Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Selasa, 22 Januari 2013

IKEA PERTAMA KALI

 Hari sabtu lepas aku ade cerita yang aku nak pergi seremban.  Lepas keje aku terus balik rumah, skali tengok rumah tunggang langgang bersepah.  Laki aku dah membuta.  Aku dengan perasaan hangin rasa macam nak campak-2 jer sume barang-2 yang selerak tu. Haahaha.  Barang-2 sepah maklumlah baru pindah rumah.  Lepas siap-2 kemas aku terus ke dapur.  Nasi putih lebihan semalam ade lagi, tapi aku tak teringin nak makan nasi goreng.  Aku buat kan meggi kari 1 bungkus untuk si suami dan 1bungkus bihun Pa Ma untuk aku.  Lepas siap semuanya aku kejut si suami makan.  

Selesai makan, buatkan pulak nasi goreng sebab si suami bertanya pasal nasi lebih semalam punye.  Aku pung kletung kletang tumbuk bwg ngan cili api.  Terus masuk dalam tupperware.  Mana tau kot kelaparan dalam kete.

Lepas aku solat zuhur dalam 3 sengah baru gerak balik kampung. Dalam perjalanan hujan jer.  Sampai jer kampung mak buat air kopi terus makan nasi goreng aku bekal kan tu.  Lepas kitorang asar baru gerak g seremban.  Sampai seremban pun dalam 7 sengah dan terus magbrib jer.

Esoknye pulak lepas subuh terus aku buat nasi goreng untuk sarapan.  Mak aku tanya cam ni, skang kul bape ? Aku jawab sambil tengok jam 4.30pagi.  Aik biar betul jam ni, lelaju aku selak sliding tengok kat luar dah cerah sikit.  Tengok jam kat fon baru kul 7 pagi.  Tergelak-2 aku berdua kat dapur dengan mak.

abg ngan kak ipar ajak g IKEA pulak.  Laki aku macam dah malas nak g sebab terkenangkan nak bawak kereta ke KL hari ahad. Skali abg aku kata nek 1 kete jer.  Lepas sarapan dalam kol 10 cam tu gerak g IKEA, tapi sebelum tu g ke KEpong dulu amik adik kak ipar aku.

Sampai jer parking kat ikea punyelah penuh dalm kul12.00t/h.  Hampir 1jam pusing-2 cari parking.  Ade tu pulak kita dah tunggu berjaman, sekali tetiba datang kita lain terus masuk. anginnn tak kau???  Rasa aku macam nak balik jer, nasib bukan aku yang drive.

AKhirnya bersyukur semua dapat parking.  Teruje apabila melangkah IKEA yang penuh dengan manusia.  Maklumlah dah nak CNW ni kan. Penuh dengan bangsa die jer.  Setiap floor majoriti berbangsa dorang jer. Dah lah ramai, aku pulak cam rambang-2 mata.  Tapi menahan napsu punye pasal bersabar.  KEsudahnya memang aku tak membeli ape-2.

Cuma datang habes masa kat situ dan penatkan kaki tangan jer.  Sementara tunggu kak ipar bayar, aku, mak suami dan ank-2 buah duduk kat kerusi-2 pameran tu.  Penat hoihhh.  Lepas tu kak ipar belanje hot dog yg layan diri tu.  Teruje jugak aku disitu huhu.  MAk aku pulak benda mcam tu kurang sikit nak ditelan, nasib ade karipap yang sedap.. 

Dah kenyang terus balik semban, dalam kete semua tidur kecuali driver dan co driver. Sedar-2 dah sampai tesco seremban jer.  Masuk tesco bukan muka layu, masuk tandas tepek bedak sikit, lepas tu g food court.  Kitorang makan nasi ayam jer.  Lepas makan terus balik, aku dah tak larat nak berjalan.

Sampai rumah pun dah dekat kul 5.00 ptg lepas asar minum kopi terus balik kampung hantar mak pulak.  Sampai kampung pun dalam 7.30 malam. Lepas kitorang maghrib terus balik melaka. Maklumlah isnin nak kerja.  Rumah pulak tunggang terbalik dengan barang-2.

Seandainya kalau ade orang nak ajak aku g IKEA tunjukkan jalan memang tak payah lah. LAngsung aku tak ingat.  Pepandailah korang carik sendiri.

Okey bai...

Sabtu, 19 Januari 2013

1Day 2013 ...

Morning... Yawww yaw... Seronok sangat aku rasa bangun pagi hari sabtu ni.  Hari ni aku koje.  Hari pertama dalam 2013 aku bekerja pada hari Sabtu.  Sangat mengliatkan diri nak bangun mandi tatkala hujan diluar.  Aku tatap gagahkan diri wakeup , kau mampu ??

Hari ni plan, habes keje (1/2 day) packing barang nak balik kampung mak bersama si suami.  Lepas tu nak bawak mak pergi seremban, sesaje jalan-2 g umah abg det. 

Okey nak sambung kerja dan bye.. 

Selamat sambung tido yer kengkawan 

^                                   ^
___________________

Selasa, 15 Januari 2013

JENG JENG JENG 1 BULAN SUDAH .....

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi aku sangat bersyukur.  Bersyukur kerana Allah masih memberi nafas untuk aku bernyawa.  Genaplah usia perkahwinan kami 14.12.12 - 14.01.2013 sebulan.  Allah itu Maha Kaya  memberi kepada ku suami yang sangat penyayang dan baik.

Sangat berbeza kehidupan selepas berkahwin dengan bujang dulu.  Segalanya sangat berbeza melainkan waktu bekerja memang tak berbeza.  Tapi walau pun berbeza, ianya tersangat terseronok aku rasa.  Mana-2 yang belom kahwin tapi dah ada calon, cepat-2 lah kahwin.  Kahwin ni sanggat best 100%.  Hahahaha.

Memula nak duduk 1 bilik tu memang kekok.  Eh kenapa dia dalam bilik aku ni ??? Soalan ni yang akan kuar nnt bile korang dah kahwin.  Seolah-olah macam tak percaya yang aku ni dah kahwin.

Bila dah kahwin ni, aku kena anggap semua keluarga si suami adalah keluarga aku jugak.  Tapi semesti keluarga kita rasa didahulukan.  Tu bagi aku, sbb aku rasa mcm tak leh berpisah dengan dorang.

Lepas kahwin aku tinggal dengan family mertua.  Adelah dalam 2 minggu macam tu aku dudk dengan diorang. Ye aku sangat kekok, segala pergerakkan aku terbatas tak macam umah mak aku.  Kalau kat umah mak, kalau penat jer boleh membongkang, kalau lapar 10kali pon selambar jer cari bahan makanan.  Tapi sebab baru + malu aku jadi kekok walhal semua nya idok kisah aku nak membuta ke, melantak ke ape ker.  Tapi sebab nak jaga hati dan air muka terpaksa aku bertahan .  Hahaha, nanti korang rasa pulak yer.

Alhamdulillah minggu lepas aku dah duduk rumah sewa bersama suami.  Tapi teras juga sunyi, sebab tinggal berdua jer.  Kalau kat rumah mak, ade je orang.  Kalau uma mertua ade adik-2 ipar buat nyakat.  Kini kami ber-2 sahaja.  Semuanya kena berdikari =( sedihkan bunyik berdikari.

Asal pagi jer, aku dah berpikir nanti balik petang kang nak masak ape? Nak buat ape.  Semuanya kena berpikir pastu tanya suami.  Tapi si suami die ON jer, tak kisah pape jnj kenyang.  Syukur sangat sebab tak cerewet wahai si suami. Hahaha..

Ni pun aku tegah berpikir ape aku nak masak balik kang. Ikutkan hati mcm nak request kat kedai jer hahaha. Mudah dan cepat tanpa membazir kan.

Cite pasal membazir, smalam punya nasik pun tak habes.  Cuma makan 2 senduk jer memasing.
Okey lah aku nak google masak plg ringkas.  =)




I-City


Semoga kasih sayang perkahwinan  kita berpanjang, dirahmati dan kekal hingga ke syurga.
Aminnn InsyaAllah.. 

Love You Abang =)

Khamis, 27 Disember 2012

AKU DAH KAHWIN 14.12.2012

Jeng-jeng, aku dah lama tak apdet blog ni.  Nak apdet masa adelah sangat terhad skag ni.  Pada 14.12.2012 dengan sekali lapaz aku telah menjadi isteri kepada suamiku Anuar Bin Adan.  Terima kasih tak terhingga buat Mak, abg, kakak dan anak-2 buah yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis perkahwinan aku tu.  Dalam kemeriahan majlis tu, teselit jugak kesedihan apabila terkenangkan kembali arwah ayah. (Al-Fatihah).

Gambar pun aku tak sempat nak amik.  Banyak dari kamera anak-2 buah dan kawan-2 yang datang.  Nak tunggu gambar dari phtogrp adelah dalam sebulan katanya. Aku kena bersabar nak tengok hasil gambar tu.

Rasa hati macam nak wat part of part.  Tgk lah kerajinan aku cmner. sebagai selingan sila lah tengok perempuan gemuk menjadi perantin.

tak lupa buat yang mendoakan yang baik-2 buat saya dan suami.

Masa salam ni, aku tunduk kemain lama sambil menangis kesedihan teringat kan yang tiada =(


kasih sayang kami InsyaAllah bertaut selalu Amin.

Bergambar family suami =)


Tersayang =) miss u damn abg fir dan ajim. Dulu serumah kini berjauhan =(

my love Emakkkkk love u ...

My Family





















Sabtu, 17 November 2012

PERUTUSAN RAJA SEHARI 15 DIS 2012

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat ilahi dan dengan segala hormatnya mempersilakan/menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik serta suami/isteri dan keleuarga ke Majlis Perkahwinan Saya 

Norhafidah Bte Hj. Hassan ♥ Anuar Bin Adan 
Tarikh : 15. Disember.2012 bersamaan 1 Safar 1434 Hijrah 
Alamat : NO. 20 PERINGKAT 4, FELDA BUKIT ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN. 
Aturcara Majlis : Jamuan Makan : 12.00 T/Hari - 4.00 Petang. 

Semoga dengan kehadiran hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis kami ini serta diberkati ilahi. InsyaAllah. Terima Kasih.

 


 


 



Hujung Minggu

Selamat petang.

Dan aku skang ni sangat gila bosan.  Tahap cipan bosan jugak. Tadi mata mengantuk, tapi xmo pejam.  So celik jelah mata ni.

Tak punya idea nak tulis entry ni.  

Bangun pagi terus kemas dapur dan sarapan.

Lepas sarapan idai baju kat luar.

Bukak internet.

Tak masak sebab 1family nak g wedding.

Ada 2 jemputan.

Abg aku pergi wedding yang kat bawah, aku ngan mak dan kak anis pergi wedding kat nun jauh sikit naik kereta sebab hujan lebat.

Lepas balik, lepak dan lepak bawah kipas sbb hujan.

Anak-2 buah melepak main game kat umah jiran sebelah.

Lepas zohor mak pergi rewang dekat rumah atas.

Kak anis ngan abg det pergi Gemencheh iaitu pekan. Bankin duet kereta.

Aku mengadap laptop la, ape lagik nak buat.

On9 fb dan amat bosan sangat.

Lepak dan baring kat katil mak ..

Tengok gambar-2 lelama  so suwit dan rindu arwah ayah =(

K sampai sini sahaja..

Jumaat, 9 November 2012

Kisah pergi KL

Hai hai dan hai semua.  Dan selamat petang.  Aku rasa seminggu sekali baru nak apdet kan.  Malas pun ye, pc bermasalah pun iye. Ha acaner?? A

Minggu lepas kan aku pergi KL umah kak ngah.  So sepanjang kat sane hujan jer.  Masa nak nak berjalan pun adelah terhad.  Sampai KL dalam 11 malam.  Then kitorang borak-2 sampai 6.00pagi. Orang dah azan aku trus solat dan tido sampai 7.15 pagi.  Kemudian mata lebam jangan cakap lah.

Pagi tu kitorang memang tak buat sarapan ape pun, just bancuh tea O panas jer.  So turun reramai membeli kat gerai bawah tu jer.  Nasik lemak sambal sotong, bihun dan kuih muih. Punya lah banyak kitorang membeli baru rm21.00 jer.  Betul-2 aku terasa murah.  Mungkin makcik tu dah kenal mak aku, siap borak-2 kena pulak sesama orang Kedah pure.  Harus la makcik tu beri less kan haha.

Lepas sarapan kakak ajak pergi pasar sebab mak aku nak wat rendang daging dengan ketupat palas.  So mak aku order 1kg beras pulut dan daging 2kg.  So merempit la aku dengan kak ngah naik motor ke Chow kit road haha.. (Aku xde lesen motor cuma ada lesen kereta sahaje). Aku main redah je bawak motor, tapai aku pakai helmet wokey. Hati kene kental beb, sebab tak jauh 5minit dah sampai. Huhuhu.

Hari sabtu  pergi chowkit memang ramai lah orang. 1/2jam jugak berpusing-2 dalam tu. Lepas tu terus balik siap-2 siang daging.  Dalam jam 2.00 ptg kitorang siap-2 makan terus solat zhur dan nak bersiap. Sekali dah siap hujannn.  Terus duduk melepak depan tv sambil tengok gambar-2 masa dulu-2. Oh sangat ohsem katanya.. 

Akhirnya lepas asar baru hujan reda.  Dalam 4.30 kitorang gerak g Sogo nak cari kasut.  Kasut orang nak belanjer.  Sampai sana hujan lebat pulak, dalam kereta ada 3 payung sahaja. 2 payung besar dan 1 payung kecik.  Mari lah meredah beramai-2. Dan masuk sogo adalah sangat ramai orang auww. Rimas aku, nak pilih dan nak bayar oh no no no.

Hanya kerana kasut aku je kan harus lah kakak aku sanggup beratur panjang.  Lepas tu pergi Jalan Tar pulak.  Hamikk koo kemain lah ramai orang.  Aku pulak meroyan tgok tudung-2 kat situ.  Aku pergi kedai Muaz. Aku macam org tamak, bukan aku jer malah mak aku pun terbabit macam aku.  Amik yang itu letak yang ini.  Bila nak bayar pun kelam kabut  eh nak ini, eh tak nak lah. Hahaha napsu serakah pompuan kenn.


Sampai umah jer maghrib dah, ingat makam tu nak g The ship kampung baru makan Chicken chop.  Sekali hujan daa so makan apa yang hado jela.. Lepas makan kitorang borak-2 sampai jam 12.00malam jer. Kemudian semua pengsan penat.  Dah lah seharian hujan ken.

Esoknya lepas subuh buat sarap nasi goreng dan panas rendang daging mak.  Sarapan lah kita dengan nasi goreng dan ketupat palas mak.

Kak ngah hasut suruh balik petang, tapi sebab mak nak pergi Kajang rumah sepupu, harus jam 10.00pagi kitorang beredar dari rumah beliau.  


Rumah sepupu aku tu dekat Taman Koperasi Kajang.  Sekali aku silap masuk pergi Taman Koperasi Polis Cheras. Haa kan ke jauh lagi.  Tengok GPS pon lebey kureng hang jugak haha.

Sampai sane dekat jam 12.00jugak. Singgah 2 rumah kat sana. Lepas tu balik naik LEKAS sampai seremban.  Singgah rumah abg det pulak. Dah lah hujan seharian jugak.  Lepas makan dan solat zohor kitorang cabut balik Negeri sembilan. 

On the way nak hantar En.Tunang balik banjir dengan jayanya. Sekian sahaja. disini. Bye-bye.

Jumaat, 2 November 2012

FEELING =(

Selamat petang di hari jumaat.  Memang tak dinafikan lagi memang aku tengah kira jam jer nak balik.  Esok dengan harapan aku nak memonteng lagi.  Cabot pergi KL.  Minggu lepas memula mak aku cakap nak g KL uma kakak aku minggu ni.  Lepas tu tah camner mak aku fikir lagi tukar tarikh mintak pergi minggu depan pulak masa raya Deepavali.  Lepas tu aku oun cakap dengan kakak aku, kiorang pospone dtg uma dia minggu ni.  

Hari selasa minggu ni kakak aku call, bajet pujuk rayu aku le tew.  
Eh jadik dtg tak uma kak ngah minggu ni?  Kitorang tak jadi datang lah sebab nya minggu depan cuti lama sikit.  Nanti boleh la mak duduk sana lama sikit, mak kan ada anak sekolah lagi huhu.  Lepas tu kakak aku cakap dengan berjuta alsan.  Ala datang lah minggu ni, si adik ni dah beria-2 sangat suruh nenek datang.  Siap kemaskan bilik bagai lah. Aku cakapa pulak, eleh alasan tu sume dalam poket aku jer, anak atau mak dia yang beria-2 sangat tu?? Langsung gelak dua-2 dalam telefon.

Alasan ke-2 pulak setelah alasan pertama tak jadi camni.  Eh minggu yang deepavali tu kitorang nak balik Kelantan pulak.  Sebab dah lama tak balik. Lagi pun cuti masa tu lama sikit. Blaa..blaaa..
Aku cakap, ala xpelah cam tu, taun depan jelah kitorang datang. LAngsung dia diam.  Hehehe. Lepas tu dia call mak aku pulak.  Kakak aku tu kaki penghasut.  Dia hasut mak aku suh dtg minggu ni. Mak aku cakap kena tanya aku dulu.  HUahuhuhu macam bos kennn..


Hari rabu aku call mak cakap nak pergi bila.  Mak cakap minggu ni lah kita pergi.  Kalau pergi jumaat malam lama sikit boleh main-2 dengan cucu-2.  Aku cakap aku kerja hari sabtu.


So aku pun sia-2 kan kerja aku dengan jaya nya tadi. So skang senang lenang aku tanpa buat kerja dah.  Dengan harapan esok nak mesej bos cakap tak kerja. Ha mampu ke nak mesej??  InsyaAllah mampu.

Tadi aku telefon mak, tanya sihat tak.  Mak cakap demam tak okey lagi.  Terus tny aku, kita pergi rumah kak ngah malam ni ajelah eh. Aku cakap, yelah habes kerja org balik malam ni kita pergi.  Ma siap-2 lah ape yang patut.  Pastu aku tny mak buat ke ketupat palas? Mak cakap xbuat sebab tak larat. 

Ketupat palas tu memang niat mak aku nak buat bwak uma kak ngah.  Tapi dah tak larat tak lah buat. Aku cakap kita buat rumah kak ngah ajelah mak eh. Sebelum letak telefon aku tanya, hehe 


Mak masak ape hari ni eh?? Mak jawab, masak sambal sardin.. Okey lah (Aku puasa ganti hari ini). =)

Cepat lah jam 5.00petang. Mau cabot. 

Ya Allah permudahkan perjalanan pergi dan pulang hambamu ini  ^_^

Khamis, 1 November 2012

UNGKIT KEMBALI

Selamat petang.  Skang ni asal petang hujan je sana sini.  Bila hujan mata naik layu badan rasa nak rebah kepala cari bantal.  Dah lah sejuk-2 dengan air cond lagi kan.

Tadi aku chit chat kat Fb ngan kawan sek lama.  Lepas tu boleh pulak bukak topik zaman sekolah.  Duduk asrama katanya memang banyak lah pahit manis kan.

Mas oh mas massss..
Okey tak , ko pun dok seru-seru nama aku kat belog ko kan.

Ni aku kasi seruu kuat sikit nama ko.
Mudahan ko tekezut dari tido haha.--- Ampunnn

Dulu masa aku form 3 aku satu bilik dengan Datin Mastura . Cuma kami tak sama kelas jer.  Tak de beza pun lain-2 kelas. Sama jer pun, yang penting ilmu di dada kan hehe.  Mas ni budak baik yer kengkawan. Ko jangan nak kembang melangit bila aku dah puji yo.  Aku puji ni sebab nak bodek jer huhu.  Tak lah ikhlas ni. Hujung minggu kekadang family dia datang mesti bawak bekalan.  So time tu dia ajak lah aku jemaah makan sesama.  Paling aku ingat bekas makan yang dia bawak makguk tingkat yang besi tu.  Aku ingat, mudahan dia tak ingat lah.  Bila aku dah ingatkan baru dia hegeh-2 ingat balik.  Ko lebey makan semut ke Mas oiii haha..


Selalu bawak sambal sardin, sedap pulak tu.  Kekadang sambal telur.  Sume berasas sambal jer.  Aku memang laju je bab sambal ni.  Family aku pun kekadang rajin jugak datang.  Mak ayah aku kalo datang hujung minggu kemain banyak nasi dengan lauk diorang bawak. 

Ada sekali tu ounyalah banyak, jadik jemaah lah kitorang reramai makan kat bilik.  Ko tahu makan beralaskan plastik.  Koyakkan plastik pastu makan lah reramai.  Lebey kurang cam makan dalam dulang tu.  Cuma kitorang makan dlam plastik jer. Ala plastik beli barang tu. Tapi yang bersih lah. Koyakkan bagai lebar pastu tuang lah nasi, lauk, kuah dan berbagai.

Sebab apa kitorang makan dalam tu, sebab kekurangan pinggan/ mangkuk. Maklumlah asrama kitorang dulu makan dalam tray besi jer.  Yang ada bahagian-2 tu la. Alasan makan dalam plastik tu jugak sebab kitorang malas nak membasuh pinggan magkuk.  Rela makan dalam plastik. Lepas makan terus campak dalam tong sampah hitam jer. Pastu basuh tangan. Settle kan.

Tu lah keje anak dara pemalas suatu ketika dulu termasuk aku jugak kategori pemalas.  Skang ni rajin dah, mana nak jumpa aku makan alas plastik lagi haha. 

Andai boleh rewind balik saat-2 tu alangkah indah nyer.

Datin Mastura Bte Hazlan auwwww... hebat kan saya boleh hafal nama penuh awokkk..

AHLAN WASAHLAN 1 NOVEMBER 2012

Aku rajin pagi ni nak apdet status kat Fb.  Ikut fikiran muge xde yang komen.  Sekalik tengok ramai yang bebalas komen, like pun jugak.  Tapi sila jgn nak percaya sangat komen-2 tersebut.  Semua nya akan diumumkan.  Alahai bajet mcm artis pulak kau ye sapidah haha.  Sapidah pun bukan nama sebenar tu gelaran masa aku g belajar dulu.  







So saya sangat malu dengan ucapan-2 dan komen-2 mereka.  Pape pun selamat datang November.

Rabu, 31 Oktober 2012

Pendaftaran BR1M 2.0 1 November

PUTRAJAYA 8 Okt. - Pendaftaran mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi pemohon baharu dan orang bujang yang layak akan dibuka mulai 1 November ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Menurutnya, pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat daerah serta pejabat pembangunan persekutuan selain dalam talian.
Bagi penerima BR1M yang lalu, mereka tidak perlu lagi memohon kerana akan layak secara automatik menerima BR1M 2.0 yang dijangka diagih awal tahun depan.
Bagaimanapun, kata beliau, penerima BR1M lalu yang ketua keluarga mereka meninggal dunia atau berlaku penceraian, diminta mendaftar semula pada 1 November ini bagi melayakkan mereka menerima bantuan BR1M 2.0.
"Namun kami tetap buat pemeriksaan, mungkin ada yang perlu pengubahsuaian, mungkin ada kes-kes penerima BR1M tahun ini yang dah meninggal dunia. Kalau ketua keluarga dah meninggal, isteri masih boleh ambil (BR1M 2.0)," katanya," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BR1M 2.0 yang turut diperluaskan kepada orang bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang RM2,000 yang melayakkan mereka menerima RM250.
Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0 sebaliknya mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.
BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion.
BR1M 2.0 pula membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang.
Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata mereka yang tercicir daripada senarai BR1M yang lalu juga layak memohon BR1M 2.0.
Menurutnya, golongan warga emas yang tinggal sebatang kara turut layak menerima bantuan tersebut.
''Samalah dengan isi rumah yang gagal menerima bantuan BR1M 1.0 atas sebab-sebab tertentu,'
Kata beliau, bagi memastikan hanya yang benar-benar layak menerima BR1M 2.0, kementerian itu akan membuat semakan dengan agensi berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan LHDN.

Isnin, 29 Oktober 2012

AIDILADHA 2012

Salam Aidiladha untuk semua. Maaf ucapan terlambat.  Raya kali ini kami sangat bersederhana sahaja.  Memang semangat tu kureng dari taun yang dulu.  Tipu lah kalau kitorang sekeluarga tak rindu tak rasa sedih bila ayah menjadi tunggak keluarga kami telah menghadap ilahi.  

Seperti taun-taun yang lepas tak kira apa jua raya sekali pun(raya melayu) pastu arwah ayah adalah orang pertama yang bersungguh-2 nak masak itu ini. Request je dekat mak, pasti mak buat. Tak penah miss adalah ketupat palas.  Itu adal pebret arwah ayah.  Ayah yang selalu akan buat sampul ketupat tu.  Kali ini takde lagi.  Mak betul-2 sedih.  

9 Zulhijjah aku masih bekerja, tetapi aku bekerja 1/2 hari aje.  Sampai rumah jam 4 petang.  Aku puasa, mak pun puasa juga.  Aku sampai rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, rendang daging semua dah siap masak.  Lemag tempah kat orang jer, tak mampu nak buat.



Juadah kami

Lepas maghrib, aku ngan anak buah hantar mak g surau, ada buat kenduri arwah disana.  Lepas htr aku balik rumah.  Dalam jam 9 baru g amik mak.  Lepas tu borak+makan aku tido.  Mata tak terdaya dah.  Baju pun aku malas nak pikir, yang aku tau esok nak pakai jubah jer.  Oleh itu subuh-2 bangun gosok bajujela.  Punya la mengantuk sampai abg aku yang kejut bangun mintak charge fon, dalam 6.50 cam tu.  Bangun terus mandi dan solat subuh.  Lepas tu baru hegeh-2 masing-2 gosok baju.  1st aku gosok baju mak dulu, pastu baru gosok baju aku.


Dalam 7.30 pagi baru gerak ke Masjid.  Ber2 dengan mak jer.  Abang aku dorang g lambat sikit.  Lepas solat dalam masjid tu mak aku nangis.  Mungkin teringat arwah ayah sampai esak-2.  Aku diam jela. Aku faham sebab aku pun macam tu.  Dalam 9 lebih cam tu sampai umah.  Salam mak bersama anak-2 buah.  Terasa sangat kekurangan tanpa ayah.  

Sedih jangan cakap la.  Tuhan je tau camner hati ni.  Lepas salam-2, kitorang makan-2.  Lepas makan-2 gerak g kubur.  Balik dari kubur ziarah jiran-2.  Pastu balik rumah kitorang tido.  Petang pas asar ingat nak g beraya uma sepupu, skali sedang bersia dorg datang pulak.  Jadiknya kami beraya dirumah sendiri sahaja.

Aksi aku bersama anak buah =)





































Khamis, 25 Oktober 2012

Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah


 





Esok hari raya .. Yeah hari raya qurban, hari raya haji, hari raya aidiladha. Dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.  Maaf andai ada terkasar sepanjang berblog.

Ada sesiapa yang berpuasa sunat Hari arafah tak hari ini?  Ye aku berpuasa sunat hari ni, semangat siap bangun sahur tau tak. Hehehe.  Hari ini adalah dimana Jemaah haji melakukan wukuf di arafah. Iaitu kemuncak bagi ibadah haji

Ni aku kongsi fadhilat berpuasa sunat hari arafah k :-

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”

(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)


 Puasa sunat hari arafah tidak disunatkan berpuasa bagi jemaah haji malah, digalakkan bagi bukan jemaah haji berpuasa sunat arafah tersebut. 


Niat puasa sunat Hari arafah.

 “Sahaja aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala”



 

Rabu, 24 Oktober 2012

AKU YANG MANA ?

Eh tetiba nak tepek muka sendiri kat entry ni.  Tadi belek punya belek folder gambar kat pc skali tengok gambar masa kecil ada. Terus rasa nak buat perbezaan muka kecil-2 dengan muka besar-2 mcam skang.

Kau mampu tepek muka kecil-2 yang compang camping macam aku nih?

Aku rasa memang takde beza kot sememangnya muka aku dari segi pipi dari kecik dah kembong.  Ceh... Memang kecil lagi aku dah mbam mbamm tau tak. 

Dah pulak nakal macam budak lelaki.  Pakai suar pendek dengan singlet lubang-2 budak lelaki tu.  Pastu selamber jer g main dengan dorang.  

Aku dulu masa kecil-2 memang potong rambut pendek jer, sebab tak suka nak ikat rambut.  


MAin dari pagi bawak ke petang, petang nak maghrib cam tu.  Jangan cakap lah busuk tu macam mana.  Wangi lagi kambing kot.  Dulu selalu main makcik-makcik, kawen-kawen, pondok-pondok, men lari-2.  Macam-2 lagi.

Ada sekali tu pulak, masa tu aku tadika kot.  Abg aku yang num 4 belikan baju baru.  Petang tu nak balik kampung kat Kedah, sekali lepas mandi tengahari terus nak pakai baju baru.  Baju t-shirt yang skali dengan seluar tu. Rambut pendek macam dalam gambar kat bawah ni.  Pastu bangga lah tunjuk dengan kengkawan pakai baju baru.  Ha nama pun budak-2, eksen tu haruslah kan.

Tunggu punya tunggu ayah balik dari pegi mana tah tak jugak sampai.  Sudah nya aku telah ikot abg aku punya n the geng pegi sungai memacing + pungut siput.  Nak jugak ikot sebab best main air.  Mak aku tak tahu pun. So reramai ikot belakang rumah senyap-2.

Masa tu air tak lah dalam, jernih gile.  Susur alur air, pastu korek-2 tanah dalam sungai tu cari siput.  Kompem lah baju aku basah dan berselut kan.

Sekali bunyi ape tah macam bunyik binatang-2 dalam hutan tu.  Mengelupur sume naik, dah lah aku cicir belakang sambil nages-2.  Abg aku pun bengong tak nak tunggu aku.  Aku dah lah gemuk tekedek-2 lari nak panjat tebing sungai tu.

Sampai rumah melalak-2 sebab kena tinggal.  Mak aku dah ready nak mengamuk.  Amik kau bertalu-2 kena marah.  Dah la baju baru kena selut-2.  Mana mak aku tak bising.  Abg aku mmg selamat lah dia.


Jarak aku ngan abg aku 7 tahun ko tahu.  Die tak mo adik pompuan cam aku, die nak adik lelaki.  Sekali keluar adik pompuan, punya lah bengong dia mengamok cakap adik dia bertukar dengan org.  Hahaha.. Suruh tukar dekat misi tu balik nak lelaki.  Ape kau ingat sesuka hati men tukar-2 ank wei.

Bila dah besar pjg mak aku cerita tekekek kitorang gelak semua. 


Yang atas tu anak buah aku sbg selingan.

 Tengok la gambar pom2 yang 2 bawah tu, mana beza yang jelas korang nampak?

Sekeping sudah

Tepek sekeping ajer

 Selamat tengahhari menjelang petang.  Apekah??

Baru balik lunch..

Mcd aje hari ni.

Erkk Alhamdulillah saya dah kenyang..

Semoga murah rezeki kawan saya yang belanja (Cik rozi) ....

Korang dah lunch belum?

Tadi lunch kat Mcd MITC yang baru bukak tu..

Ramai sangat org...




CELIK MATA PAGI-PAGI LAGI

Assalamualaikum???

Yeahh selamat pagi semua?

Korang dah celik mata lom nih?

Wakeup...wakeuppp solat subuh cepat.

Jangan terlewat ke kelas n tempat kerja pulak yer.

Wah gile eksen ko yer kejut org cenggituh.

Ok pepagi lagi aku dah bangun mandi tau.

Sebab hari ini aku bermula bekerja.

Ala tempat lama jugak bukan tempat baru pun.

Tapi cuma semangat nak kerja tu kureng sikit, maklumlah cuti melampau kan.

Sila korang jangan ikot ragam aku yang cam tuh muahaha - gelak syaitonnn(fuhhh)

Sesapa yang dah sampai kat kelas ke opis ke cepat2 baca entry ni yer.

Sebab nak tau korang hari ni tema pakaian berkaler aper (colour)

Saje nak meriahkan suasana blog aku yang dah suram muram niha.

Okey okey..tak le type pepanjang, kang tak gerak-gerak aku ke opis kang.

Dah la jauh ni N9 -> Melaka okeyyy..

Okey jangan lupa sarapan sebelum buat kerja .


Untuk semua Good Morning ^_^


--- muahaha aku tatau lah cmner ade dekat draf pulak entry ni------- dari bulan 4 tau tak..

Selasa, 23 Oktober 2012

BUKA LAMPU BILA TIDUR BARU JELAS

Lampu zaman dedulu..ecece.. skang ni downlight je org guna.




Bila buka lampu mesti nampak terang menerang kan.
Jelas pulak tu, kalo ade sawang pon terang-terang nampak.

Sebenarnya nak bagitau, aku tido sejak-sejak nih buka lampu woo.
Mungkin sebab sejak dapat mimpi buruk.
Mimpi kene tindih menindih.
Sejak dari tu terus aku tidur buka lampu.

Bertapa gerun nyer nak tutup lampu dah skang nh.

Sila jangan katakan ku penakut.
Kalo nak kata pon cakap pelan-pelan je eh.

Hehehe...


K selamat malam...

Jangan lupa bangun untuk subuh esok..

ANGKAT-ANGKAT ZAMAN SEKOLAH

Lama dah aku pikir nak wat entry nih, tapi macam lawak je bila nak buat entry ni.  Hari ni bersemangat nak type.  Dulu masa zaman aku sekolah yer sangat famos dengan angkat-angkat.  

Masa aku form 1, ekceli la aku budak-budak lagi kan.  Mana faham kehidupan duduk asrama. Yang aku tau keseronokkan je dapat duduk asrama.  

Masa aku form 1, ramai kengkawan aku ade kakak angkat, abang angkat lah.  Dah macam pisang goreng je aku tengok.  Tapi kakak senior ni diorang pilih yang cantik-2 jer.  Yang hodoh-2 macam aku ni tade sape nak pandang.  Haha tak lah hodoh pon comot je kot.  Paling tak tahan bila main balas-2 surat. Padahal 1 asrama je pun.  Tapi tak lah pegi sampai buat perkara diluar tabi'i yer.

Kadang-2 aku pun jadi posmen antara adik angkat dan kakak angkat ni jugak.  Aku bukan lah famos mana pun, tapi ada jugak lah yang usha aku nak jadik adik angkat diorang, tapi aku ego.  Haha egois telampau xnak terima.  Bukan ramai pun, sorang jer.  Aku malu dan sangat pemalu. 


Bila aku dah naik form2, kengkawan aku ramai pulak yang pilih adik angkat.  Aku till xde adik angkat lagi. Lawak je pikir kan balik zaman kegemilangan bila adik-2 bawahan panggil akak.. akak... 

Sampai aku form 3, baru aku amik adik angkat kalau tak silap aku lah.  Lama dah aku minat budak tu, nama dia Madihah budak berkaca mata.  Lepas tu adik angkat lelaki Amar Izzuddin.  Adoii aii lawak lah.  Amar dengan Madihah ni  1 kelas.  Beza setahun je dengan aku.  Men pas-2 surat bagai.  Aku pun xtau lah mana hilang tah surat-2 tu.


Bila aku form 4 Madihah ni dah pindah sekolah lain, tapi till contact lah jugak.  So tinggal Amar je sorang.  Aku boleh pulak terbekenan dekat sorang budak pompuan form 1 ni.  Nama dia syikin sebab bday dia 12 julai, aku 12 ogos.  Lepas tu tak sampai seminggu aku clash sebab ramai sangat kakak angkat die.  Haha aku mana boleh nak kungsi-2 ni jeles tahu... Hahah korang jgn pikir aku lesbian ke pulak eh.  Maklumlah org anak bungsu mmg cenggini.  Pastu sorang lagi budak form 1 lelaki nama dia Majdi, aku selalu kacau dia sudahnya dia anggap aku kakak angkat dia.  Asal balik kampung mesti telefon rumah nak cakap ngan aku.  


Budak-2 memang la perangai macam tu kan.  Layan kan jer, kebetulan si Majdi tu takde kakak langsung dia anggap aku kakak dia.  hai la lawaknyer.  Bila hujung tahun siap kirim-2 surat sebab nak cuti lama kan.  Haha.


Bila dah dewasa, cewahh dewasa kunun baru rasa alahai kelakar nye aku dulu-dulu. . . 

Yang paling lawak bila ada posmen tak bergaji htr-2 surat.  Selit-2 dalam buku bila nak hantar.  Sebab kalau nak berjumpa memang pemalu dan penyegan.  Kalau boleh tak nak selisih langsung.  Haih kebodohan lah aku masa tu.  Skang ni tak tak heran akan semua itu.


Tapi skang pun aku tengok ramai jugak budak-2 sekolah ada adik angkat kakak angkat.  Ada yang syok sendiri pon ade gak.  Kat fb anak-2 buah pun besepah love-2 kakak lah adik lah bagai. Aku nak gelak-2 jer.  Siap edit-2 gambar bagai. 

Sampai aku cakap kat anak buah aku camni, heboh sangat adik angkat, adik ko tu pun ko dah tak terbela kan.. Cakap macam xde perasaan kenn. Padahal aku dulu ada adik angkat jugak.  Tapi i xheboh-2 yer. Huhuhu..

Korang camner pulak???? Ade adik angkat tak?

⚡ Watch Free U.S. Sports Live with 720pStream – No Login Needed!

Hi there, 🎯 Looking for a way to stream top U.S. sports live – for free? With 720pStream , you get instant access to h...