Aku rasa seminggu sekali, baru nak apdet. Hailah malas tu membuak-buak, padahal setiap entry aku buat ni untuk aku je pun. Nanti dah kawin pastu dah ada anak, nak suruh laki ngan anak-anak aku membaca dari blog ditubuhkan sampai lah saat aku rasa dah malas nak apdet nanti. Kepochi kan aku? Berangan tak sudah, sampai anak pinak pulak aku cite.
Sabtu lepas 29hb Sept dapat jemputan perkahwinan. Memang tak patut kalau aku tak pegi kan. Yang kawin ni bukan sesiapa pun bagi aku, cuma bakal adik ipar kot lalalalala mata ketepi tengok cermin hoho.. Bakal adik ipar aku ni pompuan. Seminggu sebelum dia bergelar isteri orang, aku sms sms sms je dengan dia. Aku tanya la camne persiapan kawin, debaran macamner. ( Ayat bodek tak macam nih?) Aku pun bukan rapat sangat pun dengan Si A ni. Just macam tu je. Tapi sebab dia nak kawin, aku amik lah hati kan, kang kata sombong pulak ye. (Disini masih ayat membodek huhu)
Aku mesej pun 2 3 mesej cam tu jer, tak nak over-over mesej pulak, kang buatnya dia suruh aku datang tolong tak ke payah aku nak g menolong. Aku ni dahlah pemalu berlebihan. Hari Khamis sebelum majlis tu, Ayah nya pulak call, jemput datang tolong-tolong, hoihh aku memang katakan TAK, gile ape aku nak g menolong. Beribu alasan aku terbangkan, kejam kan aku.
Hari Jumaat macam biasa aku balik kampung, sebab memang dah plan nak g time makan-makan jer. Tak kan lah pepagi lepas subuh aku dah nak datang sana kan, maklumlah aku pun ada tanggungjawab jugak iyolahh sangat kan. Padahal malu melampau je. Dalam jam 10.00pagi cam tu, En.Tunang call cakap adik dia dah selesai dinikahkan dan dengan resminya menjadi isteri orang. Time tu dia sedih gile, yelah adik dia kini milik orang kan. Aku pun tenangkan dia, jangan sedih-sedih lah. Nanti awak pun macam tu jugak. Hoihh baiklah pulak aku nasihat orang huhu. En.Tunang tanya nak datang jam berapa, aku cakap datang time makan jer, sebab nak tunggu anak buah balik tuisyen pastu nak tunggu abg aku balik noreh getah dulu.
Dalam 12.30 tengahari kitorang pun bergerak dari rumah ke rumah pengantin, masa kitorang sampai ngam-ngam time makan. Memang orang tengah ramai sangat, lauk pun macam berkurang dah masa tu. Bayangkan, nak duduk pun penuh jer. Kena lah cop-cop tempat duduk, bila dah dapat baru boleh makan. Dalam jam 2petang pengantin bersanding, tapi sebelum sanding kan ada berarak pompuan jemput laki-laki eh, aku pun kureng paham sangat.
Lepas makan terus nak tenogk pengantin bersanding dalam rumah, sekali penuh pulak. Pun kena tunggu turn bergambar, padahal nak salam jer. Tapi memang nak bergambar pun. Hehehe. Amik pun sekeping jer, yang lebih gambar kitorang family jer. Masa salam adiknya, boleh pulak men sakat-sakat aku, kang kalu aku yang sakat ngko memang tak tahan gelak kang. Hahaha (sila renungkan disini).
Nak balik kena pulak salam makcik pakcik kat pintu utama khemah tu, boleh jadik ayah nya suruh aku tinggal basuh piuk belanga. Opsss sori pakcik, saya takde lesen agong lagi nak buat sume nih(cakap blakang-blakang la, gile ko nak cakap depan kan). Pandai kan aku berlakon, banyak alasan aku luahkan cam nak muntah-muntah je rasa haha.
Balik tu kitorang g Mydin, beli barang sikit + solat zuhur kat sana. Pastu baru balik. Aku boleh bayangkan bertapa penatnya orang-orang kuat yang nak menjayakan majlis tu. Rasanya, lepas kemas kompem rebah kat lantai pun jadik. Meh la layan gambar tak seberapa yang mungkin nih. Aku je yang hoverrr aww...
Selamat Pengantin Baru Moga berbahagia hingga ke hujung nya.. InsyaAllah.
Gambar ni aku curi kat fb dia, sebab aku tak friend ngan dia, so aku men curik-curik. Ampun ye dikkk haha.. |
Kami... Ko mampu pegi umah kenduri amik gambar sendiri jek?? Anak buah yang cerdik yang jadik hasutan hehe. |
Ce tengok asal kan boleh jer.. mana gambar pengantin ??? |
Kan dah kata ramaikan kat dalam ni, masa ni tengah tabur gegula ngan syiling sen sen. Anak buah aku kemain meniarap nak amik berebut2. |
Hover kan anak buah aku nak bergambar, jgn salahkan daku. Tengok mak aku tengah lap peluh sebab panas. |
Ni budak gonjeng, moncong macam aku nak sangkut kan hanger jer. Minggu depan nak Pmr tu. |
Jangan slah tengok pulak, kang yang itu dikatanya pengantin yer hehe.. see sekeping je kan?? |
Berapa ketul je gambar pengantin, gambar kami sekeluarga berketul-ketul. |
Ni gambar adik beradik dorang. |
Tu je yang aku ada rasa nak upload sebab yang lain-lain sume tak snonoh anak-anak buah aku amik. Patut ke tak patut aku nak Add Friend adik die kat Muka Buku ek?? Dah mencuriiii punye pasal le niii...
Ehemm.....
woooowww serba merah... lawa :)
BalasPadamCntik kan wane mrh.
Padam