Halaman

MAI JENGUK

FOLLOWER

Rabu, 31 Oktober 2012

Pendaftaran BR1M 2.0 1 November

PUTRAJAYA 8 Okt. - Pendaftaran mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi pemohon baharu dan orang bujang yang layak akan dibuka mulai 1 November ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Menurutnya, pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat daerah serta pejabat pembangunan persekutuan selain dalam talian.
Bagi penerima BR1M yang lalu, mereka tidak perlu lagi memohon kerana akan layak secara automatik menerima BR1M 2.0 yang dijangka diagih awal tahun depan.
Bagaimanapun, kata beliau, penerima BR1M lalu yang ketua keluarga mereka meninggal dunia atau berlaku penceraian, diminta mendaftar semula pada 1 November ini bagi melayakkan mereka menerima bantuan BR1M 2.0.
"Namun kami tetap buat pemeriksaan, mungkin ada yang perlu pengubahsuaian, mungkin ada kes-kes penerima BR1M tahun ini yang dah meninggal dunia. Kalau ketua keluarga dah meninggal, isteri masih boleh ambil (BR1M 2.0)," katanya," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BR1M 2.0 yang turut diperluaskan kepada orang bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang RM2,000 yang melayakkan mereka menerima RM250.
Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0 sebaliknya mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.
BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion.
BR1M 2.0 pula membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang.
Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata mereka yang tercicir daripada senarai BR1M yang lalu juga layak memohon BR1M 2.0.
Menurutnya, golongan warga emas yang tinggal sebatang kara turut layak menerima bantuan tersebut.
''Samalah dengan isi rumah yang gagal menerima bantuan BR1M 1.0 atas sebab-sebab tertentu,'
Kata beliau, bagi memastikan hanya yang benar-benar layak menerima BR1M 2.0, kementerian itu akan membuat semakan dengan agensi berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan LHDN.

Isnin, 29 Oktober 2012

AIDILADHA 2012

Salam Aidiladha untuk semua. Maaf ucapan terlambat.  Raya kali ini kami sangat bersederhana sahaja.  Memang semangat tu kureng dari taun yang dulu.  Tipu lah kalau kitorang sekeluarga tak rindu tak rasa sedih bila ayah menjadi tunggak keluarga kami telah menghadap ilahi.  

Seperti taun-taun yang lepas tak kira apa jua raya sekali pun(raya melayu) pastu arwah ayah adalah orang pertama yang bersungguh-2 nak masak itu ini. Request je dekat mak, pasti mak buat. Tak penah miss adalah ketupat palas.  Itu adal pebret arwah ayah.  Ayah yang selalu akan buat sampul ketupat tu.  Kali ini takde lagi.  Mak betul-2 sedih.  

9 Zulhijjah aku masih bekerja, tetapi aku bekerja 1/2 hari aje.  Sampai rumah jam 4 petang.  Aku puasa, mak pun puasa juga.  Aku sampai rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, rendang daging semua dah siap masak.  Lemag tempah kat orang jer, tak mampu nak buat.



Juadah kami

Lepas maghrib, aku ngan anak buah hantar mak g surau, ada buat kenduri arwah disana.  Lepas htr aku balik rumah.  Dalam jam 9 baru g amik mak.  Lepas tu borak+makan aku tido.  Mata tak terdaya dah.  Baju pun aku malas nak pikir, yang aku tau esok nak pakai jubah jer.  Oleh itu subuh-2 bangun gosok bajujela.  Punya la mengantuk sampai abg aku yang kejut bangun mintak charge fon, dalam 6.50 cam tu.  Bangun terus mandi dan solat subuh.  Lepas tu baru hegeh-2 masing-2 gosok baju.  1st aku gosok baju mak dulu, pastu baru gosok baju aku.


Dalam 7.30 pagi baru gerak ke Masjid.  Ber2 dengan mak jer.  Abang aku dorang g lambat sikit.  Lepas solat dalam masjid tu mak aku nangis.  Mungkin teringat arwah ayah sampai esak-2.  Aku diam jela. Aku faham sebab aku pun macam tu.  Dalam 9 lebih cam tu sampai umah.  Salam mak bersama anak-2 buah.  Terasa sangat kekurangan tanpa ayah.  

Sedih jangan cakap la.  Tuhan je tau camner hati ni.  Lepas salam-2, kitorang makan-2.  Lepas makan-2 gerak g kubur.  Balik dari kubur ziarah jiran-2.  Pastu balik rumah kitorang tido.  Petang pas asar ingat nak g beraya uma sepupu, skali sedang bersia dorg datang pulak.  Jadiknya kami beraya dirumah sendiri sahaja.

Aksi aku bersama anak buah =)





































Khamis, 25 Oktober 2012

Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah


 





Esok hari raya .. Yeah hari raya qurban, hari raya haji, hari raya aidiladha. Dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.  Maaf andai ada terkasar sepanjang berblog.

Ada sesiapa yang berpuasa sunat Hari arafah tak hari ini?  Ye aku berpuasa sunat hari ni, semangat siap bangun sahur tau tak. Hehehe.  Hari ini adalah dimana Jemaah haji melakukan wukuf di arafah. Iaitu kemuncak bagi ibadah haji

Ni aku kongsi fadhilat berpuasa sunat hari arafah k :-

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”

(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)


 Puasa sunat hari arafah tidak disunatkan berpuasa bagi jemaah haji malah, digalakkan bagi bukan jemaah haji berpuasa sunat arafah tersebut. 


Niat puasa sunat Hari arafah.

 “Sahaja aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala”



 

Rabu, 24 Oktober 2012

AKU YANG MANA ?

Eh tetiba nak tepek muka sendiri kat entry ni.  Tadi belek punya belek folder gambar kat pc skali tengok gambar masa kecil ada. Terus rasa nak buat perbezaan muka kecil-2 dengan muka besar-2 mcam skang.

Kau mampu tepek muka kecil-2 yang compang camping macam aku nih?

Aku rasa memang takde beza kot sememangnya muka aku dari segi pipi dari kecik dah kembong.  Ceh... Memang kecil lagi aku dah mbam mbamm tau tak. 

Dah pulak nakal macam budak lelaki.  Pakai suar pendek dengan singlet lubang-2 budak lelaki tu.  Pastu selamber jer g main dengan dorang.  

Aku dulu masa kecil-2 memang potong rambut pendek jer, sebab tak suka nak ikat rambut.  


MAin dari pagi bawak ke petang, petang nak maghrib cam tu.  Jangan cakap lah busuk tu macam mana.  Wangi lagi kambing kot.  Dulu selalu main makcik-makcik, kawen-kawen, pondok-pondok, men lari-2.  Macam-2 lagi.

Ada sekali tu pulak, masa tu aku tadika kot.  Abg aku yang num 4 belikan baju baru.  Petang tu nak balik kampung kat Kedah, sekali lepas mandi tengahari terus nak pakai baju baru.  Baju t-shirt yang skali dengan seluar tu. Rambut pendek macam dalam gambar kat bawah ni.  Pastu bangga lah tunjuk dengan kengkawan pakai baju baru.  Ha nama pun budak-2, eksen tu haruslah kan.

Tunggu punya tunggu ayah balik dari pegi mana tah tak jugak sampai.  Sudah nya aku telah ikot abg aku punya n the geng pegi sungai memacing + pungut siput.  Nak jugak ikot sebab best main air.  Mak aku tak tahu pun. So reramai ikot belakang rumah senyap-2.

Masa tu air tak lah dalam, jernih gile.  Susur alur air, pastu korek-2 tanah dalam sungai tu cari siput.  Kompem lah baju aku basah dan berselut kan.

Sekali bunyi ape tah macam bunyik binatang-2 dalam hutan tu.  Mengelupur sume naik, dah lah aku cicir belakang sambil nages-2.  Abg aku pun bengong tak nak tunggu aku.  Aku dah lah gemuk tekedek-2 lari nak panjat tebing sungai tu.

Sampai rumah melalak-2 sebab kena tinggal.  Mak aku dah ready nak mengamuk.  Amik kau bertalu-2 kena marah.  Dah la baju baru kena selut-2.  Mana mak aku tak bising.  Abg aku mmg selamat lah dia.


Jarak aku ngan abg aku 7 tahun ko tahu.  Die tak mo adik pompuan cam aku, die nak adik lelaki.  Sekali keluar adik pompuan, punya lah bengong dia mengamok cakap adik dia bertukar dengan org.  Hahaha.. Suruh tukar dekat misi tu balik nak lelaki.  Ape kau ingat sesuka hati men tukar-2 ank wei.

Bila dah besar pjg mak aku cerita tekekek kitorang gelak semua. 


Yang atas tu anak buah aku sbg selingan.

 Tengok la gambar pom2 yang 2 bawah tu, mana beza yang jelas korang nampak?

Sekeping sudah

Tepek sekeping ajer

 Selamat tengahhari menjelang petang.  Apekah??

Baru balik lunch..

Mcd aje hari ni.

Erkk Alhamdulillah saya dah kenyang..

Semoga murah rezeki kawan saya yang belanja (Cik rozi) ....

Korang dah lunch belum?

Tadi lunch kat Mcd MITC yang baru bukak tu..

Ramai sangat org...




CELIK MATA PAGI-PAGI LAGI

Assalamualaikum???

Yeahh selamat pagi semua?

Korang dah celik mata lom nih?

Wakeup...wakeuppp solat subuh cepat.

Jangan terlewat ke kelas n tempat kerja pulak yer.

Wah gile eksen ko yer kejut org cenggituh.

Ok pepagi lagi aku dah bangun mandi tau.

Sebab hari ini aku bermula bekerja.

Ala tempat lama jugak bukan tempat baru pun.

Tapi cuma semangat nak kerja tu kureng sikit, maklumlah cuti melampau kan.

Sila korang jangan ikot ragam aku yang cam tuh muahaha - gelak syaitonnn(fuhhh)

Sesapa yang dah sampai kat kelas ke opis ke cepat2 baca entry ni yer.

Sebab nak tau korang hari ni tema pakaian berkaler aper (colour)

Saje nak meriahkan suasana blog aku yang dah suram muram niha.

Okey okey..tak le type pepanjang, kang tak gerak-gerak aku ke opis kang.

Dah la jauh ni N9 -> Melaka okeyyy..

Okey jangan lupa sarapan sebelum buat kerja .


Untuk semua Good Morning ^_^


--- muahaha aku tatau lah cmner ade dekat draf pulak entry ni------- dari bulan 4 tau tak..

Selasa, 23 Oktober 2012

BUKA LAMPU BILA TIDUR BARU JELAS

Lampu zaman dedulu..ecece.. skang ni downlight je org guna.




Bila buka lampu mesti nampak terang menerang kan.
Jelas pulak tu, kalo ade sawang pon terang-terang nampak.

Sebenarnya nak bagitau, aku tido sejak-sejak nih buka lampu woo.
Mungkin sebab sejak dapat mimpi buruk.
Mimpi kene tindih menindih.
Sejak dari tu terus aku tidur buka lampu.

Bertapa gerun nyer nak tutup lampu dah skang nh.

Sila jangan katakan ku penakut.
Kalo nak kata pon cakap pelan-pelan je eh.

Hehehe...


K selamat malam...

Jangan lupa bangun untuk subuh esok..

ANGKAT-ANGKAT ZAMAN SEKOLAH

Lama dah aku pikir nak wat entry nih, tapi macam lawak je bila nak buat entry ni.  Hari ni bersemangat nak type.  Dulu masa zaman aku sekolah yer sangat famos dengan angkat-angkat.  

Masa aku form 1, ekceli la aku budak-budak lagi kan.  Mana faham kehidupan duduk asrama. Yang aku tau keseronokkan je dapat duduk asrama.  

Masa aku form 1, ramai kengkawan aku ade kakak angkat, abang angkat lah.  Dah macam pisang goreng je aku tengok.  Tapi kakak senior ni diorang pilih yang cantik-2 jer.  Yang hodoh-2 macam aku ni tade sape nak pandang.  Haha tak lah hodoh pon comot je kot.  Paling tak tahan bila main balas-2 surat. Padahal 1 asrama je pun.  Tapi tak lah pegi sampai buat perkara diluar tabi'i yer.

Kadang-2 aku pun jadi posmen antara adik angkat dan kakak angkat ni jugak.  Aku bukan lah famos mana pun, tapi ada jugak lah yang usha aku nak jadik adik angkat diorang, tapi aku ego.  Haha egois telampau xnak terima.  Bukan ramai pun, sorang jer.  Aku malu dan sangat pemalu. 


Bila aku dah naik form2, kengkawan aku ramai pulak yang pilih adik angkat.  Aku till xde adik angkat lagi. Lawak je pikir kan balik zaman kegemilangan bila adik-2 bawahan panggil akak.. akak... 

Sampai aku form 3, baru aku amik adik angkat kalau tak silap aku lah.  Lama dah aku minat budak tu, nama dia Madihah budak berkaca mata.  Lepas tu adik angkat lelaki Amar Izzuddin.  Adoii aii lawak lah.  Amar dengan Madihah ni  1 kelas.  Beza setahun je dengan aku.  Men pas-2 surat bagai.  Aku pun xtau lah mana hilang tah surat-2 tu.


Bila aku form 4 Madihah ni dah pindah sekolah lain, tapi till contact lah jugak.  So tinggal Amar je sorang.  Aku boleh pulak terbekenan dekat sorang budak pompuan form 1 ni.  Nama dia syikin sebab bday dia 12 julai, aku 12 ogos.  Lepas tu tak sampai seminggu aku clash sebab ramai sangat kakak angkat die.  Haha aku mana boleh nak kungsi-2 ni jeles tahu... Hahah korang jgn pikir aku lesbian ke pulak eh.  Maklumlah org anak bungsu mmg cenggini.  Pastu sorang lagi budak form 1 lelaki nama dia Majdi, aku selalu kacau dia sudahnya dia anggap aku kakak angkat dia.  Asal balik kampung mesti telefon rumah nak cakap ngan aku.  


Budak-2 memang la perangai macam tu kan.  Layan kan jer, kebetulan si Majdi tu takde kakak langsung dia anggap aku kakak dia.  hai la lawaknyer.  Bila hujung tahun siap kirim-2 surat sebab nak cuti lama kan.  Haha.


Bila dah dewasa, cewahh dewasa kunun baru rasa alahai kelakar nye aku dulu-dulu. . . 

Yang paling lawak bila ada posmen tak bergaji htr-2 surat.  Selit-2 dalam buku bila nak hantar.  Sebab kalau nak berjumpa memang pemalu dan penyegan.  Kalau boleh tak nak selisih langsung.  Haih kebodohan lah aku masa tu.  Skang ni tak tak heran akan semua itu.


Tapi skang pun aku tengok ramai jugak budak-2 sekolah ada adik angkat kakak angkat.  Ada yang syok sendiri pon ade gak.  Kat fb anak-2 buah pun besepah love-2 kakak lah adik lah bagai. Aku nak gelak-2 jer.  Siap edit-2 gambar bagai. 

Sampai aku cakap kat anak buah aku camni, heboh sangat adik angkat, adik ko tu pun ko dah tak terbela kan.. Cakap macam xde perasaan kenn. Padahal aku dulu ada adik angkat jugak.  Tapi i xheboh-2 yer. Huhuhu..

Korang camner pulak???? Ade adik angkat tak?

Isnin, 22 Oktober 2012

Hari ISNIN

Hari yang semua orang tak tunggu aku rasa.  Sebab nak kena kerja dan bangun awal.  Sabtu adelah aku memonteng, tadi bos membebel cakap aku dah teruk sejak-2 nak kawen. Ohsem lah bos macam ni.  Aku bukan tamo keje sebab aku pikir kan aku datang memang takde keje kan. Baik aku cuti.  

Kadang-2 memang makan hati dan jantung jugak macam ni.  Okey disini aku bukan mengeluh tapi meluahkan.  


Mood kelaut je nih!

Jumaat, 19 Oktober 2012

UJIAN SARINGAN HIV

Selamat hari Jumaat untuk semua.  Selamat bekerja.  
Semalam aku coti.. Padahal nak halfday jer. Sebab masalah teknikal, aku terus tak masuk opis. 
Pagi semalam aku nak buat Ujian saringan HIV.  So semalam, pepagi dalam 8.30 aku dah sampai Klinik Kesihatan Jasin dengan En. Tunang.  Sesampai je aku kat kaunter, terus tanya kat org tu nak buat ujian saringan HIV. Org tu tanya aku dari mana dan mintak borang dari pejabat agama negeri.  

Aku tak amik lagi pun borang nikah tu sebenarnya.  Nak tau kenapa aku tak amik.  Sebab imam kat kampung aku cakap, awak pergi buat ujian saringan HIV dulu.  Nanti baru awak jumpa saya amik borang nikah.  Sebelum ni aku tanya dah kawan aku yang baru jugak kawin.  Kawan aku cakap, pergi je klinik nanti diorang bagi borang pastu ko isi la, xpayah bawak pape melainkan IC jer.

Lepas orang kaunter tu dah cakap cam tu aku terus la blah.  Kecewa bebb, semangat dah aku nak buat ujian darah tu.  Lepas tu aku terus cakap dengan En. Tunang, alang-alang dah half day baik settle kan semua nya.  Nak balik kampung lah, buat ujian darah kat sana. Senang, nanti kalau dah bertangguh memang tak menjadi.  So lepas tu En.Tunang terus call temapt keje dia cakap hari dia cuti adahal org rumah, haha lawak aku dengar.  Pastu aku mesej bos cakap nak balik kampung uruskan hal kawen.  Jadi kami berdua coti lah semalam.

Sampai je Klinik Kesihatan Gemencheh dalam 9.30 cam tu lah kot.  Aku terus g kaunter tanya nak buat ujian tu.  Lepas tu Makcik A ni cakap, kitorang dah tak buat ujian tu lagi, adik kena buat kat klinik swasta. Masa tu aku dah nak berhangin, mana boleh buat kat swasta bnya klinik kalo tak silap aku. Pastu dia tanya aku tinggal mana, aku jawab la nama kampung aku. Dan-dan makcik A tu cakap kat makcik B sebelah dia.  Terus makcik B tu tel sape tah. PAs dia cakap-cakap kat telefon makcik B cakap ada.Tapi petang jam 2. Eh makcik-makcik ni buat ati aku panas jer.. Okey terima kasih yer aku cakap.

Pastu aku cam tak puas hati, asal pulak petang, kenapa tak pagi ke kan.  Sebab En.Tunang buat kat tempat dia pagi pun boleh.  Jadi aku terus ke Klinik Kesihatan Tampin pulak.  Dannnnn sampai je kat pintu masuk, dah terpampang tulis camni " Ujian Saringan HIV 2.00 petang" .  Demmmm aku terdiam disitu.  En.Tunang geleng kepala hotak jela.  Pastu aku cakap jom lah g Pejabat Agama Tampin.  Alang-alang dah sampai terus jelah amik borang nikah, nanti senang je bagi kat imam tu xpayah nak jumpa imam tu banyak kali. 

Sampai Pejabat Agama Tampin, Cik kaunter tu bagi lah borang sebarai semak dan borang nikah. So dia tick mana yang perlu aku sertakan.  

SENARAI SEMAK NAK KAWIN N9


Lepas dah g pejabat agama tampin, En.Tunang ajak sarapan sebab dah lapar. Singgah kat warung tepi jalan tu makan Nasi Lemak.  Nasib baik sedap nasi lemak nya.  Lepas makan terus balik kampung.  Sampai kampung En.Tunang teruja tengok kampung.  Orang bandoo mana penah rasa idop kampung kan..

Lepas makan tengahari dan solat zohor kitorang mau pulang.  Singgah Klinik dulu nak cek darah.  Sebelum tu aku dah tanya En.Tunang, nanti orang tu cek camner. Dia cakap ala cucuk kat jari jer. sikit jer. Bukan kena enjit macam jarum pjg tu.(picagari).  Aku pun eh tak sakit kan. Okey, tak lah takut.  

G daftar pastu isi borang bayar seringgit, makcik kaunter tu suruh aku g kat Kecemasan.  Aku pun 1st time masuk klinik tu. Hehehe. Penakot gamaknyer.  Masuk je tempat kecemasan bagi borang pastu Doc tu suh duduk. En.Tunang masuk sekali time ni.  Sebab dalam tu ramai sangat lelaki.  Ramai staf pelatih jer. Aku pun tak kenal mana Doc sebenar. Pastu aku nampak staf pelatih tu amik picagari kecik tu. Aku pun dah blur sambil tanya En.Tunang, apesal org ni amik benda ni. Awak kata cek kat hari jer. Pastu staf pelatih tu suruh selak lengan baju, eh apesal pulak. terus En.Tunang bersuara kenapa cek darah kat situ?  Doc india terus jawab maaf bro, sekarang memang macam ni sebab nak cek talasimia pastu apetah. Aku pun dah pekak-pekak telinga sebab takut sangat. Pastu staf pelatih tu ikat tangan aku macam tahan darah gitu la. Dia sapu kan ubat sejuk tu, pastu dia jentik2 tangan aku. Eh dalam hati dah lah takut boleh jadik dia jentik tg aku cari urat tak jumpa.  Aku dah tak pandang time ni sebab aku dah nampak jarum kat sebelah aku. 

Staf pelatih tu pulak gigil2 tangan cari urat kat tangan aku ni, sudahnya dia suruh staf yang betul-2 enjitkan. Staf pelatih tu cakap urat aku kecik sangat dia takut, hadoii aii. Aku nak gelak dah time ni.  Pastu aku pejam je mata masa staf tu sapu ubat sejuk tu.  Siap pesan jangan lepas tanga eh. Heyy doc aku ni dah takut tau tak.. Hahah boleh je pulak dia lame2. Pastu aku rasa jarum tu tetusuk kat isi aku auwww lama pulak tu, jantung macam nak behenti masa tu. Gelap mata ak rasakan. Pastu dia kata dah, bengkok kan tangan eh. Bukak je mataterus tengok darah doc tu amik, ya ampun terpacul dari mulut aku camni, Banyak nyaa amik darah. En.tunang cakap diam lah. Hehehe..

doc tu cakap ngan En.tunang amik borang ni hantar kat makmal, pastu ape tah. Masa tu aku dah rasa kelam-kelam je mata. Kuar je terus duduk kat kusi rasa cam nak pitam. So En.Tunang uruskan borang-borang tu. Sakit ko tau takkk.. Ingat tak sakit ke???

Pastu dalm 20minit cam tu baru kuar keputusan. So doc cakap sume ok negatif dari semua penyakit stakat ini.  Dia bagi salinan untuk bagi kepada pejabat agama.

Okey selesai part itu.... Alhamdulillah...








Selasa, 16 Oktober 2012

Aien ♥ Afiq 13 Oct 2012

Guys Gud Aftenunnn..   Ceh oh my english haha.. Minggu lepas 13 okt kawan sekolah aku kawen.  Berderet-2 orang kawen tiap-2 bulan ni.  Aku bila tah nak kawen? Coming soon okey.  Haha.. Mampu ke duit tak cukup lagi nih?

Disebabkan kawan sekolah kawen, harus la text sane sini tanya pegi ke tak.  Mana yang tak g tu xpayah nak text banyak2. Membazir ajo.  Ade member aku ni tny aku , g tak.  Aku kata pegi mebi gerak dari melaka.  Sebab sabtu adalah kerja.  Sekali dia kata nak polow.  Aku kata okey jer, polow la.  naik keta asing-2 lah sebab aku memey nak terus pulang ke kampung.

So bila dah petang kawan aku chat kat fbook.  Dia tanya esok sabtu ko keje ke?  Aku jawab aah keje la. Half day besok kan.  Sekali kawan aku cakap, esok melaka cuti la.  Cuti TYT kan?  Aku terus tgok kalendar, oi mana ada cuti lah.  Bertekak punye bertekak aku tengok kalendar bulan september daaaa.  Memang la tak hadoo.  

Jadikknya aku pun coti lah.  Aku cakap ptg ni nak balik kampung, so ko cmner?  Aku bagi klu nak kerumah aku. Kawan aku tu masih blur tak paham. Ha aku wat pelan ke rumah macam pelan jemputan kawen. Terus post kat inbox die.  Gase kan haha. 

Hari sabtu hujan turun dengan lebat dari pagi sampai ke t/hari.  Kawan aku gerak dari melaka(sg.udang) dalam jam 1petang.  Sebelum jam 2 petang dia dah sampai.  Dah lah hujan turun lebat.  Masing-2 tak dapat kad jemputan, aku je sorang dapat, jadiknye pelan pada aku la. Aku yang memandu, aku jugak yang baca pelan.  Penumpang aku sume tak leh pakai, tau-2 borak jer, ceh..  Gps xde fungsi jer. Ampun Kudi ngan Pinat. Hehe.. 

Kitorang sampai pun dekat jam 3.30 petang cam tu.  Hujan baru nak reda.  Tapi orang dah tak ramai la. Keadaan kat khemah tu punya lah lecak.  Untung tak pkai heels. Kalo pakai heels mmg mendapat.  Mungkin tenggelam timbul tumit aku haha.

Sampai jer terus salam-2 perantin dan makan.  Aku memang tahap kebulor time tu.  Tapi udah nye tak habes kerana ketamakkan.  Kengkawan yang lain hado yang dah balik tapi kitorg tak jumpe.  So tunggu yang dah nak sampai jer.  Selama menunggu tu kami pose sedikit sebanyak.

Meh la layan gambar yang debommm ni. Perantin jer yang lawa sebab dia kan Raja sehari..
























Cukup sini sajee..

Rabu, 10 Oktober 2012

AYIEN TAKDE TEMAN

Sabtu lepas aku kuar dengan encik tunang lepas asar dalam kol 5 cam tu.  En tunang nak beli barang persiapan dia pulak.  Kebetulan duet dah ada kan harus beli yang wajib dulu. En. Tunang bawa sorang adik lelaki dan sorang adik pompuan.

Yang lelaki tu umur 15 thn sedang pmr ni.  Yang sorang lagi ayien umur 4tahun cam tu la.  Petah pulak dia bercakap.  Aku dah macam bawak anak-anak jalan pulak.

Kalau kat Melaka ni, kalau nak majlis pape mesti orang g Coboy.  Barang kat situ banyak jual borong-borong.  Harga pun berpatutan jugak.  Masa tengah jalan-2 dalam tu nak carik paper bag aku pegang si ayien nih.  Aku dah perasan dah ade sorang adik manis ni tolak troli pakai baju yang cam nampak ketiak tu. 

Boleh na jadikkan cerita, si ayien terus sound cam ni : kakak tak pakai baju eh? pastu budak tu terus jawab cam ni : aah memang tak pakai baju pun.  Aku tgok budak pompuan tu dan senyum sambil g kat en.tunang cerita pasal tu.  Gelak en.tunang aku dengar, mulut xde insurans ko ni ayien. 

Tapi bagus jugak ayien sound cam tu, sape soh ko pakai cam tu. haha budak-budak pun pandai beza mana baik or tak.  Kalau aku jadik pompuan tu dah bla dari ayien tu tebal mukee..

Lepas dah bei barang tu kitorang balik lah.

Dalam jam 9 cam tu en.tunang call bagitau, ayien nges-2 sebut nama aku.  Hehehe. Sebab masa tu dia tido jadik dia tak tau aku balik.  Aku pun layan lah cakap kat tipon pujuk itu ini pun xjalan jugak.

Sebenarnya die rindu kat kakak dia, kan adik en.tunang baru kawen.  So diorang laki bini g hanymoon langkawi. Minggu depan baru balik.  So die tak de kawan nak main.  Jadiknya dia sedey la.



ini la budak nyer.....

SENTAP

Sebab sini luahan hati aku, aku nak luah kat sini.  Ape korang nak kata sila la kata.  Sikit pun aku tak pedulik.  Sebenarnya aku tak tau nak cerita macamna.  Tapi nak jugak cerita.  Aku ada kawan dengan A,B dan C. Lama jugak dah aku berkawan.

Bak kata orang kawan commolot la katanya.  Tapi tak penah aku commolot dorang pun.  Laga-2 pipi tu memang adelah.  Nama pon pomss kan. Hahaha kalo lelaki yang men laga-2 lain pulak bunyiknya kan.

Setiap apa yang berlaku mesti adelah ber3 yang tahu.  Tapi aku ni pelik sikit, sebab jenis aku nih jenis suka menyimpan.  Payah nak luah kat orang, walau pakwe sendiri eh tunang sendiri.  

Selagi aku boleh bertahan, selagi tu aku bertahan simpan dalam hati ni sampai aku lupa benda tu.  Makanya aku akan buat reaksi soalah-2 tak suka, membenci dan sebagainya.  Atau memang perangai anak bongsu ni suka memberontak ek?

Ta kisah lah ape sekali pun tapi peel aku memang macam tu walau dengan siapa sekali pun.  Kalau aku ada masalah pun aku cuba selesaikan sendiri.  Bila dah naik blur langsung tak leh pikir sambil nanges-2 baru aku luah kat en.tunang.  walau apa sekali perkara pun.  Kalau perkara tu melibatkan keluarga, aku akan cite kat mak dulu.  Sebelum ni dekat arwah ayah je aku luahkan.  Sebab ayah ni memang manja dengan aku, eh terbalik ar.  Aku ni manja terlampau dengan ayah okey (sedey disini sobs sobs..)

Berbalik kepada yang asal, memang kitorang ni baik.  Tapi bagi aku baik mana sekali pun, kalau org tu nak tikam kita dari belakang pun dia akan buat betul tak? Kalau dia nak kutuk kita pun kita bukan tau pun kan.  Its okey la kalo korang dapat kawan cam tu. Hahaha keji siot..  

Aku sebenarnya bukan nak sangat dorang mintak tolong, tapi dorang dah sungguh-2 nak tolong aku, aku on jelah.  Bila tiba masa aku dah janji dengan si A macam itu ini, sekali si B cakap dengan keputusan dia seolah-2 dipaksa.  Sebab aku rasa aku tak cmfirm pun dengan si B pape keputusan.  

Disebabkan aku tak nak, jadi aku biarkan sahaja.  Lepas tu aku buat dek aje tanpa sebarang pertanyaan. Selang bebrapa hari si B inbox kat fb..

Pe lah ko nie...ko amim mne nie?...org bg ko murah..jimat..ko x nak...x nak sudah lah apid....suke ati ko lah....mls aku nak tlng ko lg...dah lah aku malu dgn abg tu...emmmm...

Akubukan nak malu kan ko, tapi sebab aku tak cmfm pun nak g, kalau aku betul2-2 nak gi mesti la aku sungguh nak kan.  Lepas tu yang buat aku menanah hati bila tang ayat "mls aku nak tlng ko lg" eh..  Cuba korang paham kan ayat tu.  


Memang aku simpan je benda ni, aku tak nak heboh-2, sebab aku bukan macam tu nak canang 1 malaya. Ayat dia tu seolah-olah ungkit kan??  It okey lah kalo ko rasa macam tu.  Aku tak kose nak makan hati ke ape.  aku balas dengan jawapan yg macam ni 

trm ksh byk2 ea. . . lau ko gase mcm2 k trm ksh byk2 dan mtk maaf byk2 eh. . . pasni xpyh la tlg pape pun untk ak dan xpyh la nk sush pyh untk ak lg. . . ak pun x mtk nk jd mcm ni. . Trm ksh dan mtk maaf byk2.


Lepas perkara tu aku terus diam, menyepi dengan si A,B dan C.  Aku malas nak dekat-2.  Rasa nak jauh jer dari semua. Eh aku tak becerita lah pasal ni kat orang len, aku simpan dalam ati jer, baru ari ni aku luah kat sini.  Sebab ape aku nak luah, sebab aku rasa privacy aku tak di jaga.

Pagi tadi si C chat kat fb, tanya aku kenapa. Pastu minta maaf bagai.  Dia cakap aku mcm dah xselasa kawan dengn dorang lagi. Eh aku pun tatau ape nak cakap.  Sejak dari perkara tu aku terus rasa macam tak nak susahkan orang, bila dah susahkan orang mintak bantuan orang nanti orang ungkit segalanya.  Itu sebenarnya aku tak nak terjadi lagi.

  • ak x rase klaka pon pid hal ni..lau dulu ko leh kate kte cm adik bradik..npe x skrg??
  • ak da tau tarikh ko dr dorg
  • n agak trasa gak bile dpt tau yg ak xtaw pape..tp
  • its ok
  • hal kecik
  • xde masalah
  • tah r..

Ha tarikh?? ko tengok tu.. Aku pun tak cmfm tarikh lagi ha acaner nak kasi tau.  Tu privacy aku lagi kan, harus ke aku nak heboh-2 . Buat nya tak jadik, nanti korang lagi pikir lain kan.  Oh pelis laaa..

Ikut kan hati ni rasa langsunggg macam tak nak pikir langsung perkara ini semua tau tak!  Ade benda yang kita boleh kongsi dan ade yang kite tak boleh kongsi.  Sedangkan sedara mara pun aku x annce kan lagi.

Hebat kan si A dan si B ni..  Tak pelah, mungkin dorang tak rasa akan aku rasa.  


Bila komen kat fb pun aku rasa macam tak nak jer join, aku just like like dan bla macam tu.  Ko mention la pjg mana pun aku macam tawar hati nak komen kat situ. 

Sila bagi nasihat kat aku yang degil ni kawan-2...

Selasa, 9 Oktober 2012

YA ALLAH YA TUHANKU KAU PERMUDAHKAN LAH UNTUK MEREKA.





Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon kepada Mu Ya Allah.
Engkau permudahkan lah anak-anak buah ku
Nurul Hasni Bte Ahmad, Nur Namiera Bte Roslan, Nur Yaqira Bte Mohd Hizir serta bakal adik ipar (loya tekak aku haha) Mohd Amar Ferzuan Bin Adan dalam menjawab soalan PMR 2012.  Kau bagikan lah ketenangan sewaktu mereka menjawab soalan yang diberi.

Semoga mendapat keputusan cemerlang.. InsyaAllah...


















Isnin, 8 Oktober 2012

JALAN BOSAN

Sabtu malam ahad punye cite, baru aku kemukakan hari isnin ni.  

Mak, kakak n abg ipar aku gi Singapore.  Gi melawat sedara dia bersalin.  Habes tu aku ni ditugaskan menjadik bebi siter. 

Malam ahad tu sume dah kebosanan, pujuk rayu aku ajak pusing-2 melaka.  So pas isyak aku suruh dorang besiap.  Nak bawak pusing kunun.  Padahal mata dah rabak ni.  Siang di Pd malam di Melaka.

Aku park kat sungai melaka pastu lepaskan dorang kat tepi-2 tu.  Bagi kamera sukati ko la nak wat pe pon.

Aku tak turun sebab dah lay sgt mata time tu.  Jadi sekeping pon xde gbr aku. memang tak suke interprame kan hehe..






Ini saje, tak kose aku nak edit dah. malas sgt ni... sekian..

MAJLIS BERTANDANG

OPs.. so suwit kalo sebut pasal bertandang ni.  Hehehe.  Minggu lepas hari sabtu aku ngan En.Tunang bertandang ke rumah lelaki.  Oh no no.. Suami adik tunang saya okeh. 

Ikut kan ati dan muka ni, memang tak nak sangat pegi bertandang rumah lelaki tu.  Sebab muka ni tak beransur dari mengelupas kulit.  Malam sebelum tu, puas aku dok telek muka ni, tenyeh minyak bebi johnson bagai nak bg kurangkan mengelupas.  Ha padan la ngan muka, xde penyakit cari sakit nak bersalin kulit. Uiss menyelas gile kate kau! 

Sampai kol 1 pagi aku lumur muka dengan minyak bebi johnson.  dah macam orang minyak aku time tu.  Sudah nye aku pun kompem la nak join jugak.  So bile pagi tepek2 bedak skali ade lagi pengelupasan kat muka ni.  Ya ampunn aku terus macam down takmo g.  Akk ipo aku kata okey jer, xnampak sgt. 

Bile masuk je lam kete, ouch... demm napee tak beransur jugak.  Aku rasa macam nak patah balik rumah sambil bebel-2 dengan En.Tunang.

Bile sampai kat PD, muka dah berminyak, jadi kurang lah nampak mengelupas tu.  Huh masa tu semangat la sikit.  Siap tanya kat kak ipar aku, okey tak muke ni?  Die kata okey, jangan pegi cuci, nnt lagi nampak. Aku pun ikot telunjuk jer sampai aku nak minum pun segan haha.

 Dah la panas menunggu pengantin besiap, muka aku dah pedih2 masa tu.  Macam puteri lilin dah.  Pedulik hape org nak kata ape, jap-2 aku sapu tisu kat muka.  Pedih tahu tak !!


So aku pun kurang nak bergambar bile kenangkan muka yang pedih ni. Mood bergambar kelauttt Pd aku campak kan..  Layan gambar yang xmenjadik En.Tunang hamikk!

Biru Is Blue




Perantin baru keluar nak sanding lame beb..



Beradik



kek nyummm nyumm xdpt rasa pun..


So ini aje yang ade.. Tuan belog xsuke interprem haha..  Sebb muka time ni kehodohkan, ak amik keputusan tidak memasukkan nya. hehe






Jumaat, 5 Oktober 2012

KURSUS

Semalam aku 1 hari tak ada kat pejabat.  On the way ke pejabat, boss talipon suruh aku masuk kursus 1 hari kat Mahkota Hotel, Melaka.  Boss nak jumpa aku kat area Petrol pump, dia bagi aku segala dokumen then aku terus gerak ke hotel tersebut.

Dari pejabat nak ke Hotel tu dalam 20 minit je kot, itu pun sebab tak sesak.  Kalau sesak memang mendapat lah sampai sejam kot. Tipuuu tipuu.  Sampai jer area Banda Hilir tu, aku cari jer sign board Hotel tu.  Untung aku tak sesat.

Masuk je kat guard kena tahan, mintak bayar parking rm2.00.  1st time aku g kursus parking kena bayar.  Selalunya kalu g mesti parking free jer.

Aku masuk parking pastu menapak dalam 2 minit nak ke lobby.  Sampai lobby ramai gile orang nak checkin hotel.  Aku tak perlu nak check in bagai kan.  Ni badan-badan kerajaan je yang banyak checkin.  So aku g kat kaunter pertanyaan, mana mana tempat nak daftar untuk kurus " Persidangan Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti Kampus endidikan 2012".  Orang tu jawan tingkat 1 ye cik.

Sila naik tangga yer, aku naik tangga sekali tengok ramai jugak.  Amik turn nak daftar masuk.  Bila dah, daftar dapat lah tag name.  Tapi bukan nama aku tapi Muhammad bla bla bla... Aku cakap saya wakil kan boss, xpe lah xpayah lah tukar tag tu.  Soh cik kaunter tu cakap, sila tukar nama pada list pendaftaran ini, sebab nanti nak bagi sijil. Dah sign, dapat la 1 beg laptop wane merah.  Cantik sangat, dalam hati (jangan harap aku nak bg kau boss) haha kejam ek.  Padahal kursus tu boss aku yang bayorr rm500.00 sekepala untuk 1day.  

Sepanjang kursus tu aku men talipon, me conteng2 ketas.  Ade ku kesah sebab sebalah aku xde orang.  Siap post2 kat fb, tegelak2 baca komen kgkawan.  

Sampai batery fon aku low..  Hehehe.  Mana penceramah yang aku rasa best, baru aku fokus.  Kalu amat membusankan, memang aku wat tak dengar jer.


Sempat lagi post haha...


Rabu, 3 Oktober 2012

DINNER ~

Tahap rajin dah sampai, cam gini lah.  Satu hari apdet 1 entry. Kau mampu? Aku je yang pemalas mampu buat cam ni.

Pasal kawen aku tu semalam, kan ada aku cakap nak add atau tak? 
Aku dengan pasrahnya add lah bakal adik ipar ni, aku rasa dalam kol 1 pagi kot.  Winkk winkk lewat kan? Bila pagi rabak mata aku.  Dalam 5minit gitu terus dia appve aku.  Aku teperanjat, damnn malu pun ade nih.  Lama jugak aku amik idea nak kaber malu, udah nyer aku komen jer kat gambar kawin dia cam ni...


Xde point nak komen see?

Mesti dia pikir aku bukan bukan dan slalu skodeng fb dia.  Tapi benar pun slalu je aku skodeng. Hehe kejam kan aku, tapi diam jelah.

Abaikan pasal itu, ni aku nak cite pasal dinner.  Petang semalam setibanya aku kat rumah En.Tunang call.  Ajak kuar.  Aku macam pelik je ni pun.  Tetibe je pulak, kuar g mana.  Dia cakap nak bincang pasal dot..dot.. Aku cakap xpelah lain kali je kan boleh, so dia jawab soal hidup dan mati. Cewahh ayat kemain nak menyekat.


Aku mandi pastu bersiap, sebelum maghrib dah kuar.  Masa dalam kereta, aku tanya lagi, mana nak pegi?  Habes die cakap slumber nak g bank.  Yelah maksud aku pas g bank la kan.  Nanti die pikir, hoih tadi cakap nak bincang antara hidup dan mati ha amende?  Sabar jgn gelojoh katanya.


Pas g bank dalam kereta aku tanya lagi, mana nak pegi?  Dia jawab starbuck jela kat Jusco Besar tu, eh biar betul buang tebiat ke hape? Maun aku tak tekejut, selalunya kalo bab makan ni aku je yang bg idea.  Tetiba malam tu dia bagi idea. Aku cakap okey tak kisah pun boleh jer.  Pastu dia cakap nanti lapar kita makan nasi pulak la kat warung tepi2 jalan tu.  Sebab nak minum2 jer. Aku lagi lah okey, sebab tekak kampung mmg nak nasi jer.  Sampai jer Jusco azan maghrib, jadik kitorang maghrib di Jusco jela.


Sekali bila dah berpusing nampak pulak Kenny Rogers . En Tunang dah mengelupur nak ke situ.  Layan kan jer.  Siyes tu adelah 1st time aku masuk Kenny okey.  Disitu dah nampak aku org kampung kan.  Masa amik order pun aku cam tak tau nak telan ape, amik set Kenny's Quarter Meal



Pastu En. Tunang order Kenny's Chicken & Garden Meal

 



Ni En. Tunang punyer


Ini saye punyer
Gambar memang tak de sebab btry da flat sgt.  Gambar pada henpon En.Tunang.  Siyes memakan makanan diet.  Aku tekak kampung memang tak leh jalan benda cam ni.




Itulah dinner kami semalam..



Selasa, 2 Oktober 2012

SABTU LEPAS - KAHWIN SUDAH

Aku rasa seminggu sekali, baru nak apdet.  Hailah malas tu membuak-buak, padahal setiap entry aku buat ni untuk aku je pun.  Nanti dah kawin pastu dah ada anak, nak suruh laki ngan anak-anak aku membaca dari blog ditubuhkan sampai lah saat aku rasa dah malas nak apdet nanti.  Kepochi kan aku?  Berangan tak sudah, sampai anak pinak pulak aku cite.

Sabtu lepas 29hb Sept dapat jemputan perkahwinan.  Memang tak patut kalau aku tak pegi kan.  Yang kawin ni bukan sesiapa pun bagi aku,  cuma bakal adik ipar kot lalalalala mata ketepi tengok cermin hoho..  Bakal adik ipar aku ni pompuan.  Seminggu sebelum dia bergelar isteri orang, aku sms sms sms je dengan dia.  Aku tanya la camne persiapan kawin,  debaran macamner. ( Ayat bodek tak macam nih?)  Aku pun bukan rapat sangat pun dengan Si A ni.  Just macam tu je.  Tapi sebab dia nak kawin, aku amik lah hati kan, kang kata sombong pulak ye. (Disini masih ayat membodek huhu)

Aku mesej pun 2 3 mesej cam tu jer, tak nak over-over mesej pulak, kang buatnya dia suruh aku datang tolong tak ke payah aku nak g menolong.  Aku ni dahlah pemalu berlebihan. Hari Khamis sebelum majlis tu, Ayah nya pulak call, jemput datang tolong-tolong, hoihh aku memang katakan TAK, gile ape aku nak g menolong.  Beribu alasan aku terbangkan,  kejam kan aku.  

Hari Jumaat macam biasa aku balik kampung, sebab memang dah plan nak g time makan-makan jer.  Tak kan lah pepagi lepas subuh aku dah nak datang sana kan, maklumlah aku pun ada tanggungjawab jugak iyolahh sangat kan.  Padahal malu melampau je.  Dalam jam 10.00pagi cam tu, En.Tunang call cakap adik dia dah selesai dinikahkan dan dengan resminya menjadi isteri orang.  Time tu dia sedih gile, yelah adik dia kini milik orang kan.  Aku pun tenangkan dia, jangan sedih-sedih lah.  Nanti awak pun macam tu jugak.  Hoihh baiklah pulak aku nasihat orang huhu.  En.Tunang tanya nak datang jam berapa, aku cakap datang time makan jer, sebab nak tunggu anak buah balik tuisyen pastu nak tunggu abg aku balik noreh getah dulu.  


Dalam 12.30 tengahari kitorang pun bergerak dari rumah ke rumah pengantin, masa kitorang sampai ngam-ngam time makan.  Memang orang tengah ramai sangat, lauk pun macam berkurang dah masa tu.  Bayangkan, nak duduk pun penuh jer.  Kena lah cop-cop tempat duduk, bila dah dapat baru boleh makan.  Dalam jam 2petang pengantin bersanding, tapi sebelum sanding kan ada berarak pompuan jemput laki-laki eh, aku pun kureng paham sangat.  

Lepas makan terus nak tenogk pengantin bersanding dalam rumah, sekali penuh pulak.  Pun kena tunggu turn bergambar, padahal nak salam jer.  Tapi memang nak bergambar pun.  Hehehe.  Amik pun sekeping jer, yang lebih gambar kitorang family jer.  Masa salam adiknya, boleh pulak men sakat-sakat aku, kang kalu aku yang sakat ngko memang tak tahan gelak kang. Hahaha (sila renungkan disini).

Nak balik kena pulak salam makcik pakcik kat pintu utama khemah tu, boleh jadik ayah nya suruh aku tinggal basuh piuk belanga.  Opsss sori pakcik, saya takde lesen agong lagi nak buat sume nih(cakap blakang-blakang la, gile ko nak cakap depan kan).  Pandai kan aku berlakon, banyak alasan aku luahkan cam nak muntah-muntah je rasa haha.

Balik tu kitorang g Mydin, beli barang sikit + solat zuhur kat sana.  Pastu baru balik.  Aku boleh bayangkan bertapa penatnya orang-orang kuat yang nak menjayakan majlis tu.  Rasanya, lepas kemas kompem rebah kat lantai pun jadik.  Meh la layan gambar tak seberapa yang mungkin nih.  Aku je yang hoverrr aww...


Selamat Pengantin Baru Moga berbahagia hingga ke hujung nya.. InsyaAllah.

Gambar ni aku curi kat fb dia, sebab aku tak friend ngan dia, so aku men curik-curik.  Ampun ye dikkk haha..




Kami... Ko mampu pegi umah kenduri amik gambar sendiri jek??  Anak buah yang cerdik yang jadik hasutan hehe.



Ce tengok  asal kan boleh jer.. mana gambar pengantin ???



Kan dah kata ramaikan kat dalam ni, masa ni tengah tabur gegula ngan syiling sen sen.  Anak buah aku kemain meniarap nak amik berebut2.



Hover kan anak buah aku nak bergambar, jgn salahkan daku.  Tengok mak aku tengah lap peluh sebab panas.


Ni budak gonjeng, moncong macam aku nak sangkut kan hanger jer.  Minggu depan nak Pmr tu.


Jangan slah tengok pulak, kang yang itu dikatanya pengantin yer hehe.. see sekeping je kan??



Berapa ketul je gambar pengantin, gambar kami sekeluarga berketul-ketul.




Ni gambar adik beradik dorang.






Tu je yang aku ada rasa nak upload sebab yang lain-lain sume tak snonoh anak-anak buah aku amik.  Patut ke tak patut aku nak Add Friend adik die kat Muka Buku ek?? Dah mencuriiii punye pasal le niii...

Ehemm.....


































Collaboration request

Hi there How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by selling SEO services Every website owner requires the ...