Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Selasa, 28 Februari 2012

TENGAH TUNGGU KAN!!!

Haiii ...........

Korang dah makan malam belum?

Sesape yang diet tak perlu makan okey, huhuhu..

Aku tauu korang tengah tunggu kan??












Tunggu vanilla cokelat kan????

Tau dah sebab aku pun tengah tunggu ni.

Lambat pulak kol 9.

Sementara nak mula cerita tu meh layan dulu gambo-gambo vanila cokelat.

suwittt sangatt u!!!!




^_^





Ce teka ape akan jadikk????


Jangan berangan lebey2 ye korang huhu..

Tengok je tau!!


Meh pikir ape akan jadik pada episod malam ini?

Camner ngan izara??

Camner ngan amir??

Camner ngan penyebuk 2 org tuh!!!


Grrrrr gerammmmm...


K..bai jom tonton sesame ^_^

TAK DAPAT BEZA KE?

GOOGLE !!!

Selamat tengahari sumerrrr??

Today mood aku macam bingai sikit..

Ko tak paham bahasa ke ape?

Kan aku dah kate kat ko, ape ape hal urusan kat opis jelah.

Tak payah la nak semak-semak carik aku kat umah bagai, telefon aku time magrib, tengah malam!

Ko ni memang spesis tak faham bahasa!

Pastu ko mesej nak datang rumah anta Dokumen.

Memang aku nak layan ko jelah.

Macam aku ni tak de keje lain pulak.

Dulu boleh je ko berurusan dengan bos aku kat pejabat.

Skang ko nak senang lenang, ko nak men pas-pas je kan!!

Boss aku pun dah pesan, ko sendiri mau ingat lah!

Dah lah ko tu laki-laki, ko nak datang anta dokumen tu malam!

Aku ni dah lah menumpang rumah abang!

Adoii aii, bukan xde jiran tetangga dan anak tangga kan!

Ko pun da ada anak bini, takkan ko tak ley nak pikiqqqqq..

Kalau dah rasa aku tak jawab, tak balas sms ko, apesalahnyer ko pegi je jumpa boss aku tu!!

Haa... padan ngan muke ko lah kan!

Tolang la beza kan hal kerja dekat tempat kerja.

Susah jugak dapat pelanggan cam nih!

Cam tu bek tak payah ada opis kalo nak pas itu ini kat rumah kan??

Bukan sekali dah banyak kekali dah!

Tolong lah paham..paham...dan paham!!

Time aku kat rumah tak payah lah kacau, time kat opis ko nak kol ikot suke ko lah.

Rimass aku macam nih tahuuu!!!

Sudahnyerr sampai skang aku wat dekk je ngan ko punye call/sms kat nset aku ni.

Asal telepon opis bunyik pon aku wat dek, lantak lah.


Tolong la paham !!!
Memang nak hanginnn je.





.....................................................................................

p/s : Disini aku tekankan, bukan sebab ngorat ke hape okey.  Tu memang tak termasuk senarai, tapi sebab aku tak suka bila masa aku kat rumah ada gangguan.  Malas nak pikir kerja, melainkan kalo bos aku yang tipon. 



Sekian sekadar luahan >_<

Isnin, 27 Februari 2012

Kelip-Kelip Kiri

Tq Encik Google


Apesal pelik je eh.

Apesal kelopak mata kiri aku ni dok kelip-kelip??

Tetibe hari ini pulak??

Ape eh petanda yang korang tau, kalo kelopak mata kiri ni kelip-kelip?

Risau jugak aku ni memikirkan.


....................................................................................................

Ya Allah andai perkara yang baik itu Kau tunjukkan,
Andai perkara yang buruk itu kau jauhkan lah.

KAWEN-KAWEN


Macam yang dijangka memang tepat.

Sabtu lepas kawan aku kawin.

Semuanya adalah perempuan.

Sangat-sangat gojes pakaian dorang.

Memang aku suke sangat.

Ni je yang aku dapat masukkan.

Kamera aku dah tertinggal kat kampung, jadi aku copy dekat member fb jer.

Siti Nursiah & Fazril



Noor Suhaili...


Tahniah pada pengantin-pengantin semua.


..................................................................................................

Buat makcik-makcik yang tanya aku tu..

Haaa aku cakap meh mintak sponser laaa..

Hahaha...jahat kan aku??

Dah soklan itu jer tanya, aku jawab pandai plak dok diam.

Bila tak kawen di tanya bila nak kawen?

Bila dah kawen di tanya dah ngandung ker?

Bila dah ngandung di tanya bile due date?

Bila dah terberanak bile nak tambah lagik anak?

Kalo tak kawen-kawen, ko nak jadik Andartuuuuu kerrr??

Fuhh berasapp telingeee...


Pape pon tunggu je jodoh, semua Allah dah tentukan cuma tak tau awal atau cepat.

K..baiiii...


^_^

Jumaat, 24 Februari 2012

PENUTUP HARI INI

Assalammualaikum...

Buat kengkawan semua kat luar sane kat dalam belog ini yang tengah godek-godek belog nih
aku mintak maaf sesangat kalo ade salah dan silap.

Tamat untuk menaip entry untuk hari ini.
Entry akan menyusul pada hari kemudian tentang kisah main kawen-kawen pulak.
Al-maklumlah minggu ni sekali 2orang kawan-kawan aku kawen.

Ha macam tercabar pulak kan.
Bila aku balik ni kang, kalo ada makcik-makcik dekat umah tu mesti meng sound.
tengok jelah, aku tau sangat dah soKlan cepuKmas dorang.

Tambah pulak jiran sebelah sebelah je kawen.
Haa lagi melotopss orang tanya.

Takpe takpe..
Aku akan pasti kan aku akan jawab segala tepisan ini.
Sebab aku dah belajar dari belog BEN ASHAARI.

Hahahah..
Untuk korang yang terkena cam aku jugak sila-sila rujuk jawapan tersebut.




" SELAMAT BERHUJUNG MINGGU "

MEMANG TAK KISAH

Ihsan Encik Sayang Google


Eh eh eh..Gambar kat atas ni memang takde kena mengena dengan kisah nak dicerita.

Tadi tengah hari aku kuar pi Mydin Mitc tu kejap.
Tolong belikan hadiah kawan aku namanya Ain.
Dia tak dapat nak balik kampung atas sebab-sebab tengah bulan. (Sila paham disitu)
Esok ada wedding dekat Gemas, member satu sekolah rendah.

Lepas aku dah bayar kat kaunter tu, aku pun pi kat Mesin ATM.
Sekian ramai kat situ.
So aku pun beratur kat ATM Maybank.
Ada pulak Mamat ngan Minah ni datang berdua.
Status dorang aku taktau lah, takkan nak tanya pulak.

Dorang ley pakai cemin mata gelap dalam Mydin yang terang benderang tu.
Aku tak tau lah ape motif dorang pakai.
Aku pun bukan nak jeles ke hape sebab diorang pakai tu.
Tapi macam tak kena tempat pulak ko nak pakai.
Bukan cuaca panas pun, dalam mydin mesti sejukkan.

Ouh aku pun macam pelik-pelik tengok tapi tak lah terusan tengok.
Tapi orang sekeliling memang tengok lah.
Aku tau la cemin mata gelap ko tu mahal sesangat kan.
Tapi cer lah ko pakai kat tempat yang bersesuaian.
Pastu muke pulak nak keras je aku nengok senyum pun ido padahal belakang aku
je ko Q kan.

Tapi dalam hati berkata, 
"Ouh gamaknye dorang ni sakit mata kot"
"Lelaki ni cover sebab tak pegi Jumaat kot"
"Atau korang nak tayang cemin mata"


Aku tak kisah dan memang tak amik kisah,
tapi ko tengok lah keadaan tempat ko gi tu, kalau ko dok tepi pantai walau seksa cmner pun
sambil ko pakai cemin mata tu aku lagik tak kisah. Sebab bersesuaian tempat.



Sekian ^_^


p/s : Pendapat korang apekah??? meh share.

JAWAB 11 SOAL 11

Assalamualikum.

Dan Selamat Pagi Jumaat semua.

Cik Fi telah di tag oleh Cik Adieb dalam menjawab soalan-soalan UPSR.
Opsss Upsr pulak..

Soalan berkenalan lebih dekat kot.

Terima kasih Cik Adieb.


i. Post rules & regulations seperti di bawah ini ^_^



ii. Tentang diri Saya ^_^

a.) Suka tersenyum ^_^
b.) Baik hati ^_^ (Sila percaya huhu)
c.) Hati kecil ini mudah touching ^_^
d.) Kelahiran Negeri Sembilan ^_^
e.) Anak bongsuuuu ^_^
f.) Suka makan-makan ^_^
g.) Tak suka kena marah, tapi suka buat orang jadi marah  ^_^
h.) Hitam itu menawan ^_^
i.) Suka baca novel jugak ^_^
j.) Kuat berangan .opss... ^_^
k.) Masih bujang..patut ker ? ^_^

 
iii) Soalan cepumas dari Cik Adieb ^_^

1.) Nama anda di IC ?
~Norhafidah Bte Hassan~

2.)  Bila kowang lahir ?
~12 August 198_

 3.) Lahir di mana ?
~Negeri 9~

4.)  Kowang suka makan kek perisa apa ?
~Cokelat~

5.)  Siapa pahlawan Islam yang kowang kagumi ?
~Abu Bakar Al-Siddiq~

6.)  Kowang minat warna pa ?
~Hitam~

7.)  Kalau kowang ada duit sebanyak RM50 000 , kowang nak wat apa ngan duit tu ?
~Pergi buat umrah 20k, Kahwin 15k, Shooping 5k, Simpanan 10k~

8.) Suka tak singgah di blog Cik Adieb?
~ Suke, terasa macam sedang berjiwang pulak dengar music tu~

9.) Pa pendapat kowang dengan blog Cik Adieb ni ?
~Menarik dengan warna kebiruan seperti di tepian pantai sambil melihat langit nan biru~

 10.) Kowang rasa , blog Cik Adieb ni berat atau ringan ? 
~Kalau tenet laju ringan, kalo tenet cam kura-kura berat~

11.)  Kowang pernah makan ambuyat ?
~Opsss apakah?? Tak tau apa itu ambuyat~ (Terangkan boleh?) 
.........................Selesai untuk Cik Adieb......................
 
 
............................................................................................................
 
Soalan-soalan yang akan dijawab oleh mangsa yang diTag adalah seperti dibawah :
 
1.) Panggilan manje anda kat rumah?
 
2.)  Kereta idaman anda beserta alasan ?

3.) Siapa paling garang dalam semua adik beradik anda?

5.) Kalau anda ada Rm1.00 apa anda akan buat melainkan simpan?

6.) Apa pesanan yang anda ingat dari ustaz/ustazah masa sekolah?

7.) Tahun kelahiran anda?

8.) Pengalaman yang paling menarik, cerita sikit ?

9.) Kenapa anda berblogging ?

10.) Idola anda?

11.) Apa pendapat anda tentang blog Cikfi?

4.) Anda telah diTag!!!



Kepada yang telah diTag , Cik Fi memohon kerjasam korang untuk jawab soalan-soalan itu dengan ikhlas lagi suci murni. Huhuhu..
Kemudian jangan lupa letak link entry tu kat komen bawah ini.
 Tq.
 

Khamis, 23 Februari 2012

MALAM JUMAAT

Haii korang..

tengah wat ape tuh?

Dah nak masuk tido eh eh eh?

Aku lom nak tido lagi, mungkin lepas habis wat entry ini, baru aku masuk bilik tidur.

Malam ini aku tinggal sorang-sorang.

Maklumlah kakak ipar dalam berpantang anak ke-2 kat rumah mak dia.

So takkan aku pun nak ikut dok sekali pulak.

Haa takda privacy pulak ye idok??

So aku kena lah tidur sorang-sorang.

Boleh jadik malam ni Malam Jumaat.

Korang pun mesti faham kalau dah istilah malam jumaat.
(Jangan pikiaqq negetip plaks)

Korang tau ape jadik kat aku?

Mesti tak tau kan, sebab aku belum nak ceritakan.

Tadi pas magrib aku gi basuh baju, lepas tu tunggu dalam 80minit gitu ye lah auto mesin basuhnya.

Sementara aku tunggu aku makan Nasi Kerabu hasil beli kat Pasar Malam.

Pastu layan Buletin Tv3 8Malam.

Selesai aku makan mesin basuh tu pun bunyik-bunyik (Tanda dah siap cuci baju)

Haaa banyak bajunyer stok 1minggu adalah dalam 1bakul penuh.

So aku pun sidai sambil syok sendiri.

Tetibe aku teringat aku lupa nak tukar channel tv.

Mase tu tinggal 5minit nak 9.30malam.

Cecepat aku masuk pi tukar ke Tv2.

Janji bukan Tv3.

Aku kuar cepat-cepat aku sidai baju cam lipas huhuhu.

Masuk rumah kunci rerapat pintu.

Masuk terus update blog yang tak seberapa ni.



Nak tau apesal aku alih channel??

Sebab tepat 9.30Malam kat Tv3

Ceritanya adalah mengarutt..rut...ruttttttt...

"SANTAU MERASUK"


Haaaa...tu sebab aku tukar channel.

Kalau malam jumaat asal tinggal sorang-sorang, aku rela pi tidur dari tengok tv.

Kadang-kadang terlupa, terus bukak tv3.

Terus akupadam je tv tu masuk bilik tidur.

Nak cakap takuit tu taklah sangat, tapi hadoo lah sikit + banyak.

Tapi kalau ada orang dalam rumah ni memang aku berani nak tengok.

Sebab dah sorang-sorang ha, perasaan itu menjadik-jadik, ade plak sanggup tak pi buang air tunggu sampai pagi.


Korang pulak camana?

Atau sama jugak cam aku?

Ke korang lagik berani cam besi keluli tu?


" GooD NiTe "

AIRMATA FARIS MENGALIR SEBAIK MENUTUP MATA



Semoga beliau tenang disana....
Al-Fatihah

Creadit to mazidulakmal

Rabu, 22 Februari 2012

HANTU DALAM BOTOL KICAP

Semalam petang hujan kemain lebat lagi kat office ni.
Pastu aku tunggu kejap bagi reda baru nak turun.
Maklumlah parking awam mana nak ada bumbungkan.
Lepas aku lari-lari reda hujan tu aku teringat pulak nak makan kueh tiaw goreng kat kedai makcik hujung office ni.  Ingatkan tak ramai orang sebab hujan, rupanya sangkaan aku meleset.
Kemain ramai orang duk tunggu hujan stop.

Aku order kat makcik tu.
Lama tu tidak lah adalah dalam 20minit gitu.
Sebab orang ramai takkan nak desak-desak pulak kan.
Sebab warung tepi jalan kan, ramai lah orang nak lepak-lepak ni.
Parking pulak senang nak dapat.

On the way nak sampai rumah dah jem.
Kawasan tu memang selalu sangat jem lagi pulak dengan hujannya.
Kereta depan aku ni emergency brek.  Nasib aku pasan kalo tidak kebabommm.
Aku ngelak ke kiri sikit sebab dah terlalu hampir keta belakang ngan aku.
Dengan motor cilok cilok lagi aku hangin.

Sampai jer umah dah kol 6 gitu.
Aku baru perasan ade mesej.
"Awak siap, kita on the way ambik awak"
(lebey kureng cm tu lah ayat diatas)

Aku pun siap-siap.
Pastu aku cume tunggu depan rumah jer.
Niat nak tengok wayang tu memang ada lah kan.
Terus cek kat showtime gune tenet.
Tengok 8.15 okeylah pas maghrib kan.
G kuar duet dekat Mbmb pastu terus g Mbo Melaka Mall.
Nak g tengok tiket dulu.
Sampai jer terus beli sekalikk tengok 7.15 malam.
Haa nak wat camner lagik nak tak nak masuk jelah.

Terus jer masuk sebab time dah cukup.
"Ehhh apesal kosong panggung ni"
Salah panggung ker?
Hohh lagi aku bersalah.
Dah suku show baru ade orang masuk.

Tu je nak cite.....
Sinopsis kisah..


Budak bandar 3 orang balik kampung nenek dia.( macam pedalaman kampung tuh)
Nenek ni bomoh kampung.
Hari pertama masuk rumah nenek dah bagi syarat-syarat.
Jangan keluar masa senja.
Balik rumah sebelum senja.
Jangan masuk bilik yang ade selendang merah tuh.
Abun ni degil sangat....
 lepas tuu..


Sila Klik Gambar ini

The end
Nenek dia sayang sebenarnya cucu 3orang tu
....
Pe kata korang g tengok sendiri..

Lawak jugak lah.
Tapi tak banyak watak dalam ni.

Cuma watak hantu jer banyak.

 

Selasa, 21 Februari 2012

HATI INI

Makin hari aku rasa makin terasa.

Yer terasa dengan banyak perasaan.

Perasaan itu akan hadir apabila ianya hebat diperkatakan.

Ye aku tak sehebat kau!

Aku tak semampuan seperti kau!

Aku tak berdaya nak tanggung semua perasaan ini.

Memang semuanya percuma seperti kau katakan.

Aku malu apabila kau perkatakan sebegitu.

Aku pilu dengan rintih hati ini.

Memang dan memang aku tak layak untuk semua ini.

Kau??

Memang layak untuk semua ini.

Perlukah aku bertegang urat dengan kau?

Sedangkan kau adalah insan yang takkan lari walau air dicincang.

Setiap patah yang terukir dibibir kau akan membuat jiwa ini meronta.

Meronta untuk berbahas.

Apakan daya aku terkunci dengan semua kata.

Aku akui semuanya percuma!

Tapi tak perlu kau hebatkan kisah ini.

Kisah ini pasti terbuka bukan terbuku satu hari.

Mungkin sehayat aku ia akan terbuka.

Sekiranya aku mampu seperti kau.

Aku tak penuhi ruang itu disana.

Ruang itu memberi aku tanda tanya sebenarnya.

Aku malu!
 
Malu dengan setiap jiwa yang hadir di ruang tersebut.
 
Setiap baris jiwa itu membuat aku terpaku.
 
Seperti terduduk untuk terima semua itu.
 
Sebolehnya aku cuba untuk pergi dari ruang itu.
 
Aku tidak berdaya mahupun mampu untuk pergi.
 
 Seandainya kau tahu aku amat cemburui dengan kata mu.

Cemburu dengan bait ayat kau.

Sehingga mahu jauh dari kau.

Maafkan aku sekiranya kau tak merestui aku diruang kau.




Sekian ^_^ untuk Kau....

Jumaat, 17 Februari 2012

love u

Seindah bisikan..

Seindah suria...

Seindah mentari..

Seindah bicara..


Seindah rupa....


Love u all


Mood ; Nak balikkkkk

Kringgg..!!

Kringg....kring..... 

Telefon office berbunyik dikala waktu kerehatan.

Hari ni kan rehat panjang so aku pon membute kat meja jela.

Tetibe tipon office berbunyik,

Sudah .. siapa yang tipon nih..!!!

Takkan pulak boss aku nak tipon masa jumaat cenggini kan.

So aku angkat jela.

Aku : Hello yer...bla..bla...blaa

Mak Aku : Ini mak laaa....huhuhu...

Aku : Ngehh ngehh senyumm jela.. (Apesal tipon opis dlm ati jer)

Mak : Hari ni ko balik kampung tak?

Aku : Balik lah.. Mak nak datang sini ke?

Mak : Macam mana nak mai, ayah kau ni melilau nak bawak keta, kang mampoih pulak (sambil gelak)
Nak pi tengok Anak Pakteh lah (Anak abg aku ler).Ayah aku kurang sihat dari segi mata.

Aku : Yela hari ni lepaih keja balik kang. Mak masak apa hari nih? (Tu je aku tau)

Mak : Tak dak masak apa pun, masak sayuq petola , ikan cencaru ja.

Aku : Haa yela kang balik la.. Ada sapa kat guma? Bagdet (Abg aku gak) ada ka?

Mak : Tak dak hai, dia dah balik seremban dah. Ha okeylah.. Assalammualaikium..Byee

Aku ; Okey, Waalaikumsalam.

~~~!Papp...letak tipon !~~~~


My Parents.. LOVE U SO MUCH Muaahhhhh
Ni masa dorang wat umrah tahun 2006 (Masa tuh aku nanges esak-esak wei)

InsyaAllah mereka akan pergi lagikk....(Doakan yer kengkawan)



................................................................................................................

Terus buntang bijik mata aku dengar sore mak aku.

Gase cam nak gelak saje wat suprise tipon opis, oh omak oii...

Mahap lah sebab banyak loghat bahasa,

 mak den Orang Kedah hokey, den pulak lahir N9 cakap N9 tu terkawai sket.

Tapi belajaq + kerja kat Melaka. Haaa acanerr tuh? (Campur aduk bahasa lar)



So petang ni aku nak balik kampung esok nak bawak mak dan ayah aku

tengokk cucu baru dia.


Pagi tadi pulak yang akak aku yang dok Key El tu dah dok bodek aku soh aku mai rumah dia.

Hellooooo ko hengat dekat sangat ker nak pi tu.

Heboh dok bodek aku, ko hengat ko bodek aku boleh mai umah hang ka?

Belom tentu lagikk weiikkk..

Kalo boss dan mem kata ohokeyyy (mak ayah aku) 

Baru aku start enjin jalan..

Patut kor la balikkk kann kann kannnn....(Adik yang zalim nih)


Last dia nak letak tipon..

Yessss yess dia merayu kat aku soh pi umah diaaaaa..

Haaa..... mahap lah yoo den tak dapek nak kobarr..

Kor poie lah merayu rayus air mata kat boss ngan mem hokey....



----------------------------------------------------------------------------------------




My Sis wif anak-anaknya

P/s : sila abaikan kotak merah dihadapan anda ituu.



Tak masuk dalam storyy hokeyy....

Rabu, 15 Februari 2012

Siapa Yang Bijak?

Dari pagi macam nak hapdet.

Tapi tetiba idea hilang dimamah bumi.

Terus tak menghapdet.  Sambil tu blogwalk sane sini.




Otway balik kerja aku tengok banyak sangat kenderaan berhenti.

Kalo ikutkan macam berderet la sepanjang jalan tu.

Sampaikan berpeluh-peluh kalo kete/kenderaan yang berderet tu tade aircond.

Punye lama tunggu akhirnya bergerak jua kete aku dalam kadar 20km/h.

Pastu stop semula.

Agak-agak korang ape yang menyebabkan kena berhenti berkali-kali tuh?

Cerr arr tekaaaa (teka dulu baru teruskan membaca key)










Wopppsssssssssssssss...

Mestilah Trafik Light Merah kan??



Lebey kurang cam ni gope trafic light tuh!!




Jadik disebabkan trafic light tu merah wajib lah kita berhenti.

Dari apa yang aku cerita ni ce korang pikir lagikk.

Siapa yang bijak dalam kes nih?




.....................................................................................................................




Bagus kan manusia ni sebab ikut kan undang-undang kerana trafic light.

Kalo merah kita berhenti

Kalo Kuning bersedia untuk berhenti

Kalo hijau pulak kita baru boleh gerak




Padahal ianya adalah sepises macam robot.

Cer kalo mak kite soh g kedai haa..(Masa kekecik)

Agak-agak kita ikot tak??

Memang lah ikot tapi mungkin lambat kan..(Siap minta upah lagik)



Pelikk tak???



Semuanya ada kebaikan dan keburukan tersendiri

Kalo kita ikut atau tak peraturan / undang-undang.





^_^

Selasa, 14 Februari 2012

14 FEB 2012

Katakan TIDAK pada valentine day.

SEJARAH VALENTINE:
 
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.



Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
 
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
..................................................................................................................................................... 
 
 
 
Sempena 14022012 ni aku bukan nak wish valentine ke hape tapi nak mengucapkan
Happy Birthday To You
 
pada kekasih lama kot. Harrr..har...har...
 
Kalo nak wish kat pesbook bukan frenz / email pun aishh macam pelik je kan.
 
Ouhh lebih baek aku wish kat sini.
Ingat jugak dari tak hengat..
 
Maaf..maaf oh maaf disini takde unsur kaseh sayang okesss..
Sekadar ucapan tulus mulus dari hati.
 
Semoga awak terus berjaya dengan apa yang awak impikan
dan cepat-cepat kawen umur dah menjangkau angka 2x tahun.
 
 
 

Isnin, 13 Februari 2012

Sardin

Buang tebiat plaks aku memalam cam gini nak kongsi cite sardin.

Sebenornyer aku dah kenyang makan sambal sardin.

Tadi aku balik koje tah angin ape tah datang macam nak makan sambal sardin.

Oleh itu aku masuk guma aku tengok ade 1 tin sardine kecik tu.

Cili kering pun ade.

Memula aku kua kan semua yang nak dimasak.

Bawang merah yang kecik tu 2biji

Bawang putih 2 biji

Sehiris halia.

Pastu aku tumbuk sesikit bagi pecah-pecah cam nak lumat tu.

Aku tumiskan lada kering yang da bland dalam 1 senduk kecik tu.

Pastu macam dah garing sikit aku masuk bawang+halia yan aku tumbuk tu.

Pastu macam lada tu dah nak garing aku masukan 1 tin sardin.

Pastu letak garam secukup rasa.

Air asam jawa sikit.

Kalo pedas sangat ko letak ar gula sikit.

Pakajinamoto pon ikot korang nak letak ke tak.

Pastu baru ko taburkan bawang beso potong bulat-bulat tu.

Pastu ko masuk dalam mangkuk.

Pastu jangan terlupe lak masak nasik.

Tu jer aku tak sempat nak amik gambar sebab malas.





...................................................................
Erkkkkkkk... Alhamdulillah....

Lepas lah buat kenyang orang bujang macam haku.


BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Kalo nak join klik Header kat atas nih okey..



Macam menarik jer blog aku ni kan.  Sebab menarik lah nak ajak korang

baca blog aku.

Blog aku ni tak seberapa sangat pun, akupun baru nak berjinak-jinak
nak dalam dunia blogger ni.

Blog aku ni seringkas ringkas nyer simple jek, kalo tak caye meh baca.

Blog ni bagi aku tempat berkongsi maklumat dan bertukar pendapat.

Dalam blog ni banyak kisah tentang kehidupan aku sendiri.

Takat ni entry yang aku gase paling banyak pelawat ialah




Sekian ini adalah kisah benar ^_^

120212

Selamat Pagi Uollzzz...

Mula kan semangat bangun pagi pergi kerja, pergi kelas berkobar-kobar k.

Kepoh sekampong jap...

Macam dah beberapa hari tak hapdet sebab malas nak hapdet

tapi suke dok baca entry orang.

Bila nak wat entry sendiri trusss tade ideaa.



K tamo cite panjang sebab nak buat kerja oh kerja.

Semalam 12 Feb 2012

Cik Fi telah menerima ahli baru dalam keluarga.

My kakak ipar telah melahirkan seorang baby boy.

Nama nyer Muhammad ??? (Tak tau lagikkk huhu)

Jam 2 lebih petang sikit.

Ini adalah anak buah Cik Fi yang ke-21 orang.

Beliau seberat 3500gram ( 3.5Kg)

Haaaaa kemain becau lagikk..

So takat malam tadi baby tu stabil tanpa kuning,

Mudahan berterusan tak de kuning, kalo ade kuning kena dok ward plak babynyer.

Mase g tengok, semalam petang baby tu asik tidoo jerr..
Kejut pun gerak ek ek ek tak bukak mata pun. (Macam nak je korek mata die hahaha)

Ibu dia bagi susu pun wat dek tak heran.

Baby nih anak ke-2, yang sulung lelaki jugak (Muhammad Firdaus Hakimi)

Sepanjang kat Hospital semalam abg die wat dek je kat baby tu, ibu die panggil pun 
wat-wat tak kesah.  Aduh kesian pulak aku tengok.

Ibu die nak cium die pon die wat tak kisah jerrr.

Bila ibu die pegang adik dier baru cam baru nak kat ibu dier.

Lawakk betol.


Tidoo jerr die...ala omeyyyy






Tidoo jugakk....




Semoga menjadi anak yang soleh dan diberkati.


Aminn..

Khamis, 9 Februari 2012

BERIKAN CINTAMU

PRIHATIN

Mungkin tajuk ngan cerita yang nak disampaikan ni gak berbeza.
So korang gase nak baca sampai habes dialu-alukan, yang tak nak baca pun dialu-alu kan gaks.
Sebab ini adalah luahan seorang manusia.

Alam perkahwinan dengan alam membujang nih agak berbeza kan?
Sebab terlalu banyak komitmen,
(keluarga, kerjaya)

Tapi sesibuk mana pun korang tuh tapi still ingat lah nak balik kampung jenguk mak ayah.
Sebab kalo tak kerana diorang tak kemana kite kan?
Makin tua makin cepat terasa mereka-mereka seperti mak ayah kite nih.
So korang kalo dah berjanji nak balik, korang balik lak.
Jangan nak tangguh-tangguh pulak,
Sebab perasaan mak ngan ayah ni tertibe luntur.

Daripada gembira nak tengok cucu cicit die balik kampung langsung blurr.
Tipu lah kalo diorang tak rindu kan.
Macam korang jugak yang ade anak ni, sehari tak jumpe anak kecik tuh mesti rindu kan?
Yer dorang tak minta ape-ape pun just nak tengok keletah cucu-cucu tu balik kampung.
So hati mak ayah kite nih sejuk sikit, hilang rindu kat cucunyer.

Yang jauh tu pulak jangan la bagi alasan itu ini,
sekolah lah, tuisyen lah, itu lah inilah.
Kalo ko dah bagi alasan camtuh dorang nak kata ape lagi.
Mesti mak ayah cakap, takpelah nanti cuti panjang balik lah.
Padahal ayah ngan mak ni kesian kan cucu-cucu yang hari-hari tlepon soh datang.
Nak balik kampung jumpe sepupu-sepapatnyer.


Mak ayah kite ni bukan nak tinggal lelama umah kite
Sebab dorang akan mudah bosan,
Tak sama macam rumah dorang, ada ruang yang lebar, xtvt plak tak terbatas (suasana kampung).
Pastu takmo ganggu korang bekerja yang tak tentu masa.
Mana nak terlayan kan.

Paham pahaman jelah dorang memang tak suke nak nyusahkan anak-anak,
Inikan nak susahkan jiran tetangga, lagi pulak kan.

Ade jugak yang cemburu buta bab-bab macam ni,
Asik-asik pegi sane, yang sini takmo datang.
Haish korang pikirlah baek-baek, kalo dekat tak pe.
Ini jauh nun nak pecut kat heyway, tol, minyak!
Tolong lah pikir, dah pulak pjalanan nak makan 1 hari.

Hargailah mereka selagi mereka ada.
Berilah peluang mereka untuk menikmati kegembiraan bersama anak-anak & cucu-cucu.
Kadang-kadang bila hujung minggu ternanti-nanti jugak dorang.
Tapi kalo dah takde yang balik,
Tu yang pergi sane sini ikot mana rasa dorang nak g.






...................................................................................................................................................




I LOVE MY FAMILY


Rabu, 8 Februari 2012

Ouh Suwittt


Pergi honeymoon kali ke-2 bersama suami.

Dan kali ke-2 sampai Cameron Highland.

Terasa cam romantik bila bersama suami.

Dapat kaktus dan diselitkan note.

Makan malam yang suwit kat gerai nasi goreng.

Berjimba ngan suami.

Wat suami gerun dengan sikap isteri.

Kena marah memanja dengan suami.

Kena dukung dengan si suami.


Ouhhhhhh Suwitt gilerrrrr



SELESAI??

Agak bosan hadap ketas-ketas kat meja nih.
Jadik saje nak hapdet (saje?? tak ahh gedikss jer haha)

Bila dah lama cuti, mood nak buat keje tu memang semacam harem jer.
Kepala dok melayang kat kampong.
Padahal baru jer jumpa mak ayah semalam, tu pun dorang datang sini.
Semalam ayah n mak datang sini atas urusan peribadi.
So urusan tu dah semakin selesai.

Memang terlalu gembira sebab semuanya dah selesai tinggal untuk dikursuskan saje.
(Maksudnya untuk diceramahkan oleh yang berkenaan)

Tadi aku dah faks ape yang patut n semacam dah lengkap dokumen yang
semalam tak lengkap.
So orang tu cakap kalo ade yang tak lengkap lagik, dia akan call.
Tapi aku gase memang sumer dah lengkap!!

Yang sebenarnya benda yang tak lengkap tu, yang aku kena faks semula tadi
benda tu sume aku dah lampirkan kat orang yang uruskan urusan tersebut.
Alih-alih dia kol mintak itu ini ( hangin tak kau?? )

Dah tu pulak benda yang di mintak memang tade kat tangan aku masa tu.
Dan-dan nak soh aku faks, email bagai.
Len kali tolong lah simpan bende yang ko gase agak penting baik-baik.
Ini tidak, tekocoh - kocoh carik sane sini alih-alih ko nak salahkan orang.
Padahal ko dah amik, dah simpan!!

Aku memang tak ley bla ngan orang yang ikot kepala macam tu. ( Tetibe presure lak)
So sebab malas nak bebising aku faks kan semula hari ini.

Lepas tu pulak ley plak ko plan itu ini tanpa pikir org len.
Huh aku memang nak hangen jer.
Ko xley ke pikir keadaan orang, situasi org, ragam org, kepala org.
Padahal ko pun tau camner kan.
Lagikk ko wat planning ko sendirik.
Tolonglah ubah sikit Queen/King Control tuh weii .

Lepaih tu semua benda/perkara nak hekot kepala ko je pulak.
Ikotkan hati memang makan dalam jer.
Bukan makan dalam makan jantung skalikk.

Harap ko berubah lah.
Aku pun tak lah kate aku baek kan..
So sesamee ubah k.





.....................................................................................................
















Tak kena tajuk ..
motip : merepek / merapu / meraban.
Tah pape tah aku type.

Collaboration request

Hi there How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by selling SEO services Every website owner requires the ...