TABUNG EMAS

MAI JENGUK

Rabu, 24 Oktober 2012

AKU YANG MANA ?

Eh tetiba nak tepek muka sendiri kat entry ni.  Tadi belek punya belek folder gambar kat pc skali tengok gambar masa kecil ada. Terus rasa nak buat perbezaan muka kecil-2 dengan muka besar-2 mcam skang.

Kau mampu tepek muka kecil-2 yang compang camping macam aku nih?

Aku rasa memang takde beza kot sememangnya muka aku dari segi pipi dari kecik dah kembong.  Ceh... Memang kecil lagi aku dah mbam mbamm tau tak. 

Dah pulak nakal macam budak lelaki.  Pakai suar pendek dengan singlet lubang-2 budak lelaki tu.  Pastu selamber jer g main dengan dorang.  

Aku dulu masa kecil-2 memang potong rambut pendek jer, sebab tak suka nak ikat rambut.  


MAin dari pagi bawak ke petang, petang nak maghrib cam tu.  Jangan cakap lah busuk tu macam mana.  Wangi lagi kambing kot.  Dulu selalu main makcik-makcik, kawen-kawen, pondok-pondok, men lari-2.  Macam-2 lagi.

Ada sekali tu pulak, masa tu aku tadika kot.  Abg aku yang num 4 belikan baju baru.  Petang tu nak balik kampung kat Kedah, sekali lepas mandi tengahari terus nak pakai baju baru.  Baju t-shirt yang skali dengan seluar tu. Rambut pendek macam dalam gambar kat bawah ni.  Pastu bangga lah tunjuk dengan kengkawan pakai baju baru.  Ha nama pun budak-2, eksen tu haruslah kan.

Tunggu punya tunggu ayah balik dari pegi mana tah tak jugak sampai.  Sudah nya aku telah ikot abg aku punya n the geng pegi sungai memacing + pungut siput.  Nak jugak ikot sebab best main air.  Mak aku tak tahu pun. So reramai ikot belakang rumah senyap-2.

Masa tu air tak lah dalam, jernih gile.  Susur alur air, pastu korek-2 tanah dalam sungai tu cari siput.  Kompem lah baju aku basah dan berselut kan.

Sekali bunyi ape tah macam bunyik binatang-2 dalam hutan tu.  Mengelupur sume naik, dah lah aku cicir belakang sambil nages-2.  Abg aku pun bengong tak nak tunggu aku.  Aku dah lah gemuk tekedek-2 lari nak panjat tebing sungai tu.

Sampai rumah melalak-2 sebab kena tinggal.  Mak aku dah ready nak mengamuk.  Amik kau bertalu-2 kena marah.  Dah la baju baru kena selut-2.  Mana mak aku tak bising.  Abg aku mmg selamat lah dia.


Jarak aku ngan abg aku 7 tahun ko tahu.  Die tak mo adik pompuan cam aku, die nak adik lelaki.  Sekali keluar adik pompuan, punya lah bengong dia mengamok cakap adik dia bertukar dengan org.  Hahaha.. Suruh tukar dekat misi tu balik nak lelaki.  Ape kau ingat sesuka hati men tukar-2 ank wei.

Bila dah besar pjg mak aku cerita tekekek kitorang gelak semua. 


Yang atas tu anak buah aku sbg selingan.

 Tengok la gambar pom2 yang 2 bawah tu, mana beza yang jelas korang nampak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi sudi lah komen...

NUFFNANG

Lazada Online Revolution Blogger Contest live now!

Lazada Online Revolution Blogger Contest live now! Lazada adalah laman membeli belah yang mudah untuk kita.  Tak perlu bersusah pay...