Org tu tanya aku dari mana dan mintak borang dari pejabat agama negeri.  

Aku tak amik lagi pun borang nikah tu sebenarnya.  Nak tau kenapa aku tak amik.  Sebab imam kat kampung aku cakap, awak pergi buat ujian saringan HIV dulu.  Nanti baru awak jumpa saya amik borang nikah.  Sebelum ni aku tanya dah kawan aku yang baru jugak kawin.  Kawan aku cakap, pergi je klinik nanti diorang bagi borang pastu ko isi la, xpayah bawak pape melainkan IC jer.

Lepas orang kaunter tu dah cakap cam tu aku terus la blah.  Kecewa bebb, semangat dah aku nak buat ujian darah tu.  Lepas tu aku terus cakap dengan En. Tunang, alang-alang dah half day baik settle kan semua nya.  Nak balik kampung lah, buat ujian darah kat sana. Senang, nanti kalau dah bertangguh memang tak menjadi.  So lepas tu En.Tunang terus call temapt keje dia cakap hari dia cuti adahal org rumah, haha lawak aku dengar.  Pastu aku mesej bos cakap nak balik kampung uruskan hal kawen.  Jadi kami berdua coti lah semalam.

Sampai je Klinik Kesihatan Gemencheh dalam 9.30 cam tu lah kot.  Aku terus g kaunter tanya nak buat ujian tu.  Lepas tu Makcik A ni cakap, kitorang dah tak buat ujian tu lagi, adik kena buat kat klinik swasta. Masa tu aku dah nak berhangin, mana boleh buat kat swasta bnya klinik kalo tak silap aku. Pastu dia tanya aku tinggal mana, aku jawab la nama kampung aku. Dan-dan makcik A tu cakap kat makcik B sebelah dia.  Terus makcik B tu tel sape tah. PAs dia cakap-cakap kat telefon makcik B cakap ada.Tapi petang jam 2. Eh makcik-makcik ni buat ati aku panas jer.. Okey terima kasih yer aku cakap.

Pastu aku cam tak puas hati, asal pulak petang, kenapa tak pagi ke kan.  Sebab En.Tunang buat kat tempat dia pagi pun boleh.  Jadi aku terus ke Klinik Kesihatan Tampin pulak.  Dannnnn sampai je kat pintu masuk, dah terpampang tulis camni " Ujian Saringan HIV 2.00 petang" .  Demmmm aku terdiam disitu.  En.Tunang geleng kepala hotak jela.  Pastu aku cakap jom lah g Pejabat Agama Tampin.  Alang-alang dah sampai terus jelah amik borang nikah, nanti senang je bagi kat imam tu xpayah nak jumpa imam tu banyak kali. 

Sampai Pejabat Agama Tampin, Cik kaunter tu bagi lah borang sebarai semak dan borang nikah. So dia tick mana yang perlu aku sertakan.  

SENARAI SEMAK NAK KAWIN N9


Lepas dah g pejabat agama tampin, En.Tunang ajak sarapan sebab dah lapar. Singgah kat warung tepi jalan tu makan Nasi Lemak.  Nasib baik sedap nasi lemak nya.  Lepas makan terus balik kampung.  Sampai kampung En.Tunang teruja tengok kampung.  Orang bandoo mana penah rasa idop kampung kan..

Lepas makan tengahari dan solat zohor kitorang mau pulang.  Singgah Klinik dulu nak cek darah.  Sebelum tu aku dah tanya En.Tunang, nanti orang tu cek camner. Dia cakap ala cucuk kat jari jer. sikit jer. Bukan kena enjit macam jarum pjg tu.(picagari).  Aku pun eh tak sakit kan. Okey, tak lah takut.  

G daftar pastu isi borang bayar seringgit, makcik kaunter tu suruh aku g kat Kecemasan.  Aku pun 1st time masuk klinik tu. Hehehe. Penakot gamaknyer.  Masuk je tempat kecemasan bagi borang pastu Doc tu suh duduk. En.Tunang masuk sekali time ni.  Sebab dalam tu ramai sangat lelaki.  Ramai staf pelatih jer. Aku pun tak kenal mana Doc sebenar. Pastu aku nampak staf pelatih tu amik picagari kecik tu. Aku pun dah blur sambil tanya En.Tunang, apesal org ni amik benda ni. Awak kata cek kat hari jer. Pastu staf pelatih tu suruh selak lengan baju, eh apesal pulak. terus En.Tunang bersuara kenapa cek darah kat situ?  Doc india terus jawab maaf bro, sekarang memang macam ni sebab nak cek talasimia pastu apetah. Aku pun dah pekak-pekak telinga sebab takut sangat. Pastu staf pelatih tu ikat tangan aku macam tahan darah gitu la. Dia sapu kan ubat sejuk tu, pastu dia jentik2 tangan aku. Eh dalam hati dah lah takut boleh jadik dia jentik tg aku cari urat tak jumpa.  Aku dah tak pandang time ni sebab aku dah nampak jarum kat sebelah aku. 

Staf pelatih tu pulak gigil2 tangan cari urat kat tangan aku ni, sudahnya dia suruh staf yang betul-2 enjitkan. Staf pelatih tu cakap urat aku kecik sangat dia takut, hadoii aii. Aku nak gelak dah time ni.  Pastu aku pejam je mata masa staf tu sapu ubat sejuk tu.  Siap pesan jangan lepas tanga eh. Heyy doc aku ni dah takut tau tak.. Hahah boleh je pulak dia lame2. Pastu aku rasa jarum tu tetusuk kat isi aku auwww lama pulak tu, jantung macam nak behenti masa tu. Gelap mata ak rasakan. Pastu dia kata dah, bengkok kan tangan eh. Bukak je mataterus tengok darah doc tu amik, ya ampun terpacul dari mulut aku camni, Banyak nyaa amik darah. En.tunang cakap diam lah. Hehehe..

doc tu cakap ngan En.tunang amik borang ni hantar kat makmal, pastu ape tah. Masa tu aku dah rasa kelam-kelam je mata. Kuar je terus duduk kat kusi rasa cam nak pitam. So En.Tunang uruskan borang-borang tu. Sakit ko tau takkk.. Ingat tak sakit ke???

Pastu dalm 20minit cam tu baru kuar keputusan. So doc cakap sume ok negatif dari semua penyakit stakat ini.  Dia bagi salinan untuk bagi kepada pejabat agama.

Okey selesai part itu.... Alhamdulillah...








8 ulasan:

  1. Alhamdulillah,keputusan negatif :)

    BalasPadam
  2. jom baca 8sebab kenapa foundation anda perlu dibuang:)
    http://payunghitamputih.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. waahhhh... ada je problem time nak wat ujian darah ye.. xpe.. janji selesai dah...

    BalasPadam
  4. @C.M.A @ CikMoonAdnan itu lah pasal. sane stolak sini.. pastu mcm tulah jdk nyer. kena lah dengan si penakut mcm nih haha

    BalasPadam
  5. Salm nk tanya
    Lau pg buat ujian darah tu
    Kne bwak apa apa borang tk

    BalasPadam
  6. wsalam..
    rasanya ada masa ambil borang nikah kat pejabat agama tu..
    nt pegi klinik cakap nak buat test untuk kahwin bg skali dengan borang tu...

    BalasPadam

Sudi sudi lah komen...

Collaboration request

Hi there How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by selling SEO services Every website owner requires the ...